Assalamualaikum
Saudara, dalam bulan Ramadhan ini puasa kita akan menghapuskan segala dosa kita yang terdahulu jikalah kita berpuasa menepati dengan penuh keimanan, tidak melakukan sebarng kemaksiatan mulut kita - bercakap bohong, menipu, mencai, memfitnah, melaga-lagakan orang dan sebagainya, tidak bersetubuh disiang hari, dan segala larangannya. Namun, yang paling utama asasnya adalah apakah kita sebenarnya mengikuti syariat agama Islam yang benar? Kerana kalau aqidah dan syariat Islam yang kita ikuti itu tidak murni dan tercemar, kita tak juga dapat pembebasan dari neraka. Justeru itu kita lihat dan semak semula kefahaman kita tentang Islam yang benar itu. Kita lihat hadith-hadith berikut:
Syariat Islam
Saudara, syariat agama Islam itu ditetapkan oleh Allah (a.w) dan diajarkan oleh Allah (a.w) kepada Nabi Muhammad (s.a.w) melalui malaikat Jibril (a.s), yang membawakan wahyu dan mengajarkan Rasulallah (s.a.w) al-Quran dan al-Hikmah (atau, as-Sunnah), secara praktikalnya.
Firman Allah (a.w): ‘Syara’a lakum minad-dini ma wassa bihi nuhan wal-lazi auhana ilaika wa-ma wassaina bihi Ibrahima wa-Musa wa-Isa an aqimud-dina wa-la tatatfarraqu fihi … wa-yahdi ilaihi man (-ai) yunibu.’ (Yang bermaksud: Dia (Allah) mensyariatkan kepada kamu sekelian dari agama apa-apa yang diwasiatkan (oleh Allah) dengan agama itu kepada Nabi Nuh dan orang-orang yang Kami (Allah) wahyukan atas engkau (Muhammad) dan apa-apa yang Kami (Allah) wasiatkan dengan agama itu kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa dan Nabi Isa bahawa (Allah perintahkan hendaklah) kamu sekelian dirikan agama Islam dan janganlah kalian berpecah belah di dalamnya (i.e. dalam Islam dengan menubuhkan firqah atau perkumpulan terasing atau berasingan) … dan Dia (Allah) memberi petunjuk kepadanya (i.e. agama Islam itu) sesiapa yang kembali (i.e. mahu bertaubat dan kembali kepada Islam). [Ayat 13, Surah asy-Syura]
[Nota: Nas dan dalil ini menunjukkan bahawa agama Allah (a.w) adalah satu continuity dan continuum semenjak zaman-zaman dahulu – zaman Nuh hinggalah zaman ini. Syariat Islam itu disempurnakan dengan terutusnya Muhammad (s.a.w) – apakala Islam dijadikan agama untuk semua manusia, semua bangsa dan semua zaman dan Rasulallah (s.a.w) diutuskan kepada semua manusia dan semua zaman – Ayat 158, Surah al-A’raf, Firman Allah (a.w): ‘…Qul ya aiyuhannasu inni rasulullahi ilaikum jami’an …’ (Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammd) (kepada manusia): ‘Sesungguhnya aku (Muhammad) adalah Utusan Allah (a.w) (i.e. Rasulallah (s.a.w)) bagi kamu sekelian…’). Dan, Ayat 108, Surah al-Haj: ‘Wa-ma arsalnaka illa rahmatan (-il) ‘alamina.’ (Yang bermaksud: Dan tidaklah Aku (Allah) utuskan engkau (Muhammad) kecuali sebagai kerahmatan kepada seluruh alam (i.e. manusia sejagat dan semua zaman.). Agama Islam itu adalah agama untuk manusia dan semua zaman. Syariat Islam itu telahpun disempurkan sebelum Rasulallah (s.a.w) diwafatkan. Rasulallah (s.a.w) adalah nabi dan rasul penamat, i.e. terakhir. Jelasnya, dan al-Quran (bersama-sama dengan as-Sunnah) itu adalah panduan umat manusia, bukan sahaja umat Islam, mana-mana zamanpun.
