Thursday, July 11, 2013

Peringatan: Islam Yang Benar itu Apa? (Samb.)

Assalamualaikum,
Kita teruskan penyemakan kita mengenai tajuk di atas, dengan harapan bahawa kita tidaklah rugi dalam bulan Ramadhan ini. Kemurniaan agama dan syariat agama Islam itu ditentukan oleh beberapa perkara. Dalam post sebelum inikita telah teliti yang pertama, iaitu: syariat agama Islam yang murn itu ditetapkan oleh Allah (a.w) pada Ayat 2 dan 3, Surah az-Zumar dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Kedua adalah ketetapan dalam Ayat 5, Surah al-Maidah serta ketetapan Rasulallah (s.a.w) di bawah ini.

(b) Beribadah secara mukhlis/Murni 

Ketetapan Allah (a.w) 

Firman Allah: ‘Wa-ma umiru illa li-ya’budullaha mukhlisina lahud-dina hunafa-a … al-ayat ‘(Yang bermaksud: Dan mereka tidak diperintahkan kecuali supaya beribadah kepada Allah (a.w) dengan memurnikan agama kepadaNya dengan condong (kepada yang hak) (i.e. tunduk, yakni betul-betul khusyuk mengerjakan ketetapan Allah (a.w)) … sehingga akhir ayat.’ [Ayat 5, Surah al-Maidah]
[Nota: Manusia itu diperintahkan oleh Allah (a.w) beribadah dengan betul dan benar. Ibadah yang betul dan benar itu hendaklah didasarkan kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, itu saja sumber dan panduan yang betul lagi benar. Seseorang yang akui dirinya Islam itu wajib beribadah secara murni berdasarkan ketetapan agama yang asli seperti yang diperingatkan oleh Allah (a.w) dalam ayat ini. Manusia itu wajib menumpukan ketaatan sepenuhnya kepada perintah Allah (a.w) tersebut, memurnikan agamaNya dan beramal dengan syariatnya yang murni tanpa dicemari oleh apapun dalam kontek aqidah dan pengamalan. Jika aqidah tercemar oleh keyakinan dan kepercayaan yang bersifat syirik, tahayul, kurafat atau dipengaruhi peh kepercayaan yang karut marut, maka aqidah Islam sudah tercemar dan tidak murni lagi. Kalau dalam amalan pula dipengaruhi oleh sesuatu yang bersifat bid’ah (i.e. menambah atau mengurangkan ketetapan yang asli) dan taklid (i.e. main ikut tanpa dasar ilmu) menyalahi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka amalan dan ibadah sudah tercemar dan tidak murni lagi. Amalan yang tercemar sebagaimana aqidah yang tercemar merosakkan agama, maka terkeluar dari Islam dan kesemua amalan tidak diterima Allah (a.w). Analoginya seorang itu bekerja dengan majikannya tetapi kerjanya tidak megikut apa-apa yang ditetapkan oleh majikannya (i.e. SOP yang ditetapkan), maka pasti dia tidak dibayar gaji, malah dia diberhentikan, inikan pula agama yang jauh lebih utama dimurikan dan difahami dan dilaksanakan ketetapannya menepati perintah Allah (a.w) – yakni ikuti ketetapan atau spesifikasi al-Quran dan as-Sunnah – barulah aqidah itu murni dan pengabdian itu juga murni dan diberi ganjaran pahala oleh Allah (a.w). Jika tidak murni, pastilah ditolak dan tidak diterima, malah disingkirkan oleh Allah (a.w) dari menjadi hambaNya yang mentaatiNya. Pastilah orang tersebut tidak diakui oleh Allah (a.w) telah memenuhi kehendak Ayat 56, Surah az-Zariat yang kita rujuk tadi. Pastilah golongan ini sesat kerana tidak menepati pesanan Rasulallah (s.a.w) bahawa sesiapa yang Islam dan beriman dan beramal dia dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah pasti tidak sesat mencari 'siratul mustaqim', malah berada di atas 'siratul mustaqim' itu, berjaya mendapat syurga di akhirat kelak, kalaulah dia kekal di atas jalan tersebut sehingga sampai ajalnya. Kalau sebaliknya, dia berpandukan selain al-Quran dan as-Sunnah - seperti berpndukan panduan ciptaan manusia - maka sudah pasti dia (dan kita) akan tersesat dalam hidupnya mencari 'siratul mustaqim' tersebut. Kerana, panduan lain tidak ada kepastian kebenarannya. Jika demikian, maka rugilah, kerana segala amalan dan ibadah kita tak diterima, kita pula disingkir keluar dari Islam, wal iya zubillah. Inilah ketetapan hadith berikut:] 

Ketetapan Rasulallah (s.a.w) 

Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamassaktum bihima kitaballahi wa-sunnati nabiyihi.’ (Yang bermaksud: Aku (Nabi) telah meninggalkan pada kamu sekelian dua perkara, kamu sekelian tidak akan tersesat selagi (kamu sekelian) berpegang teguh dengan keduanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah NabiNya (al-Hadith).’ [Hadith Imam Malik dalam al-Muatok]
[Nota: Hadith ini adalah corollary kepada perintah Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa: Barangsiapa taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah), pasti dimasukkan ke dalam syurga. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita umatnya (dan manusia umumnya – semua zaman) bahawa jika mereka berpegang teguh kepada dua hazanah panduan dan ilmu mengenai Islam tersebut – al-Quran dan as-Sunnah – sudah pasti mereka tidak akan sesat mencari 'siratul mustaqim' – jalan ke syurga, dan pasti dia mendapat syurga tersebut, kerana berada di atas wadah yang pasti membawanya ke syurga. Dengan syarat dia kekal sehingga sampai ajal matinya sedemikian. Tetapi, kalau tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, pastilah manusia itu terpengaruh oleh aqidah yang batil atau tercemar oleh kesyirikan, kurafat dan tahyul serta amalan yang mencemarkan kemurniaan syariat Islam seperti bid’ah dan taklid, dalam kejahilan ilmu. Kejahilan ilmu itu pasti terhapus apakala sesorang itu mengaji secara berguru dengan berpandukan al-Quran dan al-hadith (i.e. kitab-kitab hadith). Malangnya hari ini, majoriti umat Islam - para ulama' dan ilmuwan Islam - belajar agama mealui media selain al-Quran dan kitab-kitab hadith secara berguru, dengan melayari internet, membaca kitab-kitab atau buku karangan manusia yang dengan berana mengakui mereka 'ulama' (= orang alim') (= orang berilmu), atau mendengar ceramah dan tazkirah dari para penceramah yang pintar bercakap tetapi isi dan ilmu yang disampaikan menyimpang dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah! Dia yang berceramah sesat, dan dia pula menyesatkan orang lain, kerana mengajar manusia ketetapan agama dalam kejahilan ilmu, wal iya zubillah.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment