Assalamualaikum,
Saudara, dalam dunia orang yang melanggar ketetapan kerajaan pasti dipenjarakan. Namun, bagi orang yang Islam dan beriman dan kental imannya, dia lebih suka dipenjarakan di dunia dan dibebaskan di akhirat. Kita lihat peringatan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:

Dunia itu penjara orang Mukmin
Saudara, hadith pendek ini amat besar pengajarannya kepada orang iman. Dalam Islam tidak ada gunanya bebas ketika di dunia, kerana kita hanya bebas selama hayat kita - 40 atau 50 atau 60 atau 70 atau 80 tahun. [Nota: Tahniah kepada Dr Mahathir dan Siti Hasmah yang dirai oleh Vincent Tan menyambut hari lahir 88 tahun baru-baru ini - panjang umur tetap sehat.] Atau, sampai umur melebih 100 tahun. Jangka waktu di akhirat itu lebih lama -takda sempadan waktu dan tidak berakhir. Penjara di dunia itu tak bermaksa sedikitpun apabila dibandingkan dengan penjara di akhirat. Orang yang waras fikirannya, pasti memilih penjara dunia, dan cari kebebasan akhirat.
Menceritakan hadith oleh Abdul Aziz b Muhammad hadith dari ‘Alak ibni Abdil Rahman hadith dari bapanya hadith dari Abi Hurairah, berkata (Abu Hurairah): ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ad-dunya sijnul mukmini wa-jannatul-kafiri.’ (Yang bermaksud: Dunia ini adalah penjara bagi orang iman dan syurga bagi orang kafir.) [Hadith at-Termidzi]
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa dunia itu adalah penjara kepada orang iman, kerana, sebagaimana penjara bagi seorang banduan dalam penjara itu, dia tidak bebas buat sehendak hatinya - pergerakannya dan perlakukannya sentiasa diawasi dan tingkah laku serta percakapannya juga sentiasa dipantau dan tidak bebas. Dia sentiasalah berada dalam perkarangan penjara tersebut. Tidak boleh keluar. Tidak bebas bergerak. Sebaliknya, orang kafir itu kerana dia mungkar tidak mahu terima Islam, maka dia bebas buat apa saja – baik maupun buruk. Kalau baikpun tak ada gunanya dan kalau burukpun tak jadi apa-apa, kerana orang kafir atau orang yang tidak Islam itu pasti masuk neraka, tak kira apa yang dilakukannya di dunia. Sebaliknya, di akhirat kelak, ahli syurga mendapat pelbagai nikmat dalam syurga, bebas buat apa saja, malah mendapat pelbagai kenikmatan yang tidak pernah terfikir oleh otak, tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak terbayang oleh fikiran dan angan-anagan manusia, sekarang ini. Nikmat di akhirat itu tak sampai ke pengetahuan manusia. Dalam sepotong hadith disebutkan bahawa ketika Allah (a.w) ciptakan syurga, Allah (a.w) tunjukkan kepada Jibril (a.s) dan bertanya kepadanya apa pendapat mereka. Malaikat mengatakan bahawa sesiapa yang dapat atau diberi kesempatan melihat syurga dan apa-apa yang terdapat di dalamnya, pasti semua ingin memasukinya. Apabila ditunjukkan oleh Allah (a.w) neraka, malaikat yang disuruh melihatnya, berkata kepada Allah (a.w) bahawa sesiapa yang diberi kesempatan melihatnya dan melihat isinya, sesiapa yang melihat apa-apa yang terdapat di dalamnya pasti tidak ingin memasukinya. Kemudian diceritakan setelah diperhiasai Allah (a.w) di persekitaran syurga dan persekitaran neraka – di luarnya, maka sekali lagi disuruh Allah (a.w) Jibril (a.s) melihat kedua-duanya. Maka berkata Jibril (a.s), setelah melihat perhiasan di sekeliling syurga itu, bahawa tak ramai orang yang akan dapat memasukinya. Kerana, segala yang dihiasi di sekeliling syurga itu menyusah dan menyulitkan dan tidak sekalipun menyeronokkan. Manusia disuruh taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w), kerjakan solat – yang fardu dan yang sunat – bangun malam untuk berqiamul lail, berpuasa – wajib dan sunat, naik haji dalam kesesakan jutaan manusia berkumpul dalam masa yang singkat, bersedekah, mengeluarkan zakat, menginfaq harta, berbuat baik sesama manusia dan membela orang Islam yang dhaif – ibu tunggal, anak yatim, orang-orang tua/lanjut umur yang tiada waris, menghiasi diri dengan adab yang mulia dan sebagainya. Manakala melihat perhiasan di persekitaran atau luar neraka itu, Jibril (a.s) berkata pasti ramai manusia yang masuk ke dalam neraka itu. Apakah perhiasan yang ada persekitaran neraka itu? Iaitu segala larangan Allah (a.w) dan larangan Rasulallah (s.a.w), walhal yang ditegah dan dilarang itu amat menyeronokkan manusia. Perhiasan di sekeliling neraka itu amat disukai manusia dan mudah dikerjakan atau diamalkan, ramai pula manusia yang menjadi pelopor dan promoternya, yang dapat memuaskan keinginan rohani dan jasmani manusia. Contohnya, segala sesuatu yang haram dan menyeronokkan tetapi ditegah atau dilarang oleh Allah (a.w) – hiburan malam dan siang, wanita-wanita yang mendedahkan aurat, pergaulan bebas, makanan dan minuman yang terlarang, perjudian dan segala sesuatu yang merangsang nafsu, kemaksiatan dan sebagainya. Segala kegiatan yang menjadi tumpuan serta matlamat hidup manusia – kekayaan, kemewahan, kedudukan, pengaruh, idola manusia, kuasa dan segala kemudahan untuk mendapatkan 1,001 kehendak hati dan nafsu manusia, segala sesuatu yang boleh membezakan kedudukan dan taraf manusia, sifat-sifat keji spt kesombongan, riak, ujub diri, pujian-pujinan orang sekeliling dan seumpamanya yang membuatkan manusia terlupa kepada tanggungjawab terhadap Allah (a.w) dan membolehkan manusia mendapatkan ramai pengikut dan penyokong serta tarikan dari orang lain terhadapnya – wanita kepada lelaki dan lelaki kepada perempuan, serta amalan-amalan yang diluar tabi’I manusia seperti perbuatan atau amalan umat Nabi Lut – homoseks, lesbiansm dan sebagainya. Maka kerana itu kata Jibril (a.s), sudah pasti siapa saja yang melihat perhiasan Allah (a.w) disekeliling neraka itu akan tertarik kepadanya dan pasti ingin melibatkan diri mereka untuk menikmatinya. Perhiasan yang diadakan disekeliling neraka itu adalah kesemua yang menyeronokkan nafsu, yakni yang dilarang dan ditegah oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Juga, semua yang menyeronokkan hati orang yang iman juga, yang menjadikan mereka kufur, terutama kufur nikmat dan menjadi kikir dan pelit. Maka, apabila mereka melibatkan diri, maka pasti akan menjerumuskan mereka ke dalam neraka itu.]
Hari ini jelas apa yang diberitahu oleh Allah (a.w) itu. Keseronokan duniawi itu sudah canggih dan berbagai dan mudah diakses dan didapati dan dikuasi oleh manusia, pada setiap masa, sangat menyeronokkan, mudah memuaskan segala keinginan nafsu. Keseronokkan dunia itu boleh didapati oleh yang miskin dan yang kaya, di mana-mana dan 1001 macam kesenokan yang boleh memuaskan keinginan nafsu/diri.]

No comments:
Post a Comment