Assalamualaikum,
Saudara, hari ini genap puasa kita yang berpuasa insyaAllah, ketika berbuka Maghrib nanti 24 hari. Ini berti kita sudah masuk 4 hari dalam 10 hari terakhir Ramadhan. Tinggal 6 hari lagi. Atau, tinggal beberapa malam sahaja untuk temui Malam Qadr. Malam ini adalah malam ke-25, lusa Malam ke-27, dua hari kemudian Malam ke-29, tiga malam ganjil yg memungkinkan kita temui Malam Qadr itu!
Umat, khususnya orang iman digalakkan selepas mengerjkan Solat Isya' berIktikaf di masjid-masjid atau surau-surau (yang dibiasakan program harian solat berjema'ah) untuk mencari Malam Qadr). Adakah saudara telah mengerjakannya? Betul, banyak masjid yg endah-endah itu ditutup, tidak dibuka bagi membolehkan kita berIktikaf. Tapi, pastinya ada masjid-masjid lain.
Umat, khususnya orang iman digalakkan selepas mengerjkan Solat Isya' berIktikaf di masjid-masjid atau surau-surau (yang dibiasakan program harian solat berjema'ah) untuk mencari Malam Qadr). Adakah saudara telah mengerjakannya? Betul, banyak masjid yg endah-endah itu ditutup, tidak dibuka bagi membolehkan kita berIktikaf. Tapi, pastinya ada masjid-masjid lain.
Saudara, kita diberitahu dalam surah al-Qadr kefdhalan atau keuntungan pada kita kalaulah kita sempat temui Malam Qadr tersebut. Pahala yg kita terima melebihi pahala orang yg sentiasa beramal setiap saat atau terbaik amalannya selama 1,000 ulan = 83.3 tahun tahun amalan dan iabdah. Orang sedemikian itu pastilah mendapat syurga. Kerana kita tak mungkin dapat prestasi amalan selama itu. Malah dapat 10 tahun atau 5 tahun dalam hidup kitapun amalan dan ibadah terbaik tak dapat! Inikan pula beramal dan beribadah secara terbaik selama 83 tahun.
Saudara, kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w), melalui sepotong hadith, bahawa 4 orang keturuan Bani Israil (yakni, cucu cicit Nabi Ya'kub (a.s), adalah ulama' agung zaman mereka yang beramal dan beribadah tanpa sekelip matapun membuat dosa atau maksiat. Itulah prestasi keimanan terbaik di kalangan manusia zaman itu. Apakala diceritah kesah tersebut kpd para sahabat oleh Rasulallah (s.a.w), maka para sahabat merasa terkilan, bagaimana mungkin dapat mencapai prestasi sedemikian, kalau hanya sempat hidup 60 atau 70 tahun? Kerana itulah purata umur umat Muhammad (s.a.w), mmengikut sabda beliau. Maka datang Jibril (a.s) atas perintah Allah (a.w) untuk menemui Muhammad (s.a.w) dan memberitahu kpdnya amat mudah mengalahkan prestasi 4 orang Bani Israil tersebut, degngan sedikit usaha sahaja! Iaitu beriktikaf setiap hari pada 10 malam terakhir Ramadhan dan insya Allah akan dapat menemui Malam Qadr yg ganjaran pahalannya melebihi pahala yg diperolehi oleh 4 orang Bani Israil tersebut.
Qiamul-Lail dan Lailatul Qadr
Saudara, hadith berikut menceritakan bahawa amalan yang tertama bagi seorang iman itu itu didemokan atau diconthkan oleh 4 orang keturuan Bani Israil (Keturunan Nabi Yakkup (a.s)) dalam hadith berikut. Mereka bangun malam setiap malam mengerjakan pelbagai ibadah dan disiang hari bejihad membela agama Allah (a.w) dan menentang musuh agama selama 80 tahun. Namun, kesemua itu dapat dikalahkan oleh seorang iman yang briktikaf berjaya menemui Malam Qadr.
Diriwayatkan hadith dari Mujahid berkata: ‘Ada dalam (i.e. di kalangan) Bani Israil beberapa lelaki berdiri ketika malam (Yakni, bangun malam beramal) sehingga waktu Subuh kemudian berjihad menentang musuh ketika siang sehingga petang maka mengerjakan lelaki (sedemikian itu selama) seribu bulan maka menurunkan Allah (a.w) ini ayat: ‘Lalatul qadri khairun min alfi syahrin’ (Yg bermaksud: malam Qadr itu adalah lebih baik drp seribu bulan.) Maka (menyambung Jarir) berdiri (pada malam Qadr = lailatul qadr) demikian lebih baik dari amalan demikian lelaki.’ [Hadith ibnu Jarir] Diriwayatkan hadith dari Ali b ‘Urwat berkata: ‘Menceritakan Rasulallah (s.a.w) suatu hari (tentang) empat orang dari Bani Israil menyembah Allah (a.w) delapan puluh tahun tidak menentang mereka pada Allah (a.w) sekejap matapun, maka menceritakan Rasulallah (s.a.w) (mereka itu adalah) Ayub, Zakaria, Hizqil b ‘Azuzi dan Yusa’ b Nun, maka berkata Ali: ‘Hairan para sahabat Rasulallah (s.a.w) dari demikian cerita.’ Maka datang pada Rasulallah (s.a.w) Jibril (a.s), maka berkata Jibril (a.s): ‘Wahai Muhammad (s.a.w)! Hairan engkau dan umat engkau dari ibadah mereka itu (i.e. segolongan 4 orang dari Kaum bani Israil yg mengerjakan ibadah selama) delapan puluh tahun tidak menentang mereka pada Allah (a.w) sekejap matapun? Maka sungguh-sungguh telah menurunkan Allah (a.w) lebih baik dari demikian itu. Maka membaca dia (Jibril (a.s)) ‘Inna anzalnahu fi lailatil qadri @ Wa-ma adrakamalailatul qadri @ Lailatul-qadri khairaum min alfi syahrin’ ini lebih utama drp apa-apa yg hairan engkau Muhammad (s.a.w) dan umat engkau.’ Maka berkata Ali: ‘Maka menyukakan demikian (ganjaran pahala) oleh Rasulallah (s.a.w) dan manusia bersama-sama beliau (yakni, para sahabat).’ [Hadith ibnu Abi Hatim]
[Nota: Ayub, Zakaria dan Yusak adalah nabi zaman-zamannya, manakala Hizkil adalah orang iman biasa]
Saudara, zaman awal manusia dahulu, kekentalan iman merka tidak dapat kita ikuti zaman ini. Hari ini begitu banyak dan berbagai rangsangan ke arah menyeronokkan perbuatan sia-sia dan melupakan tanggungjawab agama, maka Allah (a.w) itu mengimbani usaha manusia beriman atau yg ingin mencari kejayaan akhirat dgn memberikan ganjaran yg banyak atas usaha yg sedikit. Itupun alau kita mampu lakukan.
Kita ada beberapa hari lagi untuk mencari Malam Qadr itu. Macam-macam dikatakan sifat-sifat mlm itu. Malah Rasulallah (s.a.w) telah diberitahu oleh Allah (a.w). Tapi, ketika beliau keluar untuk memberitahu para sahabat, ditengah perjalanan dia menemui para sahabat bertelagah dan bergaduh, maka terlupa dia malam apa. Maka dgn itu Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita supaya mempersungguh mengerjakan amal dan ibadah pada 10 malam terakhir Ramadhan supaya berjaya menemui Malam Qadr itu. Apakah kita mampu?
Jazakallahu kahirah
No comments:
Post a Comment