Thursday, August 23, 2012

Kita Audit KeIslaman dan KeImanan Kita (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita atas tajk di atas dengan melihat kepada hadith berikut tentang 'ilmu' dan meneliti apakah ketetapan-ketetapan Islam yang terkait dengan perkara tersebut:

Menuntut Ilmu Wajib 

Saudara, Islam mengutamakan ilmu. Segala sesuatu dalam Islam hendaklah didasari oleh ilmu dan ilmu hendaklah bersumberkan sumber yang benar. Segala sesuatu tentang Islam itu benar, kalau sumbernya hanyalah al-Quran dan as-Sunnah.
Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Talabul ‘ilmi faridatun ‘ala kulli Muslim.’ (yang bermaksud: Menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang Islam.)’ [Hadith Abu Daud, Kitab Ilmu]
[Nota: Hadith ini memberitahu kita yang Islam bahawa wajib kita belajar ilmu mengenai Islam – iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Allah (a.w) perintahkan kita yang Islam dan beriman itu supaya kerjakan sebarang amalan dan ibadah yang dituntut Islam itu dengan berdasarkan ilmu yang memberi kita kefahaman tentang Islam dan tuntutannya. Jusetru, Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Haysr berfirman: ‘Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun’ (yang bermaksud: Dan janganlah kamu buat (i.e. amalkan atau kerjakan) sesuatu tanpa kamu tahu dan faham ilmu mengenai apa-apa yang hendak diamalkan dan dikerjakan). Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w), dalam hadith ini, memerintahkan umatnya supaya menuntut ilmu. Rasulallah (s.a.w) juga bersabda: ‘Al-ilmu qabla ‘amal’ (yang bermaksud: Hendaklah kita memiliki ilmu dahulu barulah kita amalkan sesuatu tuntutan Islam). Tanpa ilmu dan kefahaman, kita akan mengerjakan bentuk-bentuk amalan dan ibadah dengan cara dan kaedah yang sama sekali tidak sejajar dengan tuntutan Islam. Jika berlaku sedemikian, maka rosaklah Islam kita, kita beramal dan beribadah tetapi tidak mendapat sebarang ganjaran pahala, malahan mendapat dosa pula.Dengan itu jugalah Rasulallah (s.a.w) berpesan kepada kita: ‘Man ‘amila ‘amilan laisa minni fahua raddun’ (yang bermaksud: Barangsiapa mengamalkan sesuatu amalan yang amalan itu (bentuknya, cara dan kaedah mengamalkannya) tidak didatangkan dari Nabi (s.a.w), maka amalan tersebut ditolak atau tidak diterima Allah (a.w)). Justeru itu, beramal dan beribadah dalam kejahilan merugikan kita. Malah lebih serius lagi apakala kita tidak memenuhi syarat sebagai orang Islam, berdasarkan hadith Omar ibni Khattab (r.a), yang merumuskan, ketetapansunnah Rasulallah (s.a.w) mengenai hakikat Islam itu sebenarnya, apabila dia berkata: ‘La Islama illa biljama’ati …’ (yang bermaksud: Tidak dikatakan Islam seseorang itu kalau dia tidak berjema’ah …). Ketetapan ini mengulangi perintah Allah (a.w) dalam al-Quran: ‘Wa’tasimu bihablillahi jami’an wa-la tafarraqu …’ (yang bermaksud: Berpeganglah kepada tali (i.e. agama) Allah (a.w) secara berjema’ah dan janganlah kamu berfirqah-firqah (i.e. menubuhkan perkumpulan terasing dalam Islam)… – Ayat 103, Surah ali-Imran). Dan, kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w): ‘’Alaikum bil-jama’ati wa-iyakum wal-firqati…’ (yang bermaksud: Diwajibkan atas kamu sekelian dengan berjema’ah dalam Islam, dan jauhilah oleh kamu sekelian berfirqah (i.e. mengadakan perkumpulan terasing seperti bermazhab). Rasulallah (s.a.w) mengingatkan umatnya: ‘Wa-inna hazihi millata sataftariqu ‘ala thalathina wa-sab’ina, thintani wa-sab’una fin-nari, wa-wahidatun fil-jannati wa-hiya jama’atu.’ (yang bermaksud: Dan sesungguhnya ini agama (i.e. Islam) akan berpecah menjadi 73 golongan atau agama, 72 golongan atau agama dalam neraka (i.e. tidak mendapat syurga),dan hanya satu agama di dalam syurga (i.e. mendapat syurga), di perkumpulan agama tersebut adalah Islam yang berjema’ah). Kefahaman seseorang mengenai ketetapan-ketetapan sedemikian ini hanya didapati dengan ilmu. Kejahilan akan menjadikan umat Islam mengamalkan Islam yang 72 jenis Islam tersebut, batal Islamnya dan batil amalan dan ibadahnya, di akhirat kosong amalannya, maka gagal mendapat syurga, wal iya zubillah.
Mudah-mudahan saudara boleh menyediakan diri dan berusaha memahami hakikat bahawacacat Islam kita kalaulah kita Islam dalam kejahilan, kerana kesudahannya memudaratkan kita dan matlamat kita untuk mendapatkan kejayaan akhirat tidak tercapai.

 
Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment