Assalamualaikum,
Saudara, sudah 1/3 perjalanan dalam ibadah puasa Ramadhan kita. Ada 2/3 lagi kita wajib usahakan. Semoga Allah (a.w) panjangkan umur kita supaya kita sempat tamatkan Ramadhan dan berjaya di akhrnya mendapat keampuanan Allah (a.w).
Saudara, insya Allah, pada 6 Ogos 2013 ini pihak berwajib mengenai agama Islam akan berkumpul sebelum waktu Maghrib untuk melihat anak bulan Syawal 1434, untuk menentukan hari tamatnya Ramadhan dan masuknya Syawal - Raya Puasa. Kerana keadaan persekitaran di ufuk langit, maka diramalkan tidak akan kelihatan anak bulan Syawal, maka puasa akan dilanjutkan sehari lagi pada 7 Ogos 2013, bagi mencukupkan Ramadhan 30 hari. Insya Allah Aidil Fitri (Raya Puasa) akan diraikan pada hari Khamis, 8 Ogos 2013.
Saudara, walaupun kita menunggu raya jangan lupa untuk mengeluarkan zakat fitrah yang diwajibkan atas kita. Zakat fitrah ini adalah untuk semua yang hidup pada atau sebelum 1 Syawal, termasuklah, kalau terjadi, atas seorang bayi yang baru dilahirkan sebelum Solat Aidil Fitri dimulakan. Zakat fitrah itu adalah senilai satu sok beras yang merupakan makanan orang Melayu di Malaysia yang beratnya adalah 2.7 kg. Zakat fitrah itu menebus kekurangan dan kecacatan puasa Ramadhan kita kerana perbuatan sia-sia kita sepanjang Ramadhan, termasuklah berkata-kata lucah dan kotor. Jika tidak mengeluarkan zakat fitrah maka takda gunanya puasa Ramadhan kita itu.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment