Assalamualaikum,
Alhamdulillah, hari ini adalah hari kedua Raya/Aidil Fitri. Alhamdulillah, kita telah berjaya berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan. Dan, kelmarin pada hari pertama Aidil Fitri, kita sewajibnya bergembira meraikan serta merayakan kejayaan kita itu.
Saudara, dalam post yg lalu kita telahpun mendapat beberapa peradaban asas bagi setiap Muslim dalam merayakan Aidil Fitri, antaranya kita mengerjakan Solat Aidil Fitri dua rakaat. Solat itu adalah ibadah utama dalam Islam yg membezakan antara orang iman dengan orang yg tidak Islam. Justeru itu solat fardu itu amat penting sehinggakan seseorang yg akui dirinya Islam dan beriman, meninggalkan satu waktu solat secara sengaja, jatuh kafir. Solat sunat tidak difardukan tetapi ada yg bersifat fardu kifayah (i.e. di gesa seolah-olah seumpama wajib) dan ada yg sunat semata-mata sebagai memenuhi lompang-lompang kekurangan solat-solat fardu kita. Tambahan pula, sebagai seorang Islam kita wajib ingat bahawa antara bukti kesyukuran kita atas segala nikmat kurniaan Allah (a.w) kpd kita selama ini - selama kita hidup. Seseorang itu belum sempurna imannya kalau dia tidak mengerjakan beberapa amalan/ibadah sunat, termasuklah Solat Aidil Fitri.
Solat Aidil Fitri itu adalah dua rakaat satu salam. Dalam syariat solat, ada tiga solat yg mengandungi khutbah - Solat Jum'at mengandungi khutbah yg dibaca sebelum solat, manakala Solat Aidil Fitri (Raya Puasa) dan Solat Aidil Adha (Raya Haji) mengandungi khutbah yg dibaca selepas/sesudah solat selesai, namun khutbah itu adalah sebahagian daripada solat. Maka dgn itulah dalam Islam khutbah itu wajib dibaca dalam bahasa Arab. Di Malaysia amalan telah mengubah syariat tersebut, kerana khutbah dianggap sebagi suatu nasihat berkala yg tidak diwajibkan dibaca dalam bahasa Arab. Maka terbatallah Solat Jum'at dan Solat Aid, apabila khutbah dibacakan dalam bahasa selain Arab dan apakala isi khutbah mengandungi nasihat-nasihat mengenai perkara duniwai. Khutbah Solat Aid adalah dibaca selepas selesainya solat (dengan syarat khatib dan makmum solat tidak bercakap-cakap selepas solat selesai sehinggalah khutbah selesai dibacakan). Kita wajib ingat bahawa Allah (a.w) tidak memberi sedikitpun nilai kpd perkara dunia atau duniawi, sehinggan Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita kalaulah di sisi Allah (a.w) dunia itu ada nilai seumpama nilai sebelah kepak lalat, maka orang-orang yg Islam tidak akan diber oleh Allah (a.w) minum seteguk airpun! Tapi, manusia itu mengutamakan dunia. Kononnya hidup ini hanya sekali maka buatlah sesgala sesuatu untuk mendapat keseronokan maksimum dalam kehidupan yg sekali itu.
Saudara, Allah (a.w) memberitahu kita bahawa kehidupan yg sebenarnya adalah kehidupan akhirat di dalam syurga. Manusia akan dibangkitkan kelak apabila kiamat dunia, dan hanya ada dua golongan sahaja ketika itu - tidak ada agama, tidak ada bangsa dan tidak ada perbezaan darah dan keturunan - satu golongan yg berjaya mendapat kerahmatan Allah (a.w) mendapat syurga dan selainnya adalah yg gagal dimasukkan ke dalam neraka. Semua yg dibangkitkan 'hidup' sama ada dalam syurga atau dalam neraka. Neraka hidup penuh dengan siksa setiap saat. Yg disyurga itu hidup dgn penuh kenikmatan, mendapat segala yg dikehendaki dandiberikan segala sesuatu yg nikmat tetapi tidak diketahui pula. Itulah kenikmatan yg sepenuhnya. Inilah kesilapan manusia, termasuklah di kalangan kita yg akui Islam diri kita Islam. Kita utamakan hidup yg tak sampai seminit dalam konteks kiraan waktu dan hari di akhirat (kerana sehari di akhirat itu bersamaan 1,000 tahun di dunia).
Saudara, dalam post yg lalu kita telah tuliskan beberapa peradaban orang iman ketika merayakan Aidil Fitri (dan Aidil Adha). Dalam perkara inipun kita telah menyimpang dari tuntutan Islam agar kita kekal tidak melakukan kemaksiatan. Kini pelbagai kemaksiatan ditonjolkan dalam TV dan dalam pelbagai acara kehidupan beramai-ramai melalui pelbagai program kita, bila diadakan pelbagai acara lagha atau yg bertentangan dgn tuntutan Islam.
Saudara, Islam menggalakkan kita ikuti puasa Ramadhan dengan mengerjakan puasa enam hari dalam bulan Syawal. Kita diberitahu sesiapa yg menyempurnakan puasa Ramadhannya 30 hari kemudian diukuti dengan berpuasa enam hari dalam bulan Syawal (i.e. yg dikenali sebagai Puasa Enam), Allah (a.w) kurniakan kita pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. Demikianlah pemurahnya Allah (a.w) kpd hambanya dgn harapan supaya hambaNya manfaatkan segala kurniaanya agar di akhirat kelak mereka mendapat syurga.
Mudah-mudahan kita dapat menjalani kehidupan dengan peradaban Aid yg telahpun kita diberitahu itu.
Kita juga telah sentuh ‘puasa enam hari’ dalam bulan Syawal, dan kaitannya dengan puasa Ramadhan. Namun begitu elok kita ulangi ilmu tersebut.
Antara puasa sunat yang utama dikerjakan adalah puasa enam hari (disebut selalu sebagai ‘puasa enam’) selepas tamat puasa Ramadhan iaitu enam hari dalam bulan Syawal:
Menceritakan hadith daripada Said ibni Qais hadith daripada Umara bin Thabit bin Harith al-Hazraji, hadith daripada Abu Ayub al-Ansari (r.a) yang berkata bahawasanya hadith ini daripada Rasulallah (s.a.w) yang bersabda: ‘Barangsiapa berpuasa Ramadhan, kemudian mengikuti puasa itu dengan (puasa) enam hari dalam bulan Syawal, ada (dia) seperti berpuasa setahun.’ [Hadith Muslim, Kitab Siam ]
Hadith di atas itu memberikan ketetapan as-Sunnah, sabda Rasulallah (s.a.w), bahawa sesiapa yang berpuasa penuh Ramadhan dan kemudian enam hari pula dalam bulan Syawal mendapat ganjaran pahala seumpama berpuasa setahun.
Diriwayatkan hadith daripada Thu’ban, hamba merdeka kepada Rasulallah (s.a.w) berkata hadith daripada Rasulallah (s.a.w) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa berpuasa enam hari sesudah Raya Fitri, ada sempurna (puasanya) setahun.’ [Merujuk kepada firman Allah (a.w) di dalam al-Quran (ayat): ‘Man jaa-a bilhasanati falahu ‘asrun amthaliha.’[Ayat 160, Surah al-An’am][Maksud ayat: Barangsiapa mendatangkan kebaikan (yakni, berbuat amalan baik) maka baginya (ganjaran pahala) sepuluh seumpamanya (yakni digandakan sepuluh kali ganda)][Hadith Ibnu Majah, Kitab Siam ].
Allah (a.w) memberitahu hambanya yang Islam melalui firmanNya dalam ayat al-Quran tersebut bahawa sesuatu amalan kebaikan (amal makruf) itu dibalas Allah (a.w) dengan sepuluh kali ganda kebaikan (yakni, pahala) seumpamanya. Allah (a.w) memebritahu kita bahawa ganjaranpahala puasa Ramadhan itu adalah hakNya menentukan ganjaran pahalanya. Namun begitu, untuk memhami mengapa Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa apabila kita berpuasa Ramadhan sebulanMaka, kemudian ditambah dengan ‘puasa enam’ dalam bulan Syawal, seolah-olah kita berpuasa setahun. Jika kita kita takrifkan pahala minima berpandukan firman Allah (a.w) tersebut dan mengambil kira ketetapan dalam hadith Rasulallah (s.a.w) itu, kita boleh membuat takrifan: berpuasa Ramadhan (kita dapat 30x10 = 300) dicampur dengan ‘puasa enam’ (kita dapat 6x10 =60), menjadi jumlahnya 300 + 60 = 360 pahala atau hari, iaitu setahun. Maka berpuasa Ramadhan dicampur dengan ‘puasa enam’ menjadikan kita mendapat ganjaran pahala seumpama 360 hari puasa atau setahun. Tahun Islam 360 hari). Itulah maksud hadith tersebut. Namun begitu, hakikatnya, Allah (a.w) yang menentukan ganjaran pahala puasa Ramadhan itu. Justeru itu, Allah (a.w) mungkin akan memberikan kita pahala lebih banyak bergantung kepada keikhlasan kita mengerjakan puasa kita itu. Pendeknya, nilai pengabdian kita terhadap Allah (a.w). Di bawah ini diturunkan bebrapa lagi nas dan dalilnya mengenai ibadat ini: Diriwayatkan hadith daripada Abi Ayub (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Nabi (s.a.w): ‘Barangsiapa puasa Ramadhan, kemudian diikutinya dengan (puasa) enam hari daripada Syawal, maka itulah puasa (yakni, seolah-olah berpuasa) sepanjang tahun.’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Sesiapa yang mengerjakan puasa penuh Ramadhan dan kemudian ditambah dengan puasa enam Syawal, seolah-olah dia berpuasa setahun atau sepanjang tahun. Dari segi logiknya kita boleh hitung.
Di dalam Islam, al-Quran menyebutkan bahawa setiapa kebaikan yang dilakukan seorang iman itu diber ganjaran pahala 10 seumpamanya. Justeru itu: puasa Ramadhan 30 hai kemudian ditambah ‘Puasa Enam’ sebanyak 6 hari, menjadikan jumlah hari berpuasa 36 hari. Jika begitu, 30 hari x 10 = 300 hari dicampur dengan 6 hari x 10 = 60 hari menjadikan jumlah pahalanya berpuasa 360 hari atau setahun. berpuasa Tetapi, kita diberitahu bahawa ganjaran gandaan pahala berpuasa dengan sempurna dalam bulan Ramadhan adalah atas budibicara Allah (a.w). Allah (a.w) yang menentukannya mengikut nilai prestasi puasa seseorang itu. Yang pastinya disebutkan di dalam al-Quran bahawa setiap perbuatan baik itu dibalas dengan sepuluh gandaan sehingga 700 gandaan pahala seumpamanya. Dengan mengambil gandaan minima tersebut, puasa sebulan dalam bulan Ramadhan ditambah dengan enam hari dalam bulan Syawal, pahala minimanya seumpama berpuasa sepanjang tahun, atau 360 hari.
Tidak ada nas yang menyamakan kiraan logic kita dengan ketetapan as-Sunnah bahawa berpuasa sebulan Ramadhan dan ditambah dengan enam hari dalam bulan Syawal itu seumpama berpuasa 360 hari! Kita hanya kira dalam konteks ganjaran pahala minima yang disebutkan di dalam al-Quran 10 untuk memberikan ilustrasi semata-mata. Yang utamanya, mungkin lebih dari itu kerana Allah (a.w) sahaja yang akan menentukan ganjaran gandaan pahala bulan Ramadhan itu. Malah apabila kita semak semula nas dan dalil hadith mengenai puasa Ramadhan dalam bab 10 Kitab ini, kita diberitahu bahawa balasan puasa yang sempurna adalah syurga!
Jelasnya, begitu besarnya pahala puasa enam setelah menyempurnakan puasa Ramadhan itu. Malah tidak perlulah seseorang itu mengamalkan puasa tiga bulan berturut-turut (pada bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan), yang sering diamalkan oleh sesetengah orang Melayu kononnya kerana inginkan ganjaran pahala amalan yang banyak. Tidak ada sandaran nas dan dalil al-Quran ataupun al-Hadith mengenai amalan itu dalam syariat Islam!. Sesiapa yang mengerjakannya adalah sia-sia sahaja. Tidak ada pahala. Malah apabila kita teliti berpandukan hadith kemungkinan besar pula mendapat dosa walaupun kita mengharapkan pahala. Kerana kita beramal dalam kejahilan ilmu!
Bolehkah kita berpuasa sepanjang tahun? Mungkin ada orang Islam yang inginkan ganjaran pahala yang banyak, untuk bekalan akhiratnya, maka dia ingin berpuasa seetiap hari sampailah habis hayatnya. Begitulah juga ramai orang Islam yang membuat apa yang mereka katakana ‘bid’ah hasanah’ walaupun tidak ada sandaran sunnah mengenainya. Mengapa? Mungkin kerana kejahilan. Atau,mungkin kerana amal ikut-ikutan. Sebenarnya, begitu banyak dan berbagainya amalan dan ibadah yang diperintah oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) kita lakukan. Tambahan pula ganjaran pahalanya begitu banyak pula, tetapi jarang sekali dikerjakan. Sudahlah begitu, mereka kerjakan pula ‘amalan’ atau ‘ibadah’ yang tidak disuruh atau yang tidak terdapat dalam syariat Islam!
Membuat atau megerjakan amalan yang tidak ada asas syariat atau as-Sunnah bererti membuat sesuatu yang sia-sia. Malah, lebih bahaya bahawa amalan tersebut mungkin sekali tergolong dalam amalan yang bersifat ‘bid’ah’. Lebih bahaya. Kerana, membuatnya atau megamalkannya membatalkan semua amalan kita – yang dahulu, sekarang dan akan datang – dan, malah lebih bahaya lagi, terkeluar kita dari Islam, yakni, menjadi kafir. Ingatlah pesanan Rasulallah (s.a.w): Man 'amala 'amilan laisa minni fahua raddun' (Yang bermaksud: Sesiapa yg mengamalkan satu amalan yg amalan itu tidak didatangkan dari aku (Nabi), maka dia (atau amalan itu) tidak diterima Allah (a.w)). Oleh itu berwapdalah. Kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w): Sesiapa yg mengasihi sunnahku (Nabi), maka dia mengasihi aku (Nabi), dan sesiapa yg mengasihi aku maka dia bersama-samaku di dalam syurga.' Kalau tidak mengasihi Nabi dan sunnahnya, maka Allah (a.w) tidak akui dia sebagai umat Muhammad (s.a.w), maka mereka yg tidak digolongkan umat Rasulallah (s.a.w), pastilah tak dapat syurga. Justeru itu, sudah diberitahu ketetapan as-Sunnah kita perlekehkan atau kita tolak, maka kita akan 'hidup' di akhirat dalam neraka. Berwaspadalah.
[Nota: Tidak ada nas dan dalil hadith bahawa puasa enam hari dalam bulan Syawal itu hendaklah dikerjakan atau lebih afhdal dikerjakan mulai hari raya kedua, yakni tanggal 2 Syawal.]
Sebenarnya, pahala puasa fardu (Ramadhan) itu tidak diketahui oleh manusia ganjaran pahalanya, kerana Allah (a.w) sendiri menilainya. Tetapi, jika diambil gandaan pahala minima mengikut ayat Al-Quran tersebut maka menjadikan puasa setahun.]
Dan, semoga kita telah juga menepati tuntutan Ramadhan kita maka kita tergolong dari kalangan orang iman yg berjaya dibebaskan dari siksaan neraka dan menjadi ahli syurga. Itulah sebenarnya kejayaan Ramadhan yg disediakan oleh Allah (a.w) baki mereka yg berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan semata-mata mencari pahala yg boleh membebaskan kita dari neraka, insyaAllah. Dan, semoga kita dapat menemui semula Ramadhan g akan datang - tahun 1434 pula, mencuba sekali lagi mencari syurga dan terselamat dari neraka, insya Allah.
Jazakallahu khairah.
Taqaballahu minna wa-minkum
No comments:
Post a Comment