Assalamualaikum,
Saudara, hari ini kita akan tunaikan 29 Ramadhan. Insya Allah esok, hari Ahad, kita akan menyambut raya Aidil Fitri atau Raya Fitrah. Jadi Ramadhan tahun ni adalah 29 hari sahaja. [Nota: Dalam Islam bulan Islam itu adalah 29 hari atau 30 hari. Namun anak bulan Aidil Fitri itu hendaklah dilihat dahulu untuk menentukan satu haribulan Syawal. Insyallah, rasanya malam esok nanti akan diusahakan melihat anak bulan Syawal.]
Saudara, yg utama menjadi peringatan kita adalah, Zakat Fitrah atau Fitrah, adalah wajib bagi kita bayar sebelum Solat Aid. Kalau kita bayar selepas solat Aid tidak dikira sebagai zakat fitrah. Apakah akibatnya kalau kita kita tak bayar? Kalau kita tak bayar Fitrah maka segala pahala yg kita boleh dapat dalam berpuasa Ramadhan termasuk pahala segala amalan di dalam bulan Ramadhan itu tergantung tidak disampaikan kepada Allah atau tidak sampai pada Allah (a.w).
Saudara, kita lihat hadith berikut tentang ketetapan mengenai zakat fitrah tersebut.
Zakat Fitrah
Saudara, kita diwajibkan oleh Islam untuk mengeluarkan Zakat Fitrah yg akan diberikan kpd mereka yg dhaif ketika tibanya Aidil Fitri.
Firman Allah (a.w): ‘Wa-aqimus solata wa-atuz zakata warka’u ma’ar- roki’ina’ (Yang bermaksud: Kerjankanlah solat dan tunaikanlah zakat dan ruku’lah bersama-sama dengan orang yang ruku’ (yakni, solatlah berjema’ah). [Ayat 43, Surah al-Baqarah] Diriwayatakan hadith bahawa: ‘Mewajibkan oleh Rasulallah (s.a.w) Zakat Fitrah satu Sok dari kurma atau satu Sok dari sa’ir (gandum) bagi seorang budak (hamba), orang merdeka, lelaki, perempuan, anak kecil dan orang tua dari umat Islam dan Nabi (s.a.w) memerintahkan agar zakat tersebut diserahkan (kepada Amil) sebelum manusia keluar melaksanakan Solat Aid (Raya).’ [Hadith Bukhari, Kitab Zakat]
[Nota: ‘Sok’ adalah ukuran gantang Rasulallah (s.a.w) yg berisi gandum atau bahan makan asas kira-kira 2.7 kg. Dalam sepotong hadith lain disebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man addaha qablas-solati, fahiya zakatun maqbulatun, wa-man addaha ba’das-solati, fahiya sodaqatun minal sodaqati.’ (Yang bermaksud: Dan barangsiapa yg memberikan zakat fitrahnya sebelum solat Aidil Fitri, maka zakat tersebut adalah zakat yg diterima dan baragsiapa yg memberikannya setelah atau selepas solat Aidil Fitri maka menjadi sedekah dari beberapa sedekah (i.e. sedekah biasa).) Dalam perkara pembahagiannya dijelaskan oleh Rasulallah (s.a.w): ‘Masrafuz-zakati, ai annaha tuza’u ‘alal-asnafis-thamaniati mazkurati fi ayat ‘innamas-sodaqatu lil-fuqara … hingga akhir ayat.’(Yg bermaksud: Pembahagian zakat fitrah itu seumpama pembahagian zakat umum, yakni zakat fitrah itu dibagikan untuk 8 asnaf yg tersebut dalam Ayat ‘innamas-sodaqatu lil-fuqara-i …’ (Ayat 60, Surah at-Taubah].
Di dalam risalah fiqh disebutkan ‘masrafu zakatil-fitri kamasrafiz-zakatul-‘ammati, ghaira annal-fuqara-i wal-masakini aula biha min baqis-sihami (Yg bermaksud: Pembahagian zakat spt pembahagian zakat-zakat umum, hanyasanya orang-orang faqir dan miskin itu lebih berhak daripada sisa pembahagian yg lain), li-qaulihi (Yg bermaksud: Sebagaimana sabda) (Rasulallah (s.a.w)): ‘Aghyunuhum ‘anis suali fi haza yaum’ (Yg bermaksud: Membuat kayalah kamu sekelian pada mereka (faqir dan miskin) dari meminta-minta pada hari ini (i.e. hari Aidil Fitri).
Berkata Said bin Musaiyab dan Omar bin Abdul Aziz (r.k) dalam mentafsirkan firman Allah (a.w) pada Ayat 14, Surah al-A’la)). (: Qad aflaha man tazaka …’ (Yg bermaksud: ‘Sungguh-sungguh telah beruntung orang-orang yg membersihkan dirinya (yg dimaksudkan dgn mengeluarkan zakat fitrah, iaitu merujuk kpda ‘zakat fitrah’, yg sewajarnya diberikan pada hari raya Aidil Fitri. [Hadith Darul-Qutni].
Saudara, rugilah kita yg bersusah payah berpuasa dgn penuh keimanan dan mengharapkan pahala maksimum supaya berakhirnya Ramadhan Allah (a.w) bebaskan kita dari neraka, kalau pahala yg kita layak mendapatnya itu tertangguh kerana tidak membayar Zakat Fitrah yg diwajibkan atas kita dan kita meremehkannya kerana tidak menjelaskannya sebelum didirikan Solat Aidil Fitri pada pagi 1 hb Shawal! Zakat Fitrah itu hanyalah setakat RM 7.50 atau RM 8.00 sahaja. Walhal dalam hidup kita kita belanjakan secara membazir lebih banyak dari RM 8.00!
Mudah-mudahan kita tak lupa tanggungjawab dan terlupa membayar Zakat Fitrah demi kebajikan akhirat kita, insya Allah.
Siapa yg patut bayarkan Zakat Fitrah kita? Kalau kita ketua keluarga - i.e. bapa - maka kita wajib jelaskan bagi semua tanggungan kita, termasuklah kedua orang tua kita yg sudah dhaif dan menjadi tanggung kita. Bagi orang bujang - lelaki dan wanita - membayarnya sendiri.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment