Thursday, September 20, 2012

Ibadah dalam bulan Zulhijjah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan perbincangan kita mengenai tajuk di atas, khususnya ibadah menyembelih kurban.
Dalam post sebelum ini kita sudah teliti perintah Allah (a.w) mengenai ibadah kurban itu, iaitu Surah al-Kauthar. Kita teruskan lihat beberapa ketetapan mengenai haiwan untuk dijadikan kurban dgn meneliti hadith-hadith berikut:

Beberapa Haiwan yang diperbolehkan dibuat Kurban
(Ma yajuzu fil-udhiyyati) 

(a) Ketetapan menyentuh umur haiwan kurban

Diriwayatkan hadith dari Jabir berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘La tazbahu illa musinnatan illa an ya’sura ‘alaikum fatazbahu jaza’atan min do’ni.’ (Yang bermaksud: Jangan menyembelih kamu sekelian kecuali bahawa sulit (i.e. susah) mendapatkannya atas kamu (kambing) yang kecil atau anak kambing (i.e. belum cukup umur dibolehkan).’ [Hadith Muslim dalam Kitaab Haiwan Kurban] 
[Nota: Kalimah ‘ya’sura' = sulit. Diperjelaskan dalam syarah hadith ini, bahawa umur untuk haiwan kurban bagi seekor unta adalah lima tahun atau hampir 6 tahun.  Lembu dua tahun atau hampir 3 tahun. Kambing kibas (atau biri-biri) setahun dan hampir dua tahun. Namun jika susah atau sulit untuk didapati, kurang sedikit umurnya diperbolehkan, yakni tidak terlarang. Sebaik-baiknya hendaklah cukup umurnya atau lebih sedikit umurnya.] 

(b) Ketetapan umum tentang perkongsian haiwan kurban

Saudara, dalam masyarakat Melayu yg masih diselubungi oleh kejahilan kerana tidak mengaji al-Quran dan as-Sunnah, tentang tanggapan bahawa haiwan kurban itu ditetapkan berapa orang boleh berkongsi - kalau unta 10 orang atau kalau lembu (atau sapi atau kerbau) 7 orang atau kalau kambing (seorang). Hadith berikut menyebutkan peristiwa tersebut, tapi wajib diingatkan bahawa tiada ketetapan khusus dalam syariat Islam perkara perkongsian. Yg utama kita ikuti Rasulallah (s.a.w) atau mencontohi Rasulallah (s.a.w) dalam segala sesuatu.
Diriwayatkan hadith dari Abi Hurirah bahawasanya Rasulallah (s.a.w) ketika menghendaki bahawa  menyembelih dia (untuk kurban) membeli dia dua ekor kibas yang besar keduanya, yang gemuk keduanya, yang bertanduk keduanya, yang putih bercampur hitam bulunya, yang dikemilikan (i.e. dikasi atau dimandulkan); maka menyembelih dia salah satu daripada dua kibas itu (kurban) untuk umatnya dari kalangan orang Islam, yakni yang bersyahadah terhadap Allah (a.w) dengan tauhid (i.e. mengesakanNya) dan bersyahadah atas beliau (Rasulallah (s.a.w)) kerana menyampaikan risalah (agama Islam) (i.e. sebagai Utusan Allah), dan menyembelih yang selainnya (i.e. kibas yang keduanya) dari (i.e. untuk) Muhammad (s.a.w) dam ahli (i.e. keluarga) Muhammad (s.a.w).) [Hadith Ibnu Majah dalam Kita Haiwan Kurban] [Nota: Dalam syarah hadith ini kalimah ‘amlahaini' = haiwan yang bulunya putih bercampur hitam, tetapi bulu putihnya lebih banyak dari bulu hitamnya. Kalimah ‘maujuaini’ = dua haiwan yang dimandulkan dengan memotong urat yang menyambungi kedua telurnya supaya tidak boleh menghamilkan haiwan yang betinanya, menjadikan ia gemuk dan banyak dagingnya. Jelaslah syarat-syarat bagi haiwan untuk kurban adalah: pertama, yang besar (i.e. cukup umurnya); kedua, yang gemuk (banyak dagingnya); ketiga, yang bertanduk (i.e. tidak patah atau campung tanduknya. Kalau patah kurang dari separuh, mengikut hadith yang lain, tidak mengapa); keempat, bulunya putih bercampur hitam tapi banyak bulu putih dari yang hitam; dan kelima, haiwan yang dikemilikan (dimandulkan) kerana gemuk ia dan banyak dagingnya Itulah sifat-sifat terbaik bagi haiwan kurban supaya ramai orang boleh merndapat manfaat dari bahagian dagingnya yang diagihkan. Tapi, bukanlah syarat mutlak sebagaimana umur haiwan ditetapkan.]
Saudara, dalam hadith di atas diperjelaskan lima syarat utama yg wajib diperhatikan dalam memilih haiwan untuk kurban. Yg utamanya jelas haiwan tersebut hendaklah cukup umur, gemuk, bertanduk dan banyak dagingnya, dan tidak ada cacat celanya. Jika dikemilikan tak mengapa.
 Saudara, insya Allah dalam post berikut teliti pula tegahan dalam memilih haiwan kurban itu.

Beberapa yang tidak diperbolehkan dijadikan haiwan kurban
(Ma la yajuzu fi udhiyyati) 

Hadith ini menyebutkan beberapa ciri haiwan yg tidak dibolehkan dijadikan haiwan untuk kurban.
Diriwayatkan hadith ‘Ubaidin b Fairuz berkata: ‘Aku bertanya pada Brra’ b ‘Azib apa-apa yang tidak boleh di dalam haiwan kurban, maka berkata dia (Barra’): ‘Berdiri diantara kami Rasulallah (s.a.w). (Aku melihat) Jari-jari aku (i.e. kata Barra’) lebih pendek dari jari-jari beliau dan ruas-ruas jari-jariku (i.e. Barra’) lebih pendek dari ruas-ruas jarinya (i.e. Nabi), maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Arbaun la tajuzu fi adohi al-aura-u baiyinun ‘awaruha, wal-maridatu baiyinun maraduha, wal-‘arjahu baiyinun zal’uha, wal-kasirul-lati la tanqa.’ (Yang bermaksud: Empat perkara tidak boleh (menjadi haiwan kurban) untuk dikurbankan, (pertama) buta kedua matanya dan jelas butanya, dan (kedua) sakit yang jelas diketahui sakitnya, dan (ketiga) pincang (atau tempang) kakinya yang jelas kelihatan pincangnya, dan (keempat) pecah tulang (kakinya) yang tidak ada sum-sumnya.’) Berkata (Barra’): ‘Berkata aku: ‘Maka sesungguhnya benci aku bahawa ada  di dalam umurnya kurang.’ Maka bersabda (Nabi): ‘Ma karihta fada’hu wa-la tuharrimuhu ‘ala ahadin.’ (Yang bermaksud: Apa-apa yang benci engkau, maka jangan engkau mengharamkan atas seseorang (i.e. jangan menjadikan ketetapan Islam, kerana tiada ketetapan sedemikian dalam Islam.) [Hadith Abu Daud, Kitab Haiwan Kurban (Sahih)]
[Nota: Hadith ini menyebutkan ada empat sifat yang tidak boleh wujud pada haiwan kurban itu, iaitu pertama, buta kedua matanya; kedua, haiwan yang sakit yang jelas diketahui dengan jelas ia sakit; ketiga, pincang atau tempang kakinya ketika berjalan; dan keempat, patah tulang salah satu kakinya dan jelas tiada sum-sumnya. Dalam hadith sebelumnya disebutkan bahawa Nabi (s.a.w) menyembelih haiwan yang dimandulkan. Itu dibolehkan. Lagipun haiwan jantan yang dimandulkan lebih gemuk dan banyak dagingnya. Pilihan terbaik adalah haiwan kurban yang gemuk.]
Saudara, jelaslah ada empat  larangan atau tegahan dalam memilih haiwan untuk kurban dari segi fisikalnya, hendaklah tidak ada (physical) defectsnya.

Jazakallahu khairah
 

No comments:

Post a Comment