Assalamualaikum,
Dalam post ini kita teliti perkara ke-empat yang menunjukka kebenaran syariat Islam itu. Ada 4 perkara yang menentukan kesahihan syariat agama Islam yang kita anuti itu. Jika da ke-empat-empat ciri ini maka sahlah Islam kita berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Dalam post ini kita teliti perkara ke-empat yang menunjukka kebenaran syariat Islam itu. Ada 4 perkara yang menentukan kesahihan syariat agama Islam yang kita anuti itu. Jika da ke-empat-empat ciri ini maka sahlah Islam kita berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Apa dia yang 4 itu? Pertama, syariat agama Islam yang kita anuti hendaklah murni, tidak tercemar; kedua, kita beramal dan beribadah secara urni atau mukhlis semata-mata kerana Allah (a.w) - mengharapkan syurgaNya dan takutkan nerakaNya; ketiga, ikutilah hanya jalan yang lurus- iaitu semata-mata al-Quran dan as-Sunnah - dan jangan ikuti ajaran pihak-pihak lain; dan keempat, kita amalkan Islam dalam jema;ah atau secara berjema'ah.
(d) Islam yang murni itu berjema’ah
Ketetapan Allah (a.w)
Firman Allah (a.w.): ‘Wa’tasimu bi-hablillahi jami’an wa-la tafarraqu … al-Ayat’ (Yang bermaksud: Dan berpegang teguhlah kamu sekelian kepada tali Allah (i.e. agama Allah) secara berjema’ah dan janganlah berfirqah (i.e. berpecahbelah) ) [Ayat 103, Surah ali-Imran]
[Nota: Selain memurnikan syariat Islam, yakni tidak dicampuradukkan atau dicemari oleh lain-lain panduan dan pedoman, terutama pedoman yang didatangkan oleh manusia selain Rasulallah (s.a.w), agama Islam itu benar-benar murni apaila perintah berjema’ah itu dilaksanakan oleh orang Islam. Umat Islam disuruh berjema’ah dan ditegah atau dilarang bergerombolan atau berfirqah dalam apa jua bentuk. (Nota: Bermazhab adalah satu bentuk perpcahan atau firqah, kerana terdapat pula beberapa mazhab dan beberapa fahaman lain pula. Umat Islam telah dibahagi menjadi dua iaitu yang ikuti as-Sunnah dan yang ikuti as-Sunnah yang sesat, iaitu Syi’ah. Kemudian dari kalangan kumpulan as-Sunnah pula terdapat 4 mazhab – As-Syafie, al-Maliki, al-Hambali dan al-Hanafi. Kemudian ada pula golongan Salafi dan Wahabbi pula. Malah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa umat Islam itu akan perpecah menjadi 73 jenis atau golongan atau fahaman Islam, kesemuanya tak betul atau menyimpang kecuallah satu model Islam iaitu Islam yang dipraktikkan berpandukan as-Sunnah dan mereka berjema’ah dalam mengamakan tutntutan syariat Islam.]
Ketetapan Rasulallah (s.a.w)
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Wa-inna hazihil-millata sataftariqu ‘ala thalathin wa-sab’in thintani wa-sab’una fin-nari wa-wahidatun fil-jannati, wa-hiya jama’atu …’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya agama Islam ini akan berpecah belah menjadi 73 (golongan atau agama Islam) yang 72 (golongan atau agama Islam) masuk ke dalam neraka dan yang satu masuk syurga, iaitu jema’ah.) [Hadith Abu Daud di dalam Kitab Sunnah, hadith hasan]
[Nota: Dalam hadith yang dimuatkan dalam post sebelum ini, kita diberitahu bahawa agama Islam yang murni itu wajib dijema’ahkan, kerana kalau tidak di jema’ahkan, pasti tidak berjaya mendapat syurga.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa dalam zaman akhir kelak, ketika Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat yang murni pengamalannya telahpun wafat, akan terjadi kelompok-kelompok atau golongan-golongan orang Islam yang menyangka mereka benar-benar Islam dengan amalan mereka masing-masing, tetapi mereka bukan sahaja tidak berpandukan as-Sunnah, tetapi meerka juga tidak mengamalkan Islam secara berjema’ah. Atas dasar wahyu, Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith tersebut bahawa umat Islam dalam pegangan mereka serta dalam pengamalan mereka berpecah menjadi 73 kelompok atau golongan, masing-masing mengakui mereka Islam, malah yakin yang mereka Islam, tetapi semuanya tidak berjaya mendapat syurga. Hanya satu golongan yang mendapat syurga iaitu mereka Islam berpandukan as-Sunnah dan bentuk Islamnya berbentuk jema’ah. Jika tidak berjema’ah, maka batil Islam seseorang atau mana-mana perkumpulan Islam itu.