Agama Islam itu telah sempurna – tidak perlu ditokok tambah sesuatupun – Ayat 3, Surah al-Maidah: ‘Al-yauma akmaltu lakum dinakum wa-atmamtu ‘alaikum nikmati wa-radhitu lakumul-Islama dina.’ (Yang bermaksud: Pada hari ini telah Aku (Allah) sempurnakan bagi kalian agama kalian dan telah Aku (Allah) muktamatkan atas kalian nikmatKu dan Aku (Allah) ridha bagi kalian Islam sebagai agama kalian.). Dan, manusia (terutama yang Islam) diperingatkan oleh Allah (a.w) dalam Ayat 153, Surah al-An’am: ‘Wa-an haza siratal mustaqiman fat-tabi’uhu, wa-la tattabi’us-subula fa-tafarraqa bikum ‘an sabilihi; zalikum wossakum bihi la’allakum tattaquna.’ (Yang bermaksud: Dan ini (al-Quran dan as-Sunnah) adalah jalan lurus ke syurga maka ikuti jalan itu, dan janganlah kalian ikuti jalan selainnya maka (jika kalian ikuti jalan selain jalan al-Quran itu) akan berfirqah (atau berpecah-belahlah) kalian dari jalan lurus itu, demikianlah kalian diwasiatkan (i.e. diperintahkan) dengan jalan itu (i.e. menetapi jalan itu) supaya kalian bertaqwa.) Ketaqwaan itu adalah tiket mendapat syurga di akhirat kelak.
Syariat Islam itu ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan diperjelaskan serta ditunjukkan, secara praktiknya, oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Agama Islam itu murni dan benar jika diikuti (yakni, berpandukan semata-mata) hanya al-Quran dan as-Sunnah. Kalau diubah maka hilanglah ketulinannya serta kemurniannya, tercemar ia dari kemurnian syariat asli yang ditetapkan oleh Allah (a.w) dan yang isampaikan oleh RasulNya. Sesiapa yang beramal dengan syariat Islam yang telah tidak murni atau telah tercemar itu, kesemua amalan dan ibadahnya tidak diterima Allah (a.w). Sia-sialah segala amalan dan ibadahnya. Di akhirat nanti di dapatinya Kitab Catatan Amalannya kosong tanpa sebarang pahala. Malah dipenuhi dengan dosa, kerana amalan dan ibadah yang diwajibkan, jika diamalkan dan diibadahkan tetapi tak diterima Allah (a.w) samalah dengan tidakpun mengamalkan atau mengibadahkan sebarang amalan. Amalan dan ibadah tercemar bila seseorang itu terlibat dalam perkara-perkara yang bersifat syirik, mempercayai tahyul dan mengamalkan sesuatu yang kurafat, mengamalkan bid’ah dan mengamalkan amalan dan ibadah tanpa ilmu (i.e dalam kejahilan ilmu) atau berdasarkan taklid (i.e. ikut-ikutan, tanpa dasar ilmu). Dasar ilmu yang benar itu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah – berdasarkan ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa’ dan ketetapan as-Sunnah, bahawa sesiapa yang taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) dan tidak melanggar sempadan perintah Allah pasti dapat syurga. Rasulallah (s.a.w) ketika menyampaikan 'khutbah wada’ (khutbah terakhir semasa mengerjakan ibadah haji wada’, memberitahu: ‘Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitabbali wa-sunnati nabiyi.’ (Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan kepada kalian dua perkara, jika kalian berpandukan kedua-duanya, pasti kalian tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sunnah NabNya (yakni, as-Sunnah) – Hadith Hakim, Malik dll. Pesanan Rasulallah (s.a.w) dan janji Rasulallah (s.a.w) adalah kepastian. Rasulallah (s.a.w) membawakan dua khazanah ilmu dan panduan agama, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Allah (a.w) memberitahu manusia – Ayat 80, Surah an-Nisa’ – sesiapa yang mentaati Rasulallah (s.a.w) sudah pasti dia mentaati Allah (a.w). Counter factualnya: sesiapa yang menentang atau tidak mahu terima ketetapan Rasulallah (s.a.w) – ketetapan as-Sunnah – pastilah dia menentang Allah (a.w) atau ingkarkan ketetapan Allah (a.w). Manusia diperintah supaya tahu dan faham ilmu mengenai syariat Islam dahulu sebelum beramal dengan tuntutannya – Ayat 36, Surah al-Isra’. Rasulallah (s.a.w) memberitahu ‘al-Imu qabla ‘amal’ (Yang bermaksud: Beramallah hanya dengan ilmu’ dan jangan mengerjakan amalan dan ibadah dalam kejahilan. Rasulallah (s.a.w) memperingatkan kita ‘Man ‘amila ‘amalan laisa 'alaihi amruna, fahua raddun’ (Yang bermaksud: Sesiapa yang mengamalkan suatu amalan yang tiada didatangkan dari aku (Nabi) maka amalannya ditolak Allah (a.w)’ maksudnya sia-sia kerjakan amalan atau ibadah tersebut. Sama seperti seperti tidakpun beramal! Dan, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa ilmu yang wajib dipelajari, difahami dan dijadikan panduan amalan dan ibadah adalah al-Quran, as-Sunnah dan (ilmu) faraid.
Murni Islam itu apabila tidak dicemari oleh sebarang perubahan oleh manusia. Pencemaran yang paling lumrah zaman ini adalah bid’ah. Rasulallah (s.a.w) memberitahu baha seburuk-buruk perkara dalam urusan agama itu adalah pembaharuan dalam urusan agama, setiap pembaharuan adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah kesesatan, dan setiap kesesatan tempat orang yang beramal dengan sesuatu kesesatan itu adalah neraka. Selanjutnya, Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah memberitahu beberapa perkara mengenai bid’ah: pertama, semua atau setiap bid’ah itu kesesatan; kedua, mencemarkan amalan dan ibadah dalam Islam dengan bid’ah membatalkan amalan atau menghapuskan pahala amalan dan ibadah; ketiga, mengamalkan bid’ah secara langsung membatalkan keIslaman seseorang itu, jatuh kafir dia tanpa dia sedari; dan keempat, mengamalkan bid’ah juga menjerumuskan orang iman menjadi syirik, kerana mengikuti suatu ketetapan (bentuk amaln, cara dan kaedah beramal) yang bukan berupa ketetapan Allah (a.w) atau ketetapan Rasulallah (s.a.w); kelima, mengajarkan bid’ah dan diamalkan oleh orang yang kita ajarkan, maka dia yang belajar dari kita berdosa dan dia pula mengirimkan dosa setimpal dengan dosanya kepada kita yang mengajarnya tanpa mengurangi sedikitpun dosanya. Maka justeru itu Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita berpandukanlah kepada as-Sunnah – ‘ma ana ‘alaihi, wa-ashabi’ (yang bermaksud: Berpandulah kepada sunnahku dan sunnah sahabatku (i.e. khalifah yang empat) dan amalkanlah agama Islam secara berjema’ah. Mengikuti ketetapan selain ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) seolah-olah menidakkan perintah Allah (a.w), maka menjadi syirik tanpa disedari. Islam itu juga murni apabila dianuti secara berjema’ah – Ayat 103, Surah ali-Imran. Islam itu panduannya hanyalah al-Quran dan as-Sunnah dan diamalkan secara berjema’ah. Omar (r.a) dalam as-Sunnah merumuskan aqidah dan syariat agama Islam itu dengan menyebutkan: ‘… innahu la Islama illa bijama’ati, wa-la jama’ati illa bi-imarati, wa-la imarati illa bi-to’ati; faman saudahu qaumuhu ‘ala fiqhi kana hayatan lahu wa-lahum; wa-man saudahu qamuhu ‘ala ghairi fiqhin, kana halakan lahu wa-lahum.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya tidak dikatakan Islam kecuali dengan berjema’ah, dan tdak dikatakan berjema’ah kecuali dengan berimam, dan tidak dikatakan beriman kecuali dengan ketaatan (terhadap Imam), maka sesiapa yang menjadikan pemimpin atas kaumnya orang yang faqih (i.e. faham agama Islam) ada kehidupan baginya (i.e. bagi yang memimpin) dan bagi yang dipimpin; dan sesiapa yang menjadikan pemimpin atas kaumnya atas selain kefaqihan (i.e. fham agama Islam), ada keroskan/kemusnahan bagi yang memimpin dan yang dipimpin.) – Hadith ad-Darami dalam Kitab Ilmu. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa Allah (a.w) membenarkan (i.e. mengiyakan) kata-kata Omar (r.a) dan dia berkata-kata dengan kebenaran. Malah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kalaulah ada seorang Nabi selepas beliau wafat, pastilah Nabi itu Omar b Khattab (r.a).]

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment