Assalamualaikum,
kita teruskan pula dalam post ini melihat perkara ketiga yang mengesahkan Islam kita itu., iaitu kita mencari jalan lurus mendapatkan syurga dengan pasti. kalau tak pasti mengapa kita ikuti. Kita diberitahu oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) jalan pasti ke syurga atau mendapatkan syurga itu diperjelaskan dalam al-Quran dan as-Sunnah.
kita teruskan pula dalam post ini melihat perkara ketiga yang mengesahkan Islam kita itu., iaitu kita mencari jalan lurus mendapatkan syurga dengan pasti. kalau tak pasti mengapa kita ikuti. Kita diberitahu oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) jalan pasti ke syurga atau mendapatkan syurga itu diperjelaskan dalam al-Quran dan as-Sunnah.
(c) Jalan Lurus mendapatkan syurga
Saudara, setelah dipastikan bahawa syariat agama Islam itu tidak dicemari oleh sesuatu yang tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah, manusia itu telahpun diberitahu oleh Allah (a.w) ikuti dan amalkan syariat agama Islam itu dengan berpegang kepada 'siratul mustaqim' yang ditetapkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya. Siratul mustaqim atau jalan lurus ke syurga itu telahpun diberitahu oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Sesiapa yang mengikuti sumber atau panduan selain al-Quran dan as-Sunnah, pasti tergelincir. Ini diberitahu oleh Allah (a.w) alam al-Quran dan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah.
Ketetapan Allah (a.w)
Firman Allah (a.w): ‘Wa-anna haza sirati mustaqima fat-tabi’uhu wa-la tat-tabi’us-subula fatafarraqa bikum ‘an sabilihi zalikum was-sakum bihi la’allakum tattaquna.’ (Yang bermaksud: Dan, sesungguhnya ini (al-Quran) adalah jalanKu yang lurus maka ikutilah dia dan janganlah mengikuti beberapa jalan (selain jalan al-Quran) kerana beberapa jalan itu akan memecahbelahkan kamu sekelian dari jalan Allah (a.w), dan demikian itulah Allah (a.w) wasiatkan/perintahkan kepada kamu sekelian agar (atau moga-moga) kamu sekelian bertaqwa (i.e. takutkan Allah).) [Ayat 153, Surah al-An’am]
[Nota: ‘Siratul mustaqim’ itu adalah jelan ke syurga, yang setiap umat Islam yang bersolat fardu (5 waktu sehari semalam) pohon sebanyak 17 kali itu diperjelaskan oleh Allah (a.w) dalam ayat ini. ‘Siratul mustaqim’ itu adalah al-Quran. Maksudnya itkui al-Quran maka pasti akan ditemuinya dan akan sentiasa berada di atas jalan ke syurga tersebut. Pasti, tidak akan menyimpang atau tergelincir selagi setiap yang Islam itu berpandukan al-Quran. Sekiranya seseorang yang Islam itu ikuti anduan dan tuntutan slain al-Quran pastilah akan sesat atau menyimpang atau tergelincir dari jalan yang lurus tersebut. Dan, pastilah umat Islam itu akan berpecah belah tidak sehaluan dan tidak sejalan. Maka mereka yang berpuak-puak pula mengikuti pelbagai jalan apabila berpandukan dengan panduan lain dari al-Quran dan as-Sunnah. Mengapa as-Sunnah kerana, seperti yang telah diperjelaskan di atas itu, kerana Allah (a.w) perintahkan umat Islam ikuti as-Sunnah, kerana Rasulallah (s.a.w) memperincikan dan memperjelaskan dalam as-Sunnah ketetapan al-Quran yang concise itu. Sekiranya seseorang yang Islam itu ikuti ketetapan al-Quran, maka al-Quran akan memandunya kearah mencapai tahap keimanan dan ketaqwaan yang disebutkan dalam al-Quran. Disebutkan dalam al-Quran bahawa sifat ketaqwaan itu menjamin kejayaan akhirat seorang yang Islam dan beriman.
Allah (a.w) dalam firman ini memperingatkan hambaNya yang Islam dan beriman supaya ikuti hanya satu jalan, iaitu jalan al-Quran. Ketaqwaan serta kejayaan akhirat itu hanya tercapai melalui ketaqwaan dan panduan al-Quran.]
Ketetapan Rasulallah (s.a.w)
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘… alaikum bil-jama’ati wa-iyakum wal-firqati …’ (Yang bermaksud: Menetapilah kamu sekelian pada jema’ah dan menjauhilah kamu sekelian pada firqah (i.e. perpecahan) [Hadith hasan sahih gharib at-Termidzi]
[Nota: Dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) memerintahkan umatnya supaya berjema’ah, malah diwajibkan atas umatnya berjema’ah, dan ditegah umatnya supaya jangan berfirqah atau berpecah belah. Malah Allah (a.w) dalam al-Quran menyebut kerapkai melarang hambaNya janagn berfirqah atau berpecah belah.
Diriwayatkan hadith dari Abdillah b Dinar hadith dari Ibnu Omar berkata: ‘Telah berkhutbah atas kami Omar (r.a) di tanah Jabiah, maka berkata dia (Omar): ‘Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku, berdiri aku di kalangan kamu sepertimana berdirinya Rasulallah (s.a.w) di kalangan kami (suatu masa dahlu), maka bersabda dia (Nabi): ‘’Aku wasiatkan atas kamu sekelian dengan (kehadiran) para sahabatku, kemudian orang-orang yang mendekati mereka (yakni, para tabi’in), kemudian orang-orang yang mendekati mereka (yakni, pengikut para tabi’in), kemudian tersebar luaslah dusta atau pendustaan sehingga bersumpah seorang lelaki dan tidak pula dia diminta bersumpah, dan menjadi saksi (seorang lelaki) walaupun dia tidak diminta menjadi saksi. Ingatlah janganlah menyepi (atau berkhalwat) seorang lelaki dengan seorang perempuan, kecuali ada yang ketiga dari mereka yang berdua adalah syaitan. Diwajibkan atas kamu sekelian dengan berjema’ah dan takutilah kamu akan berfirqah atau perpecahan, maka seungguhnya syaitan itu adalah bersama-sama dengan orang yang berseorangan dan dia itu orang keduanya, lebih menjauhi dia (syaitan)(pada orang yang berjema’ah). Barangsiapa inginkan berada ditengah-tengah syurga, maka hendaklah dia menetapi jema’ah … ‘ [Hadith at-Termidzi].
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment