Tuesday, September 4, 2012

Dunia dan Akhirat, Dunia untuk Akhirat (Samb.)

Assalamualaikum
Saudara, dalam post sebelum ini kita telahpun dapat panduan hidup yg amat berharga untuk kita jadikan panduan setiap saat baki kehidupan dunia kita - sebelum sampai ajal kita. Allah (a.w) memberitahu bahawa di dunia kita diberikan rezki mengikut qadar yg ditetapkan. Dan dalam post yg lalu kita diberitahu bahawa qadar itu hanya boleh diubah dgn do'a. Dan, kalau kita inginkan Allah (a.w) menambah rezki kita dan melanjutkan umur kita, maka hendaklah kita berusaha sentiasa menyambung silatur rahim dalam keluarga kita, terutamalah dalam menggembirakan kedua ibubapa kita ketika mereka sudah tua dan dhaif.
Kita juga diberitahu bahawa atas rezki yg Allah (a.w) berikan itu usahakanlah untuk melabur untuk akhirat mencari kedudukan syurga terbaik bagi kita. Harta yg kita perolehi di dunia itu adalah milik Allah (a.w) - Dialah yg berikan kpd kita. Syurga itu juga adalah milik Allah (a.w). Dan, Allah (a.w) menyuruh kita gunakan harta kita - wang ringgit, kekayaaan material dan kedudukan - untuk membeli syurga milikNya. Orang yg bijak itu faham dia maksud hadith tersebut. Namun, ramai orang yg kaya raya - digelar jutawan atau bilionnir di dunia  disanjung tinggi dan dihormati, lupa mereka tentang pesanan Allah (a.w) ini. Berapa ramaikah orang Islam yg kaya sekarang ini yg berusaha untuk membelajakan kekayaannya sebanyak munkgin untuk Islam - fi sabilillah? Mereka itu jahil atau lupa bahawa hartalah yg menjerumuskan mereka ke dalam neraka kelak. Kerana dalam kubur sudah disoal oleh malaikat Mungkar nakir apakah yg telah kita lakukan atas harta milik kita? Segala perbelanjaan yg tidak ditujukan untuk kebaikan akhirat akan disoal.
Saudara, dalam post yg lalu kita diberitahu bahawa orang yg terbaik dalam Islam itu adalah orang yg berusaha sekuat mampu dan seboleh mungkin untuk mancari kejayaan dunia tanpa melupakan akhirat, mereka dan mereka mencari kejayaan akhirat tanpa membiarkan atau mengabaikan kejayaan dunianya. Dunia adalah tempat menyediakan segala bekalan yg perlu untuk mendapat kejayaan akhirat - mempastikan diri selamat dari neraka dan berjaya mendapat akhirat, supaya tidak menyesal. Manusia yg diberi peluang hidup sekali ini, tidak berusaha melabur supaya di akhirat mendapat dividennya yakni nikmat syurga, adalah orang yg amat bodoh - sama ada mereka itu Islam atau tidak Islam.
Saudara, untuk mempastikan kita menjadi orang yg bijak ketika di dunia dan ketika di akhirat kelak, kita wajib memiliki ilmu mengenai Islam dan tuntutannya, mengenai dosa pahala, mengenai gandaan pahala, jalan pintas ke syurga dan terutama mengerjakan amalan dan ibadah yg sah dan diterima Allah (a.w). Ilmu menentukan segala-galanya. Maka dgn itulah Ali abi Thalib (r.a), khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin berkata: ''Man aradad-dunya fa-'alaihi bil-ilmi, wa-man aradal-akhirata fa-'alahi bil-ilmi. wa-man aradahuma, fa-'alaihi bil-ilmi.' (Yg bermaksud: Barangsiapa yg inginkan kejayaan di dunianya, maka hendaklah dia mempunyai ilmu; dan barangsiapa yg inginkan kejayaan untuk akhiratnya, maka hendaklah dia mempunyai ilmu, dan barangsiapa yg inginkan (mendapatkan) kedua-duaya sekali, maka hendaklah dia mempunyai ilmu.) Tiada orang yg bodoh dan jahil akan mendapat kejayaan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Kalau jahil di dunia maka takkan dapat jawatan tinggi bergaji besar. Kalau bodoh ilmu akhirat, maka kita akan megerjakan amalan dan ibadah tanpa ilmu, maka sesat kita, beramal dan beribadah, tetapi ibadah kita tidak diakui atau diterima Allah (a.w),mendapat pahala kerana tidak diterima Allah (a.w), wal iya zubillah. Maka dgn itulah Ali (r.a) berkata, ilmu itu paling utama untuk mendapatkan kejayaan dunia dan, lebih-lebih lagi, kejayaan akhirat. Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) berpesan atau membuat ketetapan (yg wajib atas setiap orang Islam): 'Talabul llmi faridatun 'ala kulli Muslimin' (Yg bermaksud: Belajar atau mencari ilmu itu wajib atas setiap orang yg Islam). Kerana ilmu itu menentukan segala sesuatu untuk dunia dan akhirat kita. Ilmu saja yg boleh menjamin kita berjaya mengikuti 'siratul mustaqim', iaitu jalan yg mempastikan kita berjaya mencari syurga ketika masih di dunia lagi. Setelah mati kita, tiada apa yg boleh memberikan luang dan ruang untuk berjaya di akhirat.

Jazakalahu khairah

No comments:

Post a Comment