Allah (a.w) perintahkan umat Islam berjema’ah – Ayat 103, Surah ali-Imran tersebut. Kemudian, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa Allah (a.w) perintahkan supaya beliau laksanakan 5 perkara; iaitu, pertama, berjema’ah; kedua, mendengarkan nasihat dan ijtihad imam/amir (i.e. kepimpinan jema’ah Islam); ketiga, mentaati perintah imam/amir (i.e. kepimpinan jema’ah selagi ijtihad tersebut tidak bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah)); keempat, hijrah atau berpindahlah jika situasi atau persekitaran seseorang itu tidak membolehkan dia mengamalkan Islamnya menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah; dan kelima, berjihad membela agama Allah (a.w) dengan dirinya dan hartanya. Maka Rasulallah (s.a.w) memerintahkan umatnya supaya laksanakan 5 perkara tersebut.
Ketetapan berjema’ah ini diperincikan dalam as-Sunnah, termasuklah sabda-sabda Rasulallah (s.a.w) berikut: pertama, diwajibkan atas umat Islam berjema’ah, dan ditegah atau dilarang berfirqah atau berkumpulan terasing – Hadith at-Termidzi; kedua, pertolongan Allah (a.w) itu atas jema’ah, sesiapa yang menyendiri atau tidak berjema’ah dalam Islam, maka menyendiri mereka ke neraka, yakni mudah dipengaruhi dan terpengaruh oleh syaitan, menyimpang dari kebenaran syariat Islam – Hadith at-Teridzi; ketiga, sesiapa yang inginkan kepastian berada dia kana berada di tengah-tengah syurga, atau pasti mendapat syurga, hendaklah mereka berjema’ah – Hadith at-Termidzi; keempat, berjema’ah itu kerahmatan (i.e. mendapat kerahmatan Allah (a.w)) – kerahmatan Allah (a.w) menjamin syurga, walhal berfirqah itu pasti mendapat azab (yakni, masuk neraka) – Hadith Imam Ahmad; kelima, tangan (pertolongan) Allah (a.w) hanya bagi mereka yang berjema’ah dalam Islam – Hadith an-Nasa’i.
Berjema’ah itu suatu kewajipan dan pra-syarat sahnya keIslaman seeorang yang mengakui dirinya Islam. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memerintahkan umatnya supaya mendirikan jema’ah walaupun hanya terdapat 3 orang yang Islam di bumi Allah (a.w), atau wajib mendirikan jema’ah ketika bermusafir walaupun sekadar 3 orang sahaja dalam perjalanan tersebut. Jika kalau ada 3 orangpun wajib mengangkat salah seorang mereka menjadi Imam, maka lebih utamalah dijema'ahkan dalam perkumpulan melebihi 3 orang. Ketetapan berjema’ah ini dirumuskan oleh Omar b Khattab (r.a) berkata: ‘La islama illa bi-jama’atin, wala jama’atin illa bi-imaratin, wala imaratin illa bitoatin, wala toatin illa bi-bai’atin’ [Yang bermaksud: Tidak dikatakan Islam jika tidak berjemaah, dan tidak dikatakan berjemaah jika tidak ada keimaman (imam) (atau kepimpinan) dan tidak ada keimaman jika tidak ada ketaatan dan tidak ada ketaatan jika tidak ada ikrar janji taat setia (bai’at)’] (Hadith ad-Dailami).]
No comments:
Post a Comment