Thursday, August 23, 2012

Kita Audit keIslaman dan KeImanan Kita (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita lihat pula hadith berikut sebagai menyambung kepada  semakan kita mengenai keIslaman dan keImanan serta keTaqwaan kita.

Persediaan Orang Iman 

Diriwayatkan hadith bahawa Omar b Khattab (r.a) berkata: ‘Tufaqqihu qabla an tusauwadu’ [Maksud: Mencarilah kefahaman (agama) sebelum kamu diserahkan tanggungjawab (i.e. jawatan) sebagai pemimpin (jema’ah umat Islam).’ [Hadith Bukhari, Kitab ilmu]
[Nota: ‘Diserahkan tanggungjawab/jawatan’ bermaksud sebelum kamu menerima apa-apa jawatan dalam jema’ah umat Islam. Di dalam tradisi kepimpinan Islam, apa saja jawatan adalah dianugerahkan bukan diminta. Kalau diminta maka Allah (a.w) tidak akan memberi keberkatan dan tidak akan membantu.’Kefahaman’ dalam Islam itu merujuk kepada asas ilmu ahirat yang ada pada seseorang Islam itu. Ilmu akhirat itu adalah ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah yang wajib dipelajari dan difahami oleh setiap orang Islam dan wajib pula, setelah faham, mengamalkannya sekuatmapunya. Seorang itu tidak dikira fakih atau faham dalam ilmu mengenai Islam kalau dia tidak mempelajari dua ilmu tersebut. Kelulusan akademik dari ‘universiti-universiti Islam’  hanya dikira asas kepada mencari kefahaman. Kefahaman itu hanya diperolehi dengan menumpukan pengajian kepada al-Quran dan as-Sunnah. Ilmu as-Sunnah itu boleh didapati dengan mempelajari ‘Kuttubul Sittah’, iaitu kitab-kitab hadith besar yang enam – Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan an-Nasa-i, Sunan Abu Daud, Sunan at-Termidzi dan Sunan Ibnu Majah, kemudian ditambah pula dengan kitab-kitab hadith lain dari kitab-kitab Imam at-Tobrani, al-Baihaqi, Darul Qutni, dan lain-lainnya. Maka orang yang wajar diberikan jawatan memimpin jema’ah Islam adalah orang yang faham dan faqih dengan ilmu-ilmu yang dua itu.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment