Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang ibadah kurban berdasarkan ketetapan Islam yg hak. Dalam post yg lalu kita diberitahu syarat-syarat haiwan yg boleh dijadikan kurban, iaitu cukup umurnya, gemuk dan berdaging yg cukup, bertanduk (sekurang-kurangnya tanduknya tidaklah patah lebih dari separuh), berbulu putih bercampur hitam tetapi bulu putihnya lebih banyak, tidak koyak atau campung atau berlobang daun telinganya (kalau koyah di depan atau di belakang telingannya, tidak melebihi separuh), tidak berpenyakit, tidak buta matanya dan kalau dikemilikan tidak mengapa asalkan tidak dipotong telurnya.
Kita juga diberitahu supaya menyediakan pisau atau parang untuk sembelihan itu awal-awal dan jangan diasah di hadapan ternakan yg hendak disembelih. Kita disuruh mempercepatkan penyembeliahn. Dan, janganlah kita mempamirkan sembelihan kita pada haiwan kurban yg lain. Sebak-bauknya hendaklah diletak tabir untuk melindungi permandangan haiwan kurban lain ketika menyebelih haiwan kurban.
Kita juga diberitahu bahawa waktu sembelihan itu hendaklah selepas Solat Aidil Adha, barulah sempurna mendapat pahala sunnah mengerjakan kurban. kalau disembeih sebelum solat, maka kita tidak mendapat pahala sunnah. Kita juga diberitahu bahawa sembelihan kurban itu boleh dibuat selepas Solat Aidil Adha sampailah tamat waktu menyembelih ketika masuk waktu 'Asar pada 12 Zulhijjah (hari kedua Tasyrik).
Dalam post yg lalu kita telah juga maklum tentang kaedah perkongsian membel haiwan kurban itu. Tidaklah kita disyaratkan berkongsi seekor unta 10 orang atau seekor lembu (sapi atau kerbau) 7 orang dan kambing seekor. Kerana, Rasulallah (s.a.w) ada menyembelih kambing kibas dua ekor - seekor untuk dia dan umat Islam yg belum mengerjakan kurban zamannya dan seekor unutk dirinya dan keluarganya. Justeru itu, tiada ketetapan yg menghadkan jumlah orang yg boleh berkongsi untuk membeli haiwan kurban.
Saudara, apakah bacaan yg hendak dibaca ketika menyemblih haiwan kurban itu? Ini diperjelaskan dalam hadith-hadith berikut:
Kaifiat atau Tatacara menyembelih
(Kaifiatuz-zabhi)
(a) Menggunakan pisau yang tajam
Islam menyuruh kita menyediakan pisau atau parang yg cukup tajamnya supaya memudahkan penyembelihan supaya tidakah kita menyiksa haiwan yg disembelih.
Diriwayatkan hadith dari Syadad b Ausin berkata: ‘Dua perkra yang hafal aku akandia dari Rasulallah (s.a.w) sesungguhnya Allah (a.w) mewajibkan brbuat baik atas setip sesuatu. Maka ketika membunuh kamu maka perbaikilah pembunuhan itu dan ketika menyembelih kamu maka perbaikilah sembelihan kamu dan supaya menajamkan oleh kamu pisau (sembelihan) dan supaya menyenangkan sembelihan kamu.’ [Hadith Bukhari, Kitab Haiwan Kurban]
(b) Bacaan ketika menyembelih
Hadith berikut memberitahu apakah kalimah-kalimah doa yg wajib dibaca ketika menyembelih. Kalaimah terpendek adalah membaca 'Bismillah, Allahu Akbar' kemudian disebutkan kurban itu untuk siapa spt 'Haza anni wa-ahli'.
Diriwayatkan hadith dari Jabir b Abdillah berkata (Jabir): ‘Menyembelih Nabi (s.a.w) pada Hari Menyembelih 9Aidil Adha) dua ekor kibas (i.e. kambing) yang bertanduk kedua-duanya yang berbulu putih bercampur hitam yang dikebirikan (i.e. dimandulkan), maka ketika mengadap kedua-duanya (ke arah qiblat) bersabda (membaca) dia: ‘Inni wajjahtu wajhiyalillazi fataras samawati wal-ardhi ‘ala millata Ibrahima khanifa wa-ma ana minal musyrikina, wa-mahya wa-mamati lillahi rabbil ‘alamin, la syarika lahu, wa-bizalika umirtu wa-ana minal Muslimina. Allahumma minka wa-laka wa-‘an Muhammadin wa-ummatihi. Bismillahi, wallahu akhbar.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya menghadap aku pada wajahku pada (Allah (a.w)) zat yang menciptakan beberapa langit dan bumi untuk menetapi agama Nabi Ibrahim (a.s) yang condong (terhadap Allah (a.w)) dan tidaklah aku dari kalangan orang yang musyrik. Sesungguhnya solatku dan ibadah sunatku (yakni, kurbanku) dan hidupku dan matiku kerana Allah (a.w) tuhan semesta alam, tidak syirik aku pada Allah (a.w), dan dengan demikian diperintahkan aku dan aku adalah dari kalangan orang Islam. Ya Allah ya Tuhanku! (Kurban ini) Dari Engkau dan untuk Engkau (Allah). Dan dari (i.e. untuk) Muhammad (s.a.w) dan umatnya. Dengan nama Allah, dan Allah yang maha besar (atau agung)). [Hadith Abu Daud, Kitab Haiwan Kurban]
[Nota: Bahagian pertama bacaan ketika hendak menyembelih itu sebahagian yang tertulis pada Ayat 79 dan Ayat 162, Surah al-An’am). Bacaan terpendek ketika menyembei adalah ‘Bismillah, Allahu Akbar’. Tidak boleh ditambah dengan kalimah-kalimah lain kerana tiada sandaran ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Selain Rasulallah (s.a.w) Nabi Ibrahim (a.s) mendapat gelaran kekasih Allah (a.w) dan dijadikan contoh atau model ikutan umat Islam. Maka dengan itulah ketika membaca selawat nama Nabi Ibrahim (a.s) disebut. Haiwan kurban itu datangnya dari Allah (a.w) yang menciptanya dan yang memberikan rezki yang membolehkan kita membelinya dan menyembelih kurban, maka kalimah ‘minka wa-laka’ itu. Hadith ini menunjukkan bahawa kurban itu boleh dikongsi atau disembelih sebagai sumbangan semua (= umat Muhammad (s.a.w) dalam hadith ini). Apabila kita menyembelih kurban, kita bacalah ‘Bismillah, Allahu Akbar, haza inni wa-ahli’ (Yang bermaksud: Dengan nama Allah, Allah zat yang maha agung, kurban ini dariku dan keluargaku.’]
Hadith berikut menyuruh kita ketika menyembelih itu hendaklah kita mempercepatkan atau menyegerakan penyembelihan. Dengan itulah kita perlu gunakan pisatu atau parang sembelihanyg tajam supaya segera putus urat leher haiwan sembelihan.
Diriwayatkan hadith dari Salim b Abdillah b Omar hadith dari bapanya, Abdillah b Omar, berkata: ‘Memerintah Rasulallah (s.a.w) menjamkan pisau (sembelihan) dan bahawasanya disembunyaikan pisau itu dari (terlihat oleh) haiwan (sembelihan). Dan bersabda Nabi (s.a.w): ‘Iza zabaha ahadukum falyuhhij’ (Yang bermaksud: Ketika menyembelih salah seorang kamu maka hendaklah mencepatkannya (i.e. menyembelih dengan pantas, jangan lama.)‘ [Hadith Ibnu Majah, Kitab Kurban]
[Nota: Ketika menyembelih jangan lama mengelar leher haiwan. Seboleh-bolehnya diadakan tabir/ hadangan ketika menyembelih supaya tidak kelihatan proses itu oleh haiwan kurban yang lain. Hendaklah disegerakan prosesnya. Haiwan sembelih hendaklah diproses selepas benar-benar mati dahulu.]
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Abbas (r.a) bahawasanya seorang lelaki menidurkan pada kambing (yang hendak disembelihnya sebagai haiwan kurban) berkehendakan bahawa menyembelih dia (akan kambing itu) dan dia sedang menajamkan pisaunya, maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Aturidu ‘antumitaha mautatin halla hadadta syafrataka qabla an tudji’aha?’ (Yang bermaksud: Adakah berkehendakkan kamu mematikan/menyembelih kamu (pada kambing), hendaklah menajamkan/mengasah pisau sebelum menidurkan kamu (akan kambing)?) [Hadith al-Hakim dalam Kitab al-Mustadrak]
[Nota: Pisau yang digunakan untuk menyembelih itu hendaklah disediakan atau disiapkan atau ditajamkan lebih awal bukan ketika hendak menyembelih kurban baru diasah atau ditajamkan.]
Saudara, semoga melalui panduan hadith-hadith ini dapatlah kita pahala dan keberkatan maksimum dalam usaha kita melaksanakan ibadah kurban itu, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment