Wednesday, July 24, 2013

Ramadhan: Kalau Berjaya Bersih Dari Dosa

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lhat dalam post yang lalu bahawa seseorang yang berjaya berpuasa Ramadhan menepati ketetapan Islam - ia berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan kerana mencari sebaik-baik dari kurnian Allah (a.w) dan tidak melanggar pantang larang Ramadhan selama sebulan itu, maka dia dibersihkan dari dosa-dosanya yang lalu, kecualilah dosa yang mewajibkan hukum had yang wajib ditaubatkan secara khusus. Kalau melakukan kemaksiatan dalam bulan Ramadhan, maka taklah dapat pembebasan daripada dosa tersebut. Maka terlepaslah peluang tawran keampunan dosa yang disediakan oleh Allah (a.w) tersebut. Orang yang sedemikian itu rugi. Kerana kalau ditakdirkan mati, tak sempat bertaubat atau aubatnya tak di terima Allah (a.w), maka dia membaya dosanya ke kubur dan ke akhirat. Dan pastilah menjalani hukuman dalam neraka untuk diberisihkan dahulu sebelum boleh diterima dibenarkan keluar neraka oleh malaikat Malik Zabaniah dan dibenarkan masuk syurga oleh malaikat Ridzuan!
Saudara, bagi orang iamn itu dia sentiasalah mencari peluang untuk menghakis dosa-dosanya yang lalu dan berusaha supaya tidak melakukan dosa baru pula. Justeru itu, mereka akan mengambil peluang keampunan dalm bulan Ramadhan dengan mengerjakan sebaik-baik puasa Ramadhan supaya di akhir Ramadhan mereka dibebaskan dari dosa-dosa yang lalu, kembali sebagi seorang dalam keadaan fitrah, masya Allah.
Saudara, kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa dalam bulan Ramadhan Allah (a.w) memasung atau memenjarakan kesemua syaitan dan iblis supaya tidak emnggangu gugat manusia berpuasa dan beramal. Kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa pahala dalam puasa Ramadhan serta pahala amalan-amalan dan ibadah yang terkait dengan bulan Ramadhan ditentukan ganjaran dan gandaannya oleh Allah (a.w). Dalam bulan-bulan biasa gandaannya adalah antara 10 hingga 700 kali ganda. Kemungkinan juga seseorang itu tak dapat sebarang pahala, apatah lagi gandaan pahala,dapat hanya kelaparan dan kedahagaan sahaja. bagaimana nak dapatkan pengampunan dalam bulan Ramadhan?
Bagaimana nak mendapatkan pahala maksimum dalam bulan Ramadhan? Ada banyak amalan harian yang boleh dikerjakan oleh seorang iman di siang dan di malam hari Ramadhan, iaitu: pertama, mengerjakan Solat Duha di siang hari - 2 hingga 12 rakaat; dibuat dua-dua rakaat satu salam. Dalam keadaan biasa Allah (a.w) bina sebuah ruah di syurga kalau kita solatkan Solat Duha satu solat, i.e. 2 rakaat itu. Kedua, mengerjakan Solat Tasbih 4 rakaat satu salam. Solat Tasbih ini boleh dibuat ketika malam. Tapi, hanya dibolehkan sekali sehari. Terampun 10 jenis dosa.Ketiga, membaca al-Quran - jika boleh dikhatamkan sebanyak kali mungkin. Al-Quran memberi syafaat kepada pembacanya di hari ahirat kelak. Ketiga, berzikir dengan membaca pelbagai kalimah zikir, termasuklah 'Alhamdulillah, Subhanallah, la-ilaha illallah, dll' Keempat, mengerjakan Solat Terawih 8 rakaat - dibuat empat empat rakaat satu salam (sunnah Rasulallah dan Khalifah a-rasyidin al-mahdiyin yang 4) ketika malamnya tanpa membaca pelbagai amalan bid'ah supaya tak tercemar Solat Terawih itu; kelima, menutup Solat Terawih dengan tiga rakaat Solat Witir pula. Keenam, ketika bangun untuk bersayu pula, buatlah 2 atau 4 rakaat Solat Qiam (atau, Solat Tahajud). Keenam, berbelanjalah pula untuk memberi makan kepada orang yang brpuasa, maka kita dapat pahala puasa orang yang berpuasa yang kita jamu makan berbuka itu tanpa menghakis sedikitpun pahala puasanya - pelaburan yang murah dan mudah. Ketujuh, membanyakkan sedekah kepada fakir miskin mendapat gadaan pahala bersedekah dan gandaan pahala kerana bersedekah daam bulan Ramadhan. Demikianlah sedikit maklumat mengenai usaha-usaha yang boleh dilakukan demi mendapatkan pahala maksimum di bulan Ramadhan.
Saudara, amalan yang digalakkan Rasulallah (s.a.w) supaya kita lakukan ketika masuk 10 hari terakhir Ramadhan adalah berIktikaf di masjid untuk mencari Malam Qadr = Lailatul-Qadr - yang ganjaran pahalanya adalah seumpama mengerjakan ibadah terbaik selama 1,000 bulan = 83 tahun 3 bulan. Kalau menemui Malam Qadr ini pastilah kita ahli syurga dan mendapat syurga secara pasti, masya Allah. Insya Allah kita lihat lebi mendapat dimensi amalan ini berikut:

