Thursday, July 25, 2013

Ramadhan: Amalan Post-Ramadhan

Assalamualaikum,
Saudara, sudah selesai puasa Ramadhan 15 hari. Insya Allah kita akan sempat seterusnya berpuasa 15 hari lagi, dan insya Allah ditakdirkan kita panjang umur kita rayakan Aidil Fitri pada 8 Ogos 2013 nanti.

Bertakbir Pada Hari Aidil Fitri
Takbir Aidil Fitri (dan Aidil Adha)

Saudara, kita disuruh bertakbir bermula masuknya waktu Solat Maghrib pada hari ahir Ramadhan. Kemudian kita bertakbirlah setipa kali kita selesai mengerjkan solat fardu sehingga masuk waktu Maghrib hari raya ke-3.
Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Zaiyinu ‘ayadakum bit-takbiri’ (Yang bermaksud: Menghiasilah pada Hari Raya (Aidil Fitri) kamu sekelian dengan membaca Takbir (yakni, membaca Takbir sebanyak-banyaknya).’ [Hadith at-Tobrani dalam Kitab Saghir]
[Nota: Takbir dalam syariat Islam hanyalah membaca kalimah-kalimah berikut: ‘Allahu akbar 3x; Lai-ilaha ilallah, wallahu akbar; Allahu akbar wa-lillahi ilham’ sahaja. Kalimah-kalimah tambahan yang berbagai yang dibacakan oleh majoriti orang Islam sekarang ini tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah atau tidak dicontohkan atau disuruh oleh Rasulallah (s.a.w). Jika diamalkan sebagai suatu amalan yang rutin dalam merayakan peristiwa tersebut, ditakuit tergolong dalam amalan bid'ah. Maka lebih selamat tidak dikerjakan. Kerana, kalau termasuk bid'ah maka tak gunalah amalan puasa Ramadhan kita sebulan itu. Malah, kita dihukumi menentang ketetapan as-Sunnah, maka kita terkeluar dari Islam, wal iya zubillah. Lebih selamat kalau tak dibuat.]

Pahala Datang Awal ke masjid
Saudara, sebagaimana biasa kita disuruh mempercepatkan amalan setelah masuk waktunya. Maka dengan itu sesiapa yang bersolat di awal waktu masuknya - bagi solat fardu - maka lebih disukai oleh Allah (a.w) dan mendapat ganjaran pahala yang lebih selain membuktikan kita benar-benar akur dengan perintah Allah (a.w) dan RasulNya. Demikian jugalah dalam mengerjakan Solat Aid kita disuruh bersegera ke masjid. Diriwayatkan hadith dari Said b Ausin al-Ansori hadith dari bapanya (r.a) berkata: ‘telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iza kana yaumu aidil-fitri wa-qafatil malaikatu ‘ala abwabit-turuqi, fanadau: ‘’U’du ya ma’syaral muslimina ila rabbi karimin yamunnu bil-kahiri, thumma yuthibu ‘alaihil jazila laqad umirtum bi-qiamil-laili fa-qumtum, wa-umirtum bis-siamin-nahari fa-sumtum, wa-ata’tum rabbukum faghbidu jawaizukum. Faiza solla nada munadi: Ala inna rabbakum qad ghafaralakum farji-‘u rasyidina ila rihalikum fahua yaumul jaizati, wa-yusamma zalika yauma fis-sama’i yaumal-jaizati.’ (Yang bermaksud: Ketika ada pada hari Aidil Fitri berhenti para malaikat di atas beberapa pintu jalan, maka memanggil mereka (malaikat): ‘Berpagi-pagilah wahai orang-orang Islam kepada tuhan kamu yang Maha Mulia memberi khabar Allah (a.w) dengan kebaikan, memberi pahala Allah (a.w) yang banyak nescaya sungguh diperintahkan kamu sekelian menetapi (i.e. beribadah) di waktu malam, maka menetapi kamu sekelian; diperintahkan kamu sekelian dengan puasa di siang hari, maka berpuasa kamu sekelian; (perintahkan) dengan ketaatan akan tuhan kamu, maka menerimalah beberapa pemberian/pembalasan’. Maka ketika telah solat mereka (yakni, selesai Solat Aid) memanggil orang-orang yang memanggil (yakni, para malaikat rahmat): ‘Ingatlah sesungguhnya tuhan kamu sungguh-sungguh telah diampunkan Allah (a.w) kembalilah orang-orang yang benar kepada rumah-rumah kamu sekelian (i.e. bergembira sesama keluarga), hari raya hari pemberian, dan disebutkan di dalam langit ‘hari pemberian’.) [Hadith at-Tobrani dalam Kitab Kabir]
[Nota: Pada 1 Syawal, kita disuruh bersegera ke masjid mensolatkan Solat Aidil Fitri (dan Aidil Adha, pada 10 Zulhijjah pula) dan kemudian balik ke rumah mengikuti jalan yang lain pula supaya kita bertemu dengan saudara Islam yang lain pula untuk bersalaman dan mengucapkan ketika bersalaman itu ‘Alhamdulillah, wa-astaghfirullah’, maka gugurlah dosa-dosa antara kedua-duanya – yang menemui dan yang ditemui.]

Ibadah Di Malam Raya
Digalakkan mengerjakan ibadah-ibadah malam Aid
Saudara, bagi meraikan kejayaan kita mempersungguh serta menyempurnakan ibadah Ramadhan itu, kita digalakkan untuk mengerjakan ibadah-ibadah tambahan pada malam Raya Pertama dan Kedua pula. Amalan itu menunjukkan bahawa jiwa kita tetap hidup dan sumbur dan dan keimanan kita tetap kental, berbanding dengan majoriti orang yang meraikan ketibaan Aid dengan keseronokan keduniaan semata-mata, seolah-olah terlepas dari belenggu agama! Diriwayatkan hadith dari abi Umamah hadith dari nabi (s.a.w) bersabda: ‘Man qama lailata-yil-‘idaini muhtasiban lillahi lam yamut qalbuhu man yauma tamutul-qulubu.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa menetapi/ ibadah malam dua hari raya (i.e. Aidil Fitri dan Aidil Adha) (yakni, malam Aid) kerana mencari pahala tidak mati hatinya, ketika matinya hati-hati mereka yang mati (i.e. orang-orang yang beriman tapi tidak mempersungguh amal dan ibadahnya).) [Hadith ibnu Majah]

Ibadah lanjutan bulan Syawal
Puasa 6 Hari Bulan Syawal

Saudara, bagi seseorang yang tahu betapa utama dan pentingnya mendapat ganjaran syurga dan selamat dari neraka kelak di akhirat, sentiasalah dia mencari peluang untuk menyediakan lebih banyak bekalan akhirat , terutamanya mencari bonos yang lebih banyak untuk setiap ibadah dan amalan akhirat, sebagaimana ramainya manusia di dunia menunggu-nuggu peluang membeli belah melai 'promosi jualan' berbagai, kerana dapat membeli kehendak hati merka dengan harga runtuh.
Demikian jugalah sepatutnya riaksi orang iman, sentiasa mencari peluang untuk mendapt pahala bonos sebanyak mungkin dan mengerjakannya supaya bekalan ahrat merka semakin banyak.
Diriwayatkan hadith dari Abi Ayub al-Ansari (r.a) (berkata) bahawa ada Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man soma ramadhanan thumma atba’ahu sittan min syauwali kana kasiamid-dahri.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan (sebulan) kemudian diikutinya (i.e. melanjutkannya) dengan berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal maka pahalanya seperti berpuasa setahun.) [Hadith Muslim]
[Nota: Puasa 6 hari dalam bulan Syawal ini tidak disyaratkan supaya dipuasakan secara berturut-turut atau 6 hari berterusan tetapi hanya boleh dimulakan selepas 1 Syawal. Puasa pada 1 Syawal itu tidak dibolehkan. Begitu juga tidak dibolehlah bekerja juga pada 1 Syawal. 1 Syawal itu adalah hari merayakan kegembiraan setelah berjaya menyempurnakan puasa Ramadhan, satu daripada kejayaan yang disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w). Satu lagi adalah ketika bertemu dengan Allah (a.w) setelah qiamat nanti mendapat yurga.
Bagi wanita, ada yang melalui waktu uzur – haid – mungkin selama 7 aatu lebih, mereka tidak boleh berpuasa puasa Ramadhan, maka boleh menggantikan puasa pada mana-mana bulan, paling lewat pada bulan Sya’ban kemudiannya sebelum tiba Ramadhan yang akan datang. Jadi, puasa 6 hari Syawal itu boleh didahulukan.] 

Jazakallahu khairah



No comments:

Post a Comment