Monday, July 8, 2013

Ramadhan Bulan Yang Barokah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita lihat semula hadith yang memberi kita tahu puasa Ramadhan yang meghantarkan kita ke syurga, iaitu hadith berikut:

Berpuasa dengan penuh keimanan mengharapkan pahala

Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Man soma ramadhana imanan wahtisaban ghufira lahu ma taqaddama min zanbihi; wa-man qama lailatal-qadri imanan wahtisaban ghurfira lahu ma taqaddama min zanbihi.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa yang berpuasa di ulan Ramadhan dengan enuh keimanan dan semata-mata kerana mencri pahala maka diampuni baginya apa-apa yang telah didahulukan dari dosanya; dan barangsiapa yang berdiri (menetapi ibadah sunat) dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana mencari paala mak diampuni apa-apa yang telah didahuukan dari dosa-dosanya.) [Hadith Bukhari dalam Solat Terawih]
[Nota: Dsa-dosa seseorang itu akan terhakis jika dia berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan sepenuh keimanan dan niatnya mencari pahala di siri Allah, maka terampun dosa-dosanya yang lalu. Dia tidak melanggar pantang larang puasa, tidak bercakap dusta, memfitnak, mengadu dumba dan sekelian perkara yang keji dan maksiat. Demikianlah juga apabila mengerjakan amalan-amalan sunat ketika qiamul-lail pada malam Ramadhan mencari lailatul-qadr.]
Apakah amalan-amalan yang membuktikan bahawa kita berpuasa dengan penuh keimanan itu? Syarat utamanya adalah pertama, kita berpuasa dengan penuh keimanan; dan kedua, kita tidak berkata-kata dusta atau berdusta. Amalan-amalan berikut jika kita kerjakan sepanjang Ramadhan membuktikan kita berusaha ke arah memantapkan keimanan kita:

(a) Mengerjakan Solat Terawih - sekurang-kurangnya 8 rakaat dibuat empat-empat rakaat satu salam dengan diakhiri dengan Solat Witir 3 rakaat satu salam. Rasulallah (s.a.w) mensolatkan Solat Terawih sedemikian. Pada 10 malam terakhir Ramadhan pada malam-malam ganjil dia solatkan di masjid dan para sahabat berusaha menjadi makmunya. Abu Bakar as-Siddiq dan Omar al-Khattab, radiallahu anhum, berbuat sedemikian. Omar (r.a) yang memulakan memerintahkan orang Islam menjema'ahkan Solat Terawih secara berama-ramai sekali setiap malam dengan melantik Ubai b Kaab menjadi imamnya.

(b) Berqiamul-lail, iaitu mengerjakan solat-solat sunat tambahan kemudiannya pula (di Masjidil Haram dibuat solat qiam tambahan 12 rakaat);

(c) Membaca al-Quran supaya dapat dikhatamkan al-Quran sekurang-kurangnya satu juz setiap malam supaya menjelang berakhirnya Ramadhan a-Quran 30 juz itu dikhatamkan;

(c) Berzikir sebanyak-banyaknya dan berdoa;

(d) Mengerjakan Solat-solat Rawatib mengiringi waktu - qabliah dan ba'diyah - solat-solat fardu;

(e) Mengerjakan 12 rakaat Solat Duha dibuat dua dua rakaat satu salam di siang hari.

(f) Mempercepatkan brbuka ketka masuk waktunya dan memulakan berbuka dengan 3 biji buah tamar atau, kalau tak mampu, dengan air manis, membaca 'Bismillah' ketika berbuka dan membaca Doa berbuka, iaitu 'Allahumma laka sumtu ..';

(g) Melambatkan berSahur dan tidak meniggalkan Sahur kerana bersahur itu mendatangkan keberkatan, bersahurlah walaupun seadar minum air;

(h) Tidak menghabiskan masa terluang di siang hari bercaka-cakap perkara-perkara yang tak berfaedah. Rasulallah (s.a.w) memberi panduan bahawa jika tiada sesuatu yang bermanfaat hendak diucapkan atau dikatakan lebih baik diam. Kerana, kalau tersilap cakap akan menjerumuskan kita kedalam neraka selama 40 tahun kerana sesuatu percakapan kita yang berdosa lagi batil.

(i) Memberi makan (menjamu) kepada orang yang berpuasa ketika mereka berbuka, maka kita mendapat ganjaran pahala seupama pahala orang yang berpuasa yang kita jamu mereka berbuka;

(j) Memperbanyakkan sedekah dalam bulan Ramadhan;

(k) Pada 10 malam terakhir kita berIktikaf di masjid menantikan Lailatul-Qadr. kalau kita temui malam Qadr itu kita disuruh berdoa 'Allahumma 'afu-un tuhibbaul afwa fa'fuanni';

(l) Membayar zakat fitrah sebelum Solat Aidil Fitri;

(m) Mengeluarkan zakat - zakat bijirin, ternakan, emas dan bagi pendapatan sumber selainnya menginfaqkan sebahagian harta dan keuntungan untuk fi sabilillah;

(n) Tidak bercumbu-cumbu dan bercengkerama dengan isteri kerana di khuatiri akan berlaku persetubuhan di siang hari yang membatalkan puasa dan dikenakan kifarah yang berat.

(o) Bagi mereka yang mampu pergi ke Mekah untuk mengerjakan amalan umrah an Tawaf di Masjidil haram yang mendatangkan gandaan pahala yang banyak bagi setiap amalan. Satu umrah di bulan Ramadhan menghasilkan pahala sebanding pahala haji bersama-sama dengan Rasulallah (s.a.w) disamping gandaan pahala 100,000 gandaan pula.[Nota: Di dalam blog ini kita telahpun diberitahu betapa banyaknya pahala beramal dan beribadah di dalam Masjidil Haram].

Saudara, demikian serba rengkas bagamana mungkin kita dapat membuktikan bahawa kita benar-benar berpuasa dengan penuh keimanan mengharapkan sebanyak mungkin gandaan pahala demi mencari keridhaan dan kerahmatan Allah (a.w) semoga kita bebas dari neraka ketika berakhirnya Ramadhan, insya Allah.

Jazakallahu khairah.




1 comment:

  1. Assalam-O-Alaikum

    Hajj is the perfection of faith and true surrender to the Almighty. It is a stage in which man can develop himself spiritually.
    Muslims of United Kingdom can choose our Cheap Hajj & Umrah Packages 2017

    ReplyDelete