Iktikaf dan Ganjaran Pahalanya
(-) Kenapa Iktikaf?
Saudara, Iktikaf menghapuskan dosa dan mengalirkan pahala selagi tidak tidur ketika briktikaf. Aapabila tidur habislah pahala yng termungkin selepas tidur itu.
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Fil-mu’takifi hua ya’kifuz-zunuba wa-yudra lahu minal-hasanati ka-a’milil-hasanatii kulliha’ (Yang bermaksud: Di dalam urusan orang-orang beriktikaf itu, iktikaf mencegah (diri) dari beberapa dosa dan dialirkan bagi orang yang beriktikaf dari beberapa kebaikan seperti orang yang mengamalkan beberapa kebaikan kesemuanya baginya.) [Hadith ibnu Majah, Kitab Puasa]
[Nota: Beriktikaf tanpa membuat apa-apapun mendatang pahala seolah-olah mengerjakan pelbagai amalan ketika beriktikaf. Jika tertidur terputuslah aliran pahala. Maksudnya, pahala Iktikaf itu diberikan semata-mata berjaga dan tak disyaratkan untuk melakukan apa-apa. Namun, adalah mendapat pahala tambahan apabila melakukan amalan-amalan.]

(-) Dimana boleh berIktikaf?
Saudara, berIktikaf itu mendatangkan pahala yang banyak Ketika beriktikaf kita tak perlu buat apa-apa, hanya duduk diam dan berjaga, tidak tidur mulai waktu masuk Isya' dan sampailak masuk waktu Subuh. Kalau nakkan pahala tambahan boehlah membaca al-Quran atau berzikir atau mengerjakan solat-solat qiam.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Kullu masjidin lahu muazzanun wa-imamun fa li-i’tikafi fihi yasluhu’ (Yang bermaksud: Tiap-tiap masjid baginya ada orang-orang yang memanggil dan ada imam, maka beriktikaflah di dalam masjid kerana mendatangkan kebaikan (pada orang yang beriktikaf). [Hadith Darul-Qutni]

Qiamul-Lail dan lailatul Qadr
(-) Pahala menemui Lailatul-Qadr
Saudara, hadith rengkas ini menyebutkan pahala yang trutama kerana meneui lailatul-Qadr itu. Isi hadith ini diperinckan lagi dalam hadith berkutnya:
Diriwayatkan hadith dari Mujahid berkata: ‘Ada dalam (i.e. di kalangan) Bani Israil beberapa lelaki berdiri ketika malam sehingga waktu Subuh kemudian berjihad menentang musuh ketika siang sehingga petang maka mengerjakan lelaki (sedemikian itu selama) seribu bulan maka menurunkan Allah (a.w) ini ayat: ‘Lalatul qadri khairun min alfi syahrin’ (Yang bermaksud: Malam Qadr itu adalah lebih baik daripada seribu bulan.) Maka (menyambung Jarir) berdiri (pada malam Qadr = lailatul qadr) demikian lebih baik dari amalan demikian lelaki.’ [Hadith ibnu Jarir]

(-) Mengatasi pahala model orang alim
Saudara, hadith ini menceritakan bahawa 4 orang dalam zaman dulu merupakan orang yang amat alim - 3 dalah nabi dan seorang adalah manusia biasa. Ke'aliman dan ketaqwaan mereka itu tidak dapat ditandingi oleh sesiapapun zaman itu dan zaman kemudiannya kerana tidakpun melakukan maksiat walaupun sekelip mata dalam hidup mereka slama 80 tahun. Namun, berkat kebesaran Rasulallah (s.a.w) dan keutamaan umat Islam Allah (a.w) bagi pelang untuk mengatasi amalan dan ibadah serta ketaqwaan mereka itu hanya dalam tempoh semalam - Malam Qadr. Sesiapa yang menemuinya mendapat ganjaran pahala seumpama beramal dan berbadah top-class melebihi 80 tahun!
Diriwayatkan hadith dari Ali b ‘Urwat berkata: ‘Menceritakan Rasulallah (s.a.w) suatu hari (tentang) empat orang dari Bani Israil menyembah Allah (a.w) delapan puluh tahun tidak menentang mereka pada Allah (a.w) sekejap matapun, maka menceritakan Rasulallah (s.a.w) (mereka itu adalah) Ayub, Zakaria, Hizqil b ‘Azuzi dan Yusa’ b Nun, maka berkata Ali: ‘Hairan para sahabat Rasulallah (s.a.w) dari demikian cerita.’ Maka datang pada Rasulallah (s.a.w) Jibril (a.s), maka berkata Jibril (a.s): ‘Wahai Muhammad (s.a.w)! Hairan engkau dan umat engkau dari ibadah mereka itu (i.e. segolongan 4 orang dari Kaum bani Israil yang mengerjakan ibadah selama) delapan puluh tahun tidak menentang mereka pada Allah (a.w) sekejap matapun? Maka sungguh-sungguh telah menurunkan Allah (a.w) lebih baik dari demikian itu. Maka membaca dia (Jibril (a.s)) ‘Inna anzalnahu fi lailatil qadri @ Wa-ma adrakamalailatul qadri @ Lailatul-qadri khairaum min alfi syahrin’ ini lebih utama daripada apa-apa yang hairan engkau Muhammad (s.a.w) dan umat engkau.’ Maka berkata Ali: ‘Maka menyukakan demikian (ganjaran pahala) oleh Rasulallah (s.a.w) dan manusia bersama-sama beliau (yakni, para sahabat).’ [Hadith ibnu Abi Hatim]
[Nota: Tidak menentang mereka terhadap Allah (a.w) bermaksud mereka lakukan kesemua amalan dan ibadah yang ditetapkan – yang wajib dikerjakan dan yang sunat-sunat dikerjakan sekuat mampu dan yang ditegah itu dijauhi atau tidak dikerjakan. Malah 4 orang ini tidakpun melakukan sebarang dosa-dosa kecil sepanjang tempoh 80 tahun tersebut, maka mereka tidak melalui sesuatu yang bersifat kemungkaran sedikitpun dan sesaatpun. Begitulah hebatnya amalan atau ketaqwaan mereka itu. Daripada 4 orang itu, tiga orang adalah nabi iaitu Ayub, Zakaria dan Yusak – nabi kaum-kaum mereka zaman-zamannya, manakala Hizkil adalah orang iman biasa.] 

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment