Tuesday, December 25, 2012

Ilmu, Amalan dan Kejayaan Akhirat: Belajar Ilmu

Assalamualaikum,
Saudara, majoriti umat Islam hari ini tidak memberikan keutamaan kepada mengajai atau belajar ilmu mengenai Islam. Rata-rata ibu bapa hari ini mengutamakan duniawai, maka mereka lebih utamakan anak-anaknya berjaya dalam pendidikan duniawi disekolah-sekolah - rendah, menengah, tinggi, kolej dan universiti ternama dan tersohor, sehinggakan ibu bapa yg tahu utamanya ilmu dunia bagi kerjaya anak-anaknya, mereka akan berusaha mendidik anak-anak mereka supaya bijak dalam bidang akademik, supaya diterima belajar di menara gading ilmu dunia yg amat dihormati masyarakat spt di ivy league universities spt Oxford, Cambridge, London di UK dan di MIT, Harvard, Stanford, UCLA, Berkerley, Chicago, Columbia, Pensylvania dan seumpamanya supaya anaknya kembali ke Malaysia diberikan jawatan yg gajinya berlipat ganda dari gaji orang yg memiliki ijazah yg sama tapi dari IPTA atau IPTS common! Malah, ada ibu bapa yg inginkan anaknya mendapat Ph D dalam bidang pengajian keagamaan dari University St Andrew (UK) dan University of Temple (USA) kerana kononnya mendapat ilmu agama dan pada masa yg sama faham agama lain dan ilmu dunia - menggalakkan lateral thinking, dan tidak dikongkong oleh Islam - lebih balance ilmu dan pemikirannya.
Saudara, demikianlah cenderongnya umat Islam kpd urusan dunia. Dalam urusan akhirat, majoriti umat Islam menerima ilmu mengenai Islam dan syariatnya dari warisan - nenek moyang, ibu bapa dan tok-tok guru yg dikatakan 'alim', terutama tok-tok guru yg pandai 'Sifat 20'. Anak-anak dihantar belajar agama di sekolah agama yg para gurunya mengajarkan agama berdasarkan kitab-kitab karangan manusia yg tidak pula meluas, jauh lagi, sempurna ilmunya mengenai Islam. Terdapat sebahagian ibu bapa menghantarkan anaknya belajar di pusat-pusat tahfiz, tujuannya supaya anak-anaknya menjadi seorang 'al-Hafiz' (kemudian nanti di belakang namanya di tuliskan 'al-Hafiz' sebagaimana seorang yg memiliki ijazah Doktor Falsafah membawa 'Ph D' di belakang namanya, di depan namanya di tulis 'Dr') supaya dinobatkan oleh masyarakat sebagai orang hebat. Kepercayaan di kalangan ibu bapa sedemikian adalah ketetapan Rasulallah (s.a.w) bahawasanya seorang anak yg hafiz dalam al-Quran boleh mensyafaatkan kedua ibu bapanya di akhirat kelak.
Saudara, hadith itu benar, tetapi kefahaman mengenainya yg tersilap. Seseorang Islam itu disuruh belajar al-Quran - membacanya (dengan betul dan tartil), memahaminya (ketetapan Allah (a.w) mengenai Islam dan tuntutannya) dan menghafal beberapa surahnya (supaya boleh dibacakan surah-surah yg panjang dalam solat-solat sunat), dan kerana mempelajari al-Quran, maka boleh menjadi 'mubaligh' (= penyampai) mesej Allah (a.w) kepada orang lain supaya faham Islam berdasarkan ketetapan al-Quran dengan mengajarkan al-Quran dan memberi kefahaman kepada orang lain. Maka dengan itulah dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita sebaik-baik orang Islam dan iman itu adalah orang yg belajar al-Quran dan mengajarkan al-Quran. Dan, kita sudahpun tahu bahawa ilmu mengenai Islam itu wajib dipelajari oleh semua orang - yg muda, yg tua, yg kaya, yg miskin dan anak-anak semuanya. Dan, kita tahu bahawa ilmu yg diwajibkan atas umat Islam belajar itu adalah ilmu al-Quran dan imu as-Sunnah. Dan, kita tahu bahawa kaedah belajar ilmu itu adalah secara berdepan atau berguru - murid dan guru berdepan, bukan melalui media lain yg tiada gurunya, dan kalau ada gurupun, guru yg tidak pula mendapat ilmunya melalui sistem berguru tersebut. Jauh sekali dikira belajar Islam dengan membaca kitab atau mendengar ceramah atau syarahan atau tazkirah yg disampaikan melalui media maya. Ilmu al-Quran dan as-Sunnah itu hanya sah dipelajari dari guru secara berdepan dengan membuka al-Quran dan kitab-kitab hadith, buka membuka kitab-kitab atau tulisa karangan sebarang orang.
Dan, kita telahpun tahu bahawa kita diperintah Allah (a.w) buat sesuatu - amalan dan ibadah dan amal soleh umumnya - hanya atas dasar ilmu - Ayat 36, Surah al-Isra' dan kita diberitahu bahawa semua amalan dan ibadah yg dikerjakan tanpa ilmu adalah batil, maka waib kita pastikan anak kita itu dan diri kita juga belajar ilmu sebelum melakukan sesuatu amalan.
Saudara,  kalaulah seseorang Islam itu mengaji ilmu al-Quran dan al-Hadith megikut kaedah yg ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka sah segala amalan dan ibadahnya. Dan, betapa besarnya pahala yg diperolehinya kerana mengaji. Ini diperjelaskan dalam hadith berikut: 

Besarnya dan Hebatnya Pahala Belajar Ilmu 

Saudara, ada banyak nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah mengenai kewajipan serta keuntungan belajar ilmu akhirat - ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Satu daripadanya, kita lihat hadith berikut sebagai pemberi motivasi bagi kita yg iginkan kejayaan akhirat selain kejayaan dunia.
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Iza jalasal-mu’allimu baina yadailal-‘alima fatahallahu ta’ala ‘alaihi sab’ina baban minalr-rahmatin; wa-la yaqumu min ‘indihi illa kayaumi waladathu ummuhu; wa-‘atahullahu bikullii harfin thawaba sittina syahidan; wa-kutiballahu lahu bikulli hadithin ‘ibadatan sab’ina sanatan; wa-banallahu lahu bikulli waraqati, kullu waraqati madinatin mithlad-dunya ‘asyaratan marratan.’ (Yang bermaksud: Ketika duduk seorang yang mencari ilmu (yakni, belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah) antara dia orang yang mengajarkan ilmu (maksudnya guru yang mengajarkan ilmu sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) (pahala yang didapatinya adalah) (pertama) membuka Allah (a.w) zat yang maha tinggi atasnya (yakni, baginya) enam puluh (60) pintu-pintu kerahmatan; (kedua) dan tidaklah berdiri dia di sisinya kecuali seumpama seorang bayi yang dilahirkan oleh ibunya (yakni, dalam keadaan fitrah, tanpa dosa); dan (ketiga) mendatangkan oleh Allah (a.w) dengan setiap huruf (yang dipelajarinya) pahala tujuh puluh (70) orang yang mati syahid; dan (keempat) ditulis oleh Allah (a.w) baginya dengan setiap hadith (yang dipelajarinya) ibadah tujuh puluh (70) tahun; dan (kelima) dibangunkan oleh Allah (a.w) baginya dengan setiap wang kota (yang dibelajakan olehnya), setiap matawang (yakni, ringgit), seumpama nilai dunia seisinya digandakan sepuluh (10) kali ganda.) [Hadith ad-Dailami]
[Nota: Hadith ini memberitahu betapa banyaknya dan besarnya pahala yg diperolehi oleh seseorang yg melapangkan masa atau menyempatkan dirinya untuk belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah; iaitu: pertama, dibuka baginya 60 pintu kerahmatan. Kerahmatan adalah sebab yg membolehkan seseorang iman itu masuk syurga. Kerahmatan menunjukkan kasih sayang Allah (a.w) terhadap seorang hambaNya. Kedua, dihapuskan dosanya seolah-olah dia tidak mempunyai sebarang dosa seumpama seorang bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah (= bersih dari sebarang dosa). Ketiga, dia mendapat pahala seumpama pahala 70 orang yg mati syahid. Orang yg mati syahid pahalanya adalah mendapat syurga.   Keempat, apabila dia belajar satu hadith (= satu ketetapan as-Sunnah) diberikan pahala seumpama beribadah – fardu dan sunat – selama 70 tahun. Dan kelima, setiap ringgit (unit wang) yg dibelanjakannya kerana belajar atau pergi ke tempat ilmu itu diberikan ganjaran pahala bagi setiap ringgit (unit matawang) senilai dunia dan seisisnya dengan digandakan pula 10 kali ganda lagi. Justeru itu, amat ruginya seseorang yg akui dirinya beriman dan inginkan kejayaan akhirat itu tidak melapangkan sedikit masanya untuk mencari dan belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah.]
Saudara, kerana begitu hebatnya pahala yg kita dapati daripada mengaji ilmu mengenai Islam - al-Quran dan as-Sunnah - berbanding dengan besarnya keuntungan ilmu dunia di dunia, namun tak ramai orang Islam utamakan ilmu akhirat. Tak ramai orang Islam - termasuklah para ulama' yg memiliki ijazah dari al-Azhar, Madinah, Jordan dan seumpamanya - menyempatkan dirinya belajar ilmu al-Quran dan al-Hadith, demi mempastikan dia terpandu dalam beramal dan beribadah, dan kerana terpandu, maka sah segala amalan dan ibadahnya, segala amalan dan ibadah diterima Allah (a.w). Tak hairanlah Allah (a.w) - sebagaimana kita telahpun diberitahu sebelum ini - amat murka kepada seseorang Islam yg pandai ilmu dunia dan bodoh atau jahil ilmu akhirat! Atau, meremehkan al-Quran dan as-Sunnah. Bukan sahaja ganjaran pahala ilmu akhirat itu begitu besar, tetapi gaji atau upahnya ( = ganjarannya) di akhirat tidak ada tempoh penamatnya. Orang yg mendapat kejayaan akhirat itu tidak ada had nikmat, tidak ada expiry periodnya dan tidak ada pencen atau pesaraan baginya ... Oleh itu sempatkanlah diri untuk mengilmukan diri demi akhirat.

Jazakallahu khairah
 

Sunday, December 23, 2012

Ilmu, Amalan & Kejayaan Akhirat: Wudu' & Solat (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telahpun tahu bagaimana berwudu' dan syarat-syarat sahnya wudu' iaitu: pertama, dimulakan dengan menyebut kalimah 'Bismillah'; kedua, membasuh atau menyapu keempat-empat anggota wudu' - muka, kedua tangan, kepala dan kedua kaki; ketiga, menyempurnakan sapuan dgn ait wudu' anggota wudu' ke-3, iaitu seluruh kepala dan telinga, sebelum seterusnya membasuh kedua kaki; dan keempat, membaca doa selepas selesai berwudu' (= dua kalimah syahadah). Tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah tentang membaca 'Nawaitu ..'. Jika dilakukan bererti kita mengubah kpd syariat wudu' dalam Islam. Maka batal dan batillah wudu' kita.
Saudara, basuhan atau menyapu anggota wudu' itu boleh dibuat sekali-sekali atau dua-dua kali atau, yg terbaik, tiga-tiga kali. Dalam keadaan tiada bekalan air yg cukup - katalah ada sebotol air mineral 1 liter atau kurang, kita masih boleh berwudu' dengan menyapu air ke anggota wudu'. Basuhan tiga-tiga kali adalah cara berwudu' terbaik - cara para nabi, termasuk Nabi Ibrahim (a.s) dan Rasulallah (s.a.w) berwudu'. Justeru itu, tidak ada syarat dalam syariat Islam supaya bekalan air dua kolah perlu bagi mengesahkan kuantiti kita gunakan untuk berwudu'. Keperluan dua kolah air hanyalah, kalaulah bekalan air sedemikian wujud, maka tidak akan menajiskan atasnya oleh sesuatu. Allah (a.w) tidak menyusahkan umatnya, tetapi para ilmuwan yg tidak sempurna ilmunya yg menyulitkan umat Islam memperhambakan diri kepada Allah (a.w) dengan mengadakan pelbagai peraturan dan mengubah kepada syariat sesuatu amalan dan ibadah!
 
Perlakuan sunat ketika berwudu'
 
Saudara, apabila kita mengaji al-Hadith mengenai proses wudu' itu, kita akan tahu pula beberapa perbuatan atau perlakuan yg mendatangkan pahala as-Sunnah. Ingatlah, perlakuan as-Sunnah terhadap mana-mana ibadah wajib akan menyempurnakan apa-apa yg tidak sempurna dalam ibadah wajib atau fardu tersebut. Antara amalan-amalan sunnah ketka berwudu' adalah pertama, sebelum berwudu' membasuh kedua-dua tangan sampai ke pergelangan tangan sekali atau dua kali atau tiga kali, untuk mempastikan kedua-dua tangan kita itu bersih dari najis, terutama ketika hendak berwudu' di waktu 1/3 terakhir malam untuk tahajjud; kedua, memasukkan air ke dalam mulut dan hidung serentak sekali atau dua kali atau tiga kali, kemudian menyemburkannya keluar semula; ketiga, jangan membazirkan air ketika berwudu'; keempat, mempastikan air diratakan di atas anggota wudu'; dan kelima, berdoa selepas selesai wudu'.
 
Mandi Junub
 
Saudara, kita elah sebutkan dalam post yg lalu bahawa adalah penting kita fahami bahawa mandi junub itu melibatkan dua proses; iaitu: pertama, berwudu' sebagaiman kita berwudu' yg telah ta teliti dalam post kelmarin dan hari ini (i.e. termasuk sunat-sunat wudu'); dan kedua, mandi dengan meratakan air kepada seluruh tubuh badan. Justeru itu, sesiapa yg mandi junub tanpa kaedah dan cara tersebut maka, batallah mandi junubnya, maka batallah segala amalan yg mewajibkan bebas dari jenabah sebelum mengerjakannya. Seseorang yg mengaji ilmu al-Hadith (i.e. meneliti kesemua hadith sahih yg menyebutkan perkara wudu itu), dia akan tahu proses mandi junub itu adalah seperti berikut:
(a) Membasuh kemaluan dan bahagian sekitarnya (bagi perempuan ataupun lelaki);
(b) Memabsuh kedua-dua tangan sampai kepergelangannya - sekali atau dua atau tiga kali;
(c) Memasukkan air ke dalam hidung dan mulut serentak dan kemudian menyemburkannya keluar air tersebut dari hidung dan mulut sekali atau dua atau tiga kali dengan kuat;
(d) Menyebut kalimah 'Bismillah' sahaja;
(e) Membasuh seluruh kawasan muka sekali atau dua kali atau tiga kali;
(f) Membasuh kedua-dua tangan dan lengan sampai ke bahagian siku sekali atau dua atau tiga kali;
(g) Menyapu muka dgn air wudu' - dari bahagian atas dahi sampai seluruh bahagian kepala (i.e. rambut) sampai ke bahagian tengkuk, kemudian sapu dari bahagian tengkuk kembali ke bahagian atas dahi, kemudian ke belakang semula, dan diakhiri dgn ibu jari dan jari telunjuk menyapu bahagian dalam dan luar cuping telinga;
(h) Meratakan air ke tubuh - dimulakan dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan kemudian bahagian tengah; dan
(i) Akhirnya, membasuh dua kaki sampai ke paras buku lali sekali atau dua atau tiga kali (i.e. menyempurnakan wudu'); dan
(j) Membaca doa wudu'.
Insya Allah, kalau saudara lakukan sedemikian maka sahlah mandi junub saudara. Setelah selesai maka tak perlulah saudara berwudu' untuk mengerjakan solat.
Saudara, selain kita disuruh mandi junub kerana melakukan persetubuhan dengan isteri/suami, kita disuruh juga mandi junub di pagi Jum'at sebelum bersolat jum'at; mandi junub selepas menguruskan memandikan mayat; mandi junub sebelum ke masjid untuk solat Aid (Aidil Fitri dan Aidil Adha).
Saudara, dalam perkara mandi junub ini, kalau perempuan itu memiliki rambut yg tebal dan panjang (adalah sunat bagi perempuan menyimpan rambut panjang) dan disanggulnya pula supaya kemas, maka ketika mandi junub Islam tidak memerlukan dia merungkaikan sanggulnya atau meleraikan rambutnya tetapi memadailah dia melaluikan atau mencurahkan air di atas rambutnya mula-mula bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan kemudian, kali ketiga/curahan air ketiganya, di bahagian tengah, dan dia meratakan air tersebut dengan jari-jarinya atas kulit kepalanya. Mudah dalam Islam. Tak perlukan menuangkan air setimba atau dua atas kepalanya! Islam itu memudahkan hambaNya melakukan segala bentuk amalan dan ibadah, bukan mempersulitkannya.
Saudara, kita akan teliti nanti amalan-amalan sunat alam solat.
 
Jazakallahu khairah
 
 

Saturday, December 22, 2012

Ilmu, Amalan dan Kejayaan Akhirat: Wudu' dan Solat

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telahpun maklumkan, berdasarkan kepada nas dan dalil al-Quran dan al-Hadith, tentang rukun-rukun qlabi (niat), rukun qauli (bacaan) dan rukun fe'li (perbuatan atau perlakuan) dalam solat. Kalau saudara seorang yg observant pasti sdr dapati ada beberapa perbezaan dalam rukun-rukun tersebut dgn pa yg saudara buat ketika bersolat. Oleh kerana nas dan dalil al-Quran adalah yg haq, maka perlakuan atau bacaan yg berlainan dengan apa yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam bersolat itu adalah sesuatu yg batil - kerana membaharuan atau mengubah syariat Islam dalam ibadah solat aau dicemari oleh bid'ah.

(a) Larangan Rasulallah (s.a.w)

Ingatkan pesanan Rasulallah (s.a.w): 'Man 'amila amilan laisa amruna fahua raddun' (Yg bermaksud: Sesiapa yg mengerjakan suatu amalan yg amalan itu tidak didatangkan oleh aku (Nabi), amka (amalannya itu) ditolak atau tidak diterima Allah (a.w) ) - Hadith Bukhari dan Muslim. 
Saudara, kalau Rasulallah (s.a.w) sebutkan amalan tersebut batal dan batil tidak diterima Allah (a.w), maka pastilah amalan tersebut tidak diterima Allah (a.w), kerana berdasarkan firman Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 80, Surah an-Nisa' dan hadith-hadith g lain sesuatu yg diharamkan atau diegah oleh Rasulallah (s.a.w) adalah juga sesuau yg diharamkan dan ditegah oleh Allah (a.w). 

(b) Niat dalam kesemua amalan dan ibadah

Saudara, kita telahpn berulang kali sebutkan dalam blog ini bahawa setiap amalan itu perlulah didasari oleh niat. Bagi umat Islam niat itu telahpun diberitahu oleh Allah (a.w) dalam firmannya, iaitu 'yarjuna rahmatahu, wa-yakhafuna 'azabahu' (Yg bermaksud: mencarai dan mengharapkan kerahmatan Allah (a.w) (i.e. balasan syurga), dan takutkan azab Allah (a.w) (i.e. neraka)) - Ayat 36, Surah al-Isra'. Itulah niat sebenar dalam segala amalan dan ibadah.
Saudara, dalam blog ini juga kita telah maklumkan bahawa adalah wajib kita berwudu' atau ada wudu' untuk mengesahkan solat kita. Kalau kita berjunub, maka wajib kita mandi junub dahulu sebelum kita kerjakan amalan dan ibadah. Apabila kita telah mandi junub menepati ketetapan as-Sunnah, maka kita tidak perlu lagi berwudu' untuk bersolat, kerana proses mandi junub itu merangkumi dua sub-proses, iaitu berwudu' dan kemudian meratakan air ke seluruh tubuh badan. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa wudu' dan junub kita tidak sah kalaulah kita tidak memuakan proses tersebut dengan membaca kalimah 'Bismillah.' [Nota: Segala amalan dan ibadah dan perbuatan yg baik hendaklah dimulakan dgn menyebut kalimah 'Bismillah', seumpama menyembelih haiwan untuk dimakan atau dijadikan haiwan kurban.] 

(c) Rukun qalbi ketika berwudu'

Saudara, ada banyak hadith yg menyebutkan tentang kewajipan membaca 'Bismillah' ketika memulakan wudu', antara yg termasyhur adalah hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Mencari-cari segolongan para sahabat Nabi (s.a.w) akan air untuk berwudu’, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adakah beserta salah seorang daripada kamu air?’ (Setelah dibawakan air) Maka diletakkannya (yakni, dimasukkannya) tangan ke dalam air (yang diberikan kepadanya), dan bersabda dia: ‘Wudu’lah dengan (membaca)  'Bismillah'.’ Maka dilihat (oleh para sahabat) air keluar dari celah-celah jari tangannya sehingga berwudu’ di sisinya (yakni, dengan air tersebut) sampai kepada (sahabat) yang terakhir. Maka berkata Thabit (r.a): ‘Berkata aku kepada manusia (yakni, jemaah sahabat yang ada ketika itu): ‘Berapa orangkah kamu lihat (berwudu’)?’ Berkata sahabat: ‘Kira-kira tujuh puluh (70) orang.’ [Hadith sahih an-Nasa’i] 
Saudara, hadith ini menyebutkan satu daripada mukjizat Rasuulallah (s.a.w) iaitu ketika mencelup tangannnya ke dalam bekas air, kemudian diangkatnya, maka keluarlah air dari antara jari-jarinya yg membolehkan para sahabat berwudu' dengan air yg keluar dari celah jari-jari beliau. 

(d) Wudu' hanya sah kalau dimulakan dengan 'Bismillah'.

Hadith berikut lebih jelas memberitahu kita bahawa syarat sah wudu' itu adalah menyebut kalimah 'Bismillah' ketika memulakan wudu'. Kedua, tidak sah solat seseorang itu jika tidak berwudu'. 
Diriwayatkan hadith daripada Rabakh bin Abdul Rahman bin Abi Sufyan (r.a), sesungguhnya dia mendengar dari neneknya, anak perempuan kepada Said bin Zaid (r.a), menceritakan bahawasanya dia mendengar bapanya Said bin Zaid (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak ada solat (yakni, tidak sah solat) bagi orang yang tidak berwudu’ atasnya. Dan tidak ada wudu’ (yakni, tidak sah wudu’) bagi orang yang tidak menyebut 'Bismillah' atas wudu’nya (yakni, semasa berwudu’).’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Dalam  perkara wudu' itu kita juga diberitahu melalui hadith berikut prosesnya yg sempurna, dari mula berniat dengan menyebut 'Bismillah' sampaikan ke akhirnya. 

(e) Cara dan kaedah berwudu'

Saudara, bagi saudara yg mengaji ilmu al-Hadith, saudara pasti diajarkan betapa banyaknya hadith yg memperincikan kaedah berwudu' itu. Namun tidak ada satupun hadith yg menyebutkan bahawa niat berwudu' itu adalah membaca 'Nawaitu ...' dan sebagainya. Selain, banyak hadith yg menyebutkan kelakuan atau perlakuan sunat dalam berwudu' sebelum wudu' hakiki membasuk anggota wudu'. Dalam hadith berikut kita teliti sepotong hadith g dengan sempurna menyebutkan proses wudu' itu.
Menceritakan kepadaku (kata an-Nasa’i) Muhammad ibn Salamat dan Harith ibnu Miskin membaca atasnya (yakni, hadith), dan aku mendengar dan lafazkan baginya dari Ibnu Qasim berkata menceritakan padanya Malik daripada ‘Amru bin Yahya al-Mazini, yang mendapat hadith daripada bapanya, sesungguhnya (bapanya) berkata bahawa hadith ini dari Abdullah bin Zaid bin ‘Asim, dan adapun (Abdullah adalah) seorang sahabat Nabi (s.a.w), dan dia itu datuk ‘Amru bin Yahya, yang berkata (ayahnya bertanya kepada datuknya): ‘Adakah dapat engkau tunjukkan kepadaku bagaimana ada Rasulallah (s.a.w) berwudu’?’ Berkata Abdullah bin Zaid (r.a): ‘Ya.’ Maka meminta dia air untuk wudu’. Maka (setelah diberikan air) dituangkannya atas kedua tangannya maka membasuh kedua tangannya dua kali dua kali. Kemudian berkumur-kumur dia dan menghisap air ke dalam hidungnya tiga tiga kali. Kemudian membasuh mukanya tiga kali, kemudian kedua-dua tangannya dua kali dua kali ke paras sikunya, kemudian diusapnya (yakni disapunya) kepalanya dengan kedua tangannya; maka memulakan menyapu dari depan ditariknya kedua tangannya mulai dari dahi kepalanya kemudian dijalankannya (yakni, dilalukannya) kedua tangannya (ke belakang) sampai ke tengkoknya, kemudian dikembalikan (usapannya) dari belakang ke depan sehingga tempat mula-mula tadi, kemudian dibasuh kedua kakinya sehingga ke paras kedua buku lalinya.’ [Hadith sahih an-Nasa’i] 
Saudara, yg perlu kita ambil perhatian adalah cara menyapu kepala. Majoriti umat Islam menyapu kepala mereka berbagai cara kerana ada 'ulama' yg menyebutkan bahawa kita perlu sapu dgn air sebahagian atau sedikit sahaja bahagian kepala atau beberapa helai rambut sahaja. Ini adalah preskripsi yg batal dan batil. Menyapu kepala hendaklah sebagaimana disebutkan dalam hadith ini - disapu dgn dimulakan di bahagian dahi dirutkan tanga ke belakang kepala dekat tengkok, kemudian melalukannya ke depan sampai semula ke bahagian dahi, ke belakang semula dan kemudian dgn ibu jari dan jari telunjuk menyapu bahagian dalam cuping telinga. Kalau sudara mengaji ilmu al-Hadith, dengan meneliti kitab utama Imam as-Syafie, al-Umm, saudara juga akan dapati beliau merujuk kpd proses dan kaedah atau cara yg sama dalam perkara berwudu'.

(f) Doa selepas berwudu'

Saudara, dalam blog ini kita telahpun maklumkan bahawa setiap anggota wudu' itu kita basuh sekali atau dua kali atau iga kali, kecuali menyapu kepala sekali sahaja. Antara hadith yg menyebutkan perkara ini adalah hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Maka berwudu’ Rasulallah (s.a.w) sekali sekali.’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ini wudu’ bagi orang yang tidak diterima Allah (a.w) darinya sesuatu solat kecuali dengan wudu’ ini (yakni, wudu’ dengan membasuh anggota wudu’ sekali-sekali sahaja itu adalah wudu’ minima yang membolehkan sah wudu’ dan sahkan sesuatu solat itu diterima Allah (a.w))’ Kemudian (berwudu’ Rasulallah (s.a.w) dua-dua kali, maka bersabda dia: ‘Ini wudu’ adalah lebih qadar darjat (orang yang) berwudu’ (yakni, lebih baik). Dan (kemudian) berwudu’ (Rasulallah (s.a.w)) (membasuh anggota wudu’nya) tiga-tiga kali. Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Wudu’ ini adalah wudu’ aku dan wudu’ kekasih Allah (a.w) (Nabi) Ibrahim (a.s). Barangsiapa berwudu’ demikian ini kemudian membaca (doa) setelah selesai (wudu’nya) (bacalah doa) 'Asyhadu-alla-ilahail-lallah, wa-asyhadu-anna Muhammadan ‘abduhu wa-rasuluhu’, maka (kerana membaca doa tersebut) dibuka bagi orang itu (di akhirat kelak) lapan pintu-pintu syurga (untuk dia) masuk ke dalamnya dari mana-mana pintu yang dia dikehendakinya .’ [Hadith, sahih Ibnu Majah]  
Saudara, mudah-mudahan saudara faham bahawa amat tamalah kita kerjakan sesuatu amalan itu menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak sia-sialah segala susah payah kita dalam beramal dan beribadah mengharapkan kurnian kerahmatan Allah (a.w) berjaya di akhirat.
Dalam konteks solat - yg merupakan amalan atau ibadah yg amat utama dalam Islam, kerana pertamanya, solat menentukan apakah seseorang itu orang Islam atau orang kafir, dan keduanya, solat menentukan hisaban kesemua amalan dan ibadah kita. Maka wajiblah kita pastikan bahawa kita berwudu' dengan tepat dan sejajar dengan ketetapan as-Sunnah. Kerana, kalau wudu' tak sah, maka solatpun tak sah. Begitu jugalah kalau mandi junub tak sah, maka segala ibadah dan amalan yg memerlukan sahnya wudu' menjadi batal dan bati.
Insya Allah, kita akan teliti dalam post akan datang perlakuan yg mendahului proses wudu' dan perlakuan yg mengikuti (i.e. selepas) solat yg mendatangkan pahala as-Sunnah (= sunat).

Jazakallahu khairah


Friday, December 21, 2012

Ilmu, Amalan dan Kejayaan Akhirat

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post ini kita teliti tga potongan hadith yg menyebutkan betapa beruntungnya orang yg faham bahawa mengaji atau mempelajari ilmu yg haq dalam Islam itu membawa manfaat dan keuntungan yg amat banyak, yg tidak dapat dibandingkan nilainya. Namun itu hanya difahami dan diyakini oleh orang yg beriman - orang yg yakin bahawa kehidupan akhirat itu lebih utama dari kehidupan dunianya! Bukan bererti dia melupakan dunianya. Tapi, dalam melihat kepada dunia dan akhirat, diutamakan akhiratnya, yakni berupaya berusaha mencari kejayaan dunia dan dalam masa yg sama berusaha sekuat mampunya menyediakan bekalan pahala terbanyak dan terbaik untuk akhiratnya semasa di dunia. Akhirat itu kekal dan nikmat akhirat itu tiada tolok bandingannya. Orang Islam yg abaikan kepentingan akhiratnya adalah orang yg benar-benar bodoh lagi dungu ...

Keuntungan Mengaji/Belajar Ilmu  

(a) Hadith Pertama

Saudara, dalam hadith berikut diceritakan proses murid mencari ilmu zaman dahulu. Murid mencari ilmu dari guru yg benar-benar sahih tahu dan faham ilmu yg hendak dicarinya.
Diriwayatkan hadith daripada Kathir bin Qais berkata: ‘Adapun aku duduk di sisi Abu Darda’ di dalam sebuah masjid di Damsyik. Maka datang seorang lelaki, maka berkata dia: ‘Wahai Abu Darda’! Aku datang kepada engkau dari Madinah, Madinah Rasulallah (s.a.w), kerana sepotong hadith yg sampai kepada aku bahawasanya engkau ceritakan akan hadith itu, hadith daripada Nabi (s.a.w)’. Berkata Abu Darda’ (r.a) (bertanyakan niat orang yg datang itu): ‘Maka apakah tidak datang engkau kerana hendak berniaga?’ Berkata dia: ‘Tidak!’ Berkata Abu Darda’ (r.a) (meminta pengesahan dari yg bertnya niatnya): Dan tidak datang engkau dengan urusan selainnya?’ Berkata dia: ‘Tidak!’ Berkata Abu Darda’ (r.a): ‘Maka sesungguhnya aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa berjalan satu jalan kerana mencari di dalamnya (yakni, dalam perjalanan itu) satu ilmu (iaitu, ilmu al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidupnya), maka memudahkan Allah (a.w) baginya jalan menuju ke syurga. Dan sesungguhnya para malaikat nescaya meletakkan (yakni, menghamparkan) sayapnya, dan ridha (yakni, suka mereka) pada orang yang menuntut ilmu. Dan, sesungguhnya menuntut (yakni, mencari) ilmu (mengenai Islam dan syariatnya berasaskan al-Quran dan as-Sunnah) meminta ampun baginya (yakni, bagi orang yang mencari itu) orang-orang di dalam beberapa langit dan bumi (yakni, para malaikat), sehinggakan ikan-ikan di dalam airpun (berdoa untuknya). Dan, sesungguhnya kefadhalan orang-orang yang ‘alim atas hamba-hamba seumpama bulan yang dikelilingi oleh bintang-bintang. Sesungguhnya ulama’ (yakni, orang yang berilmu) adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan tidak (juga mewariskan) dirham (yakni, wang ringgit atau kekayaan). Sesungguhnya ulama’ (yakni, orang berilmu) mewariskan ilmu. Maka, barangsiapa mengambil akan ilmu, mengambil dan menjaga dia akan sempurna (akan agamanya, yakni, syurgalah tempatnya).’ [Hadith ibnu Majah & Hadith Abu Daud] 
Saudara, hadith ini memberitahu kita bahawa seseorang yg berjalan ke suatu tempat pengajian/majlis ilmu, malaikat sangat menyukainya, ridha mereka, dngan menghamparkan sayap-sayapnya dan mendoakan kebaikan kepada orang yg mencari ilmu tersbut. Semua mahluk di langit dan dibumi mendoakan kpd Allah (a.w) supaya mengampunkan dosa-dosanya. Malaikat adalah mahluk yg taatkan Allah (a.w) dan hampir kepda Allah (a.w), maka doa mereka dikabulkan Allah (a.w). Hadth ini menyebut pula bahawa para ulama' (= orang yg berilmu) itu adalah pewaris para nabi. Para nabi mewariskan ilmu tidak mewariskan lain-lain yg dibanggakan oleh manusia. Disebutkan sesiapa yg mengaji/belajar ilmu agama, maka sempurnalah imannya dan pastilah dia berjaya mendapat cita-citanya, iaitu syurga.
[Nota: ulama' yg dimaksudkan dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah orang yg mengaji/belajar, faham dan amalkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah, bukan belajar agamanya dgn sumber selain al-Quran dan as-Sunnah.]
 
(b) Hadith ke-2
 
Saudara, mesej hadith berikut jelas. Seorang yg Islam dan iman itu adalah saudara kpd orang slam dan orang iman yg lain, maka sewajibnya mereka tolongan menolong, bantu membantu, terutama dalam perkara mengatasi kesulitan atau kesengsaraan saudaranya sesama Islam. Yg utama mesej hadith ini adalah sesiapa yg berusaha mencari jalan untuk mencari ilmu tentang Islam supaya dia benar-benar faham Islam dan tuntutannya, maka Allah (a.w) mempermudahkan baginya jalan ke syurga. Tidak sesat dia. Pasti sampai dia ke syurga yg ditujunya.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menghilangkan dari seorang Islam lain kesusahannya dari sesuatu kesusahan dunia, maka menghilangkan oleh Allah (a.w) satu kesusahannya dari kesusahan di hari qiamat (yakni, akhirat). Dan barangsiapa menolong seorang Muslim, maka ditolong Allah (a.w) semasa di dunia dan juga di akhiratnya. Barangsiapa memudahkan atas seseorang yang susah (yakni, mengahadapi kesusahan), memudahkan oleh Allah (a.w) atasnya di dalam dunia dan akhirat. Dan Allah (a.w) menoleh kepada hambaNya (yakni, memberi kerahmatanNya) apa-apa yang ada hambaNya di dalam menoleh kepada (yakni, sentiasa berbuat baik kepada) saudaranya. Dan, barangsiapa berjalan suatu jalan yang mencari (kerana perjalanan itu) ilmu (mengenai Islam dan syariatnya, yakni ilmu al-Quran dan as-Sunnah), memudahkan Allah (a.w) baginya dengan perjalannya itu jalan ke syurga. Dan tidak mengumpulkan sesuatu kaum di dalam suatu rumah daripada rumah-rumah Allah (a.w) membaca Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan saling mengulangkaji antara mereka as-sunnah, kecuali mengelilingi para malaikat dan turun atas mereka ketenangan dan menurunkan kepada mereka kerahmatan (oleh Allah (a.w)). Dan menyebut-nyebutkan Allah (a.w) di dalam sisiNya. Dan, barangsiapa yang lemah dengan amalannya (yakni, tidak berusaha memperbaiki amalannya dengan ilmu yang diperolehinya), tidak mempercepatkan baginya nasibnya.’ [Hadith ibnu Majah]
Saudara, hadith ini juga memberitahu bahawa di dalam suatu majlis ilmu (majlis pengajian al-uran dan as-Sunnah) itu, sentiasalah dikeliligi oleh para malaikat mendoakan supaya Allah (a.w) merahmati mereka. Kerahmatan bereeti menghapus dosa-dosa mereka yg ada dalam majis ilmu tersebut.

(c) Hadith ke-3
 
Saudara, dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa seseorang yg berjalan ke suatu tempat majlis ilmu/pengajian, adalah dalam urusan fi sabilillah. Justeru itu, segala susah payahnya dan wang ringgit yg dibelanjakan olehnya diberi ganjaran pahala fi sabilillah yg digandakan pula. Mereka itu sebenarnya berjihad dengan dirinya dan hartanya. Ditakdirkan dia menemui ajalnya dalam perjalanan pergi atau pulang, maka matinya dianggap mati dlam fi sabilillah, mati syahid.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Aku mendegar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa datang ke masjid ini (yakni, masjid nabi atau Masjid Madinah, atau, dalam konteks sekarang, mana-mana tempat pengajian ilmu al-Quran dan as-Sunnah) tidak datang dia kecuali kerana (mencari) kebaikan belajar (daripada orang yang mengajar) ilmu atau mengajar (orang yang datang) ilmu, maka dia (yang mengajar dan mengajarkan ilmu adalah) berada dalam jalan Allah (a.w) (fi sabilillah). Dan barangsiapa datang kerana tujuan selainnya maka dia bertempat di kalangan orang-orang lelaki melihat ia kesenangan yang selainnya (yakni, selain fi sabilillah).’ [Hadith ibnu Majah] 
[Nota: Apabila ridha para malaikat, maka mereka akan mendoakan kebaikan bagi mereka. Doa malaikat yang duduk hamper dengan Allah (a.w) dan yang sentiasa taatkan Allah (a.w) pastilah mustajab dan diterima Allah (a.w) dengan mudahnya. Ramai para ulama’ dan ilmuwan Islam yang sering merujuk kepada kalimah ini kerana berbangga dengan pengiktirafan yang diberikan kepada mereka oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Mereka akui mereka adalah wakil para atau pewaris para nabi di dunia. Namun, mereka tersilap. Mereka adalah wakil atau pewaris para nabi dalam konteks mereka memiliki ilmu serta faham tentang Islam dan tuntutan Islam dan syariatnya iaitu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka dengan itu mereka memandu manusia dan mengajarkan ilmu kepada manusia, memberi kefahaan kepada manusia tentang tuntutan agama, bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah mengamalkannya atau mengibadahkannya, bukan mengajar mereka pepmbuat sesuatu amalan dan ibdah yg batil, yg bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Sebagai 'pewaris para nabi' mereka mencontohi perana para nabi - takutkan Allah (a.w), taatkan Allah (a.w), mendengar dan patuh, bukan menjadi seumpama para nabi membuat risalah atau merekabentuk ketentuan baru. Sebagai pewaris para nabi mereka berusaha supaya orang Islam dan orang iman dapat beramal dan beribadah menepati ketetapan Allah (a.w) sebagaimana para rasul dan nabi menngajarkan umat mereka menepati ketetapan Allah (a.w). Para rasul mewariskan ilmu bukan pangkat, darjat, kedudukan atau segala sesuatu yg dibanggakan kerana dunia. Maka para ulama’ tidak diberi lesen untuk bebas membuat segala sesuatu, termasuk mengajarkan sesuatu yang tiada sandaran nas al-Quran dan dalil as-Sunnah! Ilmu yang diamksudkan bukan sebarang ilmu tetapi ilmu al-Quran dan as-Sunnah yang boleh memandu kehidupan manusia Islam mendapat kejayaan dunia dan akhirat.]
Insya Allah dalam post akan datang kita huraikan dan jelaskan tiga hadith ini supaya saudara lebih jelas maksud dan mesejnya.

Jazakallahu khairah

Wednesday, December 19, 2012

Ilmu, Islam dan Iman - Kejayaan Akhirat

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post ini kita huraikan sedikit sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) menyentuh perkara atau tajuk di atas, iaitu kaitan ilmu dengan amalan dan keIslaman, malah keImanan kita. Mudah-mudahan saudara faham intipati visi dan misi blog ini, insya Allah.
 
Ilmu, Islam dan Iman  
 
Saudara, hadith di bawah ini pndek dan rengkas, tetapi maksud dan implikasinya begitu luasa. Semoga kita faham mesej Rasulallah (s.a.w) dalam hadith ini.
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) bahawa Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Ilmu itu hidupnya Islam dan tiangnya iman.’ [Hadith Abu Shaikh]
[Nota: Hidupnya Islam secara amnya bergantung kepada sejauh mana umat Islam itu diberikan atau memiliki ilmu mengenai agamanya dan menyediakan diri mereka untuk akhiratnya berdasarkan dan berpandukan ilmu tersebut dan berusaha dia mempelbanyakkan bekalan untuk akhiratnya. Hidupnya keIslaman dan kental atau rapuhnya keImanan seseorang yang Islam itu juga bergantung kepada sejauh mana dia mempunyai ilmu akhirat dan memahami ilmu akhirat tersebut, dan mengamalkan segala sesuatu yang dituntut oleh Islam sekuat mampunya. Kalau dia jahilkan ilmu akhirat, maka berkuburlah Islamnya, kosong dalamannya, hanya luarannya dia nampak (seemingly) Islam, tapi isi keIslamannya dan keImanannya kosong semata-mata. Islam mati dalam hidupnya dan rohnya. Tanpa ilmu akhirat tersebut rapuh atau goyah, malah tumbanglah tiang keImanannya. Maka dengan itu lahiriah nampak Islam, dari segi batiniah dia tak lebih dari orang yang tidak Islam. Maka, kalau dia memegang jawatan bersifat keagamaan dia tidak faham Islam maka dia akan menyulitkan dakwah dan menghalang-halang usaha memurnikan Islam apabila ada golongan yang berusaha menyedarkan orang Islam tentang tuntutan agamanya yang haq dan dalam usaha mereka memertabatkan ilmu akhirat kepada orang Islam.
Berapa ramaikah orang Islam yg benar-benar tahu dan faham bahawa segala amalan dan ibadah yg mereka lakukan hanya valid diterima Allah (a.w) kalaulah dia beramal dan beribadah dengan sandaran ilmu yg haq? Ilmu yg haq itu hanya didapati dari sumber yg haq, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Kefahaman dalam ilmu yg haq tersebut hanya boleh didapati oleh mereka jika mereka belajar daripada orang yg tahu dan faham ilmunya dan cara dan kaedah mengamalkannya. Berapa ramaikah orang Islam hari ini yg belajar ilmu yg haq tersebut? Makasudnya berapa ramaikah umat Islam hari ini memberi perhatian kepada menyempatkan diri mereka belajar al-Quran dan as-Sunnah? Majoriti umat Islam hari ini cuba memahami agama Islam melalui media yg tak diterima oleh Allah (a.w) sebagai sah. Dalam zaman maya ini bermacam-macam ilmu mengenai Islam dimuat-turun dalam internet. Ramai orang mengakui diri mereka ilmuwan atau ulama’, maka dengan menggunakan kebijaksanaan akal fikiran mereka, mengajarkan manusia segala sesuatu mengenai Islam. Hari ini ‘Islam’ dan ‘syariat Islam’ itu sudah menjadi satu matapelajaran akademik sebagaimana matapelajar sains aeronatika, sains kemasyarakatan, filosofi (falsafah) sehinggakan terdapat ijazah Ph D dikeluarkan oleh pusat pengajian menara gading kepada ilmuwan Islam, yg menggelarkan mereka ‘Dr’. Mereka kemudiannya dinobatkan sebagai orang yg berilmu atau ilmuwan. Mereka pula menampilkan diri sebagai orang berilmu, malah ‘pakar’ dalam bidangnya. Kalau bidangnya berkisar di sekeliling Islam dan syariatnya, maka mereka pula dianggap pakar atau ‘ahli’ dalam Islam dan syariatnya. Apabila diterima oleh masyarakat sebagai seorang yg berilmu, maka lambat laun mereka dinobatkan sebagai ‘ulama’ (=orang yg berilmu). Maka ramailah manusia yg menjadi pengikut mereka. Ramailah menerima panduan mereka. Oleh kerana kepintaran serta pengaruh golongan ini, maka ramailah yg menganggap ajaran mereka benar dan pengikutnya mengamalkannya.
Ilmu yg didapati cara sedemikian dan dari sumber yg sedemikian, tidak mengesahkan ilmu dan membenarkan amalan. Maka dengan itulah Allah (a.w) berfirman pada Ayat 36, Surah an-Nisa’ ‘ … wala taqfu ma laisa bihi ilmun ’ (yg bermaksud: Janganlah kamu kerjakan sesuatu (amalan dan ibadah) tanpa kamu terlebih dahulu memiliki ilmu mengenai apa yg kamu kerjakan (amalan dan ibadah)). Kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam sabdanya: ‘Al-ilmu qabla ‘amal’ (yg bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan amalan). Beramal dan mengerjakan sesuatu ibadah tanpa didasari oleh ilmu adalah batal. Maka dengan itulah dalam sepotong hadith lain Rasulallah (s.a.w) peringatkan kita bahawa neraka wel (atau celakalah) seseorang yg mengerjakan amalan tanpa ilmu (i.e. mengerjakan amalan dalam kejahilan), dan neraka wellah (i.e. celakalah) seseorang yg berilmu tetapi tidak mengamalkan ilmunya).
Dalam urusan aqidah dan syariat Islam, khususnya perkara amalan dan ibadah – yg fardu mahupun yg sunat – ilmu yg wajib dipelajari, difahami dan dijadikan dasar amalan dan ibadah hanyalah dua – al-Quran dan as-Sunnah. Ilmu yg sah dijadikan panduan amalan adalah al-Quran dan as-Sunnah. Maka dengan itu ilmu yg sumbernya selain al-Quran dan as-Sunnah tidak mengesahkan amalan dan ibadah. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu sesiapa yg mengerjakan sesuatu amalan atau ibadah dalam kejahilan, walaupun amalan atau ibadah itu betul, tetap dikira salah. Jika seseorang itu beramal dengan berdasarkan ilmu yg haq, walaupun salah amalannya, tetap diberikan satu pahala kerana mengamalkannya berdasarkan ilmu yg haq, dan kalau diamalkan dengan betul pula diberikan dua pahala. Itulah bezanya beramal berpandukan sumber ilmu dan kaedah mengilmukan diri secara sah dalam Islam.
Sehubungan itulah Rasulallah (s.a.w) menyuruh umatnya supaya mengaji atau mempelajari ilmu. Malah wajib bagi seseorang yg mengakui dirinya seorang Islam yg beriman itu mencari, mengaji dan beramal dengan ilmu tersebut. Jika Islam tapi tidak mengaji atau menyempatkan masa belajar ilmu (al-Quran dan as-Sunnah), maka dia mendapat dosa setiap saat! Sebaliknya, sedikit masa yg disempatkan olehnya setiap hari mengaji ilmu (al-Quran dan as-Sunnah) mendatangkan banyak keuntungan akhirat baginya – amalan dan ibadahnya sah dan diterima, dan diberikan ganjaran pahala, para malaikat mendoakan kesejahteraan baginya sehinggakan ikan-ikan di dalam airpun mendoakan kebaikan baginya, dan dia mendapat pahala yg nilainya melebihi nilai dunia dan segala isinya (yag akan diterimanya di akhirat kelak)!
Berdasarkan ilmu yg haq itu, dia selamat dari segala sesuatu yg membatalkan amalan dan pahala amalannya kerana melakukan sesuatu yg dicemari oleh syirik (terutama syirik yg samar), kurafat, tahayul, bid’ah dan beramal secara ikut-ikutan. Dengan ilmu, maka dia beramal dengan kepastian bahawa segala amalan dan ibadahnya bukan sahaja mendapat pahala, bahkan pahala yg maksimum berdasarkan ganjaran yg dijanjikan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Ramai orang tak sedar yg dia muflis di akhirat. Muflis kerana beramal dan beribadah tapa ilmu, tak diterima amalan dan ibadahnya. Maka dalam Kitab Catatan Amalannya kosong. Muflis kerana amalan dan ibadah yg tercemar atau dicemari oleh perbuatan syirik, kurafat, kepercayaan tahyul, bida’ah dan taklid. Juga dicatitkan kosong dalam Kitab Catatan Amalan kita. Malah lebih bahaya. Beramal tanpa ilmu, tak dapat pahala. Beramal tapi tercemar, tak dapat pahala. Lebih bahaya, batal segala amalan dan ibadah lain. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memperingatkan umatnya tentang bahayanya bid’ah. Tapi, amat malang hari ini majoriti umat Islam menyangsikan nasihat Rasulallah (s.a.w) ini, malah kuat dan tegas berhujjah sebaliknya, wal iyazubillah min zalik.]
 
Jazakallahu khairah

Tuesday, December 18, 2012

Ilmu, Amalan dan Kejayaan Akhirat: Solat

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah rumuskan - berdsarkan nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah cara dan kaedah solat fardu serta rukun-rukun qalbi, fe'li dan qaulinya, supaya kita dapat semak semua segala ibadah solat kita selama ini apakah solat kita yg sudah-sudah itu menepati apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Solat fardu itu wajib bagi seorang yg akui dirinya Islam dan dia beriman dengan hari akhirat, khususnya bahawa di akhirat kelak segala amalan dan ibadah serta kesemua perbuatan semasa hidup akan dihisab oleh Allah (a.w) bagi menentukan apakah kita dapat syurga atau sebaliknya, gagal, maka kita disiksa dalam neraka.
Saudara, ibadah solat itu adalah ibadah yg amat utama bagi umat Islam. Ibadah solat itu menentukan hisaban lain-lain amalan dan ibadah. Jika baik hisaban solat fardu, maka baiklah hisaban ibadah fardu dan sunat lainnya. Sebagai contoh seseorang yg tidak solat tetapi dia merupakan seorang yg dermawan seringkan menginfaq atau membelanjakan wang ringgit atau kekayaannya demi fi sabilillah. Dalam kes ini, kedermawanannya itu tidak ada gunanya, kalau dia tidak bersolat atau dia bersolat tetapi tidak diterima Allah (a.w) solatnya kerana tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Berikut kita semak beberapa ketetapan Islam mengenai solat fardu itu.
 
Solat Fardu 
 
Saudara, kewajipan mengerjakan solat itu disebutkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dalam hadith berikut:
 
(a)        Waktu solat ditentukan
 
Saudara, apabila mengaji ilmu al-Hadith, kita akan tahu, antara lain syariat azan dan qamat itu, kalimah-kalimahnya dan cara menyerunya. Kita juga diberitahu bahawa setiap kali masuk waktu solat, muazin (tukang azan) hendaklah mengazankannya. Kemudian, ketika nak mulakan solat kita wajib pula qamatkan. Kalau kita bersendirianpun, hendaklah dimulakan solat dengan mengqamatkannya.
Firman Allah (a.s): ‘Fa-aqimus-solata innas-solata kanat ‘alal-mukminina kitaban mauquta.’ (Yg bermaksud: Maka dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yg ditentukan waktunya bagi orang-orang yg beriman.) [Ayat 103, Sura an-Nisa’] 
Saudara, dalam al-Hadith disebutkan juga bagaimana Malaikat Jibril (a.s) mengajarkan Rasulallah (s.a.w) cara bersolat dan waktu-waktunya - waktu masuknya dan waktu tamatnya. Orang-orang yg akui dirinya beriman wajib solat. Solatlah menentukan jekayaan akhirat.
 
(b)        Solat diwajibkan 
 
Saudara, solat fardu itu wajib yakni mesti dikerjakan. Yg kecualikan seseorang yg Islam dan iman itu dalam keadaan uzur syar'i, yakni hilang akal atau sudah nyanyok. Kalau masih waras wajib bersolat. Kalau tak boleh berdiri kerjakan solat, maka kita disuruh solat duduk, tak boleh duduk solat secara berbaring. Namun solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali.
Selain itu, harus diingatkan bahawa solat fardu itu adalah kemestian. Namun sebagai bukti seseorang yg Islam dan iman itu benar-benar mensyukuri nikmat yg dikurniakan oleh Allah (a.w) padanya, termasuk nikmat kehidupan, nikmat kesihatan dan kewarasan, maka hendaklah dibuktikan melalui solat-solat sunat.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Allah (a.w) berfirman: ‘Inni faradtu ‘ala umatika khamsa solawatin wa-‘ahadtu ‘indi ‘ahdan annahu man ja-a yuhafizu ‘alaihinna li-waqtihinna adhaltuhul-jannata wa-man lam yuhafiz ‘alaihinna fala ‘ahdalahu ‘indi.’ (Yg bermaksud:  Allah (a.w) berfirman: Sesungguhnya Aku (Allah) telah mewajibkan solat lima waktu atas umatmu (Muhammad) dan Aku (Allah) berjanji dengan sungguh-sungguh pada diriKu bahawasanya barangsiapa yg datang dengan menjaga solat ima waktu pada waktunya maka Aku (Allah) akan memasukkannya kedalam syurga, dan barangsiapa yg tidak menjaganya solat lima waktu maka tidak ada janji di sisiKu baginya.) [Hadith qudsi, Abu Daud, Kitab Solat] 
Saudara, dalam hadith di atas itu kita diberitahu bahawa sesiapa yg inginkan kejayaan akhirat - masuk syurga - maka wajib dia tunaikan solatnya. Seseorang yg Islam dan beriman itu tidak akan mendapat syurga, kalau dia tinggalkan solatnya. Ini adalah hakikat yg wajib difahami oleh semua yg Islam. Adalah batil pendapat yg menyatakan bahawa seseorang yg Islam itu dapat syurga juga kalau dia tak solat, memadai berbuat amal soleh.
 
(c)        Solat Tiang Agama 
 
Saudara, solat fardu itu adalah tiang agama Islam. Seseorang yg tidak solat seumpama meruntuhkan agamanya. Malah dalam sepotong hadith - dibawah - kita diberitahu bahawa sesiapa yg meninggalkan satu solat fardu dengan sengaja, pasti jatuh kafir. Dia, Islam semula tatkala dia bersolat kemudiannya. Dalam tempoh kekafirannya itu, dia akan berada dalam neraka, wal iya zubillah.
Saudara, ramai orang Islam berpandangan bahawa solat fardu yg tertinggal itu boleh diqadakkan. Tiada nas dan dalil al-Quran, terutama as-Sunnah, kemudahan sedemikian. Yg ada kalau terlupa atau tertidur, maka terlepas waktu satu-satu solat fardu itu, kita diwajibkan mensolatkannya, ketika teringat atau ketika terjaga dari tidur, walaupun sudah luput waktunya. Ini membuktikan betapa utamanya solat fardu itu.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘As-Solatu ‘imadud-dini.’ (Yg bermaksud: Solat adalah tiangnya agama.) [Hadith al-Baihaqi, dhaif pada sanad] 
[Nota: Kita dilarang bersolat pada 3 waktu, iaitu ketika matahari baru nak terbit; ketika matahari berada tegak di atas langit, dan ketika matahari nak terbenam. Selian itu dbolehkan solat. Hanyalah setelah ditunaikan Solat Asar, umat Islam tidak dibolehkan bersolat.]
 
(d)        Hisaban yg terawal dan Penentu 
 
Saudara, dalam hadith ini kita diberitahu bahawa solat fardu itu adalah amalan/ibadah yg mula-mula dihisab di akhirat kelak. Kalau terdapat kekurangan dalam ibadah solat fardu seseorang iman itu, Allah (a.w) perintahkan malaikat yg menghisab amalan, supaya meneliti solat-solat sunatnya. Solat-solat sunat itu boleh menampung kekurangan dalam solat-solat fardu. Itulah utamanya kita usahakan seboleh-bolehnya melakanakan solat-solat sunat - spt solat rawatib (solat sebelum dan selepas solat fardu - kecuali solat selepas 'Asar).
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Inna awwala yuhasabu bihil-‘abdu yaumal qiamati solatuhu …’ (Yg bermaksud: Sesungguhnya yg pertama di hisab dari eorang hamba pada hari kiamat adalah solatnya …’ ) [Hadith at-Termidzi dan an-Nasa’ie]  
Saudara, kalau solat kita abaikan atau tinggalkan, hanya solat-solat sunat yg boleh menampung lompang kelalaian kita. Maka dengan itulah kita digalakkan mengerjakan solat-solat sunat, terutama ketika sepertiga malam. Malaikat tidak akan menyemak amalan dan ibadah lain untuk mengimbangi kealpaan serta kekurangan kita dalam ibadah solat.
 
(e)       Janji Rasulalallah (s.a.w) 
 
Saudara, kita telah lhat janji Allah (a.w) bahawa seseorang itu mendapat syurga kalau dia solat. Janji yg serupa diulangi oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut. Malah kita diberitahu bahawa seseorang yg Islam itu jatuh kafir secara otomatis apabila dia tinggalkan satu waktu solat.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Innal-‘ahdal-lazi bainana wa-bainahumus-solattu faman tarakaha faqad kafara …’ (Yg bermaksud: Sesungguhnya janji yg membezakan antara kita (orang iman) dan mereka (orang kafir) adalah solat. Barangsiapa meninggalkan solatnya maka sungguh-sungguh dia telah kafir.) [Hadith an-Nasa’ie] 
Manusia menyembah tuhan mereka secara yg berbeza-beza. Penyembahan sedemikian itu bukan diiktiraf sebagai solat, hanyaah 'sembahyang'. Dan amalan sedemikian tidak menjadikan seseorang itu Islam atau menggantikan syariat solat orang-orang Islam. Maka dgn itu jugalah sesiapa yg tidak Islam atau orang Islam yg kerjakan solat mengikut kaedah selain yg ditetapkan, tidak diterima segala amalan dan ibadahnya. Solat hendaklah sejajar dengan apa yg dibuat oleh Rasulallah (s.a.w) berdasarkan hadith: 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' (Yg bermaksud: Bersolatlah kamu sebagimana kamu melihat aku (Nabi) bersolat) [Hadith Bukhari]. Justeru itu, kalau orang Islam kerjakan solat dengan cara yg berlainan dari apa yg dicontohkan atau ditunjukkan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w), tidak diterima dan tidak diakui sudah mengerjakan solat.
 
(f)         Mengganti/mengqoda’kan solat 

Saudara, dalam hadith ini kita diberitahu bahawa seorang perempuan yg haid (atau nifas - selepas bersalin) itu tidak diperlukan mengqadakkan solat yg terpaksa ditinggalkannya dalam tempoh haidnya (seminggu) dan nifasnya (40 hari). Yg perlu diganti hanyalah hari-hari puasa wajib yg dia terpaksa tinggalkan.
Diriwayatkan hadith dari Aisyah (r.ah) ‘innam-raatan saalat Aisyah (r.ah) ataqdi haidi-haidu iza tahurat qalat aharuriyatu anti kunna nahidu ‘ala ‘ahdi Rasulallah (s.a.w) thumma nadhuru fa-ya’muruna bi-qadais-saumi wa-la ya’muruna bi-qadais-solati.’ (Yg bermaksud: Sesungguhnya seorang perempuan bertanya kepada Aisyah (r.ah): ‘Apakah prempuan yg haid ketika telah suci membayar/mengganti solatnya (yg tertinggal atau ditinggalkan ketika haid)?’ Aisyah (r.ah) menjawab: Apakah kamu perempuan Khawariyah?’. Pada zaman Nabi (s.a.w) kami haid kemudian suci lalu Nabi (s.a.w) memerintahkan kepada kami untuk membayar puasa dan tidak memerintahkan kami membayar/mengganti solat.’) [Hadith an-Nasai, Kitab Puasa]
[Nota: Orang Khawariyah yg tinggal di desa Hurura. Mereka berpendapat wanita haid tetap wajib mengganti solatnya. Mereka meyakini syariat Islam yg berlainan dari ketetapan as-Sunnah.]
 
(g)        Niat dan khusyuk dalam solat 
 
Saudara, kita diperingatkan oleh Allah (a.w) beberapa perkara dalam firmannya berikut: pertama, hendaklah kita mempastikan kita bersolat pada awal waktunya - sebak sahaja masuk waktu, kita kerjakan; kedua, hendaklah kita jaga solat yg tengah (= Solat Asar) kerana singkat waktunya, dan seringkali, dalam kesibukan keduniaan kita, kita abaikan atau terlepas waktunya; dan ketiga, hendaklah kita kyusyuk ketika bersolat; dan keempat, hendaklah kita jangan berkata-kata selain melaksanakan rukun qauli (bacaan) yg ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w).
Firman Allah (a.w): Hafizu ‘ala solati was-solatil-wusta wa-qumullahi qanitina.’ (Yg bermaksud: Jagalah kewajipan solatlima waktu dan solat yg tengah (Solat ‘Asar) dan dirikanlah solat kerana Allah (a.w) dengan tunduk (khusyu’/tidak boleh bercakap dalam solat)). [Ayat 238, Surah al-Baqarah] 
Saudara, jika kita mempelajari ilmu as-Sunnah, kita akan diajarkan bagaimana nak khusyuk dalam atau ketika solat. Antaranya, pertama, hendaklah kita baca degan betul, faham erti kalimah/surah yg kita baca, dan faham maksudnya atau mesejnya; kedua, hendaklah kita tumpukan penglihatan mata kita kepada tempat Sujud, dan janganlah meliarkan mata kita, dan ketiga, hendaklah kita jaga tamakninah solat (= berhenti seketika pada setiap rukun fe'linya), baru baca tasbihnya, kemudian baru bergerak untuk rukun fe'li yg berikutnya) pada setiap rukunnya.
 
(h)        Solat wajib dijema’ahkan 
 
Saudara, solat fardu itu hendaklah disolatkan secara berjema'ah, walaupn ada 2 orang - seorang imam dan seorang mamum. Hadith ini menyebutkan sesiapa yg boleh mendengar azan dikumandangkan (dengan suara asal, bukan secara pembesar suara) dan dia tak datang ke musollah (= tempat solat) untuk bersolat berjema'ah, maka tidak diterima solatnya yg dikerjakan secara bersendirian. Namun wajib diingatkan, kalau saudara bersolat menepati syariatnya berdasarkan as-Sunnah, dan solat yg dijema'ahkan berlaian atau lari dari ketetapan as-Sunnah, maka saudara wajib bersolat sendiri, kerana solat yg tidak menepati ketetapan/syariatnya, tidak diterima Allah (a.w).
Diriwayatkan hadith dari Ibni Abbas (r.a) berkata: ‘Qala Rasulallah (s.a.w) man sami’a munadi falam yamna’hu minad-tabi’ahu minad-taba’ihi ‘uzrun qalu wa-ma ‘uzrun qala khaufun au maridun lam tuqbal minhus-solatul-lati solla.’ (Yg bermaksud: Barangsiapa mendengar azan dan tidak ada keuzuran yg menghalanginya untuk mengikuti panggilannya itu (solat berjema’ah di masjid) maka tidak diterima solatnya.’ Para sahabat bertanya: ‘Apakah uzur itu?’ Nabi (s.a.w) menjawab: Rasa takut atau sakit.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Solat] 
Saudara, disebutkan dalam hadith itu dua sebab yg membolehkan solat fardu itu kita kerjakan bersendirian, iaitu: pertama, dalam bahaya (ketika berperang atau ada huruhara, contohnya) dan kedua, kerana sakit yg tidak membolehkan kita datang ke tempat solat yg dijema'ahkan.
 
(i)         Ada bertiga wajib jema’ahkan solat 
 
Saudara, kerana utamanya solat fardu itu dijema'ahkan maka dalam hadith berikut kita diperintahkan bahawa kalaulah kita bertiga dalam musafir atau berada dalam hutan belantara, maka wajib kita jema'ahkan solat tersebut ketika masuk waktunya.
Diriwayatkan hadith dri Abu Darda’ berkata: ‘Aku mendengarRasulallah (s.a.w) bersabda: ‘ma min thalathatin fil-qaryati wa-la badwi la tuqamu fihimus-solatu illa qadis-tahwaza ‘alaihimus-syatanu fa-‘alaika biljama’ati fainnama yakkuluz-za’bu al-qasiayata.’ (Yg bermaksud: Tidak ada tiga orang yg berada di suatu kariah/desa atau di hutan yg dikalangan mereka tidak ditegakkan solat berjema’ah kecuali syaitan telah berjaya menggoda mereka. Maka kerjakanlah solat berjema’ah kerana sesungguhnya serigala itu memangsakan kambing yg menyendiri.) [Hadith Abu Daud, Kitab Solat]
[Nota: Dalam solat berjema’ah itu diperlukan ada dua orang sahaja, seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Kenapa bertiga? Bertiga perlu kalau Imam batal wudu’nya/solatnya, maka seorang dari dua makmum boleh kedepan mengambil alih tempat Imam menyambung solat. Lagipun, jika solat itu adalah Solat Jum’at, maka perlu ada 3 orang, seorang yg akan azan, seorang menjadi khatib/Imam membacakan khutbah, dan seorang menjadi makmum biasa.] 
 
(j)         Gandaan pahala solat berjema’ah 
 
Saudara, bagi kita yg mempelajari ilmu as-Sunnah mengenai solat, kita diberitahu tentang gandaan pahala mengerjakan solat berjema'ah. Adalah merugikan pada kita kalau kita tidak ambil peluang mengerjakan solat secra berjema'ah - gandaan pahala 27 kali ganda.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Omar (r.a) (berkata) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Solatul-jama’ati tafdhulu solatal-fazzi bi-sam’in wa-‘isyrina darajata.’ (Yg bermaksud: Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Solat berjema’ah pahalanya) melebihi solat sendirian (sebanyak) 27 darjah (i.e. gandaan pahala).) [Hadith Bukhari, Kitab Azan]
Saudara, bagi saudara yg berada di tanah suci - Mekah dan Madinah - kita diberitahu gandaan istemewa pula. Mengerjakan sesuatu solat di Masjid Nabi kita mendapat gandaan pahala 1,000 kali gandaan. Jika, di Masjidil Haram pula digandakan pahalanya sebanyak 100,000 kali ganda. Alangkah ruginya seseorang yg Islam berada di Madinah atau di Mekah, kemudian dia mengerjakan solat di hotel atau rumah tumpangan mereka!
Mudah mudahan tinjauan sambil lalu dalam post ini dapat menambah hazanah ilmu mengenai solat pada saudara, insya Allah.
 
Jazakallahu khairah
 
 

Ilmu, Amalan dan Kejayaan Akhirat: Bid'ah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lalu kita telahpun jelaskan bahawa bagi setiap orang Islam itu ilmu (i.e. ilmu mengenai al-Quran dan as-Sunnah) itu wajib diketahui dan dijadikan asas amalan dan ibadah dan dilaksanakan mengeikut ketetapan ilmu tersebut, maka kita mengerjakan amalan dan ibadah yg menepati ketetpan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dalam amalan dan ibadah. Amalan dan ibadah yg didasarkan kepada ketetapan as-Sunnah adalah sah dan diterima oleh Allah (a.w). Oleh itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa yg berpegang kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah tidak akan menyimpang dari 'siratul mustaqim', maka tidak sesat mencari jalan itu dan pastilah di mendapat syurga jikalah dia amalkan amalan dan ibadah berdasrkan ketetaan al-Quran dan as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) telah peringatkan kita bahawa sesiapa yg mengamalkan sesuatu amalan (atau ibadah) yg amalan tersebut tidak didatangkan (atau ditunjukkan atau dicontohan) oleh beliau (Nabi), maka amalan (atau ibadah) tersebut tidak diterima Allah (a.w). Sesuatu yg tidak dibawakan atau diajarkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah 'pembaharuan dalam perkara atau urusan agama' = bid'ah, maka akibat mengamalkannya telahpun kita tahu. Rosak amalan dan ibadah kita dan terkeluar kita dari Islam, wal iya zubillah. Maka dengan itulah kita wajib ada ilmu supaya kita tahu apakah yg boleh dan apakah yg tida boleh dalam perkara amalan dan ibadah.
Sadara, kita akan lihat dalam post yg akan datang - mengulangi semula apa yg telahpun dimuatkan dalam blog ini - tentang berwudu' dan mandi junub. Kerana segala amalan dan ibadah yg mewajibkan kita ada wudu' hanya sah jika wudu' kita itu sah. Dan, semua amalan dan ibadah yg mewajibkan kita bersih dari junub, kalau mandi junub kita tidak betul atau tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tidak sah, maka segala amalan yg didasari kita bebas dari junub, akan batal. Oleh itu wajib kita tahu dan faham.
Saudara, dalam perkara solat - farduke atau sunatke, bersendirianke ata berjema'ahke - kita diberitahu melalui as-Sunnah seperti berikut. Ini adalah rumusannya. Perinciannya telahpun dimaklumkan dulu dalam blog ini tentang bentuk-bentuk solat, kaedah dan cara bersolat, termasuklah rukun qalbinya, rukun qaulinya dan rukun fe'linya. Di bawah ini kita berikan rumusannya mengikut ketetapan as-Sunnah. Apa-apa yg tidak disebutkan di bawah adalah bentuk-bentuk penambahan atau pembaharuan atau termasuk dalam bid'ah, yg membatalkan solat tersebut.
(a) Solat itu wajib dengan berwudu' - kita hendaklah ada wudu' dan wudu' kita hendaklah sah, barulah solat kita sah;
(b) Sahnya wudu' dan junub itu jika dimulakan dgn menyebut kalimah 'Bismillah' dipermualaan prosesnya. Batal wudu' itu apabila dimulakan dgn membaca lain-lain kalimah, termasuklah bacaan seumpama 'Nawaitu wudui ...' atau 'Nawaitu hadthil-asghari/akbari ...', dan sebagainya;
(c) Sah mandi junub itu kalau prosesnya mengandungi dua proses - pertama mengambil wudu' dan kedua meratakan air ke seluruh badan. Dan, dimulakan prosesnya dengan menyebut 'Bismillah'. Tidak sah wudu' dan junub kalau tak dibaca kalimah 'Bismillah'. (Dalam perkara mandi ini, diringankan bagi perempuan bahawa ketika mandi tidak perlu dia menanggalkan sanggulnya, bagi wanita yg tebal dan lebat rambutnya, yg perlu dituangkan air tiga kali cedukan ke atas kepalanya, supaya air kena kpd kulit kepalannya);
(d) Hendaklah tempat solat kita itu bersih dari najis dan pakaian kita menutup aurat (dan bagi lelaki hendaklah menutup dadannya, walaupun bukan dikira aurat baginya), pakaian bersih dari najis (pakaian yg terkena tanah, kerana kita bekerja dan takda pakaian selain yg dipakai, tak mengapa, kerana tanah bukanlah najis);
(e) Berdiri tegak mengadap kiblat kemudian mengangkat kedua-dua tangan sambil membaca Takbir = Allahu Akbar. Kedua-dua tangan kita diangkat sampai hujung jari-jari tangan kita sampai ke paras cuping telinga atau ke paras kedua bahu kita, kemudian meletakkannya di bahagian atas pusat di tengah-tengah (bukan diberatkan ke kiri atau diletakkan di atas dada di bahagian hati dan seumpamanya). Kemudian membaca Takbiratul Ikhram;
(f) Membaca Ayat perlindungan '  'A'uzibillahi minas syaitanir-rajim' diikuti dengan 'Basmalah', sebelum membaca Surah al-Fatihah = Ummul Kitab tanpa menguatkan bacaan 'Basamalah' = Bismillahir-rahmanir-rahim'. Setelah selesai al-Fatihah, di sebut kalimah 'Amin'. Basmalah tidak dibaca dengan 'jahar' atau kuat oleh Rasulallah (s.a.w). Kemudian membaca satu surah (hanya bagi dua rakaat yg pertama.) (kalau mengerjakan solat sunat surah hendaklah dibaca setiap rakaat - satu atau dua atau tiga atau empat rakaat solat sunat). Jika tak dibaca Surah al-Fatihah batal solat tersebut.
(g) Setelah selesai membaca surah, kita angkat kedua-dua tangan sampai ke paras dua cuping telinga atau kedua bahu sambil bertakbir (Allahu Akbar), maka kita Rukuk. Ketika Rukuk dibaca tasbihnya: 'Subhana rabbiayal 'azim' tanpa membaca 'wa-bihamdihi'. Tidak ada dasar as-Sunnah bahawa Rasulallah (s.a.w) membaca kalimah 'wa-bihamdihi' itu. Kalau kita baca, maka terlibat dalam bid'ah tersebut. Maka batal solat kita. Tasbih Rukuk itudibaca sekurang-kurang sekali, lazimnya 3 kali)
(g) Selepas Rukuk kita I'ktidal dengan mengangkat kedua tangan sambil membaca Tasbihnya: 'Sami'ullahu liman hamidah' sekali, kemudian meluruskan kedua tangan dibadan (selari dgn kedua peha). Kita boleh baca tambahan kpd kalimah tersebut ketika sedang tegak berdiri (seperti yg telahpun kita bagi tahu dalam post terdahulu). Kalau kita adalah makmum dalam solat, ketika Imam membaca kalimah 'Sami'ullahu iman hamidah' itu, kita sambut dengan menyebut 'Rabbana lakal hamdu' bukan membaca 'Sami'ullahiu liman hamidah.'
(h) Sesudah I'ktidal itu, kita mengangkat kedua-dua tangan kita sambil menyebut Takbir (Allahu Akbar) kitapun turun untuk Sujud. Ketika Sujud kita diwajibkan mempastikan 3 anggota Sujud berada di atas tempat solat - kepala (i.e. dahi dan batang hidung), dua telapak tangan, dua lutut, dan hujung kaki/jari-jari dua kaki. Ketika Sujud itu dibaca Tasbihnya: 'Subhana rabbial 'ala' (sekurang-kurangnya sekali, lazimnya 3 kali) tanpa menambah 'wa-bihamdihi'.
(i) Kemudian kita bangun dari Sujud untuk Duduk diantara Dua Sujud sambil menyebut Takbir (Allahu Akbar). Ketika Duduk diantara Dua Sujud itu kita baca Tasbihnya - paling minima 'Rabbighfrili' dua kali atau Tasbih yg panjang yg telahpun kita tahu melalui post yang dahulu.
(j) Kemudian kita tunduk semula untuk Sujud ke-2 sambil menyebut Takbir (Allahu Akbar), dan membaca Tasbihnya dan keduduakn anggota Sujud seperti yg telah disebutkan di (h) di atas, membaca 'Subhana rabbial 'ala' (sekali, lazimnya 3 kali tanpa 'wa-bihamdihi'.
(k) Kemudian kita bangkit dari Sujud ke-2, untuk berdiri dengan mengangkat kedua tangan untuk rakaat ke-2 sambil membaca Takbir (Allahu Akbar),  setelah semurna berdiri, letakkan kedua-dua tangan di atas bahagian pusat, tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri, di tengah-tengah perut bahagian atas pusat. Setrrusnya membaca Surah al-Fatihah dan etelah selesai 'Amin' membaca satu surah pula dan ulangi proses seterusnya.
(l) Ketika selesai ujud ke-2 pada rakaat ke-2 kitapun duduk untuk Tahiyat Awal - duduk secara iftirsy - jari-jari kaki kanan ditegakkan dan telaak kaki kiri di lipatkan supaya ponggong sebelah kiri duduk di atas telapak kaki kiri, dan bahagian ponggong kanan duduk/diletakkan di atas tumit kaki kanan. Tangan kanan digenggam dan hanya jari telunjuk di hulurkan dan didiangkat sambil membaca Tahiyat Awal: 'At-Tahiyatul, mubarakatus-solawatut-taiyibatu lillah ... hinggalah akhir kalimah syahadah 'Wa-asyhadu anna Muhammadar-rasulu wa-'abduhu'.
(m) Setelah selesai Tahiyat Awal kitapun bangun semula untuk rakaat ke-3 sambil membaca Takbir (Allahu Akbar) dengan mengangkat kedua-dua tangan sehingga sempurna berdir sampai angkat tangan kita itu bersetentang dengan dua cuping telinga atau dua bahu kita, kemudian baru letakkan semula atas bahagian perut seperti bias. Justeru mengangkat kedua tangan sampai ke paras dua cuping telinga atau bahu itu dibuat dua kali - sekali ketika Takbiratul Ikhram pada rakaat pertama dan sekali lagi ketika bangun habis rakaat kedua untuk rakaat ke3. 
(n) Ketika rakaat ketiga dan keempat kita hanya baca Surah al-Fatihah tanpa membaca surah. Setiap pergerakan - Rukuk, Sujud, Duduk antara Dua Sujud dan Sujud ke-2 pada rakaat ketiga dan keempat hendaklah dibaca Takbir. Hanya ketika bangun dari Ruku untuk 'Iktidal kita baca 'Samiullahu liman hamidah'.
(o) Pada Rakaat terakhir, selepas Sujud ke-2 kita baca Tahiyat Akhir - iaitu kalimah-kalimah yg dibaca pada Tahiyal Awal dan disambung dengan kaimah-kalimah berikut: 'Allahumma solli 'ala Muhammad wa-ala alihi Muhammad ... dan seterusnya sehingga - fil'alamina innaka hamidum majid.' Ketika duduk itu, kita duduk secara tawaruk - teapak kaki kiri dihulurkan (dijengolkan) keluar dari bawah kaki kanan yg didirikan di atas jari-jarinya.
(p) Akhirnya, selesai membaca Tahiyat Akhir itu kitapun memberi 'Salam' membaca 'Asslamualaikum wa-rahmatullah' sambil menoleh ke kanan dan kemudian membacanya pula ketika menoleh ke kiri. Selesai solat kita.
Saudara,
Adakah dapat saudara perhatikan terdapat perbezaan dalam perlakuan kita atau sebutan/bacaan kita dan ingatan dalam hati mengenai solat kita selama ini? Kalau, solat saudara berlainan dari apa yg diruuskan di atas itu, kemungkinan besar saudara terlibat dengan amalan bid'ah tanpa disedari dari segi rukun qalbi solat (niat ketika memulakan solat), rukun qauli (bacaan dalam setiap pergerakan solat) dan rukun fe'li (perlakuan setiap pergerakan solat). kalau saudara terlibat, hendaklah mulai dari sekarang ini ditinggalkan Jika tidak batallah solat saudara dan tidaklah saudara dapat apa-apa pahala dan tidak dictitkan oleh malaikat yg mencatit (Rakib dan Atid atau Kiraman Katibin) amalan solat saudara. Jika begitu, dalam  Kitab Catatan Amalan saudara, dikira tidak mengerjakan solat. Malah aqidah dan keimanan saudara dikira batil kerana mengamalkan bd'ah, wal iya zubillah. Oleh itu, berwspadalah.
Saudara, kalau kita merujuk kepada Solat Subuh pula, ketika sudah membaca Surah pada rakaat kedua, kitapun Rukuk, keudian bangun untuk 'Iktidal, kitapun baca Doa Qunut. Tidak ada bacaan Doa Qunut pada Solat Subuh berdasarkan ilmu as-Sunnah. Maka membaca Doa Qunut itu adalah bukan amalan sah dalam solat Subuh berdasarkan Solat Subuh yg dicontohkan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka tergolnglah amalan sedemikian itu perbuatan membaharui syariat Solat Subuh, maka batallah Solat Subuh dan termasuklah kita orang yg rugi sebagaimana yg disebutkan di awal post ini - amalan yg dicemari bid'ah tidak diterma Allah (a.w) dan kita terkeluar dari Islam tanpa disedari, wal iya zubillah.
Saudara, demikianlah kita telahpun lihat ketetapan as-Sunnah dalam perkara ibadah solat itu. Kalau dulu kita kerjakan berlainan, maka eloklah kita perbetulkan amalan solat kita, supaya tidaklah kita rugi.
saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam sepotong hadith bahawa di akhirat kelak ketika telah dbangkitkan dari kubur, semua manusia berjalan telanjang bogel menuju ke telaga al-Kauthar untuk minum airnya kerana sesiapa yg minum airnya tidak akan merasa haus selama-lamanya ketika berhimpun di padang mahsyar menunggu diserahkan Kitab Catatan Amalan masing-masing. Air telaga al-Kauthar itu lebih jernih dari air laut, lebih putih dari air susu dan lebih manis dari madu. Segolongan umat Muhammad tidak dibenarkan oleh para malaikat yg menjagaya untuk menghampiri Telaga al-Kauthar tersebut. Apabila Rasulallah (s.a.w) proses kepada malaikat yg menghaang 'umatnya' menghampiri telaga tersebut dengan mengatakan mereka itu adalah orang Islam yg lahir dalam zaman Islam syariat Rasulallah (s.a.w), malaikat memberitahu Rasulallah (s.a.w) bahawa mereka tidak tergolongan sebagai umat Muhammad (s.a.w) kerana setelah wafat Rasulallah (s.a.w) mereka mengamalkan bentuk-ebntuk amalan/ibadah dan cara dan kaedah mengerjakannya berlainan dari syriat amalan/ibadah yg dibawakan atau diajarkan oeh Rasulallah (s.a.w), maka mereka tidak diakui umat Muhammad (s.a.w), waliya zubillah!  Pendeknya mereka amalkan pembaharuan atau bid'ah.
Betapa ruginya mereka. Berhimpun di padang mahsyar selama 50, 000 tahun bilamana sehari ketika itu bersamaan 1,000 tahun waktu dunia, matahari berada di atas kepala sejengkal dan bumi dijadikan tembaga yg dipanaskan oleh cahaya matahari?
Saudara, itu kerugian di padang makhsyar. Kerugian kita itu bermula di alam kubur lagi, kerana malaikat Mungkar dan Nakir akan memukul kita kerana apabila ditanya sipa Rasulallah (s.a.w) dan kenapa kita tidak ambil syariat agama yg dibawakan oleh beliau, kita pasti salah menjawab, maka kita dipukul oleh mereka setiap saat dan ketika! Oleh itu lebih baik kita perbetulkan amalan dan ibadah kita supaya sejajar dgn ketetapan ilmu yg haq - ilmu al-Quran dan as-Sunnah - supaya kita benar-benar berjaya di alam-alam kubur, di padang mahsyar dan akhirnya ketika ditimbang pahala dan dosa kita mendapat syurga.
 
Jazakalallhu khairah.