Saturday, August 18, 2012

Ramadhan al-Mubarak dan Aidil Fitri

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini - 29 Ramadhan 1433 - rasanya hari terakhir Ramadhan tahun ini. Tak beberapa lama lagi kita akan berbuka, maka selesailah puasa hari terakhir kita. Alhamdulillah bagi mereka yg faham Islam dan tuntutannya, maka akan merasa sedih apakala Ramadhan meninggalkan kita, kerana belum tentu kita panjang umur dan menemui Ramadhan tahun depan - 1434. Mengapakah begitu pentingnya bulan Ramadhan itu?
Saudara, kita telah lihat bahawa selain diri kita sendiri yg berusaha sedaya upaya untuk mencari syurga dan selamat dari neraka, Ramadhan adalah antara penyebab yg membolehkan kita mendapat syurga dengan syarat kita benar-benar berpuasa dengan penuh keimanan dan keinsafan dan mengharapkan terbanyak mungkin pahala dari Allah (a.w) kerana puasa kita  itu.Orang yg dapat menepati sabda Rasulallah (s.a.w) yg kita telahpun teliti dalam post sebelum ini, Ramadhan dapat menghapus kikis kesemua dosa kita yg lalu, maka bersih kita dari dosa dan kalaulah kekal bersih sampai ajal mati kita, maka kita dibangkitkan di akhirat kelak bersih dan menjadi ahli syurga. Itulah afhdalnya Ramadhan. Maka dengan itulah ketika Rasulallah (s.a.w) berkhutbah, Jibril (a.s) datang memberitahunya tiga perkara, dan setelah diberitahu setiap satu perkara, Jibril (a.s) menyuruh Nabi (s.a.w) sebut kalimah 'Amin.' Satu daripada 3 perkara tersebut adalah betapa ruginya seorang iman ketika datang Ramadhan dan berlalu Ramadhan (yakni, berakhir Ramadhan), kekal dia tidak mendapat apa-apa pengampunan Allah (a.w) dari dosa-dosanya yag lalu. Maka gagal dia menyelamatkan diri dari siksaan neraka dan gagal mendapat syurga, walhal dia berpeluang dalam bulan Ramadhan untuk mendapatkan syurga!
Saudara, jikalah esok adalah hari pertama Syawal - maka kita akan menyambut raya - Aidil Fitri. Ramai orang Islam yg gembitra datangnya Syawal kerana dia boleh semula makan siang hari macam sebelum Ramadhan. Mungkin dia berpuasa bulan Ramadhan ini. Mungkin tidak. Kerana ramai orang Islam yg akui dirinya Islam tetapi  takpun laksanakan ketetapan Allah (a.w) - Rukun Islamnya yg lima. Malah ramai orang Islam yg takpun solat fardu, dan merasa lega dia, seolah-olah tak apa-apa. Walhal, seseorang Islam yg meninggalkan satu waktu solat fardu dengan sengaja, dia jatuh kafir! Bila dia kafir, dia buat lain-lain amalan yg fardu ataupun sunat, amalan atau ibadah tersebut tidak diterima Allah (a.w).
Demikianlah juga ramai orang Islam malam ini akan merayakan ketibaan Syawal dgn pelbagai program yg bukan bercorak amal makruf atau amalan dan ibadah yg disuruh Islam tetapi lebih merupakan kemaksiatan semata-mata. Malah dalam TV rancangan hiburan TV itu lebih merupakan program kemaksiatan, buat perbuatan atau kegiatan yg mendatangkan kebajikan atau pahala, malah mengundang dosa-dosa baru pula selepas Ramadhan.
Saudara, kerana kesuntukan masa, maka kita tuliskan dalam post kali ini beberapa ketetapan Islam berhubung dgn perayaan atau cara orang iman menyambut Syawal dan mengimarahkan malam Aidil Fitri dan bagaimana kita uatamakan adab dalam menyambut Syawal.

Cara Orang Iman Sambut Aidil Fitri

(a)        Mandi Junub & Membersihkan Tubuh Badan          

Diriwayatkan hadith dari Nafi’ bahawasanya Abdullah b Omar (r.a) adalah dia mandi junub (di pagi) har Aidil Fitri sebelum bahawa keluar dia untuk bersolat (Aidil Fitri) [Hadith Imam Malik dalam Muato’ di dalam kitab panggilan untuk solat.]
[Nota: Di pagi raya hendaklah mandi (seumpama mandi) hadas besar atau mandi junub] 

(b)     Memakai Pakaian Baru dan Memakai Wangi-wangian

Diriwayatkan hadith dari Zuhri berkata: ‘Memberitahu kepadaku oleh Salim Ubaidillah bahawasanya Abdullah b Omar berkata: ‘Mengambil Omar baju jubahnya (yang diperbuat) dari sutera yg (dibelinya dari apa-apa) yg dijual di pasar, maka mengambil jubahnya maka mendatangkan jubah pada Rasulallah (s.a.w), maka berkata dia: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Belilah oleh engkau ini jubah berhiaslah engkau pada hari Aidil Fitri dan (untuk) menemui tetamu ...’ [Hadith Bukhari dalam Kitab Jum’at]

 Diriwayatkan hadith dari Ubaidillah hadith dari Nafi’ bahawasanya ibnu Omar ada memakai di dalam Aidil Fitri dan Aidil Adha pada bagusnya pakaiannya.’ [Hadith al-Baihaqi di dalam Kitab Sunah Besar]
[Nota: Ketika tiba raya orang iman itu digalakkan memakai pakaian-pakaian baru yg cantik-cantik lagi bersih keluar untuk Solat Aid.]

         Diriwayatkan hadith dari Abdillah b Masud hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Innallah jamilun yuhibbul jamal, alkibru batarul-haqqi wa-ghamtun-nasi.’ (yang bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) itu bagus dan senang (atau suka) yang bagus. Kesombongan itu (atau orang yg sombong dalam Islam) adalah orang yang menolak yg haq (i.e. kebenaran) dan meremehkan (i.e. melekehkan) manusia (yg memberi nasihat tentang agamanya).’ [Hadith Muslim, Kitab Iman]
[Nota: Pada hari Raya digalakkan memakai pakaian baru yg cantik dan baru, kerana Allah (a.w) sukakan yg baik-baik. Dalam asbabul nuzul hadith ini seorang sahabat melapurkan kpd Rasulallah (s.a.w) tentang seorang yg suka mengenakan pakaian baru yg hebat, dicurigai seolah-olah sombong dan menunjuk-nunjuk. Maka diberitahu bahawa ‘sombong dalam Islam’ itu buka berpakaian cantik dan hebat, asalkan tidak kerana riak, tetapi menunjukkan kegembiraan ketika selesai puasa Ramadhan dan datangnya raya (Aidil Fitri), tetapi sombong dalam Islam adalah orang yg menolak yg hak, yakni apabila disebut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dia persoalkan atau tidak mau terima, dan dia pula mengecil-ngecilkan manusia lain atau memperlekehkan orang iman yg lain.]

 Diriwayatkan hadith dari Anas (bin Malik) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Hubbiba ilaiya minad-dunya an-nisa-u, wat-tibu, wa-ju’ilaquratu ‘aini fis-solati.’ (Yg bermaksud: Disenangkan (atau disukakan) bagiku di dunia ini dengan wanita( yakni isteri-isteri), dan wangi-wangian, dan menjadikan senangnya mataku di dalam solat.)[Hadith an-Nasa-i, di dalam Kitab Sepuluh Wanita (hasan, sahih)]

Diriwayatkan hadith dari ‘Ubaidillah hadith dari Nafi’ bahawasanya Ibnu Omar ada memakai pakaian pada dua hari raya (i.e. Aidil Futri dan Aidil Adha) sebaik-baik pakaian. [Hadith al-Baihaqi di dalam Sunan Qubra]

Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah hadith dari Nabi (s.a.w) bersabada: ‘At-tibur-rijali ma zahara rihuhu wa-hafiya launuhu, wa-tibun-nisa-i ma zaharalunuhu wa-hafiya rihuhu.’ (Yg bermaksud: Adapun wangian-wangian bagi lelaki apa-apa yg kelihatan baunya, dan disamarkan (atau tidak dinampakkan) warnanya; dan wangian-wangian bagi wanita apa-apa yg dizahirkan (atau dinampakkan) warna dan disamarkan (atau disurukkan) baunya.) [Hadith an-Nasa-i , Kitab Perhiasan]
[Nota: Hadith ini menambah atau mengekalkan hakikat bahwa aurat wanita itu termasuk perhiasan dirinya. Maka wanita itu hanya boleh menampakkan kpd orang lain mukanya dan dua telapak tangannya. Tidak dibenarkan wanita itu memakai bau-bauan atau wangi=wangian yg boleh dihidu oleh orang lain, kerana ia mengalakkan orang lelaki menghampirinya dan sukakannya maka menjadi fitnah terhadapnya.]

(c)     Bersarapan Sebelum Keluar Rumah
  
Menceritakan hadith dari Abdullah b Buraidah hadith dari bapanya berkata: ‘Adapun Nabi (s.a.w) tidak keluar pada hari Aidil Fitri sehingga makan dia dan tidak makan dia pada Aidil Adha sehingga setelah bersolat dia (solat Aidil Adha).’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Jum’at]
[Nota: Sunnah dalam Islam supaya makan atau bersarapan dahulu sebelum ke tempat Solat Aid ketika Aidil Fitri, dan keluar untuk Solat Aidil Adha dahulu kemudian kembali baru makan atau bersarapan]

Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) tidak keluar pagi hari Aidil Fitri sehingga makan dia beberapa (biji) buah tamar.’ [Hadith Bukhari di dalam Kitab Jum’at]
[Nota: Ketika tiba hari Aidil Fitri, maka makanlah sebelum ke masjid (atau tanah lapang tempat Solat Aid akan didirkan) untuk Solat Aidil Fitri. Sekurang-krang memakan beberaka biji (sebaik-baiknya 7 biji) buah tamar.]
  
(d)      Membaca Tahlil dan Bertakbir Dengan Suara yg lantang

          Berfirman Allah (a.w): ‘... yuridullahu bikumul-yusra wa-la yuridu bikumul-usra wa-litukmilul-‘iddatia wa-litukabbirullha ‘ala ma hadakum wa-la’allakum tasykuruna’ (Yang bermaksud: ... menghendaki Allah (a.w) bagi kamu sekelian kesenangan dan tidak berkehendakkan Allah (a.w) bagi kamu kesulitan (yakni, apa-apa yg menyusahkan) dan supaya menyempurnakanlah kamu pada hitungan (hari puasa Ramadhan) dan supaya bertakbirlah kamu sekelian kpd Allah (a.w) atas apa-apa yg memberi petunjuk kepada kamu sekelian dan agar kamu sekelian bersyukur (kepadaNya).) [Ayat 185, Surah al-Baqarah]
[Nota: Ktika tibanya Aid, orang Islam disuruh bertakbir dan bertahlil. Sila rujuk nota kaki pada hadith berikut.]
  
         Diriwayatkan hadith dari Abdillah bahawasanya Rasulallah (s.a.w) adapun dia keluar dia pada hari Raya Aidil Fitri dengan keadaan orang yg mengeraskan (i.e. memperkuatkan) suara dengan membaca Tahlil dan Takbir ...’ [Hadith Baihaqi dalam Kitab Iman]
[Nota: Ketika tiba Aid maka hendaklah membaca (kalimah) Tahlil = Lailaha illah dan baca (kalimah) Takbir = ‘Allahu Akbar’ dengan menguatkan suara. Yg disuruh baca adalah kalimah dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata dia: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w); ‘Menghiasilah sekelian kamu pada beberapa hari raya (Aidil Fitri) sekelian kamu dengan takbir’ [Hadith sahih riwayat at-Tobrani]
         Justeru itu, sebaik sahaja dicukupkan puasa dan nampak anak bulan Syawal, atau diumumkan oleh pemerintah tarikh raya puasa itu, maka disunatkan umat Islam bertakbir sehinggalah pagi esoknya, sampai didirikan solat Aidil Fitri. Takbir itu hanyalah menyebut ‘Allahu Akbar (3x), La ilaha illallah Wallahu Akbar, Allahu Akbar Walillahi Ilham sahaja. Yang lain tidak diamalkan oleh Rasulallah (s.a.w), dan menokok tambah kepada takbir tidak membuahkan sebarang pahala tambahan tetapi mengundang dosa pula, jika perbuatan tersebut termasuk dalam kategori membuat ‘perkara-perkara baru dalam ugama’ yakni ‘bid’ah’! ]
  
(f)      Saling Memberikan Ucapan Salam dan Berjabat tangan untuk menampakkan kegembiraan dan menyambung Silatur Rahim dalam keluarga

         Diriwayatkan hadith dari khuzaifah b Yaman hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Innal mukminina iza laqiyal- mukimini fasallama ‘alaihi wa-akhaza biyadihi, fasofahu, tanatharat khatayahuma, kama yatanatharu wa-raqul-syajari.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang mukmin (atau iman) itu ketika bertemu seorang mukimin (atau iman) yang lain maka mengucapkan ‘salam’ dia kepadanya, maka memegang dia tangannya (yakni, menghulurkan tangannya untuk bersalam), maka bersalaman (i.e. berjabat tangan) dia padanya (ie. orang yang ditemuinya), maka runtuhlah (i.e. gugurlah) kesalahan-kesalahahan (i.e. dosa-dosa) kedua-duanya, seperti terjatuhnya (ie. gugurnya) daun-daun dari pohon (kayu).) [Hadith at-Tobrani]
[Nota: Orang iman itu disuruh mengucapkan ‘salam’ ketika bertemu dgn orang iman yang lain, menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Apabila bersalaman keduanya, maka gugurlah dosa kedua-duanya antara mereka berdua sebagaimana gugurnya daun-daun pokok. Cara memberi ‘salam’ dan kaedah bersalam (lihat nota tambahan di bawah):

(-) Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) katanya daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Menjadikan Allah (a.w) (Nabi) Adam atas wajahNya tingginya 60 zira’ (i.e. hasta), maka barangapa menjadikanNya (yakni, para malaikat), berfirman Allah (a.w): ‘Pergilah engkau (memberi salam atas Adam’, maka memberi salam atas orang-orang yang demikian itu golongan dari para malaikat yang sedang duduk maka dengarlah apa memberi penghormatan engkau, maka sesungguhnya penghormati engkau dan menghormatilah keturunan engkau’, maka berkata Adam (a.s):‘ Assalamualaikum’, maka berkata mereka: ‘Assalamualaika warahmatullah’, maka menambah pada kalimah ‘warahmatullah’, maka tiap-tiap dari mereka yang masuk syurga atas seperti penghormatan Adam (yakni, memberi salam mereka para malaikat), maka tidak ada kejadian makhluk kurang (dari memberi ucapan sedemikian) kemudiannya sehinggalah sekarang.’ [Hadith al-Bukhari]

(-) Diriwayatkan hadith daripada ‘Imran bin Husin berkata: ‘Datanglah seorang lelaki kepada Nabi (s.a.w), maka berkata dia: ‘Assalamualaikum.’ Maka menjawab Nabi (s.a.w): ‘’Alaihis salam’. Kemudian duduk (lelaki itu). Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Bahawa mengucapkan ‘Assalamu-alaikum’ mendapat pahala sepuluh’. Kemudian datanglah pula seorang lelaki (lain) maka berkata dia: ‘Assalamu-alaikum warahmatullah’, maka menjawab Rasulallah (s.a.w) atasnya. Maka duduk lelaki itu. Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Dua puluh.’ Kemudian datanglah seorang lelaki yang lain pula, maka berkata dia: ‘Assalamu-alaikum warahmatullahi wabarakatuh’, maka menjawab Rasulallah (s.a.w) akan salamnya, maka duduk lelaki itu. Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiga puluh.’ [Hadith sahih Abu Daud]

(-) Diriwayatkan hadith daripada Sahli ibni Muaz bin Anas, katanya hadith daripada bapanya (yakni, Anas bin Malik) hadith daripada Nabi (s.a.w), [yang bersabda seperti hadith di atas dengan (satu) tambahan]: ‘Kemudian datanglah seorang lelaki yang lain, maka berkata dia: ‘Assalamu-alaikum wa-rahmatullahi wa-barakatuhu, wa-maghfiratuhu’, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Empat puluh.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Demikianlah adapun yang paling afdhal.’ [Hadith sahih Abu Daud]

       (-) Diriwayatkan hadith dari Khalid b Makdan berkata: ‘’Bertemu aku Wasilah b Asqa’ pada suatu hari raya, maka berkata aku: ‘Taqabballahuyllah minna wa-minka’(yang bermaksud: Semoga menerima dri kami oleh Allah (a.w) dan dari engkau), maka berakat dia: ‘Na-am (Ya!), taqabbalahu minna wa-minka’. Berkata Wasilah: ‘Bertemu aku Rasulallah (s.a.w) pada suatu hari raya, maka berkata aku: ‘Taqabballahu minna wa-minka’, maka bersabda Nabi (s.a.w) (menjawab atau membalas): ‘Na-am, taqabbalahu minna wa-minka.’ [Hadith al-Baihaqi]
[Nota: Greeting orang iman pada orang iman lain yg ditemui di hari Aid. Orang iman itu adalah orang Islam yg menerima sepenuhnya ketetapan al-Quran dan as-Sunnah  yang menjadi panduan aqidah dan carahidup Islam yang sebenarnya.

         Diriwayatkan hadith dari Jabir b Abdullah (r.a) berkata: ‘Adapun Nabi (s.a.w) ketika ada hari raya menyelisihi Nabi (s.a.w) pada jalannya.’ [Hadith Bukhari, Kitab Jum’at]
[Nota: Ketika ke masjid untuk solat Aid, Rasulallah (s.a.w) pergi mengikuti suatu jalan dan kemudian kembali mengikut satu jalan yg lain bagi melambangkan kegembiraan umat Islam berjaya menamatkan sebulan puasa Ramadhan dan kerana keimanan dan kesungguhan beramal dan beribadah dalam bulan puasa, maka dimerdekakan oleh Allah (a.w) dari siksaan neraka di akhirat kelak. Justeru itu mencontohi Nabi (s.a.w) pergi ke masjid ikut satu jalan dan balik ikut jalan yg lain. Supaya ramai saudara sesama iman yg ditemui dan disalami, mendapat keberkatan dari jalan yg lain, ditulis dan disaksikan oleh bumi kebaikannya, menampakkan syiar Islam kpd orang lain, dan mengharapkan perubahan dari dosa-dosa.]
  
(g)     Mempersungguh Dalam Perkara Ketaatan kpd Allah (a.w) dan Meninggalkan Beberapa Maksiat

         Firman Allah (a.w): ‘Wa-la tarkanu ilal-lazina zalamu fa-tamassakumun-naru wa-ma lakum min dunillahi min auliya-a thumma la tunsorauna.’ (Yang bermaksud: Dan janganlah bergabung (i.e. mengikuti) pada orang-orang yg menganianya mereka (pada diri mereka) maka mengenai pada neraka dan tidak ada bagi kamu sekelian dari selain Allah (a.w) beberapa kekasih (yakni, orang yang mengasihi kamu) kemudian tidak Dia (Allah) menolong kamu sekelian.) [Ayat 113, Surah Hud]
[Nota: ‘Menzalimi diri’ = orang-orang yang melanggar ketetapan Allah (a.w) atau berbuat dosa. Jangan bersekongkol atau membuat rakan orang-orang yg membuat dosa, maka pasti terkena siksaan neraka, kerana terpengaruh melakukan dosa, ingatlah hanya Allah (a.w) yang mengasihi orang yg baik-baik dan Allah (a.w) sahaja menolong orang yang baik-baik.]


         Firman Allah (a.w): ‘Wal-lazina yuktuna ma atauwa-qulubuhum wajilatun annahum ila rabbihim raji-‘una @ Ulaika yusari-‘una fil-khairati wa-hum laha sabiquna.’ (Yang bermaksud: Dan orang-orang yg memberikan mereka apa-apa yg telah memberi mereka (i.e. mengerjakan amalan-amalan yang baik-baik) dan beberapa hati mereka takut sesungguhnya mereka pada Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka itu kepada Tuhan mereka orang yg akan kembali mereka (kpd tuhan mereka) @ Mereka itulah orang-orang yg cepat (yakni, bersegera) mereka di dalam (mengerjakan) kebaikannya dan mereka (dalam urusan membuat) kebaikan adalah mereka orang-orang yg berlumba-lumba.) [Ayat 60 & 61, Surah al-Mukminun]
[Nota: Orang-orang yg berbuat kebaikan (amal soleh) dan orang yg taqwa itu menyedari yg mereka akan kembali menemui Tuhan mereka kelak. Orang-orang sedemikian itu bersegera mengerjakan amal soleh dan dalam perkara kebaikan berlumba-lumba atau bersungguh mereka mengerjakannya, yakni meningkatkan prestasi keimanan dan ketaatan.]


         Diriwayatkan hadith dari abi Zarr berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ya aba Zarr! Ittaqillaha haithu kunta wa-atbi-‘is-saiyiatal-hasanata tamhuha wa-khaliqin-nasa bi-khuluqin hasanin.’ (Yang bermaksud: Wahai aba Zarr takutkanlah (atau bertaqwalah) pada Allah (a.w) di manapun ada engkau (i.e. engkau berada) dan mengikutilah engkau pada kejelikan (atau keburukan) dengan kebaikan (nescaya) menghapus apa-apa kebaikan pada keburukan (atau kejelikan) dan bergaullah dengan manusia dengan budi pekerti yang bagus (atau baik).’ [Hadith al-Hakim di dalam al-Mustadrak]
[Nota: Orang iman itu sentiasalah menjaga dirinya dimanapun dia berada i.e. tak kira dimanapun dia berada dan ketika manakah dia berada; kebaikan yg dikerjakan akan menghapuskan atau mengkifarahkan kejahatan atau dosa, dan hendaklah ketika bergaul dgn manusia bergaul dgn akhlak atau budi pekerti yang baik.]

         Diriwayatkan hadith dari ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man tasyabbaha bi-qaumin fa-hua minhum.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa menyerupai dengan sesuatu kaum (atau golongan) maka dia termasuk mereka dalam kaum itu (yakni, adalah termasuk dalam golongan kaum itu)). [Hadith Abu Daud, di dalam Kitab Libas (Pakaian)]
[Nota: Perkumpulan yg dijadikan rakan akrab oleh seseorang itu menunjukkan siapa dia sebenarnya. Orang menyerupai tabiat atau kelaziman sesuatu perkumpulan itu menunjukkan dia tergolong dalam golongan tersebut. Seseorang yg membuat rakan taulan atau kawan sekumpulan manusia, maka dia tergolong di kalangan golongan orang yg berkawan dgnnya – kalau golongan membuat dosa, dia juga terpalit membuat dosa, kalau dia bergaul dgn golongan orang baik-baik, maka dia adalah orang yg tergolong sebagai baik orangnya.]

             Diriwayatkan hadith dari Abdir-Rahman bin Ghanmin al-Asya'ari berkata: ‘Menceritakan hadith Abu ‘Amir atau Abu Malik al-Asya’ari: ‘Demi Allah (a.w)! Tidak berdusta Abu Amir kepadaku (berkata) mendengar dia (Abu Amir) Nabi (s.a.w) bersabda: ‘La-yakunanna min ummati aqwamun yastahillunal-hira wal-harira wal-khamra wal-ma’azifa.’ (Yang bermaksud: Nescaya akan terjadi dari kalangan umatku bebarapa kaum yang menghalalkan mereka pada perzinaan dan (memakai) sutera dan (minum) arak dan (menggunakan) alat-alat lahan.) [Hadith Bukhari, Kitab as-Syarbah] 
[Nota: Takbir itu dibaca mulai waktu Maghrib malam satu Syawal sehinggalah maghrib 1 Syawal. Itulah sahaja kalimah-kalimah mengikut as-Sunnah bacaan Takbir Aidil Fitri, bukanlah bacaan yang sering kita dengar dan amalkan sekarang ini dengan menambah beberapa kalimah lain pula yang tidakpun disuruh Rasulallah (s.a.w) dan tidak pula diamalkan oleh Rasulallah (s.a.w) pula. Apabila ditokok tambah dan dijadikan amalan lazim, maka tergolonglah perbuatan itu menjadi bid’ah. Satu hasta itu bersamaan, lebih kurang satu setengah kaki. Jadi Adam (a.s) tingginya 90 kaki. Jika begitu tingginya manusia, maka dinosaurs yg dijadikan legenda binatang zaman purba itu, tidah lebih dari seumpama seekor biawak sahaja kepada manusia.]

Jazakallahu khairah
Taqaballahu minna wa-minka
Selamat Menyambut Aidil Fitri


No comments:

Post a Comment