Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita sebutkan soal beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan untuk mencari Malam Qadr. Kalau kita ditakdirkan menemui Malam Qadr itu, syurga terjamin bagi kita keak di akhirat. Itulah kejayaan sebenarnya. Dan, itulah kehidupan sebenarnya. Kalau tak dapat syurga, kita dikatakan dalam al-Quran tak mati dan takpula hidup. Kalau dpt syurga, sudah pasti kita hidup - segala kehendak dan kemahuan dilayani dan diberi tanpa had ...
Dimanakah kita boleh beriktikaf? Kita hanya boleh beriktikaf atau diakui sah iktikaf kita kalau kita duduk di masjid mengeikut ketetapan hadith berikut:
Iktikaf dan Ganjaran Pahalanya
Saudara, hadith berikut menetapkan prinsip di manakah temat hendak beriktikaf itu. Hadith ini juga menyebutkan apakah pahala yg kita dapati kalaupun kita tak dapat temui Malam Qadr itu.
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Fil-mu’takifi hua ya’kifuz-zunuba wa-yudra lahu minal-hasanati ka-a’milil-hasanatii kulliha’ (Yg bermaksud: Di dalam urusan orang-orang beriktikaf itu, iktikaf mencegah (diri) dari beberapa dosa dan dialirkan bagi orang yg beriktikaf dari beberapa kebaikan seperti orang yg mengamalkan beberapa kebaikan kesemuanya baginya.) [Hadith ibnu Majah, Kitab Puasa]
[Nota: Beriktikaf tanpa membuat apa-apapun mendatangkan pahala seolah-olah mengerjakan pelbagai amalan ketika beriktikaf. Jika tertidur terputuslan aliran pahala tersebut.]
Saudara, hadith berikut pula menentukan tempat iktikaf yg sah itu. Kita briktikaf dgn berjaga - mengerjakan amal ibadah yg sunat, dn lain ibadah spt membaca al-Quran, berzikir, bertasbih dan berdoa, dan mempanyakkan istighfar, memohon kampunan Allah (a.w) dari dosa-dosa yg kita lakukan zaman dulu, dan sebagainya.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Kullu masjidin lahu muazzanun wa-imamun fa li-i’tikafi fihi yasluhu’ (Yg bermaksud: Tiap-tiap masjid baginya ada orang-orang yg memanggil dan ada imam, maka beriktikaflah di dalam masjid kerana mendatangkan kebaikan (pada orang yg beriktikaf). [Hadith Darul-Qutni]
Saudara, hadith di atas ini memberitahi ketetapan as-Sunnah mana-mana masjid yang ditegakkan di dalamnya solat fardu secara berjema'ah secara konsisten dan berterusan dan imam yang tetap mengimamkan solat-solat fardu tersebut, layak dijadikan tempat berIktikaf. Bagi lain-lain musolla yg bukan masjid yg tidak dijadikan secara kelaziman solat fardu berjema'ah dan imam solat bertukar-tukar, tak menentu, maka masjid sedemikian tidak sah tempat dijadikan Iktikaf bagi tujuan Ramadhan ini.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment