Thursday, August 23, 2012

Kita Audit KeIslaman dan KeImanan Kita (Samb.)

Assalamualaikum,
Dalam post yang lalu kita telah lihat bahawa pentingnya seseorang yang menguruskan jema'ah umat Islam itu benar-benar berilmu dan faham tentang tuntutan Islam tersebut berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Kita sambung lagi penelitian kita menyentuk perkara 'ilmu' dan 'fefahaman' ini seterusnya.

Allah (a.w) Murka Pada Orang yg Jahil Ilmu Akhirat 

Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w), Zat yg Maha Luhur murka pada setiap orang (Islam yg beriman) yg pandai (i.e. bijak dan pintar) dalam ilmu dunianya (tetapi) yg bodoh (i.e. jahil) dalam ilmu akhiratnya.’ [Hadith a-Hakim dan Hadith ad-Dalimi]
[Nota: Orang yang pintar dalam ilmu dunia itu ramai kita temui dan mereka itu berjaya dalam dunianya. Dalam pentadbiran atau pengurusan sebagai contoh terdapat golongan Ox-Bridge (lulusan dari universiti-universiti ivy league seperti Oxford, Cambridge, London, Harvard, MIT, Chicago, UCLA, Berkeley dan seumpamanya) diberikan jawatan-jawatan membawa upah yang amat tinggi. Dunia dan manusia memberikan kelebihan kepada mereka kerana kepintaran mereka dalam ilmu dunia. Dalam ‘bidang agama’ pun ada juga orang yang diakui bijak pandai kerana mempeolehi kelulusan dari institusi pengajian ala-agama ivy leage dalam bidang pengajain Islam lulusan al-Azhar, Jordan, Ain-Syam, Madinah dan beberapa universiti terkenal lainnya dalam masyarakat Islam. Mereka juga diberi pengiktirafan sebagai orang yang bijak pandai, diberi jawatan yang bergaji tinggi, ditempatkan dalam jawatan-jawatan yang dihormati dan disanjung. Mereka itupun adalah golongan orang yang pintar dalam ilmu duniawi mereka. Golongan-golongan sedemikian diakui orang yang bijak dan pandai – dalam bidang ilmu keduniaan semata-mata atau dalam bidang yang terkait dengan agama - tetapi mereka bukanlah orang yang bijak, pandai atau pintar dalam ilmu akhirat. Kepandaian dalam ilmu akhirat itu hanya diperolehi dengan mengaji ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah (i.e. al-Hadith). Kerana, Islam mewajibkan umatnya belajar ilmu akhirat supaya mereka lebih faham Islam dan syariatnya, yakni tuntutan Islam sebebnarnya. Melalui kefahaman sedemikian itu mereka lebih berjaya di dunia dan juga di akhirat kerana panduan Islam melalui al-Quran dan as-Sunnah itu memandu mereka bagaimana hendak berjaya di dunia dan dalam masa yang sama mampu bersedia untuk kejayaan akhirat. Orang iman yang benar itu faham agamanya, maka dia lebih terpandu hidupnya di dunia. Kefahaman agama hanya boleh didpati melalui pengajian atau mempelajari ilmu akhirat – ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Mereka yang memiliki ilmu akhirat itu faham dan sedar bahawa Islam yang benar itu adalah Islam yang didasarkan kepada tuntutan al-Quran dan as-Sunnah, yang segala bentuk-bentuk amalan dan ibadah, kaedah dan cara mengamalkannya adalah sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), dan dengan itu pra-syarat yang utama mengesahkan keIslaman seseorang itu adalah dia menepati sabda Rasulallah (s.a.w) ‘ma ‘alaihi wa-ashabi’ (yang bermaksud: apa-apa yang aku (Nabi) dan para sahabatku berpegang padanya’ = al-Quran dan as-Sunnah) dan dia anuti Islam secara berjema’ah (Ayat 103, Surah ali-Imran). Mereka yang mengaji secara ‘mangkul’ dari guru yang mengajarkan dua ilmu tersebut secara ‘musnad’ (i.e. ada urutan asal usul ilmu/hadith) dan secara’ mutasil’ (i.e. ilmu itu boleh disandarkan kepada apa yang diperintahkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) tanpa terputus sumbernya), maka ilmu itu dikira ilmu akhirat. Tidak ramai orang Islam yang bijak dan pandai dalam ilmu akhirat. Orang yang tidak mempelajari ilmu al-Quran dan ilmu al-Hadith secara mangkul, musnad dan mutasil itu, dikira jahil (bodoh) dalam ilmu akhirat. Seseorang yang akui dirinya Islam dan beriman wajib mencari kepandaian dalam ilmu aakhiratnya, kerana ilmu akhirat itu akan membolehkan dia bersedia untuk kehidupan yang sebenarnya, i.e. kehidupan akhirat dalam syurga, walhal kehidupan di dunia hanyalah 60 atau 70 tahun walhal sehari di akhirat itu adalah 1,000 tahun lamanya dikira dalam waktu dunia!

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment