Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti dalam post sebelum ini betapa besarnya pahala mengerjakan ibadah kurban itu.Terkadang kita mendengar tentang adanya beberapa orang Islam Malaysia yg ke negara-negara jiran spt Mynmar, Kemboja dan Viet Nam untuk menyebelih kurban dalam bulan Zulhijjah, kerana mereka berpandangan di negara-negara tersebut lebih ramai orang slam yg memerlukan kerana kedhafan mereka dlam aspek ekonomi. Sebenarnya, di Malaysia sendiri kita sering terbaca tentang kedhaifan umat Islam yg tinggal di daerah-daerah pendalaman, yg miskin yg jarang sekali dapat menimmati lauk pauk untuk keluarganya dari baha daging. Mungkin kita yg tinggal di Damansara, Taman Tun, bukit Antarabangsa, Shah Alam dan lain-lain kawasan kediaman orang-orag Islam yg mewah, tetapi masih ramai orang Islam di kalangan masyarakat Melayu yg miskin yg hanyalah setahun dua kali dapat menimati lauk pauk daging - sekali ketika tiba Ramadhan dan sekali ketika beraya, dan mungkin kali ketiga ketika menyambut Aidil Adha.
Saudara, syariat menyembelih kurban itu diperintahkan oleh Allah (a.w) melalui Surah al-Kauthar. Dalam surat itu dua ibadah utaa disebutkan iaitu, mengerjakan Solat Aidul Adha dan menyembelih kurban. Selain itu, amat penting juga kita fahami ketetapan dalam Surah tersebut, kerana majoriti umat Islam, termasuk kita di Malaysia ini, tidak ambil kisah ketetapan dalam Surat tersebut. Kita lihat surat tersebut.
Syariat Ibadah Kurban
(Masyru’iyatu udhiayati)
Saudara, Surah ini pendek mengandungi hanyalah 3 ayat sahaja. Tapi, maksudnya dan ketetapannya amat penting jikalah kita benar-benar faham isinya.
Firman Allah (a.w): ‘Inna ‘ataina kal-kauthar @ Fasolli li-rabbika wan-har @ Inna syaniaka hua abtar.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Aku (Allah (a.w) memberi Aku (Allah (a.w)) pada engkau (Muhammad (s.a.w)) Telaga al-Kauthar (1) Maka brsolatlah engkau (Muhammad (s.a.w) (Solat Aid Adha) dan sembelihlah kurban (2) Sesungguhnya orang yang membenci engkau (Muhammad (s.a.w) dia terputus (3). [Surah al-Kauthar]
[Nota: Orang yang tidak menyembelih kurban itu takpayahlah dia mengerjakan Solat idil Adha. Kalimah ‘abtar’ = orang-orang yang membenci Muhammad (s.a.w), yakni membenci Islam (yakni tidak beriman) dan membenci risalah yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) atau membenci atau tak mahu terima ketetapan Rasulallah (s.a.w) atau as-Sunnah adalah orang yang terputus hubungannya dengan Rasulallah (s.a.w). Mreka bukanlah tergolong dari kalangan umat Muhammad (s.a.w), yakni bukanlah Islam walaupun lahiriahnya Islam. Sesiapa yang tidak menerima as-Sunnah adalah orang yang digolongkan membenci Rasulallah (s.a.w) maka di padang mahsyar kelak tidak dibenarkan oleh para malaikat, atas printah dan ketetapan Allah (a.w), menghampiri Telaga al-Kautha untuk minum airnya. Sesiapa yang minum airnya tidak akan haus selama-lamanya semasa menunggu diberikan Kitab Catatan Amalan masing-masing. Ingatlah berkumpul atau berhimpun di padang mahsyar itu adalah selama 50 tahun. Sehari di akhirat sama dengan 1,000 tahun di dunia (= 50 x 365 hari x 1,000. = ? tahun di dunia! Orang Islam yang mengamalkan dan mengajarkan dan melestarikan amalan syirik, tahayul, kurafat, bida’ah dan taklid adalah tergolong dari kalangan orang yang menolak as-Sunnah, maka digolongkan sebagai orang-orang yang membenci Rasulallah (s.a.w) maka mereka tergolong orang yang terputus hubungannya dengan Rasulallah (s.a.w), yakni, tidak diakui Islamnya, tidak diterima segala amalannya dan walaupun lahiriah Islam namun tidak diktiraf Allah (a.w), wal iya zubillah.
Harus diingat bahawa segala ketetapan as-Sunnah itu melibatkan atau merujuk kepada umat Islam yang menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, bukan ditujukan kepada orang kafir, kerana orang yang kafir itu kedudukan akhirat mereka jelas, iaitu mereka takkan mendapat syurga dan meraka akan dimasukkan ke dalam neraka, tanpa terlebih dahul menunggu Kitab Catatan Amalan mereka diserahkan kepada mereka. Kerana kesemua amalan dan ibadah mereka, sebaik mana sekalipun, tidak akan diambil kira oleh Allah (a.w). Bagi orang Islam, janji syurga yg disebutkan oleh Allah (a.w) - atau janji pahala segala amalan dan ibadah - yg disebutkan dalam al-Quran dan as-Sunnah itu, hanyalah bagi umat Islam yg anuti dan amalkan syariat agama Islamnya berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Hanya amalan dan ibadah sedemikian yg diterima. Amalan yg idak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah semuanya batil.
Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memberiahu bahawa selepas ketiadaan beliau, umat Ilsam akan berpecah dalam agama Islam sendiri kepada 73 golongan Islam, 72 golongan Islam yg menyangka mereka Islam, gagal mendapat syurga di akhirat kelak. Yg mndapat syurga hanyalah satu golongan sahaja, iaitu mereka yg berpandukan sebagai panduan hidup orang Isam yg beriman kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, iaitu mereka mencontohi amalan Rasulallah (s.a.w) dan mereka berjema'ah dalam Islam.]
Saudara, ramai orang Islam yg mengamalkan Islamnya dalam kejahilan. Orang Islam itu diglongkan jahil kalaulah mereka tidak mengaji atau mempelajari Islam dan tuntutannya dengan mempelajari ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Al-Quran dan as-Sunnah sahajalah dua panduan mutlak umat Islam - panduan yg hak atau benar. Lain-lain panduan, termasuklah panduan dari kitab-kitab karangan mansuia, walau sehebat manapun mereka, tidak akan dapat mengatasi ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Untuk memhami Islam kita wajib belajar imu al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak, sbagaimana menjadi kelaziman searang ini, orang Islam akan mendahulukan manusia dalam memberi tazkirah atau peneragan mengenai Ilsam. Malah hari ini ramai penceramah yg terdiri dari mereka yg dikatalan 'alim ulama' atau mahaguru atau ilmuwan Islam, akan membicarakan tentang kehebatan para imam mazhab yg empat, tidakpun menyentuh tentang Rasulallah (s.a.w), walhal Rasulallah (s.a.w), mealui sunnahnyalah, yg menjelaskan, memperncikan dan memberi kita kefahaman tentang al-Quran dan perintah Allah (a.w). Tapi, Rasulallah (s.a.w) jarang sekali dirujuk. Atau, kalau dirujukpun secara incidental atau tak langsung sahaja!
Inilah kesilapan majoriti ilmuwan dan para ulama' hari ini. Mereka tidak mengutamakan as-Sunnah. Malah akalau mereka dapat ketetapan as-Sunah itu mereka minat, mereka akan menambah. kalau ketetapan as-Sunnah itu berlaianan dri pemikiran dan pendirian mereka mereka akan ketetepikan! Wal-iya zubillah. Kerana mereka yg enolak ketetaan as-Sunnah samalah menolak ketetapan Allah (a.w), maka secara senagaja atau tanpa diketahui, mereka terkeluar dari Islam, wal iya zubillah.
Oleh itu, kita yg jahilkan Islam wajarlah mulakan mencari ilmu yg hak dalam Islam, mencari panduan yg hak dalam Islam, itu belajar dan fahami al-Quran dan as-Sunnah supaya tidaklah kita tergelincir dalam beramal dan beribadah. Supaya tidaklah kiat kelak menyesal - bersusah payah mencari syurga, dapat neraka.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment