Wednesday, July 24, 2013

Ramadhan: Pahala Ramadhan tak dapat tanpa bayar Zakat Fitrah

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah tahu bagaimana - atau apakah amalan-amalan yang membolehkan kita memaksimumkan ganjaran pahala Ramadhan - dan akhirnya berjaya mendapat kerahmatan Allah (a.w) dan dihakis Allah (a.w) dosa-dosa kita.
Dalam post ini kita teliti pula suatu ketetapan Islam yang berkaitan dengan ibadah puasa Ramadhan yang utama kita beri penekanan dan tidak wajar dilupakan, iaitu membayar zakat fitrah. Kalau tak bayar zakat fitrah ini kita tak dapat pahala Ramadhan walaupun setelah bersusah payak kita kerjakan selama sebulan mengharapkan pengampunan dari Allah (a.w) atas dosa-dosa kita.

Membayar Zakat Fitrah
(-) Ukuran zakat fitrah

Saudara, hadith ini menyebutkan siapa yang dikenakan bayar zakat fitrah itu; iaitu (a) hamba (sekarang takda); (b) lelaki - tua atau kanak-kanak; dan (c) perempuan - tua dan kanak-kanak.
Diriwayatkan hadith dari (ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Difardukan oleh Rasulallah (s.a.w) zakat satu sok dari kurma atau satu sok dari gandum atas setiap hamba dan orang merdeka dan orang lelaki dan orang perempuan dan budak kecil dan orang tua dari kalangan orang Islam dan memerintah Rasulallah (s.a.w) dengan zakat bahawasanya didatangkan (i.e. ditunaikan) sebelum keluarnya manusia kepada solat (Aidil Fitri).’ [Hadith Bukhari]
[Nota: Zakat fitrah itu diserahkan sebelum tibanya waktu Solat Aidil Fitri (= Solat Aid), dan boleh dibayar bermula 1 Ramadhan. Kalau diserahkan selepas Solat Aid maka tidak dikira sebagai zkat fitrah tetapi hanyal sebagaimana sedekah biasa sahaja. Tidak sah sebagai zakat fitrah. Sok, ukuran dalam Islam berupa bekas gantang khas, yang jika diisi dengan tamar atau gandum atau beras bersamaan beratnya 2.7 Kg diserahkan kepada Amil. Betapa utamanya zakat fitrah itu dapat dilihat dari ketetapan hadith berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘(Segala amalan) Bulan Ramadhan digantungkan antara langit dan bumi dan tidak diangkat (pahala) bulan Ramadhan kepada Allah (a.w) kecuali dengan zakat fitrah (yakni, ditunaikan zakat fitrah).’ [Hadith Ibnu Syahin]
Zakat fitrah itu dikenakan kepada semua orang yang Islam – lelaki, perempuan, tua dan muda dan anak kecil, termasuk yang baru dilahirkan sebelum bermulanya Solat Aid. Hasil kutipan zakat fitrah ini hendaklah dihabiskan dengan mengagihkannya kepada 8 asnaf yang disebutkan dalam al-Quran. Tetapi, berbeza dengan zakat mal (i.e. zakat harta) makada diutamakan pengaihannya kepada fakir miskin dilebihkan supaya tidalah mereka meminta-minta di pagi Aidil Fitri. Ini dtetapkan oleh sabda Rasulallah (s.a.w);
Pembahagian zakat fitrah itu seperti pembahagian zakat umum, hanya saja orang fakir dan miskin itu lebih berhak/utama daripada lain-lain yang berhak menerima zakat biasa, berdasarkan sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Aghyunuhum ‘anis soali fi hazal yaum’ (Yang bermaksud: Mencukupkanlah kalian pada mereka (fakir miskin) dari meminta-minta pada hari ini (i.e. Aidil Fitri) – Hadith Darul-Qutni dalam Risalah Fiqh Muyassar]. Berkata Said b Musaiyab dan Omar b Abdul Aziz dalam menperjelaskan firman Alah (a.w) ‘Qad aflaha man tazakka ‘ (Yang bermaksud: Sungguh beruntung orang yang telah membersihkan dirinya ) – Surah al-A’la - adalah merujuk kepada Zakat Fitrah.’. Zakat ini disandarkan kepada fitrah kerana wajibnya mengeluarkan zakat tersebut pada waktu berbuka puasa di bulan Ramadhan dan yang dikehendaki dengannya adalah sedekah/zakat badan dan jiwa dan pembahagian zakat fitrah itu untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, para ‘amil, orang-orang muallaf, hamba, orang yang keberatan hutang (ghamiri), sabilillah dan ibnu sabil, pembahagian dari Allah (a.w) lebih mengetahui lagi maha menghukumi – Ayat 60, Surah at-Taubah.]
Saudara, 'berat kerana hutang' ini merujuk kepada orang iaman yang terpaksa meminjam untuk menyara familinya kerana kekrangan sumber pendapat atas sebab-sebab luarbiasa atau luar jangka, maka untuk membeli pakaian anak bini terpaksa berhutang. Maka dengan itu kelak, apabila amil mengagihkan zakat fitrah tersebut, berikan kepadanya kadar yang dia patut terima ditambah dengan tambahan untuk membolehkan dia melunaskan hutangnya.
Saudara, tahun ini zakat fitrah yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama tidak melebih RM 10.00 sekepala. Oleh itu janganlah kita persia-saiakan. Dengan membayarnya amalan puasa kita itu diangkat untuk mendapat pahala dari Allah (a.w). Janganlah dilewat-lewatkan menyerahkannya, kerana pihak berwajib akan dapat mengagihkannya kepada fakir miskin menerimanya dan bergembira ketika tiba Aidil Fitri. Janganlah lupa bahawa sekiranya isteri saudara melahirkan anak saudara beberapa minit sebelum Solat Aid, saudara kena segera keluarkan zakat fitrah untuk anak yang baru lahir itu.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment