Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telah sebutkan secara sambil lalu beberapa perkara mengenai ibadah kurban. Pertama, jika kita nak kerjakan kurban, mak kita disuruh jagan memotong kuku dan rambut mulai nampak anak bulan Zulhijjah hinggalah selesai kita menyembelih kurban kita. Dan, kurban itu disembelih selepas selsesai Solat Adil Adha pada 10 Zulhijjah dan kita boleh menyembelih kurban, kalau tak sempat pada 10 Zulhijjah, pada dua hari Tayrik iaitu 11 dan 12 Zulhijjah sebelum masuknya waktu 'Asar pada 12 Zulhijjah. Tenakan untk kurban itu adalah unta atau lembu (sapi) atau kerbau atau kambing.
Dalam hadith berikut disebutkan tegahan memotong kuku dan menggunting rambut atau mencukur bulu badan.
Larangan Gunting Rambut dan Mengerat Kuku
(Jika nak mengerjakan kurban)
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah (r.ah), seorang Isteri Nabi, berkata: ‘Sesungguhnya Nabi (s.a.w) telah bersabda: ‘Ketika melihat kamu sekelian pada tanggal (anak bulan satu Zulhijjah) bulan Zulhijjah dan ketika mengkehendaki salah satu seorang daripada kamu sekelian menyembelih haiwan Kurban, maka hendaklah menahan (yakni, membiarkan) sekelian kamu dari rambut dan kukunya (yakni, jangan memotong rambut dan kuku sehinggalah selesai kurban).’ [Hadith Muslim].
Ketetapan ini bukanlah suatu kewajipan, tetapi untuk mendapatkan pahala maksimum pahaa sunnah berkurban itu wajarlah dipatuhi. Tidak ada kerugian jika kita mematuhinya. Malah kita mendapat pahala sunnah dengan mengerjakan suatu suruhan yg ringan.
Saudara, pahala ibadah kurba itu amat besar. Jika kita kerjakan, kita sebenarnya membuat pelaburan akhirat untuk meraih dividen akhirat yg amat besar pahalanya. Kita lihat 3 potongan hadith berikut:
Kefadhalan Mengerjakan Kurban
(a) Pahala Kurban itu sampai sebelum jatuhnya darah haiwan kurban ke bumi
Saudara, hadith berikut menjelaskan bahawa pahala yg kita perolehi menyembelih kurban itu seumpama banyaknya bulu-bulu haiwan yg kita jadikan kurban itu. Fikirkanlah berapa banyakkah helaian bulu haiwan tersebut, begitulah banyaknya pahala yg kita perolehi.
Diriwayatkan hadith dari Aisyah (r.ah) (berkata dia): ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) telah bersabda: ‘Tidak beramal anak Adam dari amalan pada hari menyembelih (yakni, hari raya Kurban) yang lebih menyenangkan (yakni, disukai oleh) Allah (a.w) daripada mengalirkan darah (yakni, mengerjakan Kurban). Sesungguhnya (sesiapa yang) berkurban nescaya pada hari Qiamat dimana tanduknya dan bulunya dan kukunya (ternakan kurban itu), dan sesungguhnya sebelum jatuh darahnya (ke bumi) nescaya daripada Allah (a.w) (mendapat ganjaran pahala), maka bersenanglah (yakni, bergembiralah) sekelian kamu dengan Kurban bagi dirinya.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
(b) Setiap bulu haiwan kurban itu satu pahala
Di dalam hadith berikut disebutkan ahawa pahala yg kita perolehi itu tidak terhad kepada jumlah bulu-bulu ternakan tersebut, kerana setiap bulu-bulu halsun dikira sekali dalam menentukan jumlah pahala yg kita perolehi.
Diriwayatkan hadith daripada Zahid bin Arqam (r.a) berkata dia: ‘Berkata seorang sahabat Rasulallah (s.a.w) kepadanya (yakni, bertanya): ‘Ya, Rasulallah (s.a.w), apakah ini beberapa Kurban?’ Menjawab Rasulallah (s.a.w): ‘Telah disunatkan oleh bapa kamu sekelian, Nabi Ibrahim (a.s)’. Maka berkata sahabat lagi: ‘Maka apakah bagi kami (i.e. apakah pahalanya) dalam Kurban, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Maka dijawab Rasulallah (s.a.w): ‘Dengan tiap-tiap sehelai rambut (yakni, bulu binatang kurban itu) satu kebaikan (yakni, pahala dari Allah (a.w))’. Bertanya lagi sahabat tersebut: ‘Maka bagaimana pula dengan bulu-bulu halusnya, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Dijawab oleh Rasulallah (s.a.w): ‘Tiap-tiap satu rambut dari bulu halusnya satu kebaikan.’ [Hadith sahih Ibnu Majjah]
(c) Besarnya Pahala Ibadah Kurban
Saudara, kalau dua hadith di atas itu tidak dapat mebayagkan betapa besarnya pahala menyembeih kurban itu, kita pasti akan teruja untuk mengerjakan ibadah kurban dengan merujuk kepada hadith berikut, yg menyebutkan bahawa pahala mengerjakan kurban itu mengalahkan pahala yg didapati oleh seseorang yg berjihad pada jalan Allah (a.w) membantu membangunkankan dan melestarikan syariat Islam dengan dirinya (spt berperang dalam sabilillah) dan hartanya. Pahala berjihad itu amat besar. Orang-orang yg mati syahid dalam fi sabilillah itu diberikan taraf syurga bersama-sama para nabi dan golongan orang-orang soleh. Mengerjakan sembelihan kurban itu mengatasi pahala orang yg melibatkan dalam ksabilillah. Pahala kurban itu hanya dikalahkan oleh orang yg berjihad dengan dirinya dan hartanya, kemudian kesemua harta miliknya habis dan dia sendiri mati dalam sabilillah tersebut. Demikianla besarnya pahala mengerjakan kurban itu.
Diriwayatkan hadith dari said b Khubairin hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak ada dari beberapa hari, yakni hari kesepuluh (bulan Zulhijjah) yang di dalamnya (ada amalan) yang lebih disukai Allah (a.w).’ Berkata mereka (para sahabat): Wahai Rasulallah (s.a.w)! Tidak berjihad fi sabilillah (i.e. membela ugama Allah (a.w))?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Dan tidak juga berjihad fi sabilillah.’ (Kemudian Rasulallah (s.a.w) menyambung sabdanya): ‘Kecuali seorang lelaki (yang berjihad itu) keluar dengan dirinya dan hartanya, maka tidak kembali dia dari demikian (jihad) dengan sesuatupun.’ (Yakni, lelaki yang berjihad dengan diri dan hartanya itu habis hartanya dan mati dia dalam jihad tersebut. Orang sedemikian itu mendapat pahala yang dapat mengatasi amalan (korban) pada 10 Zulhijjah itu.).’ [Hadith Abu Daud]
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa ganjara pahala kurban itu mengatasi atau melebihi pahala berjihad, kecualilah seseorang itu keluar berjihad, kemudian tidak kembali dia, yakni mati dia dalam berjihad itu.]
Saudara, apakah kita tak teruja demi mencari kedudukan yg utama di akhirat ketika berada di dalam syurga? Tidak perlu kita mengeorbankan banyak sumber unutk berkurban. Seekor unta, jika dibeli di Mekah (i.e. Arab Saudi) mungkin berharga antara 6,000.00 hingga 10,000.00 Riyal sahaja, termampu oleh orang Melayu yg ekonominya baik spt para usahawan dan penjawat jawatan korporat yg rata-rata dibayar gaji oleh GLC melebihi RM 50,000.00 sebulan! Seekor lembu hanyalah RM 2,500.00 - 2,700.00 sahaja. Manakala seekor kabig boleh didapati dengan bayaran RM 750.00 - RM 1,000.00 sahaja. Jika kita sembelih kurban dgn sedemikian belanja yg sedikit, betapakah besarnya dividen akhirat bagi kita.
Mudah-mudahan saudara yg mengikuti blog ini faham dan teruja, insya Allah.
Saudara, dalam post-post yg selanjutnya kita akan teliti beberapa persyaratan dalam mendapatkan haiwan untuk kurban bagi memndu kita melaksanakannya, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment