Assalamualaikum,
Saudara, kita di Malaysia ini dalam perkara agama seringkali diperingatkan oleh para ulama' tentang ketentuan atau kewajipan mengikuti 'ajaran Imam as-Syafie.' Malah kalau saudar sering tengok TV al-Hijrah, Ustaz Don yg popula itupun kini sering menyebut tntang fahama kemazhaban. Malah kita dengar nama-nama atau tokoh-tokoh imam mazhab yg gitu kerap di sebut, selain as-Syafie spt Imam al-Ghazali, as-Sya'ari, an-Nawai dll lagi. Jarang-jarang mereka itu merujuk kpd Nabi Muhammad (s.a.w) atau Rasulallah (s.a.w) kemudian bau sebutkan sumbangan atau pandangan imam-imam sedekian. Ini penting. Kerana tanpa Rasulallah (s.a.w) takda Islam. Tanpa Allah (a.w) wahyukan atau beritahu Rasulallah (s.a.w) melalui Utusan Mulia Malaikat Jibril (a.s), kita tak tahu apa dia Islam! Kerana itu Islam itu wajib merujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah, bukan merujuk kpd kata-kata atau cakap-cakap atau pendapat manusia selain Rasulallah (s.a.w).
Saudara, tentang Islam orang yg sempurna ilmunya dan haq atu benar cakap-cakap dan ajarannya adalah Rasulallah (s.a.w)! Maka dgn itu dalam perkara 'Islam' dan segala tutntutannya, kita yg Islam wajib pelajari al-Quran dan as-Sunnah dan bercakap hanya dgn merujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah, bukan pendapat atau pandangan orang lain. Orang yg sempurna ilmu pengetahuannya tentang Islam dan tentang akhirnya kedudukan manusia adalah Rasulallah (s.a.w).
Saudara, kita menyentuh tentang ibadah sunat yg banyak pahalanya dalam bulan Ramadhan - sebagai satu pengisisan amalan dan ibadah - yg membuktikan kita sahut seruan para malaikat dlam bulan Ramadhan - supaya kita perbanyakkan amalan dan ibadah serta amal makruf dan tinggalkan kemaksiatan - dan kita berjaya menjadi calun orang yg di akhira Ramadhan kelak dikikis dosa-dosa kita yg lalu, adalah Solat Terawih.
Saudara, hari ini cara mengerjakan Solat Terawih sudah jauh menyimpang dari apa yg disyariatkan oleh Islam - sama ada sebagaimana yg diamalkan dan dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) sendiri atau oleh para sahabat (Terutama khalifah yg 4 - Abu Bakr, Omar, Othman dan Ali, radiallahu 'anhum) dan para sahabat Rasulallah (s.a.w) yg hidup selepas wafat beliau, oleh para tabi'in dan pengikut-pengikut para tabi'in. Ada banyak ritual dalam Solat Terawih sekarang ini. Ritual yg takpun dbuat oleh Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat tersebut. Sudahlah begitu berbezanya solat-solat kita berbanding dgn solat-solat Rasulallah (s.a.w) dalam perkara rukun qauli, rukun qalbi dan rukun felinya, malah solat kita sudah menghampiri amalan 'solat- Kristian di gerjea mereka! Mereka menyanyi ketika bersolat. Dan, kitapun menyanyi ketika bersolat!
Saudara, Rasulallah (s.a.w) menyampaikan kpd kita bahawa Solat Terawih itu dibuat empat-empat rakaat disudahi dgn satu salam - maksudnya solat 4 rakaat disudahi dgn salam kemudian dibuat 4 rakaat lagi disudahi dgn salam pula, menjadikan jumlahnya 8 rakaat, dan ditutup dgn satu Solat Witir 3 rakaat disudahi dgn satu salam. Kahlifah ar-rasyidin al-mahdiyin (iaitu Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali, radiallahu 'anhum) - yg diterima amalan dan ibadah mereka dan diakui Allah (a.w) dan RasulNya sebagai sebahagian daripada apa yg dimaksudkan sebagai 'as-sunnah', juga mensolatkan Solat Terawih empat-empat rakaat, disudahi dgn satu salam., dankemudian ditutup dgn 3 rakaat Witir.
Kini, Solat Terawih empat-empat rakaat satu salam itu sudah hampir dilupakan, dan kalau tidak dilupakan telah diremehkan. Kerana, Solat Terawih 20 rakaat yg dibuat dua-dua rakaat satu salam itu telah menjadi amalan atau tradisi Solat Terawih yg dominan di kalangan umat Islam di mana-mana. Amalan Solat Terawih 20 rakaat yg disudahi dgn 3 rakaat Witir itu dimulakan selepas zaman khalifah.
Bolehkan atau sahkah Solat Witir 20 rakaat? Sah. Kerana, Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa solat-solat sunat malam (Solat Qiam) itu dibuat dua-dua rakaat disudahi dgn satu salam. Itulah ketetapan asas as-sunnah. Apabila Terawih dibuat 20 rakaat - dua-dua rakaat satu salam sebanyak 10 solat - kita menganggapkan Terawih tu adalah solat Qiam. Ok. Yg tak betulnya adalah, kalau kita buat solat qiam itu dua-dua rakaat, maka hendaklah disudahi dgn Solat Witir satu rakaat. Rasulallah (s.a.w) ketika mengerjakan Solat Qiam - di luar Ramadhan - dia membuat Solat Qiam dua-dua rakaat dgn disudahi dgn satu rakaat Solat Witir. Tidak pernah beliau buat 3 rakaat Witir. Tiga rakaat Witir hanya kalau Solat Terawih itu dibuat empat-empat rakaat.
Justeru itu, apa yg kita kerjakan sekarang ini buat Terawih 20 rakaat disudahi dgn 3 rakaat Witir adalah tidak menepati ketetapan syriat Islam mengikut as-Sunah. Selain itu, pabailamkita kerjakan Witir, kita buat satu lagi kelainan pula. Kita solatkan Witir 3 rakaat - diniatkan sedemikian, i.e. 3 rakaat - tapi kita pecahkan pula, kerana kita buat dua rakaat dgn disudahi dgn satu salam kemudian satu rakaat pula disudahi dgn salam. Jelaslah niatnya (i.e. rukun qalbinya) tak sama dgn rukun fe'liya dan rukun qaulinya)! Mengapa jadi begitu?
Saudara, jelaslah kita telah secara sedar atau tak disedari telah memperbaharui agama atau syariat agama kita sama sebagaimana kaum Yahudi mengubah syariat agama Islam yg dibawakan oleh Nabi Musa (a.s) berdasarkan Kitab Taurat dan Kaum Nesrani mengubah syariat agama Islam yg dibawakan oleh Nabi Isa (a.s) berdasarkan Kitab Injil! Tak hairanlah begitu banyaknya 'sects' dalam agama Yahudi dan agama Nesrani sekarang. Dan, tak hairanlah begitu banyak pula 'mazhab' dalam agama Islam dewasa ini.
Malah Rasulallah (s.a.w) ketika masih hidup memberitahu para sahabat bahawa agama Islam yg dibawanya akan berpecah menjadi 73 'agama Islam' - versi agama Islam - semua yg mengamalkan 73 jenis agama tersebut akui diri mereka Islam, tapi Rasulallah (s.a.w) memberitahu para sahabat, bahawa hanya satu golongan Islam yg diakui dan diterima Allah (a.w), iaitu Islam yg didasarkan semata-mata kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan yg praktikalnya dicontohi atau didemokan oleh Rasulallah (s.a.w) dan segala amalan dan ibadah serta cara hidup mereka dalam golongan yg sah tersebut diamalkan secara berjema'ah. Oleh itu, janganlah sdr hentam semporono sahaja. Orang buat kita buat, tanpa terlebih dahulu mempelajari ilmu mengenai apa yg mereka buat itu apakah sejajar atau secocoh dgn syariat Islam berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah? Saudara, yg benar atau betul atau haq itu adalah ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Oleh itu berwaspadalah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment