Assalamualaikum,
saudara, kita teruskan perbincangan kita tentang amalan yg utama dalam bulan Zulhijjah (atau bulan haji) selain menunakan haji dan umrah, iaitu menyembelih kurban. Dalam post yg lalu kita telahpun lihat betapa besarnya pahala menyembelih kurban itu. Kalaulah saudara yakin dgn Islam dan benar-benar beriman, mencari syurga Allah (a.w) dan menydiakan diri supaya selamat dari neraka Allah (a.w) di akhirat kelak!
Saudara, kali ini kita semak beberapa hadith selanjutnya mengenai ibadah kurban ini.
Syariat Ibadah Kurban
(Masyru’iyatu udhiayati)
Syariat menyembelih kurban dalanm bulan Zulhijjah itu telah ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam Surah al-Kauthar berikut. Ada dua perintah Allah (a.w), iaitu, pertama, mengerjakan Solat Aidil Adha pada 10 Zulhijjah; dan kedua, menyembelih kurban pada 10 Zulhijjah (dan boleh dilaksanakan pada 11 dan 12 Zulhijjah).
Firman Allah (a.w): ‘Inna ‘ataina kal-kauthar @ Fasolli li-rabbika wan-har @ Inna syaniaka hua abtar.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Aku (Allah (a.w) memberi Aku (Allah (a.w)) pada engkau (Muhammad (s.a.w)) Telaga al-Kauthar (1) Maka brsolatlah engkau (Muhammad (s.a.w) (Solat Aid Adha) dan sembelihlah kurban (2) Sesungguhnya orang yang membenci engkau (Muhammad (s.a.w) dia terputus (3).
[Nota: Dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa sesiapa orang Islam yg tak mahu mengerjakan kurban, maka tak payahlah dia mengerjakan Solat Aidil Adha! Demikianlah Rasulallah (s.a.w) menyuruh umatnya amalkan amalan kurban yg dikira suatu amaln sunat muakkad (mengikut istilah ulama’ arus perdana), hampir-hamir wajib atas orang iman. Kalimah ‘abtar’ = orang-orang yang membenci Muhammad (s.a.w), yakni membenci Islam (yakni tidak beriman) dan membenci risalah yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) atau membenci atau tak mahu terima ketetapan Rasulallah (s.a.w) atau as-Sunnah adalah orang yang terputus hubungannya dengan Rasulallah (s.a.w). Mereka bukanlah tergolong dari kalangan umat Muhammad (s.a.w), yakni bukanlah Islam walaupun lahiriahnya Islam. Sesiapa yang tidak menerima as-Sunnah adalah orang yang digolongkan membenci Rasulallah (s.a.w) maka di padang mahsyar kelak tidak dibenarkan oleh para malaikat, atas printah dan ketetapan Allah (a.w), menghampiri Telaga al-Kautha untuk minum airnya. Sesiapa yang minum airnya tidak akan haus selama-lamanya semasa menunggu diberikan Kitab Catatan Amalan masing-masing. Ingatlah berkumpul atau berhimpun di padang mahsyar itu adalah selama 50 tahun. Sehari di akhirat sama dengan 1,000 tahun di dunia (= 50 x 365 hari x 1,000. = ? tahun di dunia! Orang Islam yang mengamalkan dan mengajarkan dan melestarikan amalan syirik, tahayul, kurafat, bida’ah dan taklid adalah tergolong dari kalangan orang yang menolak as-Sunnah, maka digolongkan sebagai orang-orang yang membenci Rasulallah (s.a.w) maka mereka tergolong orang yang terputus hubungannya dengan Rasulallah (s.a.w), yakni, tidak diakui Islamnya, tidak diterima segala amalannya dan walaupun lahiriah Islam namun tidak diktiraf Allah (a.w), wal iya zubillah.
Harus diingat bahawa segala ketetapan as-Sunnah itu melibatkan atau merujuk kepada umat Islam yang menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, bukan ditujukan kepada orang kafir, kerana orang yang kafir itu kedudukan akhirat mereka jelas, iaitu mereka takkan mendapat syurga dan meraka akan dimasukkan ke dalam neraka, tanpa terlebih dahul menunggu Kitab Catatan Amalan mereka diserahkan kepada mereka. Kerana kesemua amalan dan ibadah mereka, sebaik mana sekalipun, tidak akan diambil kira oleh Allah (a.w).]
Saudara, selain dua perintah yg kita telahpun diberiahu itu, ada peringatan Allah (a.w) pula, yg amat utama kita fahami dan akur dengannya, iaitu sesiapa yg membenci Rasulallah (s.a.w), maka dia terputus hubungan dgn Rasulallah (s.a.w). Apakah maksudnya?
Saudara, dalam zaman awal Islam - zaman hidup Rasulallah (s.a.w) - beliau sememangnya dibenci oleh maysrakat Quraisy dan orang-orang Yahudi dan Nesrani. Maka dgn itulah Islam tak mudah diterima masyarakat manusia sebagai agama menggantikan tuhan-tuhan cptaan mereka sendiri, yakni berhala.
Apakah hari ini beliau dibenci? Pastinya masyarakat yg menganuti agama lain spt Yahudi dan Nesrani dan Majusi atau orang budha dan sebagainya memang memusuhi Islam dan segala sesuatu yg dilambangkan oleh Islam. Sebenarnya bukanlah Yahudi atau Nesrani itu sebagai naluri manusia mereka membenci Islam, tetapi syaitan telah menjadikan mereka bala tentera utamanya untuk menjerumuskan umat Islam supaya menentang Allah (a.w), dgn menentang agama Allah (a.w). Apakah ada orang Islam yg menghkhianati atau menentang Rasulallah (s.a.w)? Memang ada. Malah ramai sekali. Jika tidak masakan begitu ramai umat Islam, termasuk ara alim ulama' Islam dan mahaguru atau ilmuwan Islam yg mempertikaikan as-Sunnah atau ketetapan Rasulallah (s.a.w)! kalau umat Islam tak membenci Rasulallah (s.a.w) masakan mereka menolak segala sesuatu tentang hukum hakam Allah (a.w) spt hukum had atau hudud? Kalau umat Islam itu kasih dan sayangkan Rasulallah (s.a.w) masakan mereka tidakpun ambil berat ajaran Rasulallah (s.a.w) dan menerima ketetapan as-Sunnah, sbaliknya mendewa-dewakan para ulama' silam dan ulama masa kini dalam perkara syariat dan tuntutan Islam? Masakan mereka lantang menyebut bahawa wujudnya 'bid'ah hasanah' wahal Rasulallah (s.a.w) memberitahu tiada suatupun bid'ah yg baik? Kalau umat Islam itu kasihkan Rasulallah (s.a.w), masakan mereka tidakpun luangkan masa untuk mengaji dan memplajaro al-Quran dan as-Sunnah? Walhal, mereka menghabiskan lebih berganda masa dalam melakukan pelbagai pebuatan dan percakapan yg sia-sia?
Jelaslah, begitu ramai umat Islam sendiri yg bencikan Rasulallah (s.a.w). Sesiapa yg tidak menerima as-Sunnah, walaupun sedikit, atau mempertikaikan ketetapan as-Sunnah walaupun sedikt atau sangsikan ajaran Rasulallah (s.a.w) atau mengubah ajaran Rasulallah (s.a.w), i.e. as-Sunnah, adalah tergolong orang yg bencikan Rasulallah (s.a.w). Orang yg sedemikian itu di akhirat kelak tidak diakui oleh para malaikat sebagai umat Rasulallah (s.a.w), tidak dibenarkan mendekati Telaga al-Kauhar, apatah lagi minum airnya, malah segala amalan dan ibadahnya semas hidupnya tidak diterima Allah (a.w), tidak mendapat sebarang ganjaran pahala, malah di akhirat kelak masuk neraka!
Saudara, oleh itu berwaspadalah dalam mengaalkan agama, mengerjakan amalan dan ibadah dalam kejahilan. Berat padahnya. Janganlah jadi seorang yg alim (= berilmu_, mengamalkan pebagai amalan sunat siang dan malam, tetai tidak mendapat apa-apa kerana menyeisihi as-Sunnah menempatkan kita sebagai orang yg membenci Rasulallah (s.a.w), maka terputus dari hubungan atau talian tersebut, maka kita bertempat di neraka, wal -ya zubillah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment