Assalamualaikum,
Saudara, dalam post-post yg lalu kita elah tahu apakah yg membatalkan puasa kita (puasa fardu ataupun sunat). Apa dia? Iaitu yg membatalkan puasa adalah berikut:
(a) Makan dan minum dgn senagaja (kalau makan dan minum terlupa, tak mengapa, tak batal puasa, tapi perlu diteruskan berpuasa. Apa yg kita termakan dan terminum itu berupa sedekah Allah (a.w) terhadap kita)
(b) Jimak atau keluar mani disiang hari (Kalau menjimak isteri disiang hari dikenakan kifarah. Bukan sahaja pusa hari tu perlu disudahkan, tetapi perlu diganti sehari terbatalnya puasa itu dgn puasa dua bulan setiap hari berturut-turut. Kifarah ini pada si lelaki sahaja)
(c) Keluar haid batal puasa (perlu diganti jumlah hari yg tidak berpuasa kerana haid).
(d) Nifas - melahirkan anak batal puasa (perlu diganti jumlah hari yg tak puasa); dan
(e) Muntah dgn disengajakan (alau muntah tak disengajakan tak batal puasa)
Kita juga tahu bahawa memasukkan sesuatu dalam rongga terbuka yg bukan berupa makan atau minuman membatalkan puasa. Memasukkan eye-mo ke dalam keopak mata takpa, suntkan kerana mencegah drp penyakit yg wajib dilakukan tak memngapa, menyedut inhaler bagi pengidap penyakit athma, takpa. Menderma darah dan berbekam, takpa. Berendam, mandi kerap kerana menghilangkan rasa panas, takpa. Memasukkan air ke dalam hidung dan mulut kerna berkumur-kumur kerana berwudu' takpa, asalkan jangan ditelan air.
Saudara, kita diberitahu bahawa kalaulah prestasi puasa kita itu terbaik - yakni, kita benar-benar berpuasa semata-mata kerana keimanan kita dan inginkan ganjaran pahala sebanyak dan sebaik mungkin, maka kita berjaya mendapat perlepasan dari segala dosa-dosa kita yg lalu, maka kita berhasil mendapat syurga di akhirat kelak. Tapi, mungkin kita betul-betul beriman dan ikhlas mengaharapkan pahala maksimum, tetapi kita ak jaga mulut kita (i.e. tak jaga kata-kata atau ucapa yg kita luahkan dari mulut kita), tak guna puasa kita. Kita dapat lapar dan dahaga sahaja, Allah (a.w) tak berikan kita pahala sedikitpun.
Terhapus Pahala Kerana Mengumpat
Ada banyak larangan dan pantang larang semasa berpuasa itu, selain tidak makan dan minum siang hari, jika seseorang itu inginkan ganjaran pahala yang maksimum. Orang yang berpuasa itu wajiblah menjaga pancainderanya daripada melakukan sebarang kemaksiatan, antara yang utama, perbuatan bercakap-cakap kosong, mencaci dan mengumpat sangat-sangat ditegah semasa berpuasa. Perbuatan tersebut dengan sendirinya menimbulkan pelbagai dosa:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) telah bersabda: ‘Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan (atau percakapan) sia-sia (lagha) dan mengerjakan dengannya, maka tiada bagi Allah (a.w) berhajat bahawa dia (i.e. orang yang berpuasa itu) meninggalkan dia akan makanannya dan minumannya (yakni, berpuasa).’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Hadith di atas ini menyatakan bahawa tiada gunanya seseorang itu meninggalkan makan minum, yakni berpuasa, jika bercakap perkara-perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah, sama ada pada malamnya atau pada siangnya. Maksudnya, tidak mendapat apa-apa ganjaran pahala, semata-mata sia-sia berlapar dan berdahaga. Mengikut para ulama’ seseorang yang berpuasa wajiblah dia menjaga enam perkara:
§ Menjaga matanya;
§ Menjaga lidahnya (kata-katanya);
§ Menjaga telinganya;
§ Menjaga tangan dan kakinya;
§ Menjaga anggota kelaminnya;
§ Tidak membanyakkan makan apabila berbuka; dan
§ Hatinya adalah ikhlas dengan perasaan penuh taqwa.
Oleh yang demikian rugilah barangsiapa berpuasa tetapi melakukan kemaksiatan dengan anggota-anggotanya, sama ada pada siang harinya ataupun malamnya.
Diriwayatkan hadith daripada Said al-Maqburiu, hadith daripada bapanya, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan pekerjaan dusta (bercakap bohong dan lain-lain yang keji) dan mengerjakan dusta dengan amalan atau bercakap dusta, maka tiada hajat Allah (a.w) di dalam apabila (mereka) meninggalkan makanan dan minuman (yakni, berpuasa).’ [Hadith Bukhari, Kitab Saum]
Kita wajib mengambil peringatan daripada mesej hadith di atas itu. Implikasinya berat. Tidak mendapat sebarang pahala jika berpuasa tetapi kita bercakap bohong dan dusta dan membuat perkara-perkara yang ditegah syariat. Yakni, berpenatlah kita tidak mendapat ganjaran apa-apa, malah mendapat dosa pula kerana berbohong dan membuat maksiat.
Diriwayatkan hadith dariada A’raj, daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Puasa adalah perisai ketika ada salah seorang daripada kamu berpuasa, maka jangan melanggar, dan jangan mengerjakan (pekerjaan bodoh, yakni perbuatan jahiliah seperti berbual-bual kosong, mengata, mencaci, mengumpat, bercakap bohong, menghina orang, melihat dan berbuat maksiat, dan seumpamanya), maka sesungguhnya (jika ada orang) mempermainkan atau mencaci cela akan kamu, maka katalah (kepada mereka): ‘Sesungguhnya aku berpuasa.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Saum]
Hadith di atas ini menasihatkan umat Islam yang berpuasa supaya kekal sabar dan tidak bertindak terhadap orang lain yang mencaci cela atau mengata akan dirinya. Lebih baik dia beredar atau berpindah ke tempat lain tanpa respons apa-apa selain kata-kata yang dianjurkan oleh Rasulallah (s.a.w) tersebut.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment