Monday, August 13, 2012

Ramadhan al-Mubarak (Samb.)

Assalamualaikum,
Dalam post yg lalu kita telah diberitahu betapa utamanya kita mempersungguh meningkatkan dan membanyakkan amalan dai ibadah tambahan dalam bulan Ramadhan, terutama pada malam terakhir 10 hari Ramadhan,  dgn berIktikaf, mencari Malam Qadr yg pahalanya menjamin orang yg menemuinya masuk syurga, kerana dapat ganjaran pahala amalan perfect selama 1,000 bulan atau 83.3 tahun.
Saudara, dalam post yg lalu kita juga diberitahu bahawa antara amalan atau ibdah tambahan yg mendapat ganjaran ahala yg banyak dalam bulan Ramadhan adalah Solat Terawih. Dan, kita mendapat tahu bahawa Solat Terawih Rasulallah (s.a.w) it dibuat spt berikut:
(a) Empat Rakaat disudahi dgn salam,
(b) Empat Rakaat kedua disudahi dgn salam; dan
(c) Tiga rakaat Solat Witir menutup solat-solat Terawih tersebut.
Hadith berikut menyebutkan bahawa pada 10 malam terakhir Ramadhan, Rasulallah (s.a.w) mensolatkannya di masjid, maka solat beliau diikutserta oleh para sahabat menjadi makmum berjema'ah dengan beliau.
Diriwayatkan hadith daripada Aba Zarr (r.a) berkata: ‘Berpuasa kami berserta Rasulallah (s.a.w) maka tidak bersolat dia dengan kami hingga tinggal tujuh (hari) daripada bulan (Ramadhan), maka berdiri (yakni, solat) dia dengan kami sehingga hilang sepertiga malam, kemudian tiada berdiri (bersolat) dia dengan kami pada yang keenam (hari akhir Ramadhan), dan berdiri dia dengan malam yang kelima hingga habis seperdua malam, maka kami kata baginya: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Seandainya engkau tambah sunah bagi kami baqi malam kita ini?’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya barangsiapa berdiri (bersolat) beserta imam hingga berpaling dia (i.e. bersurai, atau sehingga selesai solat), disuratkan (yakni, dituliskan baginya berdiri (seolah-olah bersolat) seluruh (sepenuh) malam.’ Kemudian tiada solat dia dengan kami hingga tinggal tiga (hari) daripada bulan (Ramadhan) dan solat dia dengan kami pada malam yang ketiga dan menyeru dia (yakni, memanggil) akan ahli-ahlinya (keluarganya) dan perempuan-perempuannya (isteri-isterinya), maka berdiri (yakni, bersolat) dengan kami hingga takut kami akan ‘falah’. [Apabila didengar oleh Jabir bin Nafir akan perkataan atau kalimah ‘falah’ Aba Zarr itu tidak faham dia], maka kata aku (Jabir) baginya (yakni, pada Aba Zarr): ‘Dan apa itu ‘falah’.’Berkata dia (Abu Zarr): ‘Sahur.’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Saudara,  hadith berikut menyebutkan betapa besarnya pahala orang yg berpuasa benar-benar bepuasa kerana keimanannya (keikhlasannya mencari kerahmatan Allah (a.w) supaya diselamatkan dari neraka Allah) dan dilakukannya semata-mata mengharapkan ganjaran pahala terbaik dan terbanyak dari Allah (a.w), mendapat keampuann atas segala dosa-dosanya yg lalu.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Salamah daripada Abi Hurarirah (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) meningkatkan dalam solat malam Ramadhan dari selain apabila memerintahkan dengan menguatkan atau mempersungguh (beramal), dan bersabda: ‘Barangsiapa berdiri (solat) Ramadhan (yakni, solat Terawih) kerana keimanan dan mencari pahala di sisi Allah (a.w), mengampuni Allah (a.w) baginya apa-apa yang mendahulukannya dari dosa-dosanya.’ Maka diwafatkan Rasulallah (s.a.w) dan adapun perkara demikian itu (yakni, bersolat terawih sedemikian) juga (yakni, kekal) zaman khalifah Omar bin Khattab (r.a) atas demikian itu (yakni, tidak difardukan dan tidak diberatkan berjemaah, yakni dibuat bersendirian dan disunatkan menjemaahkannya pada malam-malam ganjil terakhir).’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Saum]
Saudara, hadith berikut menyebutkan ketetapan Rasulallah (s.a.w) tentang menjema'ahkan Solat Terawih.
Diriwayatkan hadith daripada Ibni Syihab katanya memberitahu dia oleh ‘Urwat bahawasanya Aisyah (r.ah) memberitahu kepadanya bahawasanya Rasulallah (s.a.w) keluar malam ketika larut malam, maka bersolat dia di masjid dan solat beberapa lelaki dengan solatnya (besertanya, yakni menjadi makmum berjemaah), maka ketika paginya menceritakan mereka (kepada orang-orang lain bahawa mereka bersolat berjemaah dengan Rasulallah (s.a.w) itu). Maka berkumpullah kebanyakan dari mereka (i.e. para sahabat), maka solat mereka bersamanya, maka ketika pagi manusia (mereka) bercerita (yang mereka bersolat berserta Rasulallah (s.a.w) itu. Maka banyaklah ahli masjid pada malam ketiganya. Maka keluar Rasulallah (s.a.w) maka bersolat dia dan bersolat mereka dengannya. Maka ketika ada malam keempatnya lemah masjid (yakni, penuh sesak dengan makmum) atas ahli-ahli masjid (yakni, makmum) sehingga keluar untuk solat subuh. Maka ketika selesai solat fajr (subuh) menghadap Rasulallah (s.a.w) atas manusia (yakni, memberi nasihat), maka (setelah) memuji-memuji akan Allah (a.w), kemudian bersabda: ‘Adapun kemudian daripada itu. Maka sesungguhnya tidak menghalang atas aku tempat kamu sekelian (yakni, mengikuti solat Rasulallah (s.a.w) secara berjemaah itu), dan akan tetapi aku khuatir apabila diwajibkan atas kamu sekelian, maka lemah kamu darinya (yakni, kurang sanggup atau tidak mampu mengerjakannya secara berjemaah itu).’
Maka diwafatkan Rasulallah (s.a.w) dan perkara itu atas demikian (yakni, tinggal tidak berubah amalan memberi pilihan kepada umat Islam mengerjakan solat Terawih secara berjemaah atau bersendirian).’ [Hadith Bukhari, Kitab Terawih].
Hadith berikut menyebutkan amalan menjema'ahkan Solat Terawih di bawah seorang imam, yakni dibuat sekali harung, bermula zaman Omar bin Khattab (r.a).
Diriwayatkan hadith daripada Humaidi bin Abdil Rahman daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa ketika datang Ramadhan berpuasa dengan keimanan dan mengharapkan pahala mengampun Allah (a.w) baginya apa-apa yang mendahului dari dosanya.’ Berkata Ibnu Syihab: ‘Maka diwafatkan Rasulallah (s.a.w) dan perkara itu atas demikian, kemudian ada perkara itu atas demikian di dalam zaman khalifah Abi Bakar dan permulaannya (yakni, mensolatkan solat Terawih secara berjemaah bermula) dari zaman khalifah Omar (r.a).
Demikian jugalah hadith berikut yang meneybutkan amalam menjema'ahkan Solat Terawih sekali kesemuanya di bwah seorang imam.
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman Ibni Abdil Qari bahawasanya dia berkata: ‘Keluar aku beserta Omar bin Khattab (r.a) (pada masa itu, Omar menjadi khalifah, selepas meninggalnya Abu Bakar as-Siddiq (r.a)) suatu malam ke masjid, bersolat beberapa kelompok terpisah-terpisah, bersolat beberapa lelaki atas dirinya (yakni, bersendirian) dan bersolat mereka dengan solat secara berkumpulan (yakni, berjemaah), maka berkata Omar: ‘Sesungguhnya aku berpandangan seandainya dikumpulkan mereka atas satu bacaan yang satu (yakni, dikerjakan dengan dipimpin oleh seorang imam secara berjemaah) nescaya lebih utama, kemudian sengaja (Omar (r.a)) mengumpulkan atas Ubai bin Kaab (r.a) (yakni, melantik Ubai sebagai imam), kemudian keluar beserta malam yang lain dan (melihat) manusia bersolat dengan solat bacaan mereka (yakni, meneruskan amalan bersolat Terawih secara berjemaah dengan diimamkan oleh Ubai (r.a)). Berkata Omar: ‘Bida’ah kebaikan’ ini.
‘Dan yang tidur mereka darinya lebih afdhal dari yang berdiri mereka mengkehendaki akhir malam (yakni, mengerjakan solat Terawih pada sepertiga terakhir malam lebih afdhal), dan ada dikalangan manusia berdiri (yakni, bersolat) pada awal malam.’ [Hadith Bukhari, Kitab Terawih] 
Saudara, dalam pada itu, tidak diwajibkan bahawa Solat Terawih itu dijema'ahkan sahaja. Boleh dikerjakan berseorangan dan boleh dikerjakan pada bila-bila masa dan ketika selepas Solat Isyak - awal malam, tertengan malan atau sepertiga terakhir malam, sebagai solat-solat qiam lebih afdhal disolatkan pada sepertiga akhir malam.
[Nota: Hadith ini menjelaskan bilakah amalan bersolat terawih secara berjemaah diamalkan menjadi kebiasaan. Ada yang mengatakan zaman Khalifah Omar Bin Khattab (r.a) yang mememulakan kelaziman bersolat Terawih secara berjemaah di belakang seorang imam yang tetap. Berbanding dengan hadith sebelumnya tidak dilarang Rasulallah (s.a.w) bersoalt jemaah semasa hayatnya, tetapi dia khuatir akan menjadi fardu pula amalan sedemikian itu. Beliau tidak melarangnya. Jadi dibolehkan. Ada para ilmuan menyatakan Omar (r.a) memulakan ‘bida’ah hasanah’ itu (iaitu menjadikan kelaziman mensolatkan Solat Terawih secara berjema'ah, walhal zaman hayat Rasulallah (s.a.w) tidak dijadikan kelaziman. Maka, kata mereka, membuat 'bid'ah yang baik itu digalakkan atau digalakkan dalam Islam). Sebenarnya mereka salah faham. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin diberi endorsement oleh Rasulallah (s.a.w) boleh mengikuti amalan mereka dalam perkara agama, kerana 'as-sunnah' termasuk sunnah mereka. Maka dgn itu jika telah diberi endorsement oleh Rasulallah (s.a.w) maka apa juga 'pembaharuan dalam amalan atau kaedah beramal' adalah dibolehkan dikuti. Ketetapan ini disebutkan dalam hadith berikut: Diriwayatkan hadith daripada Rabii’, dan dia itu adalah Ibnu Hirasy katanya hadith daripada Huzaifah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Mengikutilah kamu sesudahku Abu Bakr bin Siddiq (r.a) dan Omar ibnu Khattab (r.a). [Hadith at-Termidzi, Kitab Manakib (Pangkat)
Tidak diketahui siapakah yang memulakan amalan mensolatkan Solat Terawih 20 rakaat dibuat dua-dua rakaat dan kemudian ditutup dengan satu rakaat Solat Witir. Yang jelas dalam amalan zaman Rasulallah (s.a.w) dan zaman khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin adalah Solat Terawih dibuat empat-empat rakaat (yakni, dua solat) kemudian ditutup dengan 3 rakaat Solat Witir, yakni 3 rakaat disudahi dengan satu salam. Dalam zaman Khalifah Abu Bakar (r.a)dibuat sebagaimana zaman hayat Rasulallah (s.a.w). Dalam zaman Khalifah Omar (r.a) Solat Terawih itu dibuat secara berjema'ah sebagai kelaziman di bawa imam solat yang beliau lantik iaitu Ubai bin Kaab dan Tamim ad-Dariyi mengimamkan solat tersebut, tetapi kekal dibuat 4 rakaat satu salam dan empat rakaat satu salam kemudian ditutup dengan 3 rakaat Witir yang disudahi dengan satu salam.]
Saudara, hari ini begitu banyaknya pembaharuan dalam agama yg tidakpun pernah dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) atau khalifah yg empat tersebut. Para ulama' yg faham tentang as-sunnah tahu bahawa Rasulallah (s.a.w) menghalang umatnya membuat bid'ah, kerana tidak ada apa yg disebutkan atau dikategorikan oleh para ulama' zaman ini sebagai bid'ah hasanah itu.
Saudara, solat Terawih yg dibuat 20 rakaat yg disolatkan dua-dua rakaat satu salam itu tidak salah dalam Islam kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa Solat Qiam = Solat Malam itu dibuat dua-dua rakaat satu salam, kemudian ditutup dgn satu rakaat Solat Witir. Jadi Solat Terawih kini telah dijadikan sebagai kelaziman sebagaimana Solat Qiam yg dibuat diluar bulan Ramadhan. Solat Terawih 8 rakaat -yakni dibuat empat-empat rakaat disudahi dengan satu salam dan ditutup dgn 3 rakaat Witir sudah ditinggalkan, walhal itu lebih afdhal dan menepati syariat Islam asal zaman Rasulallah (s.a.w) dan khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin!
Saudara, yg penting kita fahami adalah jika amalan dan ibadah kita dalam agama tercemar atau dicemari oleh bid'ah, maka solat kita tidak diterima Allah (a.w). Malah seluruh amalan dan ibadah kita tidak diterima Allah (a.w), maka sudah pasti kita menjadi muflis di akhirat kelak!
Saudara, dalam blog ini kita telah lihat beberapa ketetapan Rasulallah (s.a.w) mengenai bid'ah yg membahayakan aqidah dan keIslaman kita. Kita boleh digolongkan orang yg syirik kerana tahu ketetapan as-Sunnah kita tidak endahkan, seolah-olah ada kuasa yg lebih berkuasa dalam agama selain Allah (a.w) (kerana ketetapan Rasulallah (s.a.w) adalah ketetapan Allah (a.w)). Oleh itu berwaspadalah. jangan jadi orang Islam dalam kejahilan atau jangan jadi Islam ikut-ikutan tanpa faham Islam.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment