Sunday, July 14, 2013

Orang Islam Yang Bodoh itu Matlamat Hidupnya dunia

Assalamualaikum,
Saudara, kita lihat suatu dimensi ilmu yang boleh memandu kita ke arah kefahaman agama yang betul sementara kita masih bernyawa, insya Allah.

Matlamat manusia – akhiratke duniake?

Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Man kanat akhiratu hammahu ja’alallahu ghinahu fi qalbihi wa-jama’a lahu syamlahu wa-atathud-dunya wahaya raghimatun wa-man kanat-dunya hammahu ja’allahu faqrahu baina ‘ainaihi wa-farraqa ‘alaihi syamlahu wa-lam yaktihi minad-dunya illa ma quddira lahu.’ (Yang bemaksud: Barangsiapa yang ada menjadikan akhiratnya tumpuannya (i.e. tujuan atau matlamat akhir hidupnya, atau menomborsatukan matlamat akhiratnya), Allah (a.w) akan menjadikan (i.e. memberikan) kekayaan di dalam hatinya (yakni, merasai cukup dan puas dalam hatinya = contented terhadap apa-apa yang ada padanya dan apa yang diperolehinya untuk hidupnya) dan mengumpulkan baginya keperluan dunianya walaupun tidak penting baginya. Dan barangsiapa yang dunianya adalah menjadi tumpuannya (i.e. tujuan atau matlamat hidupnya, atau dinomborsatukan olehnya), Allah (a.w) akan menjadikan kefakiran di antara dua matanya (i.e. sentiasa merasai tak cukup, walaupun dia sudahpun mewah dan kayaraya), dan memecahbelahkan (i.e. memporakpurandakan atau mempelbagaikan keinginannya terhadap) keperluan dunianya, dan tidaklah didatangkan kepadanya dunianya (i.e. apa yang didapatinya atau diperolehinya) kecuali apa yang telah ditakdirkan (i.e. qada’ dan qadarnya yang ditetapkan) baginya oleh Allah (a.w).’ [Hadith at-Termidzi & ibnu Majah]
[Nota: Qada’ dan qadar setiap manusia itu ditentukan 50,000 tahun sebelum alam ini dicipta Allah (a.w). Begitu jugalah ‘roh’ (= nyawa) setiap manusia itu diwujudkan pada masa yang sama. Dan, Allah (a.w) memerintahkan malaikat dengan izinNya jua menetapkan qada’ dan qadar bayi/manusia yang akan dilahirkan kelak, setelah pensenyawaan bibit benih lelaki (sperma) dan wanita (ovum) itu berlaku kira-kira 45 hari dalam rahim ibu. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa qada’ dan qadr hanya boleh diubah engan doa, dan doa itu dikabulkan Allah (a.w). Doa orang yang tidak kerjakan perintah Allah (a.w) dan as-Sunnah tidak diterima Allah (a.w). Demikian juan juga doa orang yang tidak mengerjakan amalan dan ibadah tidak diterima Allah (a.w). Dan, doa orang yang makan minumnya dan pakaian sumbernya adalah batil atau haram tidak diterima Allah (a.w).

Saudara, sabda Rasulallah (s.a.w) adalah didasari oleh perintah Allah (a.w) dalam al-Qurab, iaitu:
Allah (a.w) memberitahu kita dalam firmannya pada Ayat 15, Surah Hud: ' Man kana yuridul hayatiad-dunya wa-zinataha ... hingga akhir ayat.' (Yang bermaksud: Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia (= tujuan atau matlamat hidupnya) dan perhiasanannya (= segala keseronokan yang ada di dunia), pasti Kami (Allah) berikan balasan penuh (i.e. sekadar yang telah ditakdirkan baginya) atas pekerjaaan mereka di dunia (dengan sempurna atas dasar qadar itu), dan mereka di dunia tidak akan dirugikan.) Namun, Allah (a.w) memberitahu selanjutnya pada firmanNya pada Ayat 16, Surah Hud: 'Ulaikal-lazina laisa lahum fil-akhirati illan-nari; wa-habita ma sona-u fiha wa-batilu ma kanu ya'lamuna.' (Yang bermaksud: Mereka itulah orang-orang yang tidak ada bagi mereka apa-apapun di akhirat kecuali neraka; , dan sia-sialah di sana apa-apa yang mereka usahakan (semasa di dunia) dan terhapuslah (pahala) apa-apa yang mereka kerjakan.) Jelasnya, segala amalan dan ibadah yang dikerjakan kononnya untuk kebajikan akhirat terbatal, tidak diterima dan tidak mendapat pahala. Maka di akhirat kelak kosong catatan amalan dalam Kitab Catatan Amalan mereka. Maka tempatnya di neraka. Umat Islam tidak dibolehkan menombor-satukan dunia (= pertimbangan-pertimbanagn keduniaan) dan menombor-duakan akhirat (pertimbangan-pertimbangan akhirat). Walhal, seseorang yang beriman itu berusaha untuk berjaya di dunia dan di ahirat. Segala yang diperolehinya di dunia diketetapikan sebahagian untuk akhiratnya, spt menginfaqkan sebahagian rezki dan kekayaannya demi untuk urusan fi sabilillah, adalah melabur untuk akhirat, dan adalah menombor-staukan akhirat.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment