Tuesday, August 28, 2012

Peringatan Hari Ini

Assalamualaikum,
Blogger jarang-jarang baca akhbar akhir-akhir ini dan lagi jarang belia akhbar. Ada kawan-kawan kata: 'Berita Harian' tu adalah 'Berita Hairan' dan 'Utusan Malaysia' itu 'Utusan Meleset' dan banyak lagi yang mereka sebutkan tentang akhbar-akhbar di Malaysia ni, yang blogger dah lupa. Kenapa? Kalau saudara biasa ke luar negara di negara-negara Eropah dn USA, sebagai contoh, kalau kita beli akhbar, kita dapat berita bukanlah propanganda, kita dapat ilmu bukan fitnah, caci mencaci, maki memaki dll yg berlaku di Malaysia sekarang ini yg dilapurkan setiap hari dalam akhbar dan dalam media selainnya.
Dulu, bagi pelajar Melayu yg memasuki sekolah aliran Inggeris melalui jalan tumpang Special Malay Classes = SMC, sebelum terus masuk ke Form One atau mereka yg masuk Kepas Peralihan = Remove Class, sering digesa oleh guru-guru, terutama guru Bahasa Inggersis supaya beli akhbar Inggersis spt Straits Times untuk improve penguasaan Bahasa Inggeris supaya dalam peperiksaan LCE (sekarag SRP) atau OSC/MCE (sekarang SPM) boleh dapat credit (sekurang-kurangnya C6) kalau tidak Distinction (= A1 atau A2). Hari ini tidak begitu lagi. Akhbar semakin dijauhi oleh pelajar sekolah kerna banyak sebab, antaranya bukan lagi boleh dijadikan media untuk mendalami ilmu dan meningkatkan  penguasaan bahasa dan kerana itu untuk mendapat pencapaian yg baik dalam peperiksaan.
Bagi orang dewasa pula, sama aje - cerita politik, politik dan fitnah memfitnah. Islam melarang umatnya memfitnah dan mengadu domba. Amalan dan ibadah orang yg mengamalkan fitnah sedemikian trhakis pahalanya, dan akhirnya kelak akan muflis di akhirat, wal iya zubillah. Kita yg menjadi pembaca, mungkin menyebarkan berita palsu tatkale berborak dikedai kopi menyebut crita pemimpin nu dan ini dan ahli politik itu dan ini, terbabit berdusta (kerana kita takpun dngar sendiri apa orang tu cakap, hanya dilapurkan oleh pemberita di akhbar, dan kita sebarkan, hukumnya memfitnah). Kalau cerita yg dilapurkan itu tak betul pula sebagaimana yg dilapurkan oleh pmeberita dan dimuatkan dalam akhbar, kita percaya dan yakini, kita hebahkan pula, kita dikira membohong dalam Islam ata berbut bohong. sama juga akibatnya - malah lebih teruk lagi - sudahlah kta memfitnah, kita pula berbuat pembohongan. Terhakis juga segala pahala amalan dan ibadah kita. Kalau kita tak berwaspada, mak kita sama-sama muflis di akhirat klak, wal iyazubillah.
Saudara, oleh itu dalam bercakap dan membaca berita dan bercaka, berwaspadalah apa yg keuar dari mulut ita. Orang politik mempunyai penyakit 'kebocoroan suara' atau 'ceretberet Mulut' (diarrihoa of the mouth) kerana ada saja mereka nak caka dan komen, di mana saja dalam situasi apapun. Mereka bercakap dgn motif menjatuhkan kawan maka mereka mentohmah. Apapun kebaikan lawa politiknya ditidakkan, dan apa jua kebatilan kawan plitik, diiyakan olehnya. Islam menyebutkan melalui sabda Rasulallah (s.a.w) 'kalau takda sesuatu yg bak hendak dikatakan, lebih baik diam', kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu' manusia (i.e. orang Islam itu) tidak sedar bahawa beberapa kalimah yg keluar dari mulutnya menyebabkan dia terjerumus ke dalam neraka selama 70 tahun!Jadi, kalau kawan politik kita brcakap, agaknya berapa ratus ata ribu tahunkah mereka terjermumus dalam neraka? Ingatlah sehari di akhirat (i.e. di neraka atau di syurga itu) adalah selama 1,000 tahun kiraan waktu dunia.
Mudah-mudahankita terselamat dan diselamatka oleh Allah (a.w) dari usaha yg kita buat yg tanpa kita sedari menyebabkan kita tercampak ke dalam neraka, semata-mata kerana kita taksub dgn manusia - pemimpin politik dan pmimpin agama - tanpa kita mengawasi tindaktanduk dan masa depan kita setelah mati kita.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment