Tuesday, August 28, 2012

Pertemuan PM Najib dgn Ulama' Mekah

Assalamualaikum,
Saudara, dalam Utusan Malaysia hari ini (28 August 2012), sdr  Sheikh Ismail Omar - Menulis dari Mekah al-Mukarramah tentang pertemuan tersebut di ms 11 Ruangan Rencana Utusan Malaysia bertajuk 'Taat kepada ulama dan umara'.
Dalam tulisan beliau itu ada dimuatkan terjemahan Ayat 103, Surah ali-Imran: 'Waktasimu bihablillahi jami'an wa-la tafarraqu ...' sebagai: 'Berpegang teguhlah dengan tali agama Allah (a.w), dan janganlah kamu berpecah belah.' Terjemahan ini tak asing. Majoriti para ulamak Malaysia dan para ilmuwan Malaysia (= orang yg mengajar bidang keagamaan di institutsi pengajian tinggi ala Islam atau dalam bahagian/ jabatan/bidang keagamaan). Mereka terjemahkan kalimah 'hablillahi' sebagai 'tali agama Allah (a.w)'. Sebenarnya sewajarnya diterjemah secara literal sebagai 'tali Allah (a.w)' yg maksud sebenarnya 'tali Allah' itu adalah 'agama Allah (a.w)', yakni Islam. Kemudian, mereka, termasuk penulis tersebut meninggalkan terjemahan kalimah 'jami'an', yg tidak diterjemahkan, malah di'silence'kan atau tidak disentuh. Kenapa dan mengapa?
Saudara, bagi mereka yg mengaji atau mempelajari ilmu al-Quran dan as-Sunnah sistem 'mangkul', i.e. berdasarkan kemangkulan atau secara sistem berguru, berdasarkan sumber al-Quran dan as-Sunnah yg 'musnad' (yakni ada isnadnya i.e. perawi atau periwayatnya sampai kpd Rasulallah (s.a.w)) dan secara 'mutassil' (yakni, isnad atau ilmu tersebut bersambung asal usulnya sampai kpd Rasulallah (s.a.w) tanpa terputus, yakni ilmu terebut sahih, akan tahu dan faham.
Saudara, terjemahan yg betul kpd ayat tersebut adalah: 'Berpegang teguhlah kamu kepada agama Allah (a.w) (i.e. agama Islam) secara berjema'h (atau dengan berjema'ah) dan jangalah kamu berfirqah (i.e. menubuhkan perkumpulan terasing dalam mengauti Islam)'. Terjemahan ini adalah haq. Kerana, pertama, Allah (a.w) ridha atau akui atau terima hanya agama Islam. Sesiapa yg tidak Islam pastilah segala amalan dan ibadahnya dan segala kebaikan yg dibuatnya kerana tujuan apapun dan untuk siapapun, tidak mendatangkan sebarang kebaikan baginya di akhirat kelak. Kerana sesiapa yg tidak Islam pasti masuk neraka dan tak sekali-kali akan masuk syurga. Itulah ketetapan Allah (a.w). Kedua, Islam itu wajib dianuti secara berjema'ah atau kesemua mereka yg akui dirinya Islam, diwajibkan berjema'ah sebagai cara hidup mutlak yg disyaratkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan yang diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Kalau Islam tak berjema'ah, maka itulah satu daripada 72 jenis atau kategori atau golongan Islam yg tidak berjaya mendapat syurga. Kerana, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa di akhir zaman kelak umat Islam akan berpecah atau berfirqah menjadi 73 jenis atau golongan atau puak Islam, 72 golongan sedemikian yg Islam, gagal mendapat syurga, masuk neraka. Hanya satu golongan saja yg mendapat syurga, iaitu mereka yg mengamalkan Islam sejajar dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w) 'ma ana 'alahi wa-ashabi' (yg bermaksud: apa-apa yg aku berpegang atasnya dan para sahabatku (yg empat) berpegang atasnya', yakni sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin; dan 'wa-hiya jema'ah' (i.e. mereka 'berjema'ah'). Itulah dua syarat mutlak Islam yg benar dan diterima Allah (a.w). [Nota: Itulah maksud sebenar istilah 'ahlus sunnah wal-jama'ah'.]
Justeru itu, saudara, al-Quran dan as-Sunnah itu adalah panduan mutlak kehidupan umat Islam yg ingin berjaya di dunia dan di akhirat. Lebih-lebih lagi di akhirat mendapat syurga. Kerana Omar (r.a) yg merumuskan ketetaan Rasulallah (s.a.w) tentang Islam atau syariat Islam itu menyebut: 'La Islama illa bil-jama'ati ...' (Yg bermaksud; Tidak dikatakan (atau dikira Islam) tanpa berjema'ah (i.e. kalau tidak berjema'ah)...). Itu adalah ketetapan yg hak (Ingatlah Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa kata-kata Omar (r.a) dibenarkan oleh Allah (a.w), maka dia berkata dgn kebenaran.').
Saudara, dalam tulisan Syeikh tersebut, dia juga merujuk kpd sepotong hadith: 'Sesungguhnya Allah (a.w) tidak mengumpulkan umat Muhammad (s.a.w) atas kesesatan. Dan, tangan Allah (a.w) bersama jema'ah. Dan sesiapa yg menyimpang maka penyimpangannya adalah ke dalam neraka.' (Katanya, hadith Bukhari dan at-Termidzi). Hadith itu sahih.  Tapi terjemahannya atau pentakrifannya terpesong dan tersasul. Bagi mereka yg mengaji atau mempelajari ilmu al-Quran dan as-Sunnah sebagaimana yg disebutkan sebelum ini faham, bahawa Allah (a.w) tidak sekali menunjuk kpd kejahatan atau kemaksiatan. Ini disebut dalam al-Quran banyak kali. Jadi tak perlu dibahaskan! Hadith terebut adalah lanjutan kpd ketetapan al-Quran pada Ayat 103, Surah ali-Imran tersebut. Khususnya menjelaskan selanjutnya konsep atau hakikat 'jema'ah' atau 'berjema'ah' dalam Islam, yg menjadi pra-syarat kedua untuk sah atau batilnya keIslaman seseorang itu. Cuba kita lihat tafsir atau maksud sebenar hadith ni. Pertama, Allah (a.w) berjanji bahawa umat Muhammad (s.a.w), i.e. orang yg Islam mengikut syariat Islam yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) itu adalah berpandukan kpd dua sumber ilmu dan panduan hidup beragama, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Kalau mereka Islam berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah pastilah mereka tidak akan sesat atau terpesong dalam Islam. Kerana dalam hadith lain Rasulallah (s.a.w) memberitahu: 'Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, wahiya kitaballahi wa-sunnati nabiyi' (Yg bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan kpd kamu sekelian (sebagai panduan Islam) dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya jikalah kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah atau al-Hadith)). Maka dgn itu, kalau kita berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah, dua ilmu yg diwajibkan oleh Islam umatnya belajar dan fahami, pasti tak sesat. Kalau Islam tapi jahilkan al-Quran dan as-Sunnah, atau tak khatam mengaji al-Quran dan as-Sunnah, pasti, lambat laun, pasti akan gagal dan sesat. Maka dgn tulah terdapat 72 golongan Islam yg sesat, dan yg tak sesat hanya satu golongan saja - spt yg dijelaskan tadi. Jadi? Janji Allah (a.w) dalam hadith itu benar, kalau umat Islam itu jadikan a-Quran dan as-Sunnah panduan hidupnya dan ilmu asas ibadah dan amaan,  termasuk segala amal makrufnya atau amal solehnya! Tak akan  tersesat mencari 'siratul mustaqim' ke syurga.
Ketiga, tangan Allah (a.w) bersama-sama dgn jema'ah'. Maksudnya Allah (a.w) sentiasalah menolong umat Islam yg berjma'ah. Umat Nabi Nuh (a.s) yg berjema'ah diselamatkan oleh Allah (a.w) dlm bahteranya. Umat Musa (a.s) yg berjema'ah dgnnya diselamatkan Allah (a.w) dari tenggelam apabila Firaun dan bala tenteranya ditenggelamkan oleh Allah (a.w). Umat Islam yg berjema'ah zaman Rasulallah (s.a.w) selamat, walaupun ada yg mati syahid di perang Uhud yg umat Islam kalah kerana terpengaruh dgn harta dunia. Mereka berjema'ah. Ini dibuktikan dalam al-Quran apakala mereka berbai'at kpd Rasulallah (s.a.w) sebagai ketua jema'ah umat Islam. Selepas kewafatan Rsulallah (s.a.w) umat Islam berjema'ah mengangkat sebagai khalifah mula-mula kpd Abu Bakar (r.a), kemudian kpd Omar (r.a) dan seterusnya dan mereka berbai'at kpd khalifah mereka. Dalam hadith disebutkan pelbagai ikrar bai'at umat Islam kpd pemimpin mereka (yg digelar Imam atau Amir atau Amirul Mukmini atau al-Malik, dll). Jadi, mereka yg berjema'ah pasti mendapat pertolonan Allah (a.w). Paling kurangnya, merka dijanjikan syurga di akhirat kelak. Kalau tak berjema'ah serupa macam orang yg tidak Islam di dunia mendapat apa yg telah ditakdirkan (atau diqada'kan), di akhirat merengkok dalam neraka! Bezanya, yg bersyahadah itu ada peluang masuk syurga akhirnya setelah dibersihkan dalam neraka terlebih dahulu dari dosa-dosa mereka. Mengapa? Segala amalan dan ibadah, amal makruf dan amal soleh, tak dapat pahala kalau dikerjakan oleh orang Islam yg tidak menepati syariat Islam yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w).
Keempat,  hadith itu memberitahu bahawa sesiapa yg menyimpang dari syariat Islam yg hak itu, maka menyimpang mereka ke neraka. Itu juga janji Allah (a.w) dan ketetapan yg disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) kpd umatnya - dulu dan sekarang. Apa maksud 'menyimpang'? Menyimpang ada 'sesat' dari 'siratul mustaqim'. Cari SM tu tapi tak dapat atau tak jupa, kerana tidak menepati kettapan Islam. Mereka itu golongan Islam, tapi  melakukan beberapa perkara. Contohnya, pertama, Islam mewajibkan berjema'ah, kedua, maka kalau tak berjema'ah. Allah (a.w) kata ambil dan ikuti as-Sunnah, kalau ikut selain as-Sunnah? Menyimpang. Ini penyimpangan yg hakiki. Batal Islamnya. Kelima, segala amalan dan ibadah - bentuknya, cara dan kaedahnya dalam melaksanakan ibadah tersbeut telah dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) atau diperincikan oleh beliau melalui kata-kata beliau dalam al-Hadith. Kalau dibuat berlainan dari apa yg ditetapkan atau dicontohkan oleh beliau, maka jelas penyimpang. Tambahan pula: Soalnya? Siapa yg tahu tentang Islam secara sempurna - to the very last and minute details ? Hanya Rasulallah (s.a.w). Maka dgn itu wajib berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak pasti menyimpang dan sesat. Keenam, 'menyimpang' bermaksud keluar dari jema'ah umat Islam. Dalam hadith diperincikan akibat orang yg keluar dari jema'ah itu. Samalah dgn keluar Islam (i.e. murtad). Keluar masuk neraka. Itulah yg dirumuskan oleh hadith yg beliau rujuk it. Hanyalah beliau tafsirkan tanpa panduan yg hak - iaitu al-Quran dan as-Sunnah.
Kemudian, bersabitan dgn pertemuan PM Najib dgn para ulamak di Mekah itu beliau meyebutkan Ayat 59, Surah an-Nisa': 'Taatilah Allah (a.w) dan taatilan Rasulallah (s.a.w) dan taatilah 'ulil amri minkum'. Kalimah 'ulil amri' itu beliau terjemahkan sebagaimana umumnya para ulamak di Malaysia dan para ilmuwan di Malaysia terjemahkan sebagai merujuk kpd 'ulamak dan umara' (maksudnya: para ulamak dan para pemimpin). Sekali lagi beliau belum betul-betul faham tentang syariat Islam berpandukan dua sumber panduan dan ilmu yg kita sebutkan itu. 'Ulil amri minkum' bermaksud 'orang-orang yg diberikuasa oleh jema'ah umat Islam untuk menguruskan jema'ah dan pelaksanaan agama Islam serta kepatuhan anggota jema'ah kpd ketetapan Islam yg terapat dalam al-Quran dan as-Sunnah.' Para 'ulama' dalah orang yg berilmu (yg sah iaitu al-Quran dan as-Sunnah), maka dgn itulah mereka itu disebut dalam al-Quran sebagai 'pewaris para nabi'. Mereka 'pewaris' para nabi kerana Nabi wariskan kpd kita agama - melalui ilmu dan panduan yg hak iaitu al-Quran dan as-Sunnah, bukan Nabi (s.a.w) mewariskan dunia atau kekayaan atau wang ringgit atau jawatan atau kedudukan! Kalau ulama' jahil, apa lagi tak faham, al-Quran dan as-Sunnah, maka mereka belum layak digelar 'pewaris para nabi'! 'Ulama' tidak ditaati dalam konteks Ayat 59, Surah an-Nisa' itu. Para ulama' membetulkan, mengajarkan, memberi kefahaman kpd anggota jema'ah dan memberi kefahaman kpd jema'ah tentang Islam. Tidak ditaati. Tapi, para ''umara' atau sebenarnya kepimpinan jema'ah Islam, bermula dari 'Imam' atau 'Amir', dan hirakinya, wajib ditaati. Rasulallah (s.a.w) memberitahu sesiapa yg taatkan Imamku (yakni, imam yg mengikuti ketetapan as-Sunnah), maka mereka mentaati aku (Nabi), jika tidak taatkan Imamku, maka mereka tak taatkan aku (Nabi). Itu jelas. Maka umat Islam itu dijanjikan syurga, kalau mereka taatkan (a) Allah (a.w) (ikuti al-Quran), (b) taatkan Rasulallah (s.a.w) (ikuti as-Sunnah), (c) taatkan 'ulil amri' = kepimpinan jema'ah umat Islam, (ikuti ijtahad yg tak maksiat = consistent dgn al-Quran dan as-Sunnah), maka wajib masuk syurga. Itulah janji Allah (a.w).
Mudah-mudahan pembaca dan Syeikh Ismail Omar mendapat manfaat dari komen ini, insya Allah. Islam itu amat indah kalaulah umatnya mengilmukan diri mereka dgn ilmu al-Quran dan as-Sunnah, bukan belajar ilmu dari sumber-sumber lain ...

Jazakallahu khairah.

No comments:

Post a Comment