Saturday, August 11, 2012

Ramadhan al-Bubarak (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam membincangkan tajuk ini kita telahpun dibertahi bahwa ada beberapa amalan atau ketetapan as-Sunnah yg, kalau kita kerjakan, kta mendapat keberkatan dan pahala tambahan, termasuk pahala as-Sunnah. Dua drpnya ketetapan Isam itu adalah (a) mempercepatkan berbuka ketika sampai waktunua - yakni, ketika masuk waktu Solat Maghrib; dan (b) melambatkan Bersahur, iaituu sebelum tibanya waktu Solat Subuh. Selain itu mengkuti as-Sunnah kita juga dapat pahala tambahan iaitu (a) memulakan berbuka dgn buat kurma atau tamar, atau air manis, kalau tiaa tamar atau tak mampu beli tamar; (b) membaca kalimah 'Bismilahh', ketika memulakan berbuka; (c) membaca doa berbuka 'Allahumma laka sumtu wa-bi-rizqika aftartu, birahamatika ya arhamar-rahimin' dan selepas makan kita baca doa 'Alhamdulillahi lazi at'amana wa-soqana waj'alna muslimania'. Kita dibolehkan melambatkan sedikit Solat Maghrib kerana berbuka,  tetapi tidaklah dikerjakan ketika hampir luput waktu Maghrib.
Saudara, kita lihat ns-nas dan dalil al-Hadith menyentuh perkara-perkara tersebut di bawah ini.

Waktu Berbuka dan Menyegerakan Berbuka 

Islam memberikan pahala bonos kepada umat Islam yang berpuasa dan kemudian segera atau menyegerakan berbuka apabila tiba waktu berbuka: 
Diriwayatkan hadith dari Abu Zarr (r.a) mengatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Selalulah umatku dalam keadaan kebaikan (ie. mendapat pahala) selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur.’ [Hadith Imam Ahmad] 
Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) mengatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabd bahawa Allah (a.w) berfirman: ‘Ahabbu ‘ibadi ilaiya ‘ajaluhum fitran’ [Maksud: HambaKu yang amat Aku sayangi ialah yang segera berbuka puasa bila tiba waktunya.’] [Hadith Imam Ahmad & at-Termidzi]
Diriwayatkan hadith daripada Omar bin Khattab (r.a) katanya: ‘Telah berabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apabila datang malam dan telah pergi siang dan telah lenyap matahari, maka sungguh-sungguh berbukalah engkau.’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi] Kemurahan syariat Islam itu juga terserlah apakala kita teliti hadith berikut yang menyuruh seseorang yang hendak berbuka itu menyegerakannya dan apakala bersahur itu hendaklah melambatkannya. Orang-orang Islam digalakkan bersegera berbuka setelah masuk waktu Maghrib. Menyegerakan berbuka mendapat pahala as-Sunnah.
Diriwayatkan hadith daripada Sahil bin Said (r.a) berkata: ‘telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak henti-henti (yakni, sentiasalah) manusia (orang) (dalam) kebaikan apa-apa (yakni, bila) bersegera mereka itu berbuka puasa.’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Orang-orang Islam digalakkan bersegera berbuka setelah masuk waktu Maghrib. Menyegerakan berbuka mendapat pahala as-Sunnah. Nas dan dalil di dalam hadith di atas diperkuatkan lagi oleh hadith qudsi berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Telah berfirman Allah (a.w), Yang Maha Luhur lagi Maha Agung, ‘Lebih suka Aku (Allah (a.w)) (akan) hamba-hambaku kepada Aku (a.w) bersegera mereka berbuka puasa.’ [Hadith Qudsi hasan gharib at-Termidzi]
Juga, menjadi sunnah (atau mendapat pahala sunnah), menyegerakan berbuka dan menyegerakan bersolat:
Diriwayatkan hadith daripada Abi ‘Atayah (r.a) berkata: ‘Masuk aku dan Masyruq atas (yakni, ke rumah) Aisyah (r.ah), maka berkata kami: ‘Wahai Ummul Mukminin! Ada dua lelaki (dari kalangan) sahabat Nabi (s.a.w) salah seorang daripadanya menyegerakan berbuka dan menyegerakan solat, dan yang lainnya melambatkan berbuka dan melambatkan solat.’ Bertanya Aisyah (r.ah): ‘Siapa kedua-duanya yang menyegerakan berbuka dan menyegerakan solat?’ Berkata kami: ‘Abdullah bin Masud (r.a).’ Berkata Aisyah (r.a): ‘Begitulah berbuat Rasulallah (s.a.w).’ (Apabila ditanya siapa yang) melambatkan berbuka dan lambat bersolat. Dijawab oleh mereka) ‘Abi Musa asy-Sya’ari (r.a).’[Hadith hasan sahih at-Termidzi] 

Melambatkan Bersahur 

Adalah juga menjadi amalan sunnah, yakni mendapat pahala pula, apakala melambatkan bersahur:
Diriwayatkan hadith daripada Zaid bin Thabit (r.a) berkata: ‘Makan sahur kami berserta Nabi (s.a.w), kemudian bangun kami kepada solat. Berkata Zaid: ‘Berkata aku: ‘Berapa ada kadar (kira-kira) demikian (antara sahur dengan solat subuh)?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Kadar (yakni, kira-kira membaca) lima puluh ayat al-Quran.’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Sampai waktu manakah boleh bersahur? Di dalam hadith di atas dijelaskan bahawa kita boleh bersahur sampai kira-kira 10 minit sebelum azan Subuh, yakni lamanya kira-kira membaca alat al-Quran 50 ayat. Sesungguhnya prinsip-prinsip dan peraturan dalam syariat Islam itu ada garispanduan yang terperinci di dalam al-Hadith. Contohnya menentukan waktu atau saat berakhir sahur:
Diriwayatkan hadith daripada Samrah bin Jundab (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiada menegah sekelian kamu daripada sahur kamu sekelian oleh bang (azan) Bilal dan tidak (menegah bersahur oleh) fajr yang menyorong tinggi (kelihatan terbit terus ke tengah langit), dan akan tetapi (berhenti bersahur pada) fajr yang berselerak (cahayanya) di kaki (ufuk) langit.’ [Hadith hasan at-Termidzi]
Hadith di atas menjelaskan bahawa lebih afdhal melambatkan bersahur, iaitu dibolehkan makan minum sehingga ke saat kira-kira 10 minit (atau membaca 50 ayat al-Quran sebelum azan solat Subuh). Apakah pula fadhilat bersahur itu? Ada umat Islam yang sengaja tidak bersahur, tetapi berpuasa dia. Bersahur itu tidaklah wajib, tetapi digalakkan oleh Islam. Maka jika kita bersahur maka kita mendapat pahala pula:
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘(Makan) sahur kamu sekelian, maka sesungguhnya di dalam sahur itu barakah (keberkatan).’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi, Bukhari, Muslim, an-Nasa’i dan Ibnu Majah]
Diriwayatkan hadith daripada ‘Amru bin ‘Ass (r.a) berkata hadith ini daripada Nabi (s.a.w) bahawasanya bersabda dia: ‘Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahli kitab (yakni, Yahudi dan Nesrani) itu ialah makan sahur.’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi, Muslim, an-Nasa’i, dll]
Diriwayatkan hadith daripada Abi Qais, hamba merdeka, ‘Amru bin ‘Ass, hadith daripada ‘Amru bin ‘Ass (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya perbezaan apa-apa antara puasa umat kami dan puasa ahli-ahli kitab (Yahudi dan Nesrani)(adalah) makan sahur.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Saum]
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Aziz bin Syuhaibin berkata: ‘Aku mendengar Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Bersabda Nabi (s.a.w); ‘Bersahurlah kamu, maka sesungguhnya di dalam bersahur itu ada barakah.’ [Hadith Bukhari, Kitab Saum] Empat hadith di atas menjelaskan bahawa bersahur itu membawa fadhilat tambahan bagi mereka yang berpuasa. Apakah fadhilatnya?
§     Pertama, bersahur mendatangkan berkat atau barakah (yakni, keberkatan dalam puasa dan kehidupan kita); dan 
§     Kedua, amalan bersahur itu dapat membezakan umat Islam dengan orang Yahudi dan Nesrani (kerana mereka juga berpuasa tetapi tidak makan sahur. 
Mengikut syariat ahli kitab (yakni, asas syariat asal agama Yahudi dan Nesrani), mereka berpuasa juga tetapi tidak makan sahur mereka, walhal Islam mensyariatkan bersahur. Justeru itu, sesiapa yang berpuasa tetapi tidak bersahur serupalah amalannya dengan amalan puasa ahli-ahli kitab (orang Nesrani dan Yahudi)!  Jelaslah dapat kita rumuskan bahawa pahala bonos berpuasa itu disebutkan di dalam hadith-hadith di atas, ada empat. Pertama, berbuka dengan tamar (kurma); kedua, bersegera berbuka apakala tiba waktunya; ketiga, melambatkan bersahur; dan keempat, berbuka dahulu kemudian barulah bersolat Maghrib. Begitulah banyaknya pula pahala bonos dalam berpuasa.
[Nota: Konsep barakah atau keberkatanini penting dalam Islam, kerana sesuatu yang berkat itu mendatangkan kebaikan kepada kita. Seseorang yang mendapat rezki yang berkat atau barakah itu akan merasai ketenangan dalam hidupnya, walaupun hanya mendapat rezki yang tidak mewah.
Allah (a.w) memerintahkan kiat di dalam al-Quran bahawa agama Islam itu agama yang diredhai oleh Allah (a.w), maka hendaklah dikeataskan berbanding dengan agama-agama lain. Juga, Allah (a.w) memerintahkan supaya agama Islam itu ditinggikan mertabat dan kedudukan supaya mengatasi lain-lain agama. Maka dengan itulah wajar bagi orang yang berpuasa itu makan sayur supaya membezakan kedudukan atau status agama Islam itu.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment