Tuesday, September 4, 2012

Dunia dan Akhirat, Dunia Untuk Akhirat

Assalamualaikum,
Saudara, maaf kerana penulis sendiri terpengaruh dan dipengaruhi oleh budaya raya masyarakat Melayu - bahawa sambutan raya itu adalah sebulan penuh, walhal dalam Islam sambutan utama Aid itu hanyalah sehari sahaja yang utama. Jadi kerana disebokkan oleh 'Jamuan Raya' atau lebih dikenali sebagai 'Rumah Terbuka' atau open house, maka terkandas juga usaha untuk menyempurnakan Puasa Enam dalam bulan Shawal. Dan, kurang kesempatan untuk menulis nasihat dalam blog ini. Alhamdulillah, penulis sempat tamatkan tuntuan tersebut.
Saudara, hari ini sudah 17 Shawal. Maka kita ada peluang 13 hari sahaja lagi untuk menyudahkan Puasa Enam hari Shawal kita. Maka dgn itu, apabila kita sempurnakan 30 hari puasa Ramadhan dan diikuti dgn Enam Hari puasa dalam Bulan Shawal pula, maka kita diberi Allah (a.w) ganjaran pahala seolah-olah kita berpuasa setahun. Alangkah pemurahnya Allah (a.w). Tapi, berapa ramaikah umat Islam yg ambil peluang mudah ini - mengerjakan suatu amalan yg sedikit tetapi diberikan ganjaran (atau bonos) pahala yg begitu banyak? Namun, yg utama adalah kita mengerjakan puasa kita itu semata-mata kerana niat: 'yarjuna rahmatahu, wa-yakhafuna 'zabahu' (Yg bermaksud: Mencari kerahmatan (atau kasih sayang) Allah (a.w) (yakni, balasan syurga) dan diselamatkan dari siksaanNya (yakni, neraka Allah (a.w)) - Ayat 57, Surah al-Isra'. Itulah sebenarnya niat kita dalam mengerjakan segala amalan dan ibadah dan menjalani kehidupan yg menepati keetapan Allah (a.w).
Saudara, mungkin saudara pernah mendengar bidalan bahawa dunia ini adalah tempat bercucuk tanam dgn harapan kita mengutip hasil yg kita tanam itu sebagai bekalan untuk akhirat. Maka kita tanam sebanyak mungkin dan sebaik mungkin pelbagai tanaman yg akan menghasilkan sebaik mungkin dan sebanyak mungkin hasil untuk kita bawa ke akhirat sebelum sampai ajal kita. Adakah saudara melakukan sedemikian? Kita boleh ibaratkan menanam untuk akhirat ini seperti kita menanam tanaman utama, iaitu segala ibadah yg diwajibkan atas kita (solat, puasa Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menginfaq, dan menunaikan ibadah haji dan umrah) dan tanaman kontan yg tidak wajib kita tanam tetapi akan menambah kpd pendapatan kita sebagaimana tanaman kontan dalam usaha pertanian (iaitu segala amalan dan ibadah sunat, solat sunat, bangun sepertiga malam untuk berqiamu-lail, puasa sunat, sedekah, membuat amal makruf, dan usaha memuji-muji membesarkan Allah (a.w)  spt berzikir dsbnya dan sebagainya). Sebenarnya, kalau saudara faham Islam dan syariatnya, sdr akan, sedaya boleh, mengerjakan segala amalan dan ibadah sunat, kerana amalan dan ibadah sedemikian itu, menunjukkan kesyukuran kita. Amalan dan ibadah wajib atau fardu itu adalah tugas dan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah (a.w). Kerana itu adalah perintah mutlah bagi kita yg Islam. Amalan sunat menunjukkan atau membuktikan kesyukuran kita terhadap kurniaan Allah (a.w) yg tidak mungkin dapat kita hitungi.  Kerana amalan dan ibadah sedemikian adalah 'voluntary' atas keridhaan kita sendiri demi membuktikan kasih serta khidmat bakti kita menyahut perintah dan suruhan Allah (a.w) dan RasulNya. Yg menentukan taraf keimanan dan ketaqwaan kita serta tahap syurga kita itu berdasarkan segala amalan dan ibadah sunat.  Satu drp ibadah sunat yg utama adalah mengerjakan Puasa Enam Hari dalam bulan Syawal.
Saudara, dalam blog ini kita telah tahu bahawa Allah (a.w) tidak utamankan dunia. Pada Allah (a.w) dunia ini tiada nilainya pada Allah (a.w). Justeru itu walau bagaimana sekalipun berjayanya dan hebatnya kita di dunia contohnya kita menjadi billionaire atau millionaire, tak ada nilaipun pada Allah (a.w). Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa kalaulah dunia ini senilai dengan sebelah kepak nyamok, maka Allah (a.w) tidak akan berikan seorang yg kafir (yg idak Islam itu) setegok airpun untuk mereka minum! Kerana Allah (a.w) suruh mereka sembah Dia dan mengabdikan diri mereka kpdnNya tetapi mereka enggan dan Allah (a.w) suruh mereka taati perintah RasulNya, mereka enggan. Yg ada nilai pada Allah (a.w) hanyalah ketaqwaan dan keimanan kita. Tapi, bagi manusia itu - Ilsam ataupun tak Islam - mereka utamakan dunia, walhal dunia itu hanya sementara saja - setakat mana yg Allah (a.w) kurniakan umur kita - mungkin 60 atau 70 atau 80 atau 100 tahun - itu saja. Apabila kita mati ada kubur (alam barzah) dan ada Padang Makhsyar (tempat hisaban segala yg kita lakukan di dunia semasa kita hidup) dan ada alam akhirat yg kekal! Yg tempohnya jauh lebih lama dan kekal pula - tiada waktu berakhirnya. Kalaulah kita diputuskan ahli neraka, maka itu bukanlah kehidupan. Kehidupan yg sebenarnya adalah kalau menjadi ahli syurga. Dalam syurga itu kita mendapat segala sesuatu yg kita inginkan dan diberikan segala sesuatu yg kita sendiri tidak tahu, tetapi Allah (a.w) beritahu kita, untuk menambah nikmat bagi kita yg berjaya mendapat syurga. Maka dgn itulah Allah (a.w) memberitahu bahawa 'kehidupan yg sebenrnya kehidupan itu bukan kehidupan dunia, tetapi kehdupan semasa dalam syurga di akhirat ('... wa-innad-daral-akhirata la-hayawan ...' (yg bermaksud: Dan sesungguhnya negara akhirat itu nescaya adalah ia kehidupan yg sebenarnya kehidupan - Ayat 64, Surah al-Ankabut)).
Saudara, manusia yg bijak dan pintar menjalani kehidupan duniawi yg singkat ini diperjelaskan dalam hadith berikut:
Anas (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Laisa bi-khairikum man taraka dunnyahu li-akhiratihi wa-la akhiratahu lidunyahu hatta yusiba minhuma jami'an, fainnad-dunya balaghun ila akhirati wa-la takunu kalla 'alan-nasi.' (yg bermaksud: Tidaklah sebaik-baik (yakni, orang yg terbaik dikalangan) kamu sekelian (bukanlah) orang yg meninggalkan dunianya kerana akhiratnya dan tidak pula orang yg meninggalkan akhiratnya kerana dunianya, (tetapi orang yg berusaha untuk dunia dan akhirat) sehingga dia mendapatkan kedua-duanya sekali. Sesungguhnya dunia itu adalah (untuk mencari) bekalan menuju akhirat. Dan janganlah kamu sekelian menggantungkan diri pada orang lain.) [Hadith Riwayat Ibnu 'Asakar]
Saudara, hadith ini sepatutnya menjadi panduan hidup mutlak seorang Muslim yg sejati. Kalau dia berpedomankan sabda Rasulallah (s.a.w) maka dia - yakni saudara salah seorangnya - pasti memberikan khidmat cemerlang dalam apa jua urusan dunia kerana mencari sekuat mungkin dan sedaya mungkin kejayaan duniawi, kerana kejayaan dunia itu memungkinkan dia mendapat apa yg dihajatinya di dunia dan, pada waktu yg sama, dapat menyediakan bekalan terbaik dan terbanyak pula untuk akhiratnya. Jadi dia merupakan orang yg berjaya di dunia dan di akhirat lebih berjaya kerana balasan segala sesuatu pelaburan akhirat ketika di dunia dilipatgandakan oleh Allah (a.w). Maka pastilah dividen akhirat melebihi dividen dunia berlipat ganda. Kalau kita berjaya kita berkedudukan untuk meningkatkan pelaburan akhirat kita dan melabur pula supaya ramai orang Islam lain dibantu untuk menambah dan mempelbagaikan pelaburan akhirat kita melalui usaha mereka. Kalau kita kaya menjadi bilioner dan jutawan maka kita oleh menginfaq sebanyak yg mungkin dari kekayaan kita dalam usaha fi sabilillah untuk memakmurkan agama Allah (a.w) dan memertabatkan lagi agama Islam di mana kita berada. Maka usaha fi sabilillah tersebut adalah pelaburan akhirat terbaik bagi kita. Kita boleh menempah tempat tinggal terbaik di dalam syurga kelak - bersama-sama dgn para rasul, nabi, syuhadah, dan mereka yg disebutkan hampir kpd Allah (a.w). Malah kita telahpun tahu melalui post yg lalu hadith qudsi bilamana Allah (a.w) berfirman: 'Harta itu harta milikKu dan syurga itu syurga milikKu, maka belilah syurgaKu dgn hartaKu' Allah (a.w) berikan kita rezki dlm berbagai bentuk melalui usaha kita maka kita dapati harta dan kekayaan serta kemewahan di dunia. Semuanya yg kita perolehi, walaupun atas usaha kia, adalah milik an kurniaan Allah (a.w). Maka Allah (a.w) suruh kita beli syurgaNya dan harta kekayaan dan kemewahan yg diberikan oleh Allah (a.w) kpd kita.
Saudara, mudah-mudahan post ini menaikkan semangat saudara untuk mencari kejayaan terbaik di dunia dan di akhirat, insyaAllah.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment