Assalamualaikum,
Saudara, Ahad yg lalu berakhrnya Shawal. Di kalangan masyarakat Melayu mereka merauakan Aidil Fitri itu sebulan penuh dgn berbagai rumah terbuka dan jamuan, majlis nikah kahwin dan lain-lain lagi. Malah mereka yg tak puasapun merayakannya!
Kini kita dahpun masuk bulan Zulkaedah.
Dalam bulan Zulkaedah tidak ada amalan atau badah yg khusus sebagaimana bulan Ramadhan dan Syawal, kecualilah amalan sunat biasa berkaitan dgn puasa sunat setiap hari Isnin dan KHamis dan uasa sunat pada pertengahan bulan - 13, 14 dan 15 Zulkaedah, puasa Putih.
Insya Allah akan muncul pual selepas Zulkaedah bualan yg banyak keberkatannya, iaitu bulan Zulhijjah (bulan haji). Khabarnya, kelmari penerbangan pertama jema'ah haji Malaysia sudahpun berlepas ke Saudi Arabia. Mereka akan singgah buat 8 hari paling kurang untuk mengerjakan ibadah sunat bersolat 5 waktu selama 8 hari untuk mendapatkan sejumlah 40 solat fardu di Masjid al-Nabawi, yg banyak fadhilatnya. Kemudian merka akan ke Mekah untuk persiapan ibadah haji pula. Sementara menunggu Hari Wukuf (9 Zulhijjah) ramailah umat Islam dari merata ceruk bumi ini mengerjakan umrah.
Umat Islam sering terlupa atau jahil tentang ketetapan dalam Islam bahawa sesiapa yg mengerjakan umrah dalam bulan haji akan dikenakan dam seekor kambing bagi setiap umrah yg dikerjakan. Malangnya, umat Islam Malaysia sering tidak menepati ketetapan syariat Islam ini, kerana mereka hanya membayar dam umrah jika mengerjakan Haji Tamattuk - mengerjakan umrah sebelum menyempurnakan ibadah haji. Bulan haji itu bermula 1 syawal dan berakhir pada 13 Zulhijjah. Islam mensyaratkan sesiapa yg mengerjakan umrah dalam bulan tersebut diwajibkan membayar dam seekor kambing bagi setiap umrah yg dikejakan. Justeru itu, kalaulah kalaulah seseorang itu berupaya membuat 10 umrah sepanjang tempoh mereka berada di Mekah sebelum tamat ibadah haji mereka, maka mereka perlu membayar dam 10 ekor kambing! Anihnya, para mutawif atau pemudahcara Tabung Haji, contohnya, tidak menaihatkan jema'ah haji perkara ini. Maka dgn itu ramailah umat Islam - sekian lama - menunaikan haji terhutang dam mereka kerana mereka diajarkan sesiapa yg membuat Haji Tamattuk, i.e. umrah dahulu sebelum haji, hanya perlu membayar dam seekor kambing sahaja, walau berapa kerap sekalipun mereka mengerjakan umrah!
Saudara, dalam pos-post yg akan muncul kita akan lihat beberapa amalan/ibadah sunat yg utama dalam bulan Zulhijjah, selain mengerjakan haji tu.Mudah-mudahan melalui ilmu sedemikian, ramailah kita berpeluang membuat sebanyak mungkin pelaburan akhirat, demi mencari kerahmatan Allah (a.w) (i.e. balasan syurga) dan demi menghindakan diri dari siksaan Allah (a.w) (i.e. dalam neraka kerana membuat dosa). Pahala mengerjakan kurban itu hanya boleh disamai oleh pahala seseorang yg berjihad dalam fi sabilillah apabila keluar berjihad, dia menghabiskan hartanya dan dia mati dalam proses tersebut. Pahala menyembelih kurban seekor lembu itu sama banyaknya dalam sedemikian pengorbanan berjihad.
Saudara, ibadah yg amat penting dan utama yg menghasilkan begitu banyak pahala dalam bulan Zulhijjah adalah ibadah kurban - menyembelih unta atau lembu atau kambig pada 1 Zulhijjah hinggalah 12 Zulhijjah. Walaupun menyembelih kurban itu bukanlah amalan fardu, namun adalah seakan-akan fardu kerana kita disuruh oleh Allah (a.w) melakukannya dalam bulan Zulhijjah ini. Jika kita tak lakukan maka tak perlulah kita mengerjakan Solat Aidil Adha! Iulah ketetapan as-Sunnah.
Saudara, jikalah kita berniat hendak menyembelih kurban, maka kita disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) supaya tidak memotong kuku dan menggunting atau memotong rambut mulai masuk 1hb Zulhijjah sehinggala selesai ibadah kurban kita pada 10 atau 11 atau 12 Zulhijjah kelak. Insya Allah kita akan teliti ketetapan Islam dalam perkara ini selain meneliti beberaa ketetapan lain yg berkaitan dgn ibadah kurban ini dalam post-post yg akan datang.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment