Monday, September 24, 2012

Jahilnya orang Islam!

Assalamualaikum,
Hari ini kita terbaca lapuran dalam akhbar The Sun di muka 2 bertajuk 'Return to basics of al-Quran: Dr M', yg melapurkan komen Dr Mahathir Mohamed tentang Islam dan tindak tanduk umat Islam serta interpretasi umum tentang Islam syariatnya dan ketetapannya. Beliau komen tentang 'hudud' dan menyebutkan tidak bersetuju beliau tentang  takrifan hukum oleh segolongan orang Islam yg katanya cuba mentafsirkan ketetapan Islam tentang 'hudud' itu terlalu rigid berdasarkan as-Sunnah. Beliau berpendapat as-Sunnah adalah panduan 'optional' bukan panduan hakiki. Maka dgn itu mereka yg berpandukan as-Sunnah mengadakan hukuman yg berat terhadap penzina, katanya, iaitu merejam mereka dgn batu, walhal hukuman al-Quran hanyalah menyebat mereka sebanyak 100 sebatan. Dr Mahathir menyebut dalam perkara zina itu tiada ketetapan Islam dalam al-Quran tentang hukum merejam atas penzina sehingga mereka mati!
Saudara, asas panduan syariat dan hukum hakam Islam adalah al-Quran dan as-Sunnah. Dalam al-Quran disebutkan penzina yg belum menikah dikenakan sebatan 100 kali sebatan seorang - lelaki dan perempuan. Tapi, hukum penzina bagi mereka yg dah berkahwin adalah direjam kedua-duanya sampai mati.
Nampaknya, Dr M adalah tergolong dari kalangan umat Islam yg tidak mahu as-Sunnah menjadi panduan mutlak Islam sebagaimana al-Quran. Katanya as-Sunnah itu 'optional'. Maka apa-apa ketetapan tentang merejam penzina sehingga mati itu, bukanlah ketetapan mutlak. Dr M bukan seorang yg faham dalam perkara hukum dan tanggapan tentang Islam. Majoriti umat Islam - yg jahil dan yg 'berilmu' pun - tidak faham Islam dan  syariatnya. Allah (a.w) jelas memberitahu kita yg akui diri kita Islam dan beriman mentaati Allah (a.w) dan mentaati Rasulallah (s.a.w), i.e. patuhi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) - Ayat 13, Surah an-Nisa', yg sering kita rujuk dalam blog ini. Umat Islam diwajibkan belajar ilmu. Ilmu yg diwajibkan umat Islam pelajari dan fahami dan amalkan dan jadikan panduan hidup sebagai seorang mukmin (i.e. yg beriman) adalah al-Quran dan as-Sunnah. Allah a.w) menyebut dalam al-Quran bahawa ketetapan Rasulallah s.a.w), yakni as-Sunnah ,itu wajib diambil pakai dan dijadikan ketetapan hukum hakam dalam Islam, dan apa-apa yg dianjurkan oleh Rasulallah (s.a.w) supaya kita jauhi, jelas dalam Ayat 7, Surah al-Haysr. Ayat ini adalah dalil haq yg menyuruh umat Islam terima dan patuhi ketetapan as-Sunnah.
Saudara, Dr M adalah seorang yg menganggapkan dirinya orang Islam moden - mengikuti peredaan zaman. Maka beliau menganjurkan umat Islam kembali kpd ketetapan yg asas - back to basics - katanya. Pada Dr Mahathir 'back to basic' tu bermaksud ikut al-Quran sahaja. Tapi beliau jahil bahawa ikuti al-Quran bererti ikuti as-Sunnah sekali, kerana al-Quran menetapkan bahawa as-Sunnah itu wajib dipatuhi. Jelaslah, beliau tak faham apakah maksud 'back to basics' itu. Sebenarnya 'back to basic' itu adalah kembali kpd ajaran dan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, kerana Islam hanya sempurna dgn berpandukan kpd as-Sunnah selain al-Quran. Seseorang yg tak mahu terima as-Sunnah sebenarnya tidak mematuhi ketetapan Allah (a.w), maka, antara lain, mereka tergolong dari kalangan mereka yg tergolong dalam golongan yg 'abtar' (terpisah) dari Rasulallah (s.a.w) - Ayat 3, Surah al-Kauthar, maka tidak diakui umat Muhammad (s.a.w). Sesiapa yg tidak tergolong atau tidak diakui  umat Muhammad pastilah dia terkeluar dari Islam, kerana Islam itu dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w), dan Rasulallah (s.a.w) itu berkata-kata atas dasar wahyu dan kebenaran, dan Allah a.w) wajibkan umat Islam itu patuhi dan taati ketetapan Rasulallah s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Sesiapa yg menentang Rasulallah (s.a.w), maksudnya, tidak terima as-Sunnah, pastilah di menentang Allah (a.w). Sesiapa yg menentang Allah (a.w) maka pastilah dia tidak Islam atau kalau Islam terkeluar dari Islam, wal iya zubillah! 
Saudara, amat bahaya pendapat dan pandangan Dr M itu. Mungkin kerana kurang kefahaman beliau tentang Islam - kerana beliau tak mempelajari Islam dengan mempelajari dan memahami Islam dari sudut al-Quran dan as-Sunnah, maka tidak hairanlah beliau dan majoriti umat Islam lain meremehkan ketetapan bertudung bagi wanita Islam, sebagai contoh. Maka dgn itu isterinya sendiri Dr Siti Hasmah tak pernahpun bertudung atau memakai tudung. Begitu juga isteri PM Najib.
Semasa menjadi PM dulu, Dr M sering mengkritik para ulama' yg memberi pandangan tentang Islam yg pada hematnya terlalu 'orthodox'. Belioau ingin Islam itu ditafsirkan secara moden. Dalam lain perkataan beliau inginkan Islam itu mengikuti zaman bukan zaman mengikuti Islam! Lanjutan kpd pendapat sedemikian adalah Allah (a.w) itu jahil tentang dunia akan datang. Maka Islam menjadi jumud. Suatu pandangan yg amat sesat dan menyesatkan. Manusia itu wajib ikuti ketetapan agama bukan agama wajib ikuti ketetapan manusia. Allah (a.w) menghukum kita yg Islam kalau tidak menghukum masyarakat berdasarkan apa-apa yg ditetapkan dan dituntut oleh al-Quran dan as-Sunnah, mereka yg bertanggung jawab mentadbirkan hukum hakam agama dikira kafir, wal iya zubillah! Maka menyedari hakikat inilah orang yg faham Islam inginkan hukum hudud ditabalkan di Malaysia. Kerana pertimbangan ini jugalah PAS terpaksa bertegang dgn rakan kongsi politiknya kekal dgn keinginan memertabatkan hukum hudud itu.
Saudara, Mudah-mudahan Dr Mahathir sempat belajar Islam dgn mempelajari al-Quran dan as-Sunnah sebelum sampai masanya untuk kembali menemui Allah (a.w). Jika tidak rugilah beliau. Setelah berjaya dan cemerlang di dunia, beliau gagal dan hina di akhirat. Dan, akhirat itu tiada sempadan waktu. Sama-samalah kita doakan agar beliau dan saudara Islam yg lain, sedar dan disedarkan, insya Allah.

Jazakallahu khairah 

No comments:

Post a Comment