Saturday, August 11, 2012

Ramadhan al-Mubarak (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, insya Allah hari ini genap puasa kita 22 hari ketika Maghrib nanti. Jadi kita sudahpun masuk ke 10 hari terakhir Ramadhan yg membawa keberkatan yang lebih bagi orang yg benar-bnar berusaha untuk melepaskan dirinya dari neraka. Kerana kita dahpun tahu seseorang yg berjaya mengusakan prestasi terbaik puasa spenjang Ramadhan dgn mencari maksimum pahala dgn mempersungguhkan dirinya mengerjakan pelnagai amalan dan ibadah yg lebih dari amalan dan ibadah berbanding bulan-bulan lain, dan dia menjauhkan kemaksiatan - apa jua bentuknya - akan dihapus kikis oleh Allah (a.w) diosa-dosa yg lalu. Sesiapa yg tidak berdosa pastilah dia selamat dari siksaan neraka dan berjaya mendapat syurga di akhirat kelak.
Saudara, antara ciri-ciri orang yg benar-benar bertaqwa menghayati ketetapan dan peraturan puasa adalah dia memperbanyakkan amalan dan ibadah dalam bulan Ramadhan - siang dan malam - dan dia mempersungguh dalam mnegerjakannya kerana inginkan ganjaran maksimum pahala serta mencari keridaan Allah (a.w) dan dia meninggalkan kemaksiatan.
Saudara, seorang itu dikira Islam apakala dia mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi Islamnya akan luntur atau terhakis apakala dia tidak mengejrakan apa-apa yg diperintahkan dari mengerjakan ibadah yg diwajibkan spt solat fardu, puasa, mengeluarkan zakat dan infaq, dan menunaikan haji dan (satu) umrah, tatkala dah mampu. Yg tama solat fardu. Kalau tertinggal dgn sengaja satu waktu solat fardu, maka dia menjadi kafir secara otomatik. Aakala jatuh kafir - walaupun tanpa di sedari- segala amalan lain - yg faru dan sunat - tidak mendapat sebarang ganjaran pahala, termasuk doa ketika dalam kekafiran, tidak diterima Allah (a.w). Bukti orang yg beriman itu adalah dia tetap melaksanakan apa-apa yg difardukan dan dia menambah pula dgn amalan dan ibadah sunat, menandakan kesyukurannya kpd Allah (a.w) kerana diberi hidayah menjadi orang Islam dan beriman. Hanya hidayah yg membuatkan seseorang itu menjadi orang iman dan bertaqwa. Tanpa hidayah seseorang itu mungkin setakat menjadi Islam atau dilabelkan 'Islam' sahaja. Islam tidak menjamin keselamatan akhirat. Justeru itu jugalah, orang yg dihapuskan Allah (a.w) dosa-dosanya kerana dia melaksanakan terbaik puasa Ramadhannya adalah orang yg Islam dan beriman, dan sebaik mungkin bertaqwa - dia mengerjakan apa yg diperintahkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), dan dia meninggalkan segala yg ditegah atau dilarang oleh Allah (a.w) dan RasulNya (Nota: Suruhan dan larangan Rasulallah (s.a.w) adalah juga tegahan atau larangan Allah (a.w) - Ayat 80, Surah an-Nisa').
Saudara, apakah amalan dan ibadah tabahan yg membolehkan kita mendapat ganjaran pahala puasa terbaik? Dan, kerana itu kita tergolong dari kalangan orang berjaya di akhira Ramadhan? Iaitu pada siang harinya dia berpuasa dgn menepati segala pantang larangnya - termasuklah melakukan pekerjakaan yg maksiat (spt lelaki bercakap-cakap dgn wanita yg bukan makhramnya, bercakap bohong, bercakap kosong, mengupat dan mencaci bercakap olok-olok spt pelawak yg bercakap untuk menghiurkan peminatnya, pelakun yg melakunkan drama atau filem, berbual-bual kosong dikedai kopi dan segala percakapan dan perbuatan yg tidak mendatangkan sebarang faedah kecuali keseronokan berbual, termasuklah melakukan sebarang perbuatan menjurus kpd emaksiatan tersebut), mengutamakan amalan dan ibadah yg baik-baik (amal makruf) (spt mengerjakan Solat Duha - 12 rakaat, membaca al-Quran, berdoa dan memohon keampunan dgn beristighfar sebanyak-banyaknya, mengerjakan solat-solat fardu ketka masuk waktunya, mengerjakan Solat-solat Rawatib (i.e. solat-solat sunat mengiringi solat fardu), Solat Taubat dan majlis ilmu dan tazkirah yg benar (i.e. isinya didasarkan kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, bukan pendapat manusia), bersedekah dan mengejakan pelbagai amal-amal yg memanfaatkan orang-orang miskin daif dan anak yatim dll. Ketika malamnya pula mengerjakan Solat Terawih (8 rakaat yg dibuat  rkaat satu salam dua solat dan disudahi dgn Solat Witir 3 rakaat, membaca al-Quran, berdoa, berzikir dan seumpamanya, dan kemudian lewat sepertiga malam bangun, sebelum sahir, untuk mengerjakan Solat Qiam (i.e. solat-solat sunat dua-dua rakaat salam) pula dan mengerjakan Solat Tasbih sekali sehari - ketika siang atau malamnya. Dan, pada malam 10 hari terakhir Ramadhan pergi ke surau atau masjid Iktikaf pula, kerana salah satu drp malam ganjil malam Ramadhan - 21 atau 23 atau 25 atau 27 atau 29 Ramadhan itu akan berlakunya Malam Qadr - Lalatul-Qadr - pula. Sesiapa yg berjaya menemui Malam Qadr itu dia mendapat pahala seolah-olah dia beramal dan beribadah selama 1,000.00 bulan atau 83 tahun! Orang yg menemui Malam Qadr itu pastilah dia mendapat syurga di akirat kelak. Maka dgn itulah dikatakan Malam Qadr itu anugerah terbaik bagi manusia. Orng yg berkemungkinan menemui Malam Qadr adalah orang yg berpuasa terbaik, menjaga segala do's dan don'ts puasanya. Malangnya anak-anak muda hari ini mencri kesempatan berfoya-foya dan emlakukan maksiat lebih banyak, lebih erap dan lebih intense dari hari-hari atau bulan-bulan biasa, termasuk berdua-duan naik kereta atau motorsikal berbuika bersama di warung-warung atau hotel atau restoran termasuklah berdua-duan bersahur...
Saudara, bagaimana beriktikaf? Ramai orang Islam - terutama yg telah berumur - beriktikaf di masjid atau srau, tapi dgn iat yg berbagai.  Contohnya: ada yg beriktikaf, katalah di Masjid Negeri S Alam, atau Masjid Kampung Baru, kerana mendapat makan untuk sahur yg percuma lagi sedap pula. Meraka dudk di masjid dgn membawa bantal, untuk tidur di masjid! Tak hairanlah, sebagai contoh, Masjid Saidina Othman dan Bdr Tun Razak dan Masjid an-Najihin di Tmn Tasik Permaisuri, ditutup tidak dibenarkan orang tidur waktu mala. Maka lepas Terawih ditutup pntunya dan dikunci pula. Jadi takdapatlah orang duduk di masjid untuk Iktikaf! Apakah gunanya masjid yg didirikan oleh kerajaan dgn belanja yg besar dgn kemudahan penghawa dingin pula tidak dimanfaatkan dalam bulan Ramadhan untuk Iktikaf. Jawatankuasa Qariah masjid sedemikian seolah-olah menghalang umat Islam untuk mencari pahala maksimum dlm bulan Ramadhan dgn berIktikaf di masjid.
Iktikaf itu hanyalah berjaga di masjid ketika malam hari dari waktu masuknya Isya hinggalah tibanya waktu Subuh. Tak perlu buat apa. Hanya berjaga menunggu tibanya Malam Qadr itu. Sebaik-baknya ketika menunggu itu mengerjakan pelbagai amalan soleh termasuklah berdoa, berzikir memuji-muji Allah dan meminta keampunan atas segala dosa-dosa yg lalu, dan membaca al-Quran. Apabila terlelap seseorang yg beriktikaf itu maka batallah Iktikafnya. Tak perlulah dia meneruskannya. Tempoh Iktikaf itu luput ketika seorang yg beriktikaf itu tertidur atau terlena. 
Selain amalan soleh fardu dan sunat, maka memberi makan kpd orang yg berbuka juga adalah amalan soleh yg banyak mendatangkan pahala. Kerana, kita yg memberi makan orang yg berpuasa berbuka atau bersahur itu mendapat ganjaran pahala sama dgn pahala orang yg berpuasa itu, tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yg berpuasa tersebut, yg kita jamu. Fikirkanlah. Kalaulah orang yg kita jamu itu puasanya terbaik - orang yg yg akan mendapat pengampunan Allah (a.w) kerana nilai puasa mreka, kitapu dapat pahala yg sama!
Namun, majoriti umat Islam ambil enteng ibadah Puasa Ramadhan ini sebagaimana ramai orang Islam yg ambil mudah dan remehkan ibadah-ibadah wajib yag lain, terutama solat. Ramai orang Islam raikan puasa dgn mengadakan Majlis Berbuka besar-besaran di hotel atau restoran terkemuka, sehinggakan tak sempat menunaikan Solat Maghrib! Maklumlah, panjang maa merka makan minum ketika berbuka, singkat masa untuk bersolat Maghrib, dan tambahan pula tidak cukup kemudahan bilik air untuk beruwud', kemudian tergesa-gesa berwudu', sehinggakan percikan air kotor di lantai bilik air itu mengeai seluar dan baju, dipakai bersolat, tak sah solat Maghribya, malah berdosa pula, medapat siksaan qubur pula. Begitu juga, ramai orang Islam sebok membelibelah untuk raya atau Aidil Fitri, atau untuk juadah berbuka di Bazar Ramadhan, smpi tertinggal Solat Asar dan Magrib. Maka dpt dunia, lucut ahirat mereka, wal iya zubillah. Yg paling bahawa adalah orang yg menjadi penjual di Bazar Ramadhan - kerana ingin 'menangguk ikan di air kering', tertinggal Asar dan terlepas Solat Maghrib ...
Oleh itu beringatlah. Janganlah lepaskan peluang untuk mendapat kejayaan dalam Bulan Ramadhan buka menambah kpd usha kegagalan kita sebagai seorang Islam.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment