Wednesday, September 5, 2012

Menarik Hari Ini (Kelmarin)

Assalamualaikum,
Saudara, kelmarin tak sempat nak komen suatu berita menarik yg disiarkan dalam Utusan Malaysia keluaran kelmarin (4 Sep. 2012), mengenai suatu sejarah yg dicipta dalam perkara pengurusan hal ehwal agama Islam di Malaysia. Mungkin umat Islam, malah pemimpin Islam di Malaysia, berbangga membuat cetusan sejarah apakala seorang wanita dinobatkan sebagai pentadbir tertinggi dalam organisasi yg menguruskan hal ehwal agama Islam - Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu.
Kerajaan Negeri Terengganu - katanya melalui suatu pensturkturan semula pentadbiran kerajaan negeri Terengganu - melantik Samsiah bt Awang (54 tahun), seorang ibu tunggal sembilan anak, sebagai Pengarah, i.e. peneraju atau ketua, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu. JHEAI adalah jabatan yg mentadbirkan segala perkara mengenai syariat Islam, termasuklah menjalankan kuasa-kuasa penguatkuasaan seumpama mencegah maksiat spt muda mudi 'berkhlawat' dan sebagainya. Dalam urusan pentadiran kerajaan, JHEAI itu amat utama kerana segala program melibatkan agama terutama dakwah, pengajian agama spt pengajian ilmu al-Quran dan as-Sunnah, urusan perlantikan para mubaligh dan urusan pentauliahan orang-orang yg dibolehkan berdakwah dan menyampaikan ilmu, menghukum, membantu memberi fatwa, menghukum dan sebagainya. Oleh kerana Sultan pula adalah ketua agama di negeri, selaku ketua JHEAI, beliau sering berinteraksi dgn Sultan.
Saudara, yg pasti dalam Islam berdasarkan syariat Islam yg haq, tempat wanita adalah di rumah. Wanita tidak dibolehkan memimpin jema'ah umat Islam.  Wanita tidak boleh menjadi imam solat, walaupun dia mengimamkan sekumpulan makmum yg terdiri dari perempuan semata-mata, walupun anak-anak perempuannya sendiri. Wanita, sebagai mubalighat (pendakwah), tidak dibolehkan mengajar lelaki atau sekumpulan lelaki. Dia perlu berdakwah di belakang tabir. Malah wanita itu tempatnya di rumah sahaja, memimpin dan membentuk dan mendidik anak-anaknya, bukan bergiat di luar rumah. Namun, dalam masyarakat hari ini, ketetapan bahawa wanita itu hendaklah bergiat di rumahnya semata-mata sudah dianggap oleh masyarakat Islam di Malaysia sebagai suatu preskripsi yg jumud, tidak boleh dipakai lagi dalam era moden, era dunia tanpa sempadan atau era globalisasi ini. Hakikatnya, preskripsi Islam berdasarkan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, telahpun ditolak tepi atau tidak lagi dijadikan panduan hidup dan peradaban orang Islam yang mutlak.
Saudara, keaslian Islam itu sudah lama berubah dan perubahan itu dibuat dan dicetuskan oleh orang Islam yg dianggap masyarakat sebagai orang alim atau ulama', kononnya ingin memodenkan Islam dan menjadikan Islamrelevan kepada masyarakat zaman moden ini. Malah, ada orang yg menyebutkan bahawa agama Islam itu wajib berubah mengikuti zaman dan ketemadunan manusia. Ini adalah pertimbanagn yg batil. Kerana, mustahil Allah (a.w) itu cetek ilmuNya. Tak tahu apakah corak manusia zaman akhir! Mereka berpandangan bahawa agama itu wajib berubah mengikuti peredaran zaman. Walhal, ketetapan Islam sebaliknya, iaitu manusia itu wajib berubah atau mematuhi syariat Islam, bukan syariat Islam itu perlu disesuaikan dengan kehendak manusia! Namun, dorongan dan pengaruh duniawi itu amat kuat sehinggakan pertimbangan-pertimbanagn keduniaan atau duniawi itu mengatasi ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, yg menetpkan syariat Islam itu. Malangnya, sebaliknya berleluasa berlaku kini. Ini berlaku dalam masyarakat Islam di mana-mana. Malaysia tidaklah terkecuali. Maka dgn itulah mereka yg faham Islam itu diberitahu melalui ilmu - al-Quran dan as-Sunnah - bahawa keimanan umat Islam itu semakin rapuh, sehinggakan Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa di akhir zaman walaupun umat Islam itu ramai, namun mereka lemah disebabkan mereka mula mengasingkan diri dari ketetapan hak dari Allah (a.w) dan RasulNya.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment