Thursday, July 11, 2013

Peringatan: Islam Yang Benar itu Apa? (Samb.)

Assalamualaikum,
Kita teruskan penelitian kita tentang hakikat agama Islam itu supaya tidaklah kita dalam bulan Ramadhan ini mengerjaan amalan dan ibadah mengharapkan Allah (a.w) mapuni segala dosa kita dan di ahir Ramadhan kita bersih ...

(a) Syariat Agama Islam itu Murni 

Ketetapan Allah (a.w)
 
Saudara, syariat Islam itu murni, yakni tidak dicemari oleh sebarang pencemaran aqidah dan amalan dari sumber mana-manapun. Syariat itu tercemar atau hilang ketulinan bila manusia mengubah ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) danketetpan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah).

Firman Allah (a.w): ‘Inna anzalna ilaikal-Kitaba bil-haqqi fa’budillaha mukhlisan lahud-dina @ ala lillahid-dinul-khalisu … al-ayat’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami (Allah) menurunkan Kitab al-Quran kepadamu (Muhammad) dengan kebenaran (yakni, membawa kebenaran), maka mengabdikanlah dirimu (yakni, beribadahlah) kepada Allah (a.w) dengan memurnikan agama kepadaNya @ Ketahuilah bagi Allah (a.w) agama yang murni …’ sehingga akhir ayat). [Ayat 2 dan 3, Surah az-Zumar]
[Nota: Manusia itu diperintah oleh Allah (a.w) supaya beribadah berdasarkan al-Quran (dan as-Sunnah). Manusia itu tidak diperintahkan beribadah atas dasar selainnya. Al-Quran itu adalah panduan mutlak bagi manusia dalam memenuhi perintah Allah (a.w) yang disebutkan pada Ayat 56, Surah az-Zariat (iaitu: Tidalah Aku (Allah) jadikan jin dan manusia kecuai emata-mata untuk mengabdikan diri mereka kepadaKu). Selain al-Quran itu, manusia diperintah oleh Allah (a.w) supaya ikuti segala ketetapan yang didatangkan oleh Rasulallah (s.a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr (iaitu: Apa-apa yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu ambil (trima dan amalkan) dan apa-apa yang ditegahnya hendaklah kamu tinggalkan). Jika manusia yang Islam itu ikuti ketetapan tersebut maka mereka pasti mendapat syurga mengikut Ayat 13, Surah an-Nisa’ (iaitu: Sesiapa yang mentaati Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan dan panduan al-Quran) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan dan panduan as-Sunnah), pasti dimasukkan ke dalam syurga). Sebaliknya adalah Ayat 14, Surah an-Nisa’ (iaitu: Sesiapa yang berpaling dari (yakni, tak ikuti atau patuhi ketetapan) Allah (a.w) (i.e. ikuti al-Quran) dan berpaling dari (yakni, tak ikuti atau patuhi ketetapan) Rasulallah (s.a.w) (yakni, tak ikuti as-Sunnah), dan melanggar ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya dari apa-a yang ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah, pasti dimasukkan ke dalam neraka. Dan, Allah (a.w) memberitahu pada Ayat 80, Surah an-Nisa’ (iaitu: Sesiapa yang mentaati Rasulallah (s.a.w) sudah pasti dia mentaati Allah (a.w). Dan as-Sunnah itu memperincikan pula ketetapan al-Quran menjelaskan segala sesuatu yang perlu diperjelaskan dalam al-Quran. Jelaslah, Islam yang benar itu adalah ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Dalam mengabdikan diri seseorang yang Islam itu wajib mempunyai aqidah yang murni aitu mengikuti ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) adalah kemurniaan dan keaslian beragama. Agama atau syariat agama Islam itu ‘murni’ dalam konteks ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) itu apabila semuanya adalah asli sebagaimana diperintahkan oleh Allah (a.w) kepada Rasulallah (s.a.w), sebagaimana yang dibawakan dan diajarkan oleh malaikat Jibril (a.s) kepada Rasulallah (s.a.w). Agama yang kekal asli atau pure itu tidak dicemari atau tercemar oleh sesuatu yang tiada di dalam al-Quran dan as-Sunnah – sama ada dalam konteks aqidah tercemar oleh fahaman atau kepercayaan yang bercrak atau mirip syirik, tahyul, kurafat dan pendustaan atau dalam konteks pengamalannya atau praktikalnya dicemari oleh pembaharuan atau pengubahsuaian atau tokok tambah yang tidak ada sandaran atau dasar al-Quran dan as-Sunnah seperti bid’ah (pembaharuan) dan taklid (mengikuti kaa-kata sipolan dan sipolan yang tiada dasar atau sandaran al-Quran dan as-Sunnah). Firman Allah (a.w) ini memperingatkan manusia yang Islam dan beriman itu bahawa hendaklah mereka berwaspda dan ikutilah keaslian atau kemurniaan syariat Islam itu sebagaimana yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada umat manusia zamannya. 

Ketetapan Rasulallah (s.a.w) 

Diriwayatkan hadith Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Innallaha la yuqbalu minal-‘amali illa ma kana lahu khalisan wabtughiya bihi wajhuhu.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) tidak akan menerima suatu amalan kecuali amalan yang dikerjakan itu murni (yakni, tidak dicemari oleh sesuatu apapun) dan (dikerjakan kerana) mencari wajah Allah (a.w) (yakni, kerana mengharapkan kerahmatan dan keridhaan Allah semata-mata). [Hadith an-Nasa’i, Kitab Jihad]
[Nota: Allah (a.w) hanya menerima hambaNya yang murni Islamnya – dari segi aqidah (kepercayaan dan keyainan) dan murni dari segi praktikalnya atau amalannya serta ibadahnya (i.e. bentuk-bentuk, cara dan kaedah beramal dan mengerjakan ibadah). Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith ini bahawa sesiapa yang tidak murni Islamnya, tidak akan diterima segala amalan dan ibadahnya, yakni pengabdiannya. Murni itu aqidah dan pengamalan yang menepati ketetapan Allah (a.w) yang disebutkan dalam Ayat 2 dan 3, Surah az-Zumar, Ayat 5, Surah al-Baiyinah, Ayat 153, Surah al-An’am dllnya. Islam itu tidak murni kalau sepotong ayat atau sesuatu cerita yang disebutkan dalam al-Quran itu tidak diterima oleh seseorang itu. Islam itu juga tidak murni jika seseorang itu mengketepikan as-Sunnah, dan mengikuti semata-mata al-Quran, kerana Allah (a.w) menyuruh umat Islam itu pegang as-Sunnah – amal dan kerjakan apa yang disuruh sekuat mampu dan tinggalkan apa-apa yang ditegah atau dilarang – Ayat 7, Surah al-Haysr dll. Malahan Allah (a.w) perintahkan manusia yang Islam itu contohi Rasulallah (s.a.w) kerana Rasulallah (s.a.w) itu adalah uswatun hasanah’ = model ikutan terbaik dalam perkara dunia dan akhirat – Ayat 21, Surah al-Ahzab. Sesiapa yang inginkan kerahmatan Allah (a.w) dan syurga, ikuti contoh dan petunjuk Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) mengingatkan umatnya supaya jauhi apa yang beliau tegah. Contohnya, mengerjakan amalan dan ibadah – yang fardu maupun yang sunat – supaya menepati sabdanya - tidak dicemari oleh perkara yang tiada asas dan dasar as-Sunnah: ‘Man ‘amila ‘amalan laisa amruna, fahua raddun.’ (Yang bermaksud: Sesiapa yang megerjakan sesuatu amalan yang tidak termasuk dalam perkaraku (Nabi), maka amalannya (atau ibadahnya) di tolak (oleh Allah (a.w), yani tidak diterima. Maka amalan dan ibadah tersebut sia-sia semata-mata.
Telah disebutkan oleh Allah (a.w) bahawa kemurnian agama itu mewajibkan umat Islam itu belajar ilmu dan menyediakan diri dengan cukup ilmu supaya boleh faham aqidah Islam yang haq dan syariat Islam betul dan bagaimana melaksanakannya – Ayat 36, Surah al-Isra’. Sesuatu amalan itu menjadi murni dan benar jika didasari oleh ilmu, sejajar dengan perintah Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra’ (iaitu: Janganlah amalkan atau buat sesuatu ibadah tanpa terlebih dahulu tahu dan faham ilmu mengenai amalan dan ibadah tersebut). Rasulallah (s.a.w) memberitahu dan memperingatkan umatnya: ‘Al-Ilmu qabla ‘amal.’ (Yang bermaksud: Beramallah hanya dengan ilmu atau berilmulah dahulu kemudian barulah amalkan atau ibadahkan). Sebarang amalan dan ibadah yang dikerjakan tanpa ilmu, walaupun betul sebagamana diamalkan oleh orang yang berilmu atau sah ilmunya, tetap dikira tak betul, kalau tidak didasarkan dengan ilmu Maka setiap amalan dan ibada itu wajib dipelajari ilmunya terlebih dahulu. Tidak boleh dikerjakan secara ikut-ikutan atau bertaklid kepada cakap-cakap atau suruhan seeorang tanpa mempelajari ilmunya. Inilah ketetapan Rasulallah (s.a.w): ‘Man qala fi kitabillahi ‘aza wa-jala bi-rakyihi fa-asoba faqad akhta-a.’ (Yang bermaksud: Sesiapa yang berkata atau mentafsirkan atau menyebutkan sesuatu dalam Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran – dan termasuklah ketetapan as-Sunnah) zat yang maha agung dan maha tinggi dengan pendapatnya (i.e. tidak belajar), maka didapati betul, maka sungguh-sungguh salah dia) [Hadith Abu Daud, Kitab Ilmu]. Jelasnya, setiap amalan atau ibadah yang hendak dikerjakan wajib dipelajari ilmunya terlebih dahulu. Jika tidak, kalau diamalkan atau dikerjakan ibadah itu, walaupun betul, tetapi tetapi dikira salah. Tidak ada jalan pintas dalam Isam. maka dengan itu Islam mewajibkan belajar ilmu. Sabda Rsulallah (s.a.w): ‘Talabul ilmi faridatun ‘ala kulli Muslim.’ (Yang bermaksud: Mepelajari ilmu (i.e. ilmu al-Quran dan as-Sunnah) itu wajib bagi setiap orang Islam.) [Hadith Abu Daud]
Amalan dan ibadah Islam itu murni jika diniatkan semata-mata kerana mengikuti ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah al-Isra’ (iaitu: Mencari kerahamatan/keridhaan Allah (a.w), i.e. syurga, dan selamat dari siksaaan Allah (a.w), i.e. neraka). Tanpa ilmu, amalan dan ibadah ditolak dan tanpa niat yang murni, amalan juga tidak diterima walaupun benar dari segi ilmunya.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment