Thursday, August 23, 2012

Kita Audit keIslaman dan KeImanan Kita

Assalamualaikum,
Saudara,
alhamdulillah, kita telahpun selesai, insya Allah, menamatkan ibadah Pusa Fradu sebulan Ramadhan. Mudah-mudahan telah terhakis segala dosa-dosa kita yang lalu kalaulah kita telah menepati ketetapan puasa - berpuasa dengan penuh keimanan mencari pahala terbaik dan sebanyak mungkin dalam bulan Ramadhan (hadith Rasulallah (s.a.w)). Orang yang berjaya puasa Ramadhannya dia berjaya mendapat dua kegembiraan - satu ketika merasakan Aidil Fitri (yang telahpun kita lalui Ahad yang lalu) dan kegembiraan kedua ketika bertemu Allah (a.w) di kahirat kelak mendapat balasan syurga, insya Allah. Kalau kita terlepas peluang tersebut - peluang melepaskan diri kita dari siksaan neraka kerana puasa Ramadhan kita lalui tersebut tidak dapat membebaskan kita, insya Allah, bagi mereka yang masih muda, berpeluang lagi, insyaAllah, menemui Ramadhan tahun depan, untuk mempastikan kita beramal sebaik mungkin untuk mendapat pembebasan tersebut!
Saudara,
dalam post ini dan beberapa post yang akan datang, kita selitkan penelitian kita tentang tajuk di atas untuk mempastikan kita benar-benar di atas landasan syariat Islam yang benar. Kerana itu penting untuk mempastikan bahawa segala amalan dan ibadah kita diterima, dalam usaha kita menyediakan diri kita untuk menemui semula Ramadhan tahun depan. Kita mulakan perbincangan kita tentang 'ilmu. ' 'amalam' dan 'kefahaman' tentang Islam dan tuntutannya.

Islam, Iman dan Ilmu 

Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) bahawa Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Ilmu itu hidupnya Islam dan tiangnya iman.’ [Hadith Abu Shaikh]
[Nota: Hidupnya Islam secara amnya bergantung kepada sejauh mana umat Islam itu diberikan atau memiliki ilmu akhirat. Hidupnya keIslaman dan kental atau rapuhnya keImanan seseorang yang Islam itu juga bergantung kepada sejauh mana dia mempunyai ilmu akhirat dan memahami ilmu ahirat tersebut, dan mengamalkan segala sesuatu yang dituntut oleh Islam sekuat mampunya. Kalau dia jahilkan ilmu akhirat, maka berkuburlah Islamnya, kosong dalamannya, hanya luarannya dia nampak (seemingly) Islam, tapi isi keIsamannya dan keImanannya kosong semata-mata. Islam mati dalam hidupnya dan rohnya. Tanpa ilmu akhirat tersebut rapuh atau goyah, malah tumbanglah tiang keImanannya. Maka dengan itu lahiriah nampak Islam, dari segi batiniah dia tak lebih dari orang yang tidak Islam. Maka, kalau dia memegang jawatan bersifat keagaan dia tidak faham Islam maka dia akan menyulitkan dakwah dan menghalang-halang usaha memurnikan Islam apabila ada golongan yang berusaha menyedarkan orang Islam tentang tuntutan agamanya dan dalam usaha mereka memertabatkan ilmu akhirat kepada orang Islam.]
Saudara,
panduan dalam hadith ini amat kritikal kita fahami dalam usaha kita menyediakan diri untuk menjadi orang yang benar Islamnya dan beruntung dalam mengerjakan amalan dan ibadah, demi menyediakan diri untuk akhirat kita.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment