Assalamualaikum,
Saudara, semua manusia - Islamke atau tak Islam ke tetap idamkan kekayaan dalam hidupnya. Ramai orang Islam yang sanggup buat atau lakukan apa saja untuk kaya. Dan, ketika dah kaya, ramai pula lupa dan menjerumuskannya ke dalam neraka di akhirat. Mudah-mudahan hadith berikut memandu hidup kita supaya tidak membatilkan hidup kita, insya Allah.

Maksud kekayaan dalam Islam
Saudara, kita lihat hadith berikut yang memberikan kita takrifan yang haq tentang konsep dan hakikat kekayaan dalam Islam.
Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Laisal-ghina ‘an kathratil-‘aradi wa-lakinal-ghina ghinan-nafsi.’ (Yang bermaksud: Tiadalah (atau bukanlah) kekayaan itu dari harta-benda yang dimiliki (i.e. kerana harta yang dimiliki), dan akan tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan merasa cukup (i.e. contented) dalam diri.) [Hadith Bukhari & Muslim]
[Nota: ‘Merasa cukup’ itu maksudnya berpuas hati apa yang dikurniakan Allah (a.w). Kalaupun setakat cukup sara diri dan keluarga sederhana, tetap berpuas hati dan merasai syukur nikmat, dan tak merasa dibiarkan oleh Allah (a.w). Merasa contented ini satu nikmat yang amat besar bagi orang iman. Dia berusaha sekuat mampunya untuk meraih kejayaan dunia, namun jika tidak kesampaian (atau, tidak diperolehinya) dia tetap berpuas hati dan ridha. Inilah hakikat keberkatan dalam Islam. Walaupun berpendapatan kecil, contohnya, namun cukup untuk menampung keperluan hidup harian. Ramai orang yang kaya raya tetapi tidak memiliki ketenangan jiwa. Sentiasa tak merasa cukup. Bakhil pula, maka amat kikir untuk bersedekah, mengeluarkan zakat dan lebih-lebih lagi menginfaqkan sebahagian kekayaannya fi sabilillah. Maka taklah dia ‘membeli syurga’. Jadilah dia seumpama Qarun zaman Musa (a.s) dan Salabah (zaman Rasulallah (s.a.w)).
Janganlah menjadi orang yang digambarkan oleh Allah (a.w) pada Ayat 15 dan 16, Surah al-Fajr, berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Fa-ammal insanu iza mabtalahu rabbahu fa-akramahu, wan’amahu, fayaqulu rabb akraman.’ (Yang bermaksud: Maka adapun manusia ketika apa-apa memberi kepadanya oleh Tuhannya, maka dimuliakan (yakni, dia merasa dimuliakan oleh Allah) dan (Allah) memberi nikmat atasnya, maka berkata dia: ‘Tuhanku memuliakan aku.’) [Ayat 15, Surah al-Fajr]
Firman Allah (a.w): ‘Wa-amma iza mabtalahu faqadara ‘alaihi rizqahu fayaqulu rabbi ahanan.’ (Yang bermaksud: Dan, adapun ketika memberi kepadanya ala qadar (= secukupnya atau tidak sebagaimana yang dihajatinya) akan rezkinya, maka berkata dia: ‘Tuhanku telah menghinakan aku.’).[Ayat 16, Surah al-Fajr].
[Nota: Jelaslah manusia itu inginkan rezki yang lebih dan melimpah ruah. Namun kalau diperolehinya, dia terlupa bersyukur dan membela agamanya dalam fi sabilillah. Kalau diberi sedikit mencaci dia akan Allah (a.w), tidak akan bersyukur dia. Malah tidak ridha dia terhadap Allah (a.w). Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa yang tidak mensyukuri pemberian yang kecil atau sedikit, pastinya dia tidak mensyukuri pemberian yang banyak atau besar. Rasulallah (s.a.w) juga memberitahu ahawa sesiapa yang tidak tahu bersyukur (i.e. berterima kasih) atas pemberian manusia, maka pastilah dia tidak akan mensyukuri kurnian Allah (a.w). Orang-orang sedemikian itu adalah tergolong dalam orang yang kufurkan nikmat. Dia menerima pemberian manusia, yang dia Nampak. Bagaimanakah mungkin dia bersyukr kepada pemberian Allah (a.w) yang dia tak nampakpun Allah (a.w) dan segala pemberian Allah (a.w) yang begtu banyak tapi dia take for granted saja? Contohnya, nyawa kita adalah pemebrian yang amat besar. Kita boleh bernafas adalah pemberian Allah (a.w) yang tak nampak, bagi orang yang iman dan yang kufur dan kafir. Banyaknya nikmat Allah (a.w) tu tidak mungkin dapat kita hitung dan senarikan – Ayat 13, Surah Ibrahim: ‘Wa-in ta-uddu ni’matallahi la tuhsuha’ (Yang bermaksud: Dan jika kamu ingin hitungi nikmat Allah (a.w) kepada kamu (i.e. yang kamu terima setiap saat dan ketika), pasti tidak dapat dihitung.). Maka dia di murkai Allah (a.w). Kemurkaan Allah (a.w) pastilah menjerumuskan dia ke dalam neraka.
Keinginan manusia itu disebutkan dalam Ayat 14, Surah ali-Imran: ‘Zuyina linnasi hubbus-syahawati minan-nisa’ie wal-banina wal-qanatirati al-muqantarati minaz-zahabi wal-fiddati wal-khaili al-musauwamati wal-an’ami wal-harthi, zalika mata’ul-hayatid-dunya; wallahu ‘indahu hisnul ma-abi.’ (Yang bermaksud: Dihiasi pada pada pandangan manusia cintanya terhadap wanita-wanita dan anak pinak harta benda yang melambak dalam bentuk emas dan perak, kuda-kuda pilihan, haiwan ternakan, sawah lading. Itulah kesenangan di dunia, (tapi) di sisi Allah (a.w) tempat kembali yang lebih baik.) Manusia teramat ingin menjadi kaya raya di dunia – punyai isteri yang ramai (4 orang maksima), anak-anak yang ramai dan berjaya di dunia, harta benda dalam bentuk syarikat-syarikat korporat dan lain-lain bentuk harta alih dan tak alih,kenderaan berjenama (seperti Lamborghini, Ferrari, Maserati, Bently, Mercedes, BMW, Audi dll seumpamanya, tanah yang luas untuk dibangunkan bila tiba masanya,lading ternakan di Australia atau New Zealand dan USA, dll .
Kita diberitahu oleh Allah (a.w) bahawa bagaimana kayanyapun manusia zaman ini, tak siapapun yang boleh menandingi kekayaan Qarun dan Sa’labah. Bagaimana mulia dan hebatkan manusia sekarang tak siapa boleh tandingi Firaun zamannya – hidup 400 tahun tidak pernah sakit walaupun setakat pening kepala sepanjang hidupnya. Tidak ada raja yang kaya lagi hebat yang boleh menandingi kekayaan dan kehebatan Nabi Sulaiman (a.s).
Sebaliknya, Allah (a.w) memberitahu bahawa ahli syurga yang paling rendah mertabatnya (i.e. ‘miskin’) itu memiliki harta kekayaan yang nilainya seumpama 10 kali dunia dan seisisnya, dan setiap rumahnya sejauh 7 kM yang dibuat dari intan berlian, emas dan perak termasuklah perhisanan luaran dan dalaman rumahnya, dan dia dikurniakan Allah (a.w) 72 hurlu-ain (bidadari sebagai isteri) atau 12,500 hurul-ain (jika mendapat syurga tertinggi). Cantiknya hurul-ain itu disebutkan bahawa dia memakai kain sutera halus 70 lapis, namun jelas kelihatan saluran nadi dan darahnya. Jika sehelai selendang hurul-ain itu terjatuh ke dalam dunia sekarang ini, cahayanya mengalahkan sinar matahari. Ini tidak termasuk kemudahan lain seumpama kenderaan. Kalau ahli syurga sedemikian itu ingin melawat kesemua harta miliknya, perjalanannya memakan masa 1,000 tahun baru selesai dilawatinya kesemuanya! Dia, memilki pula pembantu rumah yang ribuan banyaknya.]

No comments:
Post a Comment