Monday, July 29, 2013

Ramadhan, Islam dan Pakaian Lelaki

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini sudah masuk 10 terakhir Ramadhan, digalakkan berjaga malam, bertiktikaf menunggu lailatul-Qadr. Kita dah tahu bahawa seseorang Islam yang beriman yang berpuasa Ramadhan dengan niat dan harapan semata-mata mencari pahala dari Allah (a.w), di akhir Ramadhan, diampunkan kesemua dosa tahun lalu (kecuali beberapa dosa yang tak secara otomatis diampunkan, iaitu dosa besar hukum had (hudud), dosa yang sengaja dikerjakan dan dosa kepada orang mukmin yang lain). Tapi, kalau kita melakukan sesuatu yang ditegah oleh Islam seperti yang disebutkan dalam hadith-hadith berikut, takda gunanya berpuasa pula. Tak dapat pahala sedikitpun... Apa dia? Kita lihat seterusnya.


Lelaki Islam Dilarang Memakai Emas dan Sutera 


Saudara, dalam Islam pakaian adalah utama dalam urusan ibadah, dalam perkara aurat dan dalam perkara mentaati perintah Allah (a.w) dan RasulNya.

Diriwayatkan hadith dari Nafi’ hadith dari Said b Abi Hindin hadith dari Abi Musa al-Asy’aari (berkata) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Hurrima libasul-hariri waz-zahabi ‘ala zukuri ummati wa-uhilla li-inathihim’. (Yang bermaksud: Diharamkan pakaian sutera dan (memakai) emas atas kaum lelaki umatku dan dihalalkan pada orang perempuan (mereka).’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Libas (Pakaian)]
[Nota: Hadith ini memberikan ketetapan syariat Islam bahawa lelaki Islam tidak dibenarkan (i.e. diharamkan) sama sekali memakai pakaian sutera (i.e. apapun kualiti dan sifatnya) dan emas (dalam apa bentuk sekalipun spt cincin dan gelang). Dalam hadith berikut disebutkan ketetapan yang sama.]
Diriwayatkan hadith dari Abi Aflaha al-Hamdani hadith dari Abdullah b Zurir, yakni al-Ghafiqiyi, bahawasanya dia mendengar Ali b Abi Thalib (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya Nabi (s.a.w) memegang (yakni, mengambil) sutera halus (atau lembut atau nipis) maka menjadikan (i.e. memegangnya) pada tangan kanannya, dan mengambil (atau memegang) emas, maka menjadikannya (i.e. memegang emas tersebut) di dalam tangan kirinya, kemudian bersabda: ‘Inna hazaini haramun ‘ala zukuri ummati’ (Yang bermaksud: ‘Sesungguhnya kedua-dua ini (i.e. ditangannya – sutera dan emas) diharamkan atas kaum lelaki umatku.’ ) [Hadith at-Termidzi, Kitab Libas]
[Nota: Hadith ini sekali lagi mengesahkan bahawa lelaki Islam diharamkan memakai sutera dan emas.] 


Umat Akhir Zaman Melanggar Ketetapan as-Sunnah 


Saudara, di akhir zaman manusia akan mengutamakan kebijaksanaan mereka dalam beramal dan beribadah dalam Islam. Yang juga menyebabkan mereka anggap as-Sunnah itu tak sama tarafnya dengan al-Quran, walhal ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah berupa kewajipan mutlak diikuti dan diambil pakai sebagai panduan hidup mukmin.

Menceritakan hadith oleh Abdul Rahman Ghanamil-al-Asy’ari berkata: ‘Menceritakan hadith kepadaku (oleh) Abu ‘Amir atau Abu Malik al-Asy’ari: ‘Demi Allah (a.w)! Tidak berdusta Abdul Rahman kepadaku bahawa dia mendengar Nabi (s.a.w) bersabda: ‘La-yakunanna min ummati aqwamun yastahillunal-hira wal-harira wal-khamra wal-ma’azifa.’ (Yang bermaksud: ‘Akan ada dari kalangan umatku beberapa kaum yang menghalalkan zina (atau, perzinaan) dan (menghalalkan) sutera dan (menghalalkan) arak (i.e. minuman keras) dan (menghalalkan) alat-alat lahan (i.e. alat-alat muzik atau apa saja alat-alat yang boleh melalaikan umat Islam.) )’ [Hadith Bukhari, Kitab Syarbat (minuman)]
[Nota: Hadith ini menyebutkan di akhir zaman akan ada umat Islam (hamba Allah (a.w) dan umat Muhammad (s.a.w)) yang menolak as-Sunnah. Antaranya umat Islam menentang ketetapan – ketetapan yang disebutkan dalam hadith. Apa dia? Ada 4 perkara yang diharamkan dalam Islam, iaitu pertama, perzinaan; kedua, sutera (sebagai pakaian lelaki); ketiga, arak (minuman); dan keempat penggunaan alat-alat lahan (atau yang melalaikan manusia dari mengingati Allah (a.w)). Alat-alat lahan itu adalah seumpama alat music, alat penyiaran dan hiburan selainnya. Termasuklah, menjadi karier hidup sebagai penyanyi dan pelakon. Rezki yang didapati melalui perbuatan lahan (= yang melalailan orang Islam) adalah haram.

Syurga itu didapati oleh seseorang Islam yang beriman yang membuat amalan dan mengerjkan ibadah yang ditetapkan, yakni sesiapa yang berjaya menepati ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa', pasti dapat syurga. Termasuk dalam ketetapan ini adalah Ayat 103, Surah ali-Imran, yang menyebutkan bahawa sah Islam seseorang itu jika dia berjema'ah dalam Islam. Dan, segala ketetapan Rsulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah atau al-hadith) wajib dikuti kerana itu ketetapan Allah (a.w) - Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 80, Surah an-Nisa'. Ketetapan itu sejajar dengan Ayat 13, Surah an-Nisa' yang kita rujuk itu.] 

Pakai Sutera di Dunia, Masuk Neraka 


Saudara, ramai umat Islam, terutama mereka yang berkedudukan dimercu kegemilangan duniawi spt Mufti, Imam Masjid utama, penceramah tersohor dllnya yang suka menampilkan pakaian yang hebat dalam majlis-msjlis resmi, spt baju batik diperbuat dari sutera halus. Mereka wajar diperingatkan dengan ketetapan berikut:

Menceritakan hadith oleh Abdul Aziz b. Syuib yang berkata: ‘Aku mendengar Anas b Malik berkata dari Syubah: ‘Maka berkata aku dari Nabi (s.a.w)’. Maka berkata (Abdul Aziz): ‘Sungguh-sungguh (mendengar) dari Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Man labisal-harira fid-dunya falan yalbassahu fil-akhirati.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa memakai (pakaian) sutera di dunia, maka tidak sekali-kali akan memakainya (i.e. memakai sutera) di akhirat.) [Hadith Bukhari, Kitab Libas]
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa sesiapa yang memakai sutera di dunia pasti tak memakainya di akhirat. Di akhirat hanya penghuni syurga yang memakai sutera. Jika tak memakai sutera di akhirat pastilah dia bukan dari kalangan ahli syurga, yakni pastilah dia penghuni neraka.]


Jangan Berlebihan atau Melampau atau Keterlaluan 


Saudara, sifat sombong dan bongkak amat dibenci Allah (a.w), sehingga dihukumi oleh Allah (a.w) sesiapa yang wujud sifat rasa sombong dalam hatinya, walaupun sebesar zarrah atau semut hitam, tidak dimasukkan ke dalam syurga. Sombong ini dijelmakan melalui cara makan dan minum, cara bersedekah atau mengeluarkan sedekah dan cara berpakaian. Akibatnya buruk untuk akhirat kita.

Diriwayatkan hadith dari ‘Amru ibni Syuib hadith dari bapanya hadith dari datuknya berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Kulu wasyrabu wa-tasaddaqu wal-basu ma lam yukhalithu israqun au-makhillatun.’ (Yang bermaksud: Makanlah, minumlah dan sedekahlah dan berpakaianlah selama tidak mencampuri (i.e. berlebih-lebih) atau merasa sombong (atau ada sifat-sifat kesombongan dalam makan, minum, bersedekah dan berpakaian)). [Hadith ibnu Majah, Kitab Libas]
[Nota: Islam membenarkan kita makan dan minum dan menggalakkan bersedekah dan juga memakai apa jua pakaian asalkan jangan melampau atau berlebih-lebihan atau kerana kesombongan (i.e. menunjuk-nunjuk atau merasa bangga kepada orang lain atau kerana riak). Dilarang berlebih-lebihan atau melampau batas atau membangga diri dalam berpakaian dll perbuatan.] 


Memakai Pakaian Menyerupai Kaum Bukan Islam 


Saudara, Islam itu diwajibkan ditinggikan kedudukannya berbanding semua agama ciptaan manusia. Adab atau peradaban (atau, umumnya, budaya) Islam itu wajib diutamakan. Janganlah kerana dunia kita tiru atau contohi budaya selain Islam, buruk akibatnya spt yang dijelaskan dalam hadith berikut:

Menceritakan hadith Abdul Rahman b Thabit hadith dari Hasan ibnu ‘Atiyah hadith dari Abi Munib al-Jurasiyu hadith dari Ibnu Omar berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man tasyabaha bi-qaumin fahua minhum.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa yang menyerupai dengan (i.e. meniru perlakuan atau perbuatan atau perangai atau budaya) sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan kaum itu.) [Hadith Abu Daud, Kitab Libas]
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) menegah atau melarang orang Islam (i.e. umatnya) meniru dengan sengaja perlakuan atau perbuatan atau resmi atau tabiat orang yang bukan Islam, kerana jika sedemikian, maka Allah (a.w) anggap orang sedemikian adalah tergolong dalam golongan kaum atau kumpulan yang ditirunya budaya, perangai atau perbuatan atau tabiat mereka.] 


Melabuhkan/Memanjangkan Pakaian 


Saudara, hadith di bawah ini menghukumkan suatu ketetapan yang amat serius yang wajib bagi kita yang mengharapkan kesejahteraan akhirat patuhi. Suruhan ini nampak remeh tapi besar implikasinya secara direct dan tidak directpun.

Diriwayatkan hadith dari Abi Jaffar hadith dari ‘Atak b Yasar hadith dari Abi Hurairah berkata: ‘Suatu ketika ada seorang lelaki bersolat memanjangkan pakaiannya (i.e. memakai pakaian yang labuh), maka bersabda kepadanya Rasulallah (s.a.w): ‘Izhab, fatawaddak.’ (Yang bermaksud: ‘Pergilah! Dan berwudu’lah engkau (semula)’). Maka pergi dia, maka berwuduk dia, kemudian datang dia (ke tempat solatnya semula). Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Izhab, fatawaddak.’ (Yang bermaksud: Pergilah! Dan, berwuduklah (semula)’). Maka berkata kepada Rasulallah (s.a.w) seorang lelaki: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Mengapakah engkau memerintahkan dia bahawa berwuduk dia (semula)?’ Kemudian terdiam sebentar Rasulallah (s.a.w) dari pertanyaan tersebut. (Kemudian) Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Kana yusalli wa-hua musbilun izarahu, wa-innallaha ta’ala la yaqbalu solata rajulin musbilun.’ (Yang bermaksud: ‘Sesunggunya, adapun dia bersolat dan dia melabuhkan pakaiannya. Dan, sesungguhnya Allah zat yang Maha Tinggi tidak menerima solat seorang lelaki yang memanjangkan (atau, melabuhkan) pakaiannya.) [Hadith Abu Daud, Kitab Libas dan Kitab Solat]
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa sesiapa yang berwudu’ dan bersolat dengan melabuhkan pakaiannya ketika bersolat, tidak diterima Allah (a.w) bukan sahaja wudu’nya tetapi solatnya. Tak gunalah bersolat jika memakai pakaian – seperti seluar atau jubah atau kain – yang labuh. Sesuatu itu dikira labuh apabila melebihi paras dua buku lali yang memakainya ketika berdiri.] 


Had Panjangnya (Bahagian Bawah) Pakaian lelaki 


Saudara, panjangnya bahagian bawah pakaian lelaki orang iman itu ditetapkan dalam hadith beikut. Kerana serius akibatnya kalau kita menyalahi ketetapan ini, maka janganlah kita remehkan atau pandang kecil, sebagaimana ramai umat Islam arus perdana remehkan perkara ini. Takda gunanya untuk keselamatan akhirat kita kalau kita enggan patuhi.

Diriwayatkan hadith dari ‘Alak b Abdil Rahman hadith dari bapanya berkata: ‘Aku bertanya kepada Abi Said al-Khudri dari urusan pakaian (lelaki). Maka berkata Abi Said: ‘Atas orang yang pandai telah jatuh enkau! (Maksudnya, bijak engkau bertanya) Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Izarahul-Muslimi ila nisfis-saqi wa-la haraja au la junaha fima bainahu wa-bainal ka’baini. Ma kana asfala minal-ka’baini fahua fin-anari. Man jarra izarahu batoran lam yanzurillahu ilaihi.’ (Yang bermaksud: Pakaian Muslim (lelaki) setakat separuh betisnya dan tidak mengapa atau tidak berdosa di dalam apa-apa antara pakaiannya dengan dua bukulalinya (i.e. matakakinya). Apa-apa yang melebihi dari dua buku-lalinya (i.e. matakakinya), maka dia dalam neraka. Barangsiapa melabuhkan pakaiannya kerana merasa sombong (atau, kerana niat mempamiran diri atau menunjuk-nunjuk) tidak melihat Allah (a.w) kepadanya (di akhirat kelak)). [Hadith Abu daud, Kitab Libas]
[Nota: Hadith ini menyebutkan had panjangnya (i.e. bahagian bawah) pakaian lelaki itu hendaklah setakat setengah atau separuh betisnya. Tidak mengapa jika panjang sedikit asalkan di atas bahagian kedua buku-lalinya sahaja (i.e. dibolehkan setakat sampai sebelah atas kedua buku-lalinya, yakni, tidak menutup buku-lalinya). Jika sampai menutupi buku-lalinya, dia ahli neraka. Jika dia berpakaian kerana rasa kesombongan, maka Allah (a.w) tidak akan melihat kepadanya di akhirat kelak. Hanya penghuni syurga sahaja yang akan dilihat oleh Allah (a.w)!]. 


Pakaian yang Melebihi Dua Buku Lali Ahli Neraka 


Saudara, dalam hadith berikut disebutkan betapa seriusnya larangan mengenai pakaian itu. Oleh kerana itu janganlah kita remehkan.

Diriwayatkan hadith dari Musa b ‘Uqbah hadith dari Salim b Abdullah hadith dari bapanya hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Man jarra thaubahu khuyalaha lam yanzurillahu ilaihi yaumal qiamati.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa menarik (i.e. memanjangkan atau melabuhkan) pakaiannya kerana sombong, tidak melihat Allah (a.w) padanya pada hari kiamat.) Maka berkata Abu Bakar: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Jika salah satu hujung pakaianku (i.e. seluarku) terlondeh (atau terjuntai) (tanpa disengajai) kecuali bahawasanya memelihara (i.e. menjaga) aku dari demikian terlondeh?’ Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Lasta mimman yasna’uhu khuyala-a.’ (Yang bermaksud: Tidaklah engkau termasuk dari kalangan orang yang berlaku sombong (i.e. tidak termasuk dalam golongan orang yang dikira menyombong itu)). [Hadith Bukhari, Kitab Libas]
[Nota: Hadith ini juga terdapat dalam Sunan Abu Daud dan Sunan an-Nasa’i. Hadith ini menceritakan lelaki yang melabuhkan pakaiannya dengan sengaja tidak akan dilihat oleh Allah (a.w) di akhirat kelak. Adakah dianggap sombong seorang lelaki itu, kerana sesuatu sebab diluar kawalannya, terpaksa menarik seluarnya supaya hujungnya tidak melebihi buku lalinya? Mungkin kerana longgar atau tak sengaja terlondeh, katalah kerana sifat fisikalnya yang menyebabkan kainnya atau jubahnya atau seluarnya terlondeh atau jatuh ke bawah buku lalinya. Jika demikian, dia tidak dikira sombong.] 


Tiga Golongan yang Tidak Akan Dipandang Allah (a.w) di Akhirat 


Saudara, jangan kita termasuk dalam 3 golongan yang disebutkan dalam hadith berikut! Tak ada gunanya kita beramal dan beribadah.

Diriwayatkan hadith dari abi Zarr (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bahawasanya bersabda: ‘Thalathatun la yukallihumullahu, wa-la yanzuru ilaihim yaumal qiamati, wa-la yuzakkihim, wa-lahum ‘azabun alimun.’ (Yang bermaksud: Tiga golongan orang (Islam/iman) yang tidak akan bercakap Allah (a.w) kepada mereka, dan tidak melihat Allah (a.w) pada mereka di hari kiamat, dan tidak akan diampunkan dosa-dosa mereka, dan bagi mereka azab yang pedih.’ Berkata aku (Abu Zarr): ‘Siapakah mereka itu, wahai Rasulallah (s.a.w)? Sungguh-sungguh mereka telah kecewa dan rugi.’ Maka meminta diberitahu tiga kali. Berkata aku (Abu Zarr): ‘Siapakah mereka? Sungguh kecewa dan rugi mereka!’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Al-Musbilu wal-mannanu wal-munafiqu sil’atuhu bil-halifil-kazibi awilfajiri.’ (Yang bermaksud: (Golongan pertama) Orang yang melabuhkan pakaiannya, (kedua) orang yang suka menyebut-nyebut (i.e. mengungkit-ungkit) pemberiannya (i.e. apa-apa yang diberikannya kepada orang lain), dan (ketiga) orang yang melariskan barang dagangannya atau jualannya dengan sumpah bohong (atau dusta).’) [Hadith Abu Daud, Kitab Libas]
[Nota: ‘an-Mannan’ = orang yang suka setiap kali memberi sesuatu pada orang, pasti disebut-sebutnya (atau diungkit-ungkitnya). Terdapat dalam hadith Muslim, at-Termidzi, an-Nasa’i dan ibnu Majah] 


Rumusan


Apakah yang dapat kita fahami dari hadith-hadith di atas itu? Perkara yang disebutkan atau yang menjadi tajuk pusat hadith adalah pakaian bagi lelaki. Ketetapan Islam dalah: pertama, lelaki Islam di larang memanjangkan atau melabuhkan pakaiannya – seluar, kain atau jubah; kedua, lelaki Islam dilarang memakai perhiasan emas dan perak; ketiga, sengaja melabuhkan pakaian dikira sifat kesombongan. Dalam sepotong hadith lain, sombong adalah sifat syaitan dan sesiapa yang ada sebesar zarrah sifat sombong artau rasa sombong dalam hatinya, maka dia tidak akan masuk syurga; keempat, kalau pakaian bawah seseorang itu terondeh tak dapat dikawal, maka dia tidak tergolongan orang yang melabuhkan pakaian bawahnya, maka tidak dianggap sombong; dan kelima, solat leleki yang melabuhkan akawain bawahnya menutupi kedua buku-lalinya tidak diterima Allah (a.w). Jelaslah, pakaian kelihatan begitu remeh tapi amat fundamental dalam Islam. Oleh itu berwaspadalah.
Dalam satu hadith di atas disebutkan pula bahawa sesiapa yang minum arak di dunia tidak akan minum arak di akhirat. Hakikatnya dalam al-Quran ahli syurga minuman mereka adalah arak yang tidkpula memabukkan. Malah satu daripada 4 jenis sungai di syurga itu adalah sungai arak. Kedua, disebutkan golongan orang yang mengungkit-ungkit sesuatu yang diberikannya kepada seseorang, tidak akan dilihat Allah (a.w) dan tidak akan diampunkan dosanya. Jelaslah perkara yang dibicarakan amat kecil pada kacamata kita, namun pada Allah (a.w) dan RasulNya amat besar dan penting. Tidak mendapat syurga. Rugi dan celakalah orang-orang sedemikian kerana walau bagaimana banyak dan istiqamah dia beramal, namun tak dapat pahala, kerana di akhirat Allah (a.w) tidak mahu memandangnya. Orang-orang dalam neraka sahaja Allah (a.w) tak mahu lihat dan mahu menegur atau bercakap dengan mereka. Penduduk syurga akan bercakap=cakap dengan Allah (a.w).] 

Jazakallahu khairah

Sunday, July 28, 2013

Ramadhan dan Aid - Solat ketika Musafir

Assalamualaikum,
Saudara, hari kita hampir menamatkan 2/3 Ramadhan berpuasa. Insya Allah 10 hari lagi - pada 8 Ogos 2013 (bersamaan 1 Syawal 1413H), kita akan meraikan keayaan kta menamatkan Ramdhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan maksimum pahala dari Allah (a.w), maka kita berjaya di dunia dan di akhirat. Tak lama lagi ramai antara kita yang mula balik kampung menemui ibu bapa dan keluarga. Kerana ramainya orang menggunakan jalanraya - lebihraya - pastinya sesak, maka kita tetap wajib bersolat. Maka kita diberi kemudahan oleh Allah (a.w) untuk mengerjakan solat fardu ketika bermusafir. Justeru itu, kita lihat apakah ketetapan Islam bersabit dengan musafir dalam perkara mengerjakan solat.

Beberapa Ketetapan Ketika Musafir
Saudara, ramai antara kita yang diberitahu bahawa solat wajib yang 5 itu kita boleh jama' dan qasarkan ketika musafir dan dibolehkan sedemikian tidak lebih dari 3 hari. Insya Allah, dalam post ini kita ilmukan diri kita beberapa ketetapan yang haq, termasuklah bahawa ketika musafir - bermukim sementara di luar rumah (i.e. qariah) kita melebihi 2 marhalah (= melebihi 89 kM ) selama maksimum 19 hari.

(a) Solat Musafir dua-dua rakaat

Diriwayatkan hadith dari Urwah b Zubarin hadith dari Aisyah (r.ah), isteri Nabi (s.a.w) bahawasanya berkata: ‘Telah diwajibkan solat (sunat) dua-dua rakaat di dalam rumah dan solat musafir, maka ditetapkan solat musafir dan ditambah di dalam solat di di rumah (i.e. ketika bermukim melebihi had hari bermusafir itu, maka hendaklah dicukupkan rakaat yang sempurna – Zohor, Asar, dan Isya’ 4 rakaat) .’ [Hadith Muslim, Kitab Solat]
[Nota: Hadith ini memberikan prinsip amalan mengenai solat-solat sunat. Pertama, solat-solat sunat itu – malam atau siang hari – hendaklah dua-dua rakaat; kedua, solat-solat sunat itu terbaik dan afdhal dibuat di rumah; ketiga, solat musafir itu juga 2 rakaat (kecualilah Solat Maghrib dan Solat Subuh tidak diqasarkan (i.e. dipendekkan). Solat Subuh tidak boleh dijama’kan. Hendaklah dibuat ketika waktunya. Apabila menjamakkan ketika bermusafir – sama ada jama’ taqdim (mendahulukan) atau jama’ atkhir (mengkemudiankan) – hendaklah disolatkan solat yang terdahulu dari segi tertibnya. Kalau dijamakkan Solat Zohor dengan Solat ‘Asar tapi dibuat ketika waktu ‘Asar (i.e. Jama’ takhir), hendaklah Zohor disolatkan dulu, kemudian barulah ‘Asar (walaupun ketika itu waktu Zohor sudah habis). Begitu juga ketika menjamakkan Solat Maghrib dan Solat Isya’ dibuat pada waktu Isya’ (i.e. ditakhirkan), hendaklah dosilatkan Solat Maghrib dahul walaupun keika itu sudah dalam waktu Isya’.]

(b) Jumlah hari 19 maksimum

Diriwayatkan hadith dari Ikrimah hadith dari Ibn Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bermukim Nabi (s.a.w) 19 hari mengqasarkan maka adapun kami ketika bermusafir kami 19 hari, maka mengqasarkan kami dan jika menambah (bilangan hari) menyempurnakan (solat). [Hadith Bukhari, Kitab Solat]
[Nota: Hadith ini memberitahu bahawa jumlah hari yang solat-solat itu boleh dijama’kan dan diqasarkan ketika bermusafir adalah 19 hari. Jadi tiada had hari kecuali ketetaan dalam hadith ini. Tidak salah kalau hendak disolatkan secara tamam (=sempurna), tetapi oleh kerana mengaqasarkan dan menjamakkan itu adalah kurniaan atau pemberian Allah (a.w), maka hormatilah dan terimalah dan amalakanlah.
Kita boleh mulakan menjama’kan dan mengaqasarkan solat ketika mula musafir di luar qariah kita, tak semestinya dah sampai ke destinasi. Demikian juga kita boleh jama’ dan qasarkan di akhir perjalan, di qariah lain sebelum memasuki qariah kita, kalaulah kita dalam perjalanan balik dari musair, untuk terus mendapat manfaat dari kemudahan menjama’kan dan mengqasarkan solat itu.]

(c) Perempuan tidak boleh bermusafir tanpa makhramnya

Diriwayatkan hadith dari Said al-Magburiyu hadith dari bapanya hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Nabi (s.a.w): ‘La yahillu li-imra-atin tukmin billahi wal-yaumal akhiri an tusafira masiratan yauman wa-lailatain laisa ma-aha hurmatun.’ (Yang bermaksud: Tidak halal bagi seorang wanita (i.e. isteri) yang beriman dengan Allah dan hari akhirat bahawa bermusafir dia pada suatu perjalanan ketika siang atau malam tanpa bersama-samanya makhramnya.) [Hadith Bukhari, Kitab Solat]
[Nota: Hadith ini memberikan ketetapan Islam bahawa seorang perempuan tidak dibenarkan sama sekali bermuafir tanpa ditemani oleh makhramnya. Kalau isteri atau anak perempuan, suaminya atau bapanya atau abangnya. Demikian jugalah seorang isteri tidak dibenarkan berpuasa sunat kecuali dengan izin suaminya.]

(d) Tidak berdosa mengqasarkan solat
(Sedekah Allah (a.w)

Diriwayatkan hadith dari Abdillah b Babaiyih hadith dari Ya’la b Umaiyah berkata: ‘Berkata aku kepada Omar b Khattab: ‘Tiada atas kamu dosa bahawa mengqasarkan dari solat jika khuatir kamu apabila merosakkan atas kamu orang-orang yang kafir, maka sungguh-sungguh telah aman manusia?’ Maka berkata Omar (r.a): ‘Merasa ajaib (hairan) aku dengan apa-apa yang mengajaibkan (menghairankan) darinya engkau. Maka bertanya aku kepada Rasulallah (s.a.w) atas demikian perkara. Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Sodaqatun. Tasaddaqallahu biha ‘alaikum, faqbalu sodaqatuhu.’ (Yang bermaksud: (Adapun kernganan itu satu) Sedekah, memberi sedekah Allah (a.w) dengannya kepada kamu sekelian, maka terimalah sedekahNya itu.). [Hadith an-Nasai]
[Nota: Hadith ini menceritakan bahawa Ya’la hairan ketika Omar menqasarkan solat ketika musafir ketika itu situasi sudah aman tidak lagi ada ancaman dari musuh (i.e. orang kafir) sebagaimana dulu,oleh mengqasarkan solat dalam musafir. Dia memberitahu Omar (r.a). Maka Omar (r.a) berkata diapun suatu masa dulu merasa hairan, maka dia bertanya kepada Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) memberitahunya bahawa mengqasarkan solat yang 4 rakaat menjadi 2 rakaat ketika bermusafir itu adalah sedekah atau pemberian Allah (a.w) kepada hambaNya orang iamn. Maka Rasulallah (s.a.w) memberitahu terimalah sedekah (yakni, pemberian Allah (a.w) itu). Jelasnya, mengqasarkan solat ketika bermusafir itu harus dijadikan amalan lazim kerana menghormati pemberian Allah (a.w) kepada kita. Janganlah sia-siakan anugerah.]

(e) Solat-solat Sunat dua rakaat
(kecuali Solat Terawih, Solat Tasbih, dan Solat Hifzi)

Diriwyatkan hadith dari Abdil Rahman b Abi Laila hadith dari Omar berkata: ‘Solat Jum’at dua rakaat, Solat Aidil Fitri dua rakaat, Solat Kurban (i.e. Aidil Adha) dua rakaat, dan Solat Musafir dua-dua rakaat sempurna selain diqasarkan (i.e. dipendekkan) atas sabda Nabi (s.a.w).’ [Hadith an-Nasai]
[Nota: Hadith ini menyebutkan beberpa perkara; iaitu: pertama, Solat Jum’at itu dua rakaat; kedua, Solat Aidil Fitri (Raya Puasa) dan Solat Aidil Adha (Raya Haji) itu adalah dua rakaat; ketiga, solat musafir itu dua-dua rakaat (kecuali, ketika bersolat Solat Subuh tetap dua rakaat dan ketika Solat Maghrib tetap 3 rakaat). Solat-solat yang disebutkan itu walaupun dua rakaat adalah sempurna, i.e. atas dasar ketetapan as-Sunnah, termasuklah solat musafir itu sempurna, bukan kerana diubah syariatnya tetapi adalah ketetapan syariat Islam.
Solat Tasbih adalah 4 rakaat. Pada setiap pergerakannya dibaca kalimah-kalimah tasbih ‘Subhanallah, wal-hamdulillah, wa-lailaha ilallah, wallahu akbar’ – seleas Surah rakaat pertama, kedua, ketiga dan keempat dibaca 15x, kemudian, Rukuk, Iktidal, Sujud, duduk antara dua Sujud 10x dan kemudian selepas Sujud kedua sebalum bangkit untuk rakaat seterusnya baca 10x. Tasbih dibaca selepas dibaca tasbih/bacaan wajib setiap pergerakan. Jumlah setiap rakaat 75x dikali dgn 4 = 300 kali. Solat Hifzi 4 rakaat dan surah-surahnya ditetapkan dan tidak boleh diubah, i.e. dibaca surah-surah lain.]

(f) Solat Maghrib ketika Musafir

Menceritakan hadith oleh Syu’bah hadith dari Salamah b Kuhlin berkata: ‘Aku melihat Said b Jubairin di tanah Jami’ qamat maka mensolatkan Solat Maghrib 3 rakaat, kemudian qamat pula maka mensolatkan Solat Isya’ dua rakaat, kemudian menceritakan/menjelaskan bahawa Ibnu Omar mengerjakan dengan mereka semisal demikian itu di tempat itu, dan menceritakan/menjelaskan ahawa Rasulallah (s.a.w) berbuat demikian di tempat tersebut.’ [Hadith an-Nasai]
[Nota: Hadith ini memberi panduan beberapa perkara: iaitu, pertama, Solat Maghrib itu ketika dalam musafir di solatkan tanpa diqasarkan atau dikurangkan atau dipendekkan bilanagn rakaatnya, i.e. kekal tetap 3 rakaat; kedua, sebelum mensolatkan sesuatu solat dalam bermusafir itu, sama seperti ketka hendak mensolatkan solat biasa ketika bermukim (i.e. tidak dalam musafir), hendaklah diqamatkan dahulu, baru berdiri untuk solat; ketiga, ketika hendak menyambung untuk Solat Isya’ pula (sebagaimana hendak menyambung Solat ‘Asar selepas Solat Zohor, dalam musafir, diqamatkan dulu; dan keempat, Solat Isya’, sebagaimana Solat Zohor dan Solat ‘Asar, ketika bermusafir diqasarkan atau dipendekkan dua rakaat.] 
 Saudara, alhamdulillah kit sudahpun tahu bahawa ketika musafir - balik kampung untuk Aidil Fitri - kita diberi kemudahan menjama' dan mengqasarkan solat fardu selama kita belum balik ke rumah kita sendiri. Dan, sebaik saja kita keluar rumah dan masuk qariah lain, kita boleh mulakan menjama' dan mengqasarkan solat-solat kita, dan apabila sampai ke destinasi kita, kita boleh jama' dan qasarkan solat-solat kita selama 19 hari maksimum. Kalau kita terus musafir melebih 19 hari, kita tidak lagi dibolehkan menjama'kan dan mengqasarkan solat kita, kecualilah kita bermusafir pla ke tempat/destinasi lain pula.

Jazakallahu khairah


Saturday, July 27, 2013

Ratu Cantik: Bolehkah Wanita Islam Mendedahkan Aurat?

Assalamualaikum,
Kita cabut berita rengkas the launchpad hari ini mengenai isu ini, di bawah:

Disqualified finalists may yet compete in Miss Malaysia World pageant

PETALING JAYA: The four Muslim finalists dropped from the Miss Malaysia World 2013 pageant may be allowed to compete following a review by the Federal Territories Islamic Religious Department (Jawi).

Jawi director Datuk Che Mat Ali confirmed an official meeting with Datuk Anna Lim, the organiser of the pageant, yesterday to discuss the possibility of the Muslim girls being allowed to compete.

"I have not made a decision yet, but I will be announcing the decision sometime next week," Che Mat said.

Lim said: “The girls may be recalled to participate in Miss Malaysia World 2013."

However, she said they would have to wait for Che Mat’s announcement before any decision could be made.

"The meeting was fruitful and announcement may be made by early next week," she added.

Lim said this year’s Miss World finals would take place in neighbouring Indonesia.
Muslim contestants in Indonesia are allowed to compete in the pageant but will be wearing sarong instead of bikini.'

Komen:
Saudara, dalam perkara ini keputusannya terletak kepada hakikat apakah ketetapan Islam dalam perkara aurat bagi wanita Islam, lebih khusus wanita yang beriman. Ramai wanita yang Islam, tapi berapa ramaikah wanita Islam yang beriman? Seseorang itu Islam apakala dia bersyahadah - mengucap 'Ashadu alla ilaha illallah, wa-asyhadu anna Muhammadar-Rasulallah'. Maka dia jadi Islam. Namun, mungkin pengakuan orang itu hanya dimulut dan tidak dihatinya. Kalau dimulut saja, dia belum Islam. Kerana orang kafirpun boleh mengeluarkan kata-kata sedemikian. Hanya pengakuan dalam hatinya menentukan apakah dia yang bersyahadah itu, benar-benar akui dianya Islam. Kalau dia beriman dia akan tahu dan faham serta berwaspada bahawa apa-apa yang dilakukan (dan dicakapkannya) di dunia (i.e. semasa hidupnya) akan membawa akibat akhirat - neraka atau syurga - bergantung apakah dia telah menetapi ketetapan mutlak Allah (a.w) Ayat 13 dan Ayat 14, Surah an-Nisa'
Saudara, kalau seseorang yang akui dirinya Islam, dan dia akur dengan ketetapan Ayat 13, maka dia mengamalkan segala perintah dan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), pasti berjaya di akhirat, i.e. mendapat syurga. Sebaliknya, kalau dia tak akur dengan Ayat 13, dan tergolong dari kalangan orang yang disebutkan dalam Ayat 14 itu, maka dia pastilah gagal di akhirat, i.e. masuk neraka. Apakah ketetapan Ayat 14? Ayat 14 menyebutkan tiga golongan perkara yang jika dijadikan panduan hidup dan amalan di dunia, maka pasti masuk neraka. Bukan itu sahaja. Pasti tak akan sekali-kali masuk syurga, wal iya zubillah. Apa dia? Pertama, dia menentang Allah (a.w) (i.e. maksudnya, dia tidak akur dengan perintah Allah (a.w), perintah yang tertera dalam al-Quran; kedua, menentang Rasulallah (s.a.w) (i.e. maksudnya, dia tidak akur dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w), perintah yang tertera dalam as-Sunnah (atau al-Hadith); dan ketiga, dia melanggar hukum-hukum had dan ketetapan mengenai larangan Allah (a.w) (larangan yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah).
Saudara, dalam konteks isu yang dibangkitkan dalam berita Launchpad ini adalah isu aurat atau pakaian wanita yang akui dirinya Islam.Kalau ke-4 wanita dalam kes ini namanya Islam tapi mereka tak Islam secara hakiki, tak perlu kita bincangkan. Kerana, orang yang tidak Islam pasti secara otomatis akan masuk neraka dan tidak sekali-kali akan masuk syurga! Kalau dia Islam, tapi meninggalkan solat fardunya - walaupun satu waktu, secara sengaja - dia juga sudah jatuh kafir. Maka kedudukan akhirat mereka sama dengan orang kafir. Kalau dia Islam, dia mengerjakan apa-apa yang ditetapkan bagi seorang wanita Islam - solat, puasa, keluarkan zakat, dan tunaikan haji dan umrah dan mematuhi pula larangan dan tegahan yang disebutkan dalam al-Quran dan as-Sunnah spt melakukan maksiat, khususnya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, melakukan sesuatu yang ditegah spt mendedahkan aurat, minum arak, berzina, dll dan mengeluarkan kata-kata dan ucapan yang ditegah Islam - maka dia bukan orang yang beriman. Antara yang ditegah bagi wanita Islam adalah mendedahkan aurat. Aurat wanita Islam itu disebut dalam Ayat 31, Surah an-Nur. Wanita wajib memakai pakaian yang menutupi tubuhnya, supaya tidak kelihatan pada orang yang bukan makhramnya. Yang boleh terlihat atau dinampakkan adalah dua telapak tangannya dan mukanya, yang dibolehkan didedahkan kepada umum. Aurat itu lebih bukan setakat memakai pakaian yang menutupi tubuhnya - kecuali muka dan dua telapak tangan - tetapi pakaian itu hendaklah longgar (i.e. tidak ketat spt salut nangka/cempedak), tidak nipis, tidak telus cahaya sehingga boleh ternampak bentuk asli tubuhnya (spt ponggongnya yang montok, pinggangnya yang ramping dan buah dadanya yang menunjang baju, contohnya. Kalau menutup tubuh tapi pakaian itu nipis sehingga terbayang susuk badan serta warna kulitnya. Justeru itu, kalaupun JAWI membenarkan pakaian seluar menggantikan pakaian mandi (bikini), tetapi tidak menutup aurat. Jika Che Mat Ali, Pengarah JAWI, membuat keputusan membenarkan ke-4 itu bertanding mempamirkan tubuhnya yang basah ataupun tak basah dengan memakai baju dan seluar, melanggar ketetapan tentang aurat wanita, tetap keputusan Pengarah JAWI itu bertentangan dengan ketetapan Islam mengikut al-Quran dan as-Sunnah. Keputusan yang tepat adalah wanita Islam tidak boleh dengan sengaja memaparkan keindahan atau kecantikan atau perhiasan dirinya, untuk tontonan orang ramai! Tiada keputusan lain yang wajar berdasarkan ketetapan Islam. Keputusan yang tepat wanita Islam tidak boleh melibatkan diri dalam apa saja program yang mendedahkan auratnya.

Jazakallah khairah

Friday, July 26, 2013

Haji dan Umrah di hadkan?

Assalamualaikum,
Kita lihat cabutan berita (MyLaunchpad) hari ini. Ramai yang nak menimba pahala puasa Ramadhan dan umrah bulan Ramadhan tahun ini terlepas, kena tangguh ...

Virus fears, Mecca work downsize hajj pilgrimage

Virus-fears-Mecca-work-downsize-hajj-pilgrimage/
Fears of an outbreak of the deadly MERS virus in Saudi Arabia and construction in the holy city of Mecca have forced cuts in the numbers of pilgrims permitted to perform this year's hajj.
Millions of Muslims during the annual pilgrimage head to Mecca and Medina, Islam's two holiest sites, providing a possible means for MERS to spread around the globe as pilgrims who may become infected return to their home countries.
Fearful of such a scenario, the authorities have reduced by half the number of pilgrims coming from within Saudi Arabia, and by about 20 percent those from abroad.
"This is an exceptional and temporary decision," Hajj Minister Bandar Hajjar announced last month.
MERS, short for Middle East Respiratory Syndrome coronavirus which can lead to acute pneumonis and renal failure, claimed its first victim in Saudi Arabia in June 2012.
Since then, a total of 90 cases and 45 confirmed MERS deaths have been recorded worldwide, in countries including Jordan, Qatar and the United Arab Emirates, Tunisia, Britain, France and Italy.
Saudi Arabia, which has already recorded 69 MERS cases, 38 of them fatal, has urged the elderly and chronically ill, as well as children and pregnant women, not to perform the annual hajj that falls this year in October.
But the health ministry so far has not taken any special measures at airports to detect visitors who may be infected, deputy health minister Ziad Memish told AFP.
"We have not taken any precautionary measures at airports since the World Health Organisation has not recommended them," he said.
WHO health security chief Keiji Fukuda said the organisation would issue general guidelines aimed at minimising the risk of infections spreading.
"We do recognise that this is a risk for travellers and that there are certain steps that individual travellers and countries can take, for example for people who have serious medical conditions," Fukuda told reporters.
In a statement on Thursday, the WHO also urged countries with pilgrims heading to Saudi Arabia to raise awareness of the threat.
"It is important for countries to use all practical and effective means possible to communicate information on a range of issues before, during and after umrah and hajj to all key groups," the agency said.
Experts are struggling to understand MERS, for which there is no vaccine.
It does not appear to spread easily but currently has an extremely high fatality rate of 55 percent. It is a cousin of SARS, which erupted in Asia in 2003 and infected 8,273 people, nine percent of whom died.
Like SARS, MERS is thought to have jumped from animals to humans, and shares the former's flu-like symptoms -- but differs by causing kidney failure.
The 2012 hajj drew 3.1 million people -- and this year's event occurs as the northern hemisphere slides into the season for coughs and sneezes.
-- 'We have to be worried' --
So far, MERS has essentially been found in nations with health services capable of tracing and tackling such diseases. But the hajj draws a broad spectrum of Muslims, including from poor countries which struggle to cope even with commonplace diseases.
The hajj has successfully ridden out two previous viral episodes in the past decade -- SARS in 2003 and H1N1 influenza in 2009.
The difference this time is that Saudi Arabia itself is the apparent incubator of MERS.
Leading virologist Laurent Kaiser of Geneva University Hospitals told AFP: "It's really a balance between too much precaution and no precaution. At this time, we have to be worried, we have to be careful."
So far no outbreaks of the virus have been reported in Mecca where millions of Muslim faithful have for months been performing the minor pilgrimage umrah that takes place all year round.
"Their numbers have reached five million since the beginning of the umrah season" 10 months ago, Mecca governor Prince Khaled al-Faisal said on Sunday.
"There are currently 400,000 pilgrims" in the kingdom's holiest shrines Mecca and Medina, Faisal added.
Aside from the virus fears, Saudi authorities have also cited construction work to expand the Grand Mosque in Mecca as reason to keep down the number of pilgrims being allowed to perform this year's hajj.
Hajjar said the expansion work would increase the area of the mosque by 400,000 square metres (4.3 million square feet), raising its capacity to accommodate 2.2 million people at the same time.
The mosque houses the Kaaba -- the cube-shaped structure towards which Muslims worldwide pray.
Hajj officials have also reported a decrease in the numbers of pilgrims performing umrah during the Muslim fasting month of Ramadan that began on July 10, compared with past years, due to the expansion work.
"Companies here have received permits for 500,000 pilgrims from all over the world for Ramadan, while this number was one million last year," a board member of the Mecca Chamber of Commerce, Saad al-Qurashi, told AFP.

Ramadhan: Solat Terawih dan Solat Witir

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yang lalu kita telah teliti amalan post-Ramadhan yang boleh menambah kepada simpanan ganjaran pahala akhirat kita. Kita jump-the-gun kerana kita takpun bincangkan amalan-amalan dalam bulan Ramadhan yang lebih utama, spt (a) Solat Terawih; (b) Solat Witir; (c) Solat Duha (sian ari); (d) lain-lainsolat, termasuk Solat Taubah; (e) membaca al-Quran (i.e. baca sendiri-diri); (f) bertadarus (i.e. membaca dalam kumpulan, seorang baca bergilir dan yang lain dalam kumpulan perhatikan bacaan dari segi makhraj huruf dan sebutan dan tartilnya dll); dan (g) mengerjakan Solat-slat Qiam atau Tahajjud malam.
Yang utama kita lihat syariat Solat Terawih dan Solat Witir untuk anduan kita. Dua hari dulu kita dah pun selesai berpuasa 15 hari. Hari ini adalah hari ke-17 Ramadhan - 13 hari lagi, jika panjang umur, kita menempuhi Aidil Fitri dan dua kejayaan; iaitu pertama, selesai puasa Ramdhan dengan terbaik, maka kita berya Aidil Fitri; dan kedua, lebih utama, kita berjaya dihakis dosa-dosa kita yang lalu, bersih dalam keadaan fitrah, insya Allah.

Solat Terawih Rasulallah (s.a.w) 4 dan 4 Rakaat

Saudara, syariat Solat Terawih itu dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Kita lihat hadith berikut.
Diriwayatkan hadith dari Abi Salamah bin Abdil Rahman bahawasanya dia bertanya kpd Aisyah (r.ah): ‘Kaifa kanat solatu Rasulallah (s.a.w) fi Ramadhana?’ (Yang bermaksud: 'Bagaimana adanya Rasulallah (s.a.w) ada dia bersolat dalam bulan Ramadhan?). Maka berkata (Aisyah) menjawab: ‘Ma kana yazidu fi Ramadhana wa-la fi gharihi ‘ala ihda ‘asratan raka’atan, yusollai arba’a, fala tas-al ‘an husnihinna wa-tulihinna, thumma yusolli arba’an fala tas-al ‘an husnihinna wa-tulihinna, thumma yusolli thalathan.’ (Yang bermaksud: 'Tidak ada Nabi (s.a.w) menambah di dalam bulan Ramadhan dan tidak juga pada bulan-bulan selainnya selain atas sebelas rakaat, bersolat dia empat rakaat, maka jangan engkau tanyakan dari baiknya dan lamanya (atau panjangnya) (solatnya itu), kemudian bersolat dia empat rakaat, maka jangan engkau tanyakan baiknya dan lamanya (atau panjangnya) (solatnya itu), kemudian bersolat dia tiga rakaat.’) [Hadith Bukhari dalam Kitab Solat Terawih]
[Nota: Hadith ini adalah dalil yang menyatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) itu bersolat solat malam sebanyak tiga solat, iaitu satu solat (Terawih) empat rakaat dua solat, setiap satu yang disudahi dengan satu ‘Salam’, kemudian disudahi dengan satu solat (Witir) tiga rakaat pula. Ini dilakukannya dalam bulan Ramadhan atau dalam bulan-bulan selain bulan Ramadhan. Jika bukan bulan Ramadhan beliau mensolatkan dua solat Tahajjud malam setiap satu 4 rakaat satu salam dan disudahi dengan satu Solat Witir 3 rakaat satu salam. Di dalam hadith yang lain disebutkan, walaupun sedikit jumlah solat Nabi (s.a.w), namun dia membaca surah-surah yang panjang sehingga bengkak kakinya kerana lama berdiri. Dalam hadith lain pula disebutkan pula bahawa Nabi bersolat solat sunat di rumahnya. Dalam bulan Ramadhan, pada malam-malam ganjil akhir 10 Ramadhan dia ke masjid bersolat, maka diikuti sebagai makmum oleh para sahabat yang berada di masjid.
Wajib diingatkan bahawa walaupun solat-solat malam Rasulallah (s.a.w) – termasuk Solat Terawihnya – hanyalah 8+3 rakaat, namun beliau membaca surah-surah yang panjang. Ada kalanya beliau membaca 3 surah yang terpanjang dalam al-Quran, iaitu al-Baqarah, ali-Imran dan an-Nisa’, contohnya, sehingga bengkak kakinya kerana terlalu lama berdiri. Ini tidak bererti kita diwajibkan membaca surah-surah yang panjang. Membaca surah-surah yang panjang adalah mengikuti sunnah Rasulallah (s.a.w) dan mendapat ganjaran pahala bacaan al-Quran yang lebih kerana setiap huruf yang dibaca diberi ganjaran 10 pahala. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kalimah ‘alif-lam-min’ itu bukan satu tetapi 3 iaitu ‘alif’, ‘lam’ dan ‘mim’ – dapat 30 pahala. Kalau baca al-Quran dapat sekian banyak pahala pula. Maka dengan itulah kita digesa membaca dan mengkhatamkan al-Quran dalam bulan Ramadhan sebanyak yang mungkin. Di akhirat kelak, al-Quran memberi syafaat (= ertolongan dalam timbangan mizan) kepada kita. Walau bagaimanapun, yang utama kita ambil ingatan adalah membaca satu surah, bagi setiap rakaat solat sunat, selepas al-Fatihah. Dalam solat fardu kita wajib membaca satu surah hanya pada dua rakaat pertama sahaja.]

Solat Terawih Zaman Omar al-Khattab 8 Rakaat  

Saudara, dalam zaman khalifah Omar ibni Khattab (r.a), kerana terlalu ramai umat Islam zaman itu, dan kerana banyaknya perkumpulan para sahabat yang bersolat secara berasingan, maka Omar (r.a) menyeragamkannya. Maka dilantik imam khusus masjid supaya dislatkan secara berjema'ah sekali untuk semua.
Diriwayatkan hadith dari Saib bin Yazid bahawasanya berkata: ‘Berkata memerintah Omar bin Khattab akan Ubai bin Ka’ab dan Tamim ad-Dariyi supaya berdiri keduanya (yakni, menjadi imam solat) untuk manusia (i.e. para sahabat zaman khalifah Omar (r.a)) dengan sebelas rakaat.’ Berkata Saib: ‘Maka sungguh-sungguh ada qari (yakni, imam tersebut) membaca (surah-surah al-Quran yang) mengandungi 100 ayat atau lebih, sehingga ada dikalangan kami berpegangan (yakni, berpaut) atas tungkat kami dari lamanya berdiri (atau panjangnya bacaan surah), dan tidaklah ada kami beredar (yakni, meninggalkan solat) kecuali setelah tiba waktu fajr (yang menandakan akan masuk Subuh).’ [Hadith Imam Malik, dalam al-Muatto’ (sahih)]
[Nota: Syariat Solat Terawih zaman Abu Bakar (r.a) dan Omar ibni Khattab (r.a) meneruskan tradisi Rasulallah (s.a.w) – mensolatkan Solat Terawih 8 rakaat dibuat empat empat rakaat ditutup dengan satu ‘Salam’. Sebagaimana zaman Rasulallah (s.a.w) Solat Terawih itu boleh dibuat bersendirian atau dijema’ahkan, sebagaimana ketika Nabi (s.a.w) bersolat malam ganjil 10 hari penghujung Ramadhan. Omar (r.a) membuat ijtihad supaya Solat Terawh itu disolatkan secara berjema’ah teta di masjid bawah seorang imam (iaitu Ubai b Kaab), dan tidak lagi digalakkan wujudkan Solat Terawih berjema’ah secara berasingan dan berkelomok di masjid, sebagaimana dahulu. Namun, kalau sekumpulan terlambat, boleh mengadakan solat berjema’ah tersebut di masjid. Solat Terawih itu boleh dibuat di rumah secara bersendirian atau di jema’ahkan di rumah. Tidak ada ketetapan as-Sunnah menghalang dilakukan sedemikian. 

Syariat Solat Witir
 
Saudara, Solat Terawih Rasulallah (s.a.w) kekal dalam zaman khalifah Abu Bakar (r.a) dan Omar, dengan diikuti dengan 3 rakaat Solat Witir. Hanya, dalam zaman omar (r.a) diseragamkan supaya disolatkan satu solat melibatkan kesemua makmum di bawah seorang imam - Ubai b Kaab. 
Bermula 15 Ramadhan, dibaca Doa Qunut pada rakaat ke-3, selepas bangkit dari Rukuk. Imam dan makmum membacanya bersendirian tanpa menyaringkan suara – cukup boleh didengara sendiri sahaja. Syariatnya, bukanlah Doa Qunut itu dibaca oleh Imam dengan suara nyaring (=kuat) dan diaminkan oleh makmum, sebagaimana yang menjadi kelaziman amalan sekarang. Kaedah ini tiada sandaran as-Sunnah!]  

Doa Qunut Solat Witir  

Saudara, Doa Qunut bagi Witir Solat Witir mula 15 Ramadhan itu adalah didasarkan kepada dalil hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi al-Khauwari (as-Sa’di) berkata: ‘Berkata Hassan bin Ali (r.a): ‘Mengajar akan daku oleh datukku, Rasulallah (s.a.w), beberapa kalimah yang (disuruh) aku baca akandia di dalam Solat Witir: 'Allahummah dini fiman hadait, wa-afini fiman ‘afait, wa-tawallani fiman tawalait, wa-barikli fima ‘atoit, wa-qini syarrama qadait, fainnaka taqdi, wa-la yuqda ‘alaika, wa-innahu la yazilluman wa-lait, tabarakta rabbana wa-ta’alait.' [Yang bermaksud: Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Semoga Engkau berikan aku petunjuk (atau hidayah) di dalam (yakni, sebagaimana) orang yang Engkau berikan petunjuk (atau hidayah); semoga Engkau memaafkan aku di dalam (yakni, sebagaimana) Enkau memaafkan orang-orang yang Engkau maafkan; dan semoga Engkau pelihara (yakni, selamatkan) aku di dalam (yakni, sebagaimana) Engkau memelihara (atau menjaga , yakni menyelamatkan) orang-orang yang Engkau selamatkan; semoga Engkau memberkati aku sebagaimana orang-orang yang Engkau berikan; semoga Engkau menjaga (atau melindungi) aku daru keburukan yang menghukumi Engkau, sesungguhnya Engkau adalah zat yang maha menghkumi, dan tidak dihukumi atas Engkau; dan sesungguhnya tidak akan hina orang-orang yang Engkau kasihi; dan tidak akan menjadi mulia orang-orang yang Engkau musuhi; semoga memberi keberkatan Engkau, whai tuhanku yang maha tinggi Engkau.’ [Hadith at-Termidzi]
[Nota: Yang anihnya, Doa Qunut ini dibaca oleh majoriti umat Islam ketika ini dalam Solat Subuh walaupun tidak ada sandaran nas dan dalil al-Quran ataupun as-Sunnah menegnainya.
Dan dalam bab (perkara atau topik) ini, hadith dari Ali (r.a) tidak berselisih pandangan di kalangan muhadithin (ulama’ hadith), hadith ini terbaik dalam wajah ini. Bahawa Rasulallah (s.a.w) berqunut ketika Solat Witir. Ada perselisihan di kalangan ahli ilmu mengenai qunut dalam Ramadhan (yakni, Solat Witir). Mengikut Abdullah bin Masud (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) berqunut setiap malam sebulan, dan berselisih pendapat mengenai qunut itu sebelum Ruku’. Dan daripada riwayat Ali bin Abi Thalib (r.a) tidak berqunut (yakni, tidak ada Qunut) kecuali bermula pertengahan akhir dari bulan Ramadhan (i.e. selepas 15 Ramadhan), dan adalah qunut itu dibaca selepas Ruku’. Dan berpegang ahli ilmu atas ini hadith. Dan dengannya berkata as-Shafie (Imam Shafie) dan Imam Ahmad, yakni Imam as-Syafie dan Imam Hanbali mengamalkan ini. [Hadith at-Termidzi]
Saudara, hadith yang isinya sama terdapat dalam koleksi hadith at-Termidzi - Sunan at-Termidzi, berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Khaura’i (r.a) berkata: Berkata Hassan bin Ali (r.a): ‘Mengajarkan daku Rasulallah (s.a.w) beberapa kalimah yang aku baca dengannya di dalam Solat Witir (berkata ibnu Jawasin: Didalam qunut Witir): 'Allahummah dini fiman hadait, wa-afini fiman ‘afait, wa-tawallani fiman tawalait, wa-barikli fima ‘atoit, wa-qini syarrama qadait, fainnaka taqdi, wa-la yuqda ‘alaika, wa-innahu la yazilluman wa-lait, tabarakta rabbana wa-ta’alait.' [Yang bermaksud: Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami semoga memberi kesihatan Engkau atas aku dengan orang yang Engkau kurniakan kesihatan, dan semoga mengatur Engkau akan daku dalam orang-orang yang mengaturkan akan Engkau, dan semoa memberi petunjuk Engkau padaku dalam orang-orang yang Engkau beri petunjuk (hidayah), dan semoa menjauhkan Engkau keburukan yang Engkau hukumkan, dan semoga memberkati Engkau akan daku dalam apa-apa yang Engkau berikan, sesungguhnya Engkau menghukumi dan tidaklah Engkau menghukumi daku, sesungguhnya tidak menjatuhkan Engkau orang-orang yang Engkau sayangi, maha suci Engkau Tuhanku dan memberi berkat Engkau dan maha luhur Engkau.] [Hadith Abu Daud]
Saudara, yang utama diperhatikan adalah Doa Qunut ini dibaca bersednirian atau sendiri-sendiri, i.e. oleh imam dan amkmum, tanpa menguatkan suara, i.e. cukup boleh didengar bacaan kita oleh telinga kita sendiri tanpa mengangkat kedua-dua tangan. Maka dengan itu kelaziman imam membaca kuat dan makmum mengaminkan dan diangkat kedua-dua tangan sebagaimana berdoa cara biasa tidak ada sandaran nas dan dalil as-Sunnah atau tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w).

Jazakallahu khairah




Thursday, July 25, 2013

Ramadhan: Amalan Post-Ramadhan

Assalamualaikum,
Saudara, sudah selesai puasa Ramadhan 15 hari. Insya Allah kita akan sempat seterusnya berpuasa 15 hari lagi, dan insya Allah ditakdirkan kita panjang umur kita rayakan Aidil Fitri pada 8 Ogos 2013 nanti.

Bertakbir Pada Hari Aidil Fitri
Takbir Aidil Fitri (dan Aidil Adha)

Saudara, kita disuruh bertakbir bermula masuknya waktu Solat Maghrib pada hari ahir Ramadhan. Kemudian kita bertakbirlah setipa kali kita selesai mengerjkan solat fardu sehingga masuk waktu Maghrib hari raya ke-3.
Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Zaiyinu ‘ayadakum bit-takbiri’ (Yang bermaksud: Menghiasilah pada Hari Raya (Aidil Fitri) kamu sekelian dengan membaca Takbir (yakni, membaca Takbir sebanyak-banyaknya).’ [Hadith at-Tobrani dalam Kitab Saghir]
[Nota: Takbir dalam syariat Islam hanyalah membaca kalimah-kalimah berikut: ‘Allahu akbar 3x; Lai-ilaha ilallah, wallahu akbar; Allahu akbar wa-lillahi ilham’ sahaja. Kalimah-kalimah tambahan yang berbagai yang dibacakan oleh majoriti orang Islam sekarang ini tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah atau tidak dicontohkan atau disuruh oleh Rasulallah (s.a.w). Jika diamalkan sebagai suatu amalan yang rutin dalam merayakan peristiwa tersebut, ditakuit tergolong dalam amalan bid'ah. Maka lebih selamat tidak dikerjakan. Kerana, kalau termasuk bid'ah maka tak gunalah amalan puasa Ramadhan kita sebulan itu. Malah, kita dihukumi menentang ketetapan as-Sunnah, maka kita terkeluar dari Islam, wal iya zubillah. Lebih selamat kalau tak dibuat.]

Pahala Datang Awal ke masjid
Saudara, sebagaimana biasa kita disuruh mempercepatkan amalan setelah masuk waktunya. Maka dengan itu sesiapa yang bersolat di awal waktu masuknya - bagi solat fardu - maka lebih disukai oleh Allah (a.w) dan mendapat ganjaran pahala yang lebih selain membuktikan kita benar-benar akur dengan perintah Allah (a.w) dan RasulNya. Demikian jugalah dalam mengerjakan Solat Aid kita disuruh bersegera ke masjid. Diriwayatkan hadith dari Said b Ausin al-Ansori hadith dari bapanya (r.a) berkata: ‘telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iza kana yaumu aidil-fitri wa-qafatil malaikatu ‘ala abwabit-turuqi, fanadau: ‘’U’du ya ma’syaral muslimina ila rabbi karimin yamunnu bil-kahiri, thumma yuthibu ‘alaihil jazila laqad umirtum bi-qiamil-laili fa-qumtum, wa-umirtum bis-siamin-nahari fa-sumtum, wa-ata’tum rabbukum faghbidu jawaizukum. Faiza solla nada munadi: Ala inna rabbakum qad ghafaralakum farji-‘u rasyidina ila rihalikum fahua yaumul jaizati, wa-yusamma zalika yauma fis-sama’i yaumal-jaizati.’ (Yang bermaksud: Ketika ada pada hari Aidil Fitri berhenti para malaikat di atas beberapa pintu jalan, maka memanggil mereka (malaikat): ‘Berpagi-pagilah wahai orang-orang Islam kepada tuhan kamu yang Maha Mulia memberi khabar Allah (a.w) dengan kebaikan, memberi pahala Allah (a.w) yang banyak nescaya sungguh diperintahkan kamu sekelian menetapi (i.e. beribadah) di waktu malam, maka menetapi kamu sekelian; diperintahkan kamu sekelian dengan puasa di siang hari, maka berpuasa kamu sekelian; (perintahkan) dengan ketaatan akan tuhan kamu, maka menerimalah beberapa pemberian/pembalasan’. Maka ketika telah solat mereka (yakni, selesai Solat Aid) memanggil orang-orang yang memanggil (yakni, para malaikat rahmat): ‘Ingatlah sesungguhnya tuhan kamu sungguh-sungguh telah diampunkan Allah (a.w) kembalilah orang-orang yang benar kepada rumah-rumah kamu sekelian (i.e. bergembira sesama keluarga), hari raya hari pemberian, dan disebutkan di dalam langit ‘hari pemberian’.) [Hadith at-Tobrani dalam Kitab Kabir]
[Nota: Pada 1 Syawal, kita disuruh bersegera ke masjid mensolatkan Solat Aidil Fitri (dan Aidil Adha, pada 10 Zulhijjah pula) dan kemudian balik ke rumah mengikuti jalan yang lain pula supaya kita bertemu dengan saudara Islam yang lain pula untuk bersalaman dan mengucapkan ketika bersalaman itu ‘Alhamdulillah, wa-astaghfirullah’, maka gugurlah dosa-dosa antara kedua-duanya – yang menemui dan yang ditemui.]

Ibadah Di Malam Raya
Digalakkan mengerjakan ibadah-ibadah malam Aid
Saudara, bagi meraikan kejayaan kita mempersungguh serta menyempurnakan ibadah Ramadhan itu, kita digalakkan untuk mengerjakan ibadah-ibadah tambahan pada malam Raya Pertama dan Kedua pula. Amalan itu menunjukkan bahawa jiwa kita tetap hidup dan sumbur dan dan keimanan kita tetap kental, berbanding dengan majoriti orang yang meraikan ketibaan Aid dengan keseronokan keduniaan semata-mata, seolah-olah terlepas dari belenggu agama! Diriwayatkan hadith dari abi Umamah hadith dari nabi (s.a.w) bersabda: ‘Man qama lailata-yil-‘idaini muhtasiban lillahi lam yamut qalbuhu man yauma tamutul-qulubu.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa menetapi/ ibadah malam dua hari raya (i.e. Aidil Fitri dan Aidil Adha) (yakni, malam Aid) kerana mencari pahala tidak mati hatinya, ketika matinya hati-hati mereka yang mati (i.e. orang-orang yang beriman tapi tidak mempersungguh amal dan ibadahnya).) [Hadith ibnu Majah]

Ibadah lanjutan bulan Syawal
Puasa 6 Hari Bulan Syawal

Saudara, bagi seseorang yang tahu betapa utama dan pentingnya mendapat ganjaran syurga dan selamat dari neraka kelak di akhirat, sentiasalah dia mencari peluang untuk menyediakan lebih banyak bekalan akhirat , terutamanya mencari bonos yang lebih banyak untuk setiap ibadah dan amalan akhirat, sebagaimana ramainya manusia di dunia menunggu-nuggu peluang membeli belah melai 'promosi jualan' berbagai, kerana dapat membeli kehendak hati merka dengan harga runtuh.
Demikian jugalah sepatutnya riaksi orang iman, sentiasa mencari peluang untuk mendapt pahala bonos sebanyak mungkin dan mengerjakannya supaya bekalan ahrat merka semakin banyak.
Diriwayatkan hadith dari Abi Ayub al-Ansari (r.a) (berkata) bahawa ada Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man soma ramadhanan thumma atba’ahu sittan min syauwali kana kasiamid-dahri.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan (sebulan) kemudian diikutinya (i.e. melanjutkannya) dengan berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal maka pahalanya seperti berpuasa setahun.) [Hadith Muslim]
[Nota: Puasa 6 hari dalam bulan Syawal ini tidak disyaratkan supaya dipuasakan secara berturut-turut atau 6 hari berterusan tetapi hanya boleh dimulakan selepas 1 Syawal. Puasa pada 1 Syawal itu tidak dibolehkan. Begitu juga tidak dibolehlah bekerja juga pada 1 Syawal. 1 Syawal itu adalah hari merayakan kegembiraan setelah berjaya menyempurnakan puasa Ramadhan, satu daripada kejayaan yang disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w). Satu lagi adalah ketika bertemu dengan Allah (a.w) setelah qiamat nanti mendapat yurga.
Bagi wanita, ada yang melalui waktu uzur – haid – mungkin selama 7 aatu lebih, mereka tidak boleh berpuasa puasa Ramadhan, maka boleh menggantikan puasa pada mana-mana bulan, paling lewat pada bulan Sya’ban kemudiannya sebelum tiba Ramadhan yang akan datang. Jadi, puasa 6 hari Syawal itu boleh didahulukan.] 

Jazakallahu khairah



Wednesday, July 24, 2013

Ramadhan: Pahala Ramadhan tak dapat tanpa bayar Zakat Fitrah

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah tahu bagaimana - atau apakah amalan-amalan yang membolehkan kita memaksimumkan ganjaran pahala Ramadhan - dan akhirnya berjaya mendapat kerahmatan Allah (a.w) dan dihakis Allah (a.w) dosa-dosa kita.
Dalam post ini kita teliti pula suatu ketetapan Islam yang berkaitan dengan ibadah puasa Ramadhan yang utama kita beri penekanan dan tidak wajar dilupakan, iaitu membayar zakat fitrah. Kalau tak bayar zakat fitrah ini kita tak dapat pahala Ramadhan walaupun setelah bersusah payak kita kerjakan selama sebulan mengharapkan pengampunan dari Allah (a.w) atas dosa-dosa kita.

Membayar Zakat Fitrah
(-) Ukuran zakat fitrah

Saudara, hadith ini menyebutkan siapa yang dikenakan bayar zakat fitrah itu; iaitu (a) hamba (sekarang takda); (b) lelaki - tua atau kanak-kanak; dan (c) perempuan - tua dan kanak-kanak.
Diriwayatkan hadith dari (ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Difardukan oleh Rasulallah (s.a.w) zakat satu sok dari kurma atau satu sok dari gandum atas setiap hamba dan orang merdeka dan orang lelaki dan orang perempuan dan budak kecil dan orang tua dari kalangan orang Islam dan memerintah Rasulallah (s.a.w) dengan zakat bahawasanya didatangkan (i.e. ditunaikan) sebelum keluarnya manusia kepada solat (Aidil Fitri).’ [Hadith Bukhari]
[Nota: Zakat fitrah itu diserahkan sebelum tibanya waktu Solat Aidil Fitri (= Solat Aid), dan boleh dibayar bermula 1 Ramadhan. Kalau diserahkan selepas Solat Aid maka tidak dikira sebagai zkat fitrah tetapi hanyal sebagaimana sedekah biasa sahaja. Tidak sah sebagai zakat fitrah. Sok, ukuran dalam Islam berupa bekas gantang khas, yang jika diisi dengan tamar atau gandum atau beras bersamaan beratnya 2.7 Kg diserahkan kepada Amil. Betapa utamanya zakat fitrah itu dapat dilihat dari ketetapan hadith berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘(Segala amalan) Bulan Ramadhan digantungkan antara langit dan bumi dan tidak diangkat (pahala) bulan Ramadhan kepada Allah (a.w) kecuali dengan zakat fitrah (yakni, ditunaikan zakat fitrah).’ [Hadith Ibnu Syahin]
Zakat fitrah itu dikenakan kepada semua orang yang Islam – lelaki, perempuan, tua dan muda dan anak kecil, termasuk yang baru dilahirkan sebelum bermulanya Solat Aid. Hasil kutipan zakat fitrah ini hendaklah dihabiskan dengan mengagihkannya kepada 8 asnaf yang disebutkan dalam al-Quran. Tetapi, berbeza dengan zakat mal (i.e. zakat harta) makada diutamakan pengaihannya kepada fakir miskin dilebihkan supaya tidalah mereka meminta-minta di pagi Aidil Fitri. Ini dtetapkan oleh sabda Rasulallah (s.a.w);
Pembahagian zakat fitrah itu seperti pembahagian zakat umum, hanya saja orang fakir dan miskin itu lebih berhak/utama daripada lain-lain yang berhak menerima zakat biasa, berdasarkan sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Aghyunuhum ‘anis soali fi hazal yaum’ (Yang bermaksud: Mencukupkanlah kalian pada mereka (fakir miskin) dari meminta-minta pada hari ini (i.e. Aidil Fitri) – Hadith Darul-Qutni dalam Risalah Fiqh Muyassar]. Berkata Said b Musaiyab dan Omar b Abdul Aziz dalam menperjelaskan firman Alah (a.w) ‘Qad aflaha man tazakka ‘ (Yang bermaksud: Sungguh beruntung orang yang telah membersihkan dirinya ) – Surah al-A’la - adalah merujuk kepada Zakat Fitrah.’. Zakat ini disandarkan kepada fitrah kerana wajibnya mengeluarkan zakat tersebut pada waktu berbuka puasa di bulan Ramadhan dan yang dikehendaki dengannya adalah sedekah/zakat badan dan jiwa dan pembahagian zakat fitrah itu untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, para ‘amil, orang-orang muallaf, hamba, orang yang keberatan hutang (ghamiri), sabilillah dan ibnu sabil, pembahagian dari Allah (a.w) lebih mengetahui lagi maha menghukumi – Ayat 60, Surah at-Taubah.]
Saudara, 'berat kerana hutang' ini merujuk kepada orang iaman yang terpaksa meminjam untuk menyara familinya kerana kekrangan sumber pendapat atas sebab-sebab luarbiasa atau luar jangka, maka untuk membeli pakaian anak bini terpaksa berhutang. Maka dengan itu kelak, apabila amil mengagihkan zakat fitrah tersebut, berikan kepadanya kadar yang dia patut terima ditambah dengan tambahan untuk membolehkan dia melunaskan hutangnya.
Saudara, tahun ini zakat fitrah yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama tidak melebih RM 10.00 sekepala. Oleh itu janganlah kita persia-saiakan. Dengan membayarnya amalan puasa kita itu diangkat untuk mendapat pahala dari Allah (a.w). Janganlah dilewat-lewatkan menyerahkannya, kerana pihak berwajib akan dapat mengagihkannya kepada fakir miskin menerimanya dan bergembira ketika tiba Aidil Fitri. Janganlah lupa bahawa sekiranya isteri saudara melahirkan anak saudara beberapa minit sebelum Solat Aid, saudara kena segera keluarkan zakat fitrah untuk anak yang baru lahir itu.

Jazakallahu khairah

Ramadhan: Kalau Berjaya Bersih Dari Dosa

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lhat dalam post yang lalu bahawa seseorang yang berjaya berpuasa Ramadhan menepati ketetapan Islam - ia berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan kerana mencari sebaik-baik dari kurnian Allah (a.w) dan tidak melanggar pantang larang Ramadhan selama sebulan itu, maka dia dibersihkan dari dosa-dosanya yang lalu, kecualilah dosa yang mewajibkan hukum had yang wajib ditaubatkan secara khusus. Kalau melakukan kemaksiatan dalam bulan Ramadhan, maka taklah dapat pembebasan daripada dosa tersebut. Maka terlepaslah peluang tawran keampunan dosa yang disediakan oleh Allah (a.w) tersebut. Orang yang sedemikian itu rugi. Kerana kalau ditakdirkan mati, tak sempat bertaubat atau aubatnya tak di terima Allah (a.w), maka dia membaya dosanya ke kubur dan ke akhirat. Dan pastilah menjalani hukuman dalam neraka untuk diberisihkan dahulu sebelum boleh diterima dibenarkan keluar neraka oleh malaikat Malik Zabaniah dan dibenarkan masuk syurga oleh malaikat Ridzuan!
Saudara, bagi orang iamn itu dia sentiasalah mencari peluang untuk menghakis dosa-dosanya yang lalu dan berusaha supaya tidak melakukan dosa baru pula. Justeru itu, mereka akan mengambil peluang keampunan dalm bulan Ramadhan dengan mengerjakan sebaik-baik puasa Ramadhan supaya di akhir Ramadhan mereka dibebaskan dari dosa-dosa yang lalu, kembali sebagi seorang dalam keadaan fitrah, masya Allah.
Saudara, kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa dalam bulan Ramadhan Allah (a.w) memasung atau memenjarakan kesemua syaitan dan iblis supaya tidak emnggangu gugat manusia berpuasa dan beramal. Kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa pahala dalam puasa Ramadhan serta pahala amalan-amalan dan ibadah yang terkait dengan bulan Ramadhan ditentukan ganjaran dan gandaannya oleh Allah (a.w). Dalam bulan-bulan biasa gandaannya adalah antara 10 hingga 700 kali ganda. Kemungkinan juga seseorang itu tak dapat sebarang pahala, apatah lagi gandaan pahala,dapat hanya kelaparan dan kedahagaan sahaja. bagaimana nak dapatkan pengampunan dalam bulan Ramadhan?
Bagaimana nak mendapatkan pahala maksimum dalam bulan Ramadhan? Ada banyak amalan harian yang boleh dikerjakan oleh seorang iman di siang dan di malam hari Ramadhan, iaitu: pertama, mengerjakan Solat Duha di siang hari - 2 hingga 12 rakaat; dibuat dua-dua rakaat satu salam. Dalam keadaan biasa Allah (a.w) bina sebuah ruah di syurga kalau kita solatkan Solat Duha satu solat, i.e. 2 rakaat itu. Kedua, mengerjakan Solat Tasbih 4 rakaat satu salam. Solat Tasbih ini boleh dibuat ketika malam. Tapi, hanya dibolehkan sekali sehari. Terampun 10 jenis dosa.Ketiga, membaca al-Quran - jika boleh dikhatamkan sebanyak kali mungkin. Al-Quran memberi syafaat kepada pembacanya di hari ahirat kelak. Ketiga, berzikir dengan membaca pelbagai kalimah zikir, termasuklah 'Alhamdulillah, Subhanallah, la-ilaha illallah, dll' Keempat, mengerjakan Solat Terawih 8 rakaat - dibuat empat empat rakaat satu salam (sunnah Rasulallah dan Khalifah a-rasyidin al-mahdiyin yang 4) ketika malamnya tanpa membaca pelbagai amalan bid'ah supaya tak tercemar Solat Terawih itu; kelima, menutup Solat Terawih dengan tiga rakaat Solat Witir pula. Keenam, ketika bangun untuk bersayu pula, buatlah 2 atau 4 rakaat Solat Qiam (atau, Solat Tahajud). Keenam, berbelanjalah pula untuk memberi makan kepada orang yang brpuasa, maka kita dapat pahala puasa orang yang berpuasa yang kita jamu makan berbuka itu tanpa menghakis sedikitpun pahala puasanya - pelaburan yang murah dan mudah. Ketujuh, membanyakkan sedekah kepada fakir miskin mendapat gadaan pahala bersedekah dan gandaan pahala kerana bersedekah daam bulan Ramadhan. Demikianlah sedikit maklumat mengenai usaha-usaha yang boleh dilakukan demi mendapatkan pahala maksimum di bulan Ramadhan.
Saudara, amalan yang digalakkan Rasulallah (s.a.w) supaya kita lakukan ketika masuk 10 hari terakhir Ramadhan adalah berIktikaf di masjid untuk mencari Malam Qadr = Lailatul-Qadr - yang ganjaran pahalanya adalah seumpama mengerjakan ibadah terbaik selama 1,000 bulan = 83 tahun 3 bulan. Kalau menemui Malam Qadr ini pastilah kita ahli syurga dan mendapat syurga secara pasti, masya Allah. Insya Allah kita lihat lebi mendapat dimensi amalan ini berikut:

Iktikaf dan Ganjaran Pahalanya
(-) Kenapa Iktikaf?
Saudara, Iktikaf menghapuskan dosa dan mengalirkan pahala selagi tidak tidur ketika briktikaf. Aapabila tidur habislah pahala yng termungkin selepas tidur itu.
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Fil-mu’takifi hua ya’kifuz-zunuba wa-yudra lahu minal-hasanati ka-a’milil-hasanatii kulliha’ (Yang bermaksud: Di dalam urusan orang-orang beriktikaf itu, iktikaf mencegah (diri) dari beberapa dosa dan dialirkan bagi orang yang beriktikaf dari beberapa kebaikan seperti orang yang mengamalkan beberapa kebaikan kesemuanya baginya.) [Hadith ibnu Majah, Kitab Puasa]
[Nota: Beriktikaf tanpa membuat apa-apapun mendatang pahala seolah-olah mengerjakan pelbagai amalan ketika beriktikaf. Jika tertidur terputuslah aliran pahala. Maksudnya, pahala Iktikaf itu diberikan semata-mata berjaga dan tak disyaratkan untuk melakukan apa-apa. Namun, adalah mendapat pahala tambahan apabila melakukan amalan-amalan.]

(-) Dimana boleh berIktikaf?
Saudara, berIktikaf itu mendatangkan pahala yang banyak Ketika beriktikaf kita tak perlu buat apa-apa, hanya duduk diam dan berjaga, tidak tidur mulai waktu masuk Isya' dan sampailak masuk waktu Subuh. Kalau nakkan pahala tambahan boehlah membaca al-Quran atau berzikir atau mengerjakan solat-solat qiam.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Kullu masjidin lahu muazzanun wa-imamun fa li-i’tikafi fihi yasluhu’ (Yang bermaksud: Tiap-tiap masjid baginya ada orang-orang yang memanggil dan ada imam, maka beriktikaflah di dalam masjid kerana mendatangkan kebaikan (pada orang yang beriktikaf). [Hadith Darul-Qutni]

Qiamul-Lail dan lailatul Qadr
(-) Pahala menemui Lailatul-Qadr
Saudara, hadith rengkas ini menyebutkan pahala yang trutama kerana meneui lailatul-Qadr itu. Isi hadith ini diperinckan lagi dalam hadith berkutnya:
Diriwayatkan hadith dari Mujahid berkata: ‘Ada dalam (i.e. di kalangan) Bani Israil beberapa lelaki berdiri ketika malam sehingga waktu Subuh kemudian berjihad menentang musuh ketika siang sehingga petang maka mengerjakan lelaki (sedemikian itu selama) seribu bulan maka menurunkan Allah (a.w) ini ayat: ‘Lalatul qadri khairun min alfi syahrin’ (Yang bermaksud: Malam Qadr itu adalah lebih baik daripada seribu bulan.) Maka (menyambung Jarir) berdiri (pada malam Qadr = lailatul qadr) demikian lebih baik dari amalan demikian lelaki.’ [Hadith ibnu Jarir]

(-) Mengatasi pahala model orang alim
Saudara, hadith ini menceritakan bahawa 4 orang dalam zaman dulu merupakan orang yang amat alim - 3 dalah nabi dan seorang adalah manusia biasa. Ke'aliman dan ketaqwaan mereka itu tidak dapat ditandingi oleh sesiapapun zaman itu dan zaman kemudiannya kerana tidakpun melakukan maksiat walaupun sekelip mata dalam hidup mereka slama 80 tahun. Namun, berkat kebesaran Rasulallah (s.a.w) dan keutamaan umat Islam Allah (a.w) bagi pelang untuk mengatasi amalan dan ibadah serta ketaqwaan mereka itu hanya dalam tempoh semalam - Malam Qadr. Sesiapa yang menemuinya mendapat ganjaran pahala seumpama beramal dan berbadah top-class melebihi 80 tahun!
Diriwayatkan hadith dari Ali b ‘Urwat berkata: ‘Menceritakan Rasulallah (s.a.w) suatu hari (tentang) empat orang dari Bani Israil menyembah Allah (a.w) delapan puluh tahun tidak menentang mereka pada Allah (a.w) sekejap matapun, maka menceritakan Rasulallah (s.a.w) (mereka itu adalah) Ayub, Zakaria, Hizqil b ‘Azuzi dan Yusa’ b Nun, maka berkata Ali: ‘Hairan para sahabat Rasulallah (s.a.w) dari demikian cerita.’ Maka datang pada Rasulallah (s.a.w) Jibril (a.s), maka berkata Jibril (a.s): ‘Wahai Muhammad (s.a.w)! Hairan engkau dan umat engkau dari ibadah mereka itu (i.e. segolongan 4 orang dari Kaum bani Israil yang mengerjakan ibadah selama) delapan puluh tahun tidak menentang mereka pada Allah (a.w) sekejap matapun? Maka sungguh-sungguh telah menurunkan Allah (a.w) lebih baik dari demikian itu. Maka membaca dia (Jibril (a.s)) ‘Inna anzalnahu fi lailatil qadri @ Wa-ma adrakamalailatul qadri @ Lailatul-qadri khairaum min alfi syahrin’ ini lebih utama daripada apa-apa yang hairan engkau Muhammad (s.a.w) dan umat engkau.’ Maka berkata Ali: ‘Maka menyukakan demikian (ganjaran pahala) oleh Rasulallah (s.a.w) dan manusia bersama-sama beliau (yakni, para sahabat).’ [Hadith ibnu Abi Hatim]
[Nota: Tidak menentang mereka terhadap Allah (a.w) bermaksud mereka lakukan kesemua amalan dan ibadah yang ditetapkan – yang wajib dikerjakan dan yang sunat-sunat dikerjakan sekuat mampu dan yang ditegah itu dijauhi atau tidak dikerjakan. Malah 4 orang ini tidakpun melakukan sebarang dosa-dosa kecil sepanjang tempoh 80 tahun tersebut, maka mereka tidak melalui sesuatu yang bersifat kemungkaran sedikitpun dan sesaatpun. Begitulah hebatnya amalan atau ketaqwaan mereka itu. Daripada 4 orang itu, tiga orang adalah nabi iaitu Ayub, Zakaria dan Yusak – nabi kaum-kaum mereka zaman-zamannya, manakala Hizkil adalah orang iman biasa.] 

Jazakallahu khairah

Saturday, July 20, 2013

Raya - Aidil Fitri

Assalamualaikum,
Saudara, sudah 1/3 perjalanan dalam ibadah puasa Ramadhan kita. Ada 2/3 lagi kita wajib usahakan. Semoga Allah (a.w) panjangkan umur kita supaya kita sempat tamatkan Ramadhan dan berjaya di akhrnya mendapat keampuanan Allah (a.w).
Saudara, insya Allah, pada 6 Ogos 2013 ini pihak berwajib mengenai agama Islam akan berkumpul sebelum waktu Maghrib untuk melihat anak bulan Syawal 1434, untuk menentukan hari tamatnya Ramadhan dan masuknya Syawal - Raya Puasa. Kerana keadaan persekitaran di ufuk langit, maka diramalkan tidak akan kelihatan anak bulan Syawal, maka puasa akan dilanjutkan sehari lagi pada 7 Ogos 2013, bagi mencukupkan Ramadhan 30 hari. Insya Allah Aidil Fitri (Raya Puasa) akan diraikan pada hari Khamis, 8 Ogos 2013.
Saudara, walaupun kita menunggu raya jangan lupa untuk mengeluarkan zakat fitrah yang diwajibkan atas kita. Zakat fitrah ini adalah untuk semua yang hidup pada atau sebelum 1 Syawal, termasuklah, kalau terjadi, atas seorang bayi yang baru dilahirkan sebelum Solat Aidil Fitri dimulakan. Zakat fitrah itu adalah senilai satu sok beras yang merupakan makanan orang Melayu di Malaysia yang beratnya adalah 2.7 kg. Zakat fitrah itu menebus kekurangan dan kecacatan puasa Ramadhan kita kerana perbuatan sia-sia kita sepanjang Ramadhan, termasuklah berkata-kata lucah dan kotor. Jika tidak mengeluarkan zakat fitrah maka takda gunanya puasa Ramadhan kita itu.

Jazakallahu khairah

Ramadhan: Kalau Tinggalkan Solat?

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yang lalu kita telah bicarakan banyak perakara mengenai ibadah puasa. Betapa besarnya pahala puasa. Betapa ruginya kalau selepas berakhirnya Ramadhan, kita tidak mendapat keampunan Allah (a.w) terhadap dosa-dosa kita yang lalu. Tentang pahala puasa Ramadhan itu gandaannya terpulang kepada Allah (a.w) bergantung kepada kemurniaan amalan/ibadah kita, keikhlasan kita dan menjaga segala pantang larangnya. Bahawa, pantang larang puasa yang utama adalah bercakap-cakap bohong atau dusta atau kotor dan melayani pancaindera kita melakukan kebatilan.
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu bahawa Islam itu dibina atas 5 perkara - Rukun Islam - bersyahadah, solat, puasa, mengeluarkan zakat dan fitrah, dan menunaikan ibadah haji (ketika sudah mampu). Yang paling utama selepas syahadah itu adalah solat. Kerana solat itu membezakan antara kekafiran dan keimanan. Orang yang kafir itu tidak solat. Maka dengan itu sesiapa yang meninggalkan satu waktu solat fardunya, jatuh kafir. Inilah mesej dalam hadith berikut.
Diriwayatkan hadith daripada Jabir bin Abdullah (r.a), berkata Jabir (r.a): ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘(Yang membezakan) Antara hamba Allah (a.w) (yang taat) dan hamba Allah (a.w) yang kafir adalah meninggalkan solat.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Kmeudian, dalam hadith berikut pula, Rasulallah (s.a.w) berjanji bahawa solat adalah asa pertalian antara Rasulallah (s.a.w) dengan manusia. Kalau tak solat maka bukanlah dia menjadi umat Rasulallah (s.a.w), kerana sudah gugu Ilamnya, wal iya zubillah. Justeru itu, puasa adalah utama juga dalam Islam namun tidak menyamai taraf solat. Hisaban yang mula-mula di akhirat kelak adalah solat, kemudian baru amalan-amalan selainnya. Kalau hisaban solatnya buruk, maka pastilah buruk pula hisaban amalan yang lain. Solat adalah amalan yang mula-mula dihisab di akhirat.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Buraidah (r.a) daripada bapanya yang berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adapun janji yang dibuat antara seseorang itu dengan aku (Nabi (s.a.w)) adalah solat. Maka barangsiapa meninggalkan solatnya maka sesungguhnya kafir dia (yakni, menjadi kafir dia).’ [Hadith Ibnu Majah]
Saudara, puasa Ramadhan itu banyak pahalanya dan gandaan pahalanya ditetapkan oleh Allah (a.w). Dalam amalan selainnya kita diberitahu oleh Allah (a.w) bahawa setiap kebaikan itu dibalas dengan 10 gandaan kebaikan sehingga sampai ke 700 gandaan. Namun, ganjaran atau gandaan puasa Ramadhan ditentukan oleh Allah (a.w). Kita tidak diberitahu. Maka justeru itulah, sesiapa yang berjaya dalam bulan Ramadhan ini berpuasa sebaik mungkin, dia boleh mendapat taraf fitrah - seumpama bar dilahirkan oleh ibunya, tanpa dosa. Yakni, dosa-dosa yang lalu terhapus. Maka dengan itu jugalah Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa seseorang yang meninggalkan satu hari puasa Ramadhannya dengan sengaja, pahala yang diperolehinya kerana berpuasa sepanjang tahun sekalipun tidak dapat menyamai pahala terlepas kerana tak berpuasa sehari itu!
Oleh itu, kita telahpun selepas 1/3 Ramadhan. Mudah-mudahan baik amalan puasa kita itu. Dan, teruskanlah 2/3 lagi.

Jazakallahu khairah


Monday, July 15, 2013

Biarlah dipenjara di dunia jangan ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat dalam post yang lalu menyentuh tajuk di atas itu, dalam konteks sepotong hadith Rasulallah (s.a.w). Kita sambung sedikit lagi.
Saudara, dalam al-Quran disebutkan cerita Harut dan Marut iaitu dua malaikat yang amat hebat dari segi keimnan dan ketakwaan yang dipiiha oleh komuniti malaikat untuk memerintah manusia di bumi. Kerana, malaikat berpandangan bahawa malaikat itu lebih baik dari manusia dalam menyampaikan dan melestarikan syiar agama Allah (a.w) dan dalam mempastikan ianya berjalan lancar di dunia. Kerana, apakala Adam (a.s) - manusia pertama dicipta Allah (a.w) - para malaikat berpendapat bahawa manusia tidak layak menjadi khalifah di bumi kerana adalah salah satu sifat manusia itu suka bergaduh dan menumpahkan darah sesama sendiri. Malaikat lebih rukun dan boleh bekerjasama. Malaikat cuba mempersoalkan kebijaksanaan Allah (a.w) apakala memilih manusia sebagai khalifah di bumi, setelah tawaran tersebut diberikan kepada bukit dan gunung, mereka tidak sanggup. Tapi, manusia 'bodoh', kata Allah (a.w), sanggup mengambil risiko yang besar menjadi khalifah di bumi. Maka masyarakat malaikat berpandangan malaikat lebih baik menjadi khalifah.
Saudara, setelah bersetuju untuk mencuba malaikat sebagai khalifah di bumi, justeru masyarakat malaikat bermusyawarah memilih seseorang dari kalangan mereka yang boleh 'dipertandingkan' diberi kesempatan untuk diuji.
Malaikat dijadikan Allah (a.w) makhluk yang sangat taat kepada Allah (a.w), tidak mamiliki nafsu, dan tidak perlukan makan dan minum, sebagaimana manusia. Manusia sebaliknya ada akal fikiran dan ada nafsu dan ada keinginan untuk keperluan dirinya, makan dan minum dan nafsu. Justeru itu, sesiapa yang nafsunya mengalahkan akalnya, maka terjerumuslah dia ke dalam kancah dosa maka jatuhlah mertabatnya lebih rendah dari haiwan. Kalau akalnya dapat menundukkan nafsunya, maka jadilah dia orang bertaqwa dan soleh dan sentiasalah taatkan Allah (a.w). Maka masyarakat malaikat memilih dua dari kalangan mereka yang terhebat dan mereka fikirkan boleh menandingi manusia sebagai khalifah di bumi iaitu malaikat Harut dan Marut. Maka Allah (a.w) berikan nafsu kepada keduanya supaya barulah sama dengan kedudukan manusia dalam pertandingan tersebut - pertandingan menentukan apakah malaikat lebih hebat dari manusia untuk dijadikan khalifah (=pemimpin di bumi Allah).
Maka, Allah (a.w) datangkan ujian dengan menjelmakan bintang Zarah sebagai seorang wanita yang amat cantik untuk menggoda Harut dan Marut. Diminta oleh wanita itu supaya dia disetubuhi oleh Harut dan Marut (i.e. didesak untuk menzinai dia). Namun mereka menolak kerana mereka tahu dosa berzina adalah amat besar. Kemudian, perempuan itu menggoda supaya membunuh orang jika inginkan cintanya. Itupun ditolak oleh Harut dan Marut. Kerana membunuh orang adalah suatu dosa yang besar pula. Kemudian dipujuk oleh wanita itu supaya sama minum arak bersama-samanya jika inginkan cintanya. Mereka mendapati dosa minum arak itu tidakah sebesar dosa membunuh atau berzina, maka mereka berdua sanggup minum. Setelah minum, maka mabuklah keduanya. Maka terjadilah perzinaan dengan wanita itu. Kemudian dilihatnya perzinaan itu diketahui atau dilihat oleh seorang budak. Untuk menutup rahsia perbuatan mereka, maka mereka membunuh budak tersebut. Maka jadilah kedua-dua malaikat itu terkandas dalam melawan keinginan nafsunya, melakukan tiga dosa besar sekali harung - berzina, membunuh dan minum arak. 
Kerana kegagalan mereka itu, mereka dikenakan hukuman. Mereka diberi pilihan apakah menjalani hukuman itu ketika di dunia? Atau, dijalani hukuman di akhirat? Kedua-dua malaikat itu memilih supaya dihukum di dunia. Maka kedua-dua mereka digantung kaki ke atas dan kepala di bawah dan kepala mereka hampir mencecah paras air laut. Ketika berombak maka merasa lemas kerana kepala mereka terbenam dalam air laut. Demikianlah siksaan mereka dalam alam ghaib sampai kiamat dunia.
Saudara, malaikat Harut dan Marut itu cerdik dan pintar. Mereka tahu bahawa walau lama mana sekalipun siksaan ketika di dunia, ia pasti akan berakhir, apakala kiamat dunia! Bila kiamat dunia, tibanya alam akhirat, mereka akan bebas dari siksaan tersebut.
Sebaliknya, syaitan dan kuncu-kuncunya - termasuk syaitan manusia - bodoh lagi dungu, sanggup menangguhkan balasan siksaan terhadap dosa-dosanya di dunia, dan terimanya di akhirat, walhal kehidupan akhirat itu kekal, tiada sempadan waktu. Jelaslah Harut dan Marut lebih cerdik dari Syaitan dan Iblis! Syaitan dan iblis memilih siksaan ditanguhkan sehingga akhirat. Harut dan Marut memilih siksaan diberikan di dunia. Dunia ada sempadan waktu, tamat apabila kiamat dunia, walhal akhirat tidak ada sempadan waktu, bermula bila kiamat dunia dan terus kekal selama-lamanya.
Saudara, Qarun juga bodoh dan dungu - tidak mau menginfaqkan sebahagian dari kekayaannya yang tidak ditandingi oleh mana-mana manusia sampai kiamat dunia, yang membolehkan dia mendapat syurga dengan membeli syurga menggunakan harta dan kekayaannya (i.e.membayar zakat dan menginfaqkannya). Dia menolak perintah Allah (a.w) dan perintah saudaranya Nabi Musa (a.s). Maka ditenggelamkan oleh Allah (a.w) dalam bumi hidup-hidup - susah bernafas, lemas, tapi tak mati-mati (dalam alam ghaib) sampailah kiamat dunia, dan diteruskan siksaaannya di akhirat pula. Begitu juga Sa'labah yang tidak mahu membayar zakat atas ternakan kambingya dan tak mahu bersedekah, sehingga dia sanggup menyembelih dan memasak anjing yang menjaga kambing-kambingnya menjamu orang iman, kerana itu lebih menjimatkan padanya. Kalau disembelih seekor kambing jantan untuk menjamu orang iman, kambing jantan itu boleh dijadikan baka bapa yang boleh membanyakkan lagi kambing-kambing betinanya yang dibuntingkan. Kalau kambing betina pula, kambing itu boleh beranak 4 ekor setiap 6 bulan, maka rugi juga padanya. Kekayaan membuatkan manusia bakhil, kedekut, dan pelit. Maka dia juga disiksa dalam kubur sehingga kiamat dunia. Bila kiamat dunia, dia akan masuk neraka secara otomatis di siksa pula di sana tanpa batas waktu...
Saudara, jadilah orang yang bijak ketika hidup. Janganlah jadi orang yang bodoh, walau apapun rasional dan logiknya. Dunia itu tetap penjara bagi orang iman. Kenapa? Sebagaimana orang yang dipenjara tidak ada kebebasan yang mutlak. Tetap ada had. Ada peraturan - ada yang dibolehkan dan ada yang tidak dibolehkan dilakukan. Ada suruhan dan ada tegahan. Dalam Islam penjara dunia tidaklah begitu sulit. Kalau ditahan di Kemunting, Taiping, contohnya, tetap dibagi makan - sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam kelas 1 juga. Kalau tak dipenjara tetap boleh enjoy dalam batasan Islam. Boleh beli apa saja hati hendak, boleh dapatkan isteri lebih dari satu, boleh dapat isteri yang cantik dan sebagainya. Di akhirat, neraka adalah penjara yang hebat.Tidak ada makanan kecuali buah berduri. Bila dimakna tercekik di kerongkong, tidak dapat dikeluarkan dicuba dikeluarkan dengan minum air, tapi airnya? Takda minuman kecuali air bercampur nanah, darah dan kotoran lain yang menggelegak dan panas pula. Bila diminum hancur isi perut. Jadi penjara akhirat itu lebih dahsyat - tak sama makan dan minumannya = dan kebebasannya - berbanding dengan penjara dunia! Tapi, yang lebih baik adalah syurga - balasan akhirat bagi ahli syurga. Yang lelakinya dan perempuannya dimudakan umur sekitar umur Nabi Isa (a.s) - 33 tahun - handsome dan cantik seumpama Nabi Yusuf (a.s), dan isterinya menjadi permaisuri yang mengawal pula Hurul-Ain yang menjadi isteri-isteri si suami. Takda dengki atau iri hati atau tiada caci mencai, kata mengata, fitnah memfitnah dll semuanya aman. Makan tidak terhad. Tak perlu bersusah payah ambil. Teringat saja, datang makanan dengan sendirinya...
Oleh itu pilihlah penjara dunia dari pejaran akhirat. 'Penjara dunia' maksudnya jadilah orang yang Islam, ikuti ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah), termasuklah berjema'ah, ikuti ketetapan pemimpin jema'ah (i.e. Imam atau Amir) yang tidak maksiat, buat segala amalan yang difardukan sebaik mungkin, tambahlah dengan amalan dan ibadah sunat sekuat mampu, dan jauhi atau jangan sekali-kali langgar ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. yang dilarang jangan buat atau lakukan, kalau tak sengaja ditaubatkan). Biarkanlah orang bersenang-senang dengan berbagai-bagai cara dan kaedah melampias nafsu dan keseronokan di dunia mereka, kita lampiaskan nafsu kita dalam syurga kelak. Biarlah kita berjaga-jaga dan berwaspada di dunia seumpama dalam penjara dikawal oleh Islam dan syariatnya, asalkan bila mati kita seumpama berada di dalam salah satu taman syurga, berehat menunggu syurga yang penuh nimat dan keseronokan ...

Jazakallahu khairah