Assalamualaikum,
Saudara, kita telah huraikan dengan panjang lebar begitu berbagainya dimensi yang menyebabkan kita menjadi orang Islam yang tidak baik, walaupun Islam. Islam saja tidak cukup untuk mempastikan berjaya di akhirat. Sesungguhnya kejayaan akhirat itu lebih utama dari kejayaan di dunia. Kerana, di dunia walau bagaimana berjayanya pun kita, ada penamat, iaitu had waktu, iaitu ajal kita. Di akhirat tidak ada batasan waktu, kerana di akhirat semuanya kekal. Tambahan pula sebarang kenikmatan atau setiap satu kenikmatan yang diperolehi oleh kita sebagai ahli syurga itu adalah 99 kali ganda lebih baik masya Allah. Semua ini orang Islam faham kalau mereka mengilmukan diri mereka dengan ilmu yang haq. Ilmu yang haq itu hanyalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah dan Islam yang benar itu adalah Islam yang panduannya al-Quran dan as-Sunnah dan bentuknya berjema'ah.

Kewajipan Mencari Ilmu
Setiap orang Islam berdosa setiap saat kalau dia tidak akur dengan ketetapan dalam hadith berikut.
Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Talabul ‘ilmi faridatun ‘ala kulli Muslim.’ (Yang bermaksud: Menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang Islam.)’ [Hadith Abu Daud, Kitab Ilmu]
[Nota: Hadith ini memberitahu kita yang Islam bahawa wajib kita belajar ilmu mengenai Islam – iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Allah (a.w) perintahkan kita yang Islam dan beriman itu supaya kerjakan sebarang amalan dan ibadah yang dituntut Islam itu dengan berdasarkan ilmu yang memberi kita kefahaman tentang Islam dan tuntutannya. Jusetru, Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra’ berfirman: ‘Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun’ (Yang bermaksud: Dan janganlah kamu buat (i.e. amalkan atau kerjakan) sesuatu tanpa kamu tahu dan faham ilmu mengenai apa-apa yang hendak diamalkan dan dikerjakan). Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w), dalam hadith ini, memerintahkan umatnya supaya menuntut ilmu. Rasulallah (s.a.w) juga bersabda: ‘Al-ilmu qabla ‘amal’ (Yang bermaksud: Hendaklah seseorang (yang ingin mengamalkan atau mengibadahkan sesuatu amalan atau ibadah itu) memiliki ilmu dahulu (mengenai apa yang diamalkan dan diibadahkan itu) barulah diamalkan sesuatu amalan dan ibadah yang dituntuti oleh Islam). Tanpa ilmu dan kefahaman, dia akan mengerjakan bentuk-bentuk amalan dan ibadah dengan cara dan kaedah yang sama sekali tidak sejajar dengan tuntutan Islam sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Jika berlaku sedemikian, maka kita yang melakukannya, maka rosaklah Islam kita, kita beramal dan beribadah tetapi tidak mendapat sebarang ganjaran pahala, amalan atau ibadah tersebut tidak diterima Allah (a.w), malahan mendapat dosa pula. Dengan itu jugalah Rasulallah (s.a.w) berpesan kepada kita: ‘Man ‘amila ‘amilan laisa fihi amruna fahua raddun’ (Yang bermaksud: Barangsiapa mengamalkan sesuatu amalan (atau ibadah) yang amalan (atau ibadah) itu (bentuknya, cara dan kaedah mengamalkannya) tidak didatangkan dari Aku (Nabi (s.a.w)) (yakni, tiada dalam ketetapan as-Sunnah), maka amalan tersebut ditolak (atau tidak diterima Allah (a.w)) - Hadith Bukhari & Muslim. Justeru itu, beramal dan beribadah dalam kejahilan merugikan kita. Malah lebih serius lagi apakala kita tidak memenuhi syarat sebagai orang Islam, berdasarkan hadith Omar ibni Khattab (r.a), yang merumuskan, ketetapansunnah Rasulallah (s.a.w) mengenai hakikat Islam itu sebenarnya, apabila dia berkata: ‘La Islama illa biljama’atin …’ (Yang bermaksud: Tidak dikatakan Islam seseorang itu kalau dia tidak berjema’ah …). Ketetapan ini mengulangi perintah Allah (a.w) dalam al-Quran: ‘Wa’tasimu bihablillahi jami’an wa-la tafarraqu …’ (Yang bermaksud: Berpegang teguhlah kepada tali (i.e. agama) Allah (a.w) secara berjema’ah dan janganlah kamu berfirqah-firqah (i.e. menubuhkan perkumpulan terasing dalam Islam)… – Ayat 103, Surah ali-Imran). Dan, kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w): ‘’Alaikum bil-jama’ati wa-iyakum wal-firqati …’ (Yang bermaksud: Diwajibkan atas kamu sekelian dengan berjema’ah dalam Islam, dan takutilah oleh kamu sekelian berfirqah (i.e. mengadakan perkumpulan terasing seperti bermazhab). Rasulallah (s.a.w) mengingatkan umatnya: ‘Wa-inna hazihi millata sataftariqu ‘ala thalathina wa-sab’ina, thintani wa-sab’una fin-nari, wa-wahidatun fil-jannati wa-hiya jama’atu.’ (Yang bermaksud: Dan sesungguhnya ini agama (i.e. Islam) akan berpecah menjadi 73 golongan atau agama, 72 golongan atau agama dalam neraka (i.e. tidak mendapat syurga),dan hanya satu agama di dalam syurga (i.e. mendapat syurga), iaitu berjema’ah dalam Islam). Kefahaman seseorang mengenai ketetapan-ketetapan sedemikian ini hanya didapati dengan ilmu. Kejahilan akan menjadikan umat Islam mengamalkan Islam yang 72 jenis Islam tersebut, batal Islamnya dan batil amalan dan ibadahnya, di akhirat kosong amalannya, maka gagal mendapat syurga, wal iya zubillah. Alangkah rugi seseorang yang Islam mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah secara istiqamah pula, tetapi berbeza dari tuntutan al-Quran dan as-Sunnah atau tidak menepati amalan dan ibadah yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) (dan khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin), tidak diterima Allah (a.w).
Umat Islam diperintahkan oleh Allah (a.w) menerima segala sesuatu yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) – buat yang disuruh sekuat mampu dan tinggalkan yang dilarang atau ditegah – Ayat 7, Surah al-Haysr. Justeru itu, jika ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) diamalkan juga, i.e. emeremahkan ketetapan as-Sunnah, maka tergolong dari kalangan orang yang tidak beriman. Kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu tidak beriman seseorang itu jika Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) tidak dicintainya lebih dari cinta dan kasih sayangnya terhadap kedua ibu bapanya dan manusia selainnya. Malah Rasulallah (s.a.w) memberitahu meragui ketetapan al-Quran (termasuklah ketetapan as-Sunnah) menjadikan seseorang itu kafir, wal iya zubillah.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ass (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Al-ilmu thalathatun, wama siwa zalika fahua fadlun: Ayatun muhkamatun, au sunnatun qaimatun au faridatu ‘adilatun.’ (Yang bermaksud: Bahawasanya ilmu yang wajib dipelajari itu adalah tiga, adapun di belakangnya (yakni, selepas ilmu yang tiga itu) maka ilmu sedemikian baik: (Ilmu yang diwajibkan) iaitu (pertama) ayat-ayat yang menghukum (yakni, al-Quran), (kedua) as-Sunnah yang tegak (yakni, al-hadith atau as-Sunnah), dan (ketiga) hukum faraid yang adil. Bagi mereka yang belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah pastilah dia telah belajar dan faham ilmu faraid.][Hadith Abu Daud & ibnu Majah]
Ilmu apa yang diwajibkan?
Saudara, kita telah hadith di atas mengenai apakah ilmu yang diwajibkan atas setiap umat Islam belajar dan fahami dan jadikan panduan sebagai orang iman. Kita lihat hadith yang sama di bawah ini.
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Al-ilmu thalathatun, wama siwa zalika fahua fadlun: Ayatun muhkamatun, au sunnatun qaimatun au faridatu ‘adilatun.’ (Yang bermaksud: Ilmu yang wajib dipelajari itu ada tiga, dan apa-apa yang selainnya (yakni, lain-lain ilmu itu) baik (untuk dunia): (yang wajib dipelajari) iaitu (pertama) ayat-ayat yang menghukum (yakni, al-Quran); (kedua) sunnah yang tegak (yakni, as-sunnah atau al-Hadith); dan (ketiga) hukum faraid yang adil.)[Hadith Abu Daud, Kitab Faraid]
[Nota: Ilmu itu sebenarnya dua sahaja iaitu pertama al-Quran dan kedua as-Sunnah, kerana apakala kita mengaji atau mempelajari al-Quran dan as-Sunnah, pasti kita tahu segala sesuatu mengenai Islam dan tuntutannya. Tanpa menguasai ilmu al-Quran dan as-Sunnah, sudah pasti ilmunya mengenai setiap amalan dan ibadah tak sempurna atau tak betul, malah menyimpang dari apa yang diperintahkan tentang amalan dan ibadah, termasuklah bentuk-bentuk amalan dan ibadah serta cara dan kaedah mengamal atau mengibadahkannya. Walaupun begitu, ilmu faraid - yang datangnya dari al-Quran dan as-Sunnah - itu wajib dipelajari, kerana dalam perkara warisan, jika dibuat berlainan dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, orang yang memutuskan sedemikian tidak akan mendapat syurga. Begitu pentingnya ketetapan mengenai ilmu faraid. Islam memberitahu bahawa separuh ilmu mengenai Islam itu adalah ilmu faraid.
Ada tiga perkara menjadi isi atau mesej al-Quran (dan termasuk as-Sunnah), iaitu pertama perintah menyuruh manusia berbuat sesuatu seperti beribadah – solat, pusasa, mengluarkan zakat dan menunaikan haji dan menginfaqkkan sebahagian harta dan kekayaan demi membela agama Allah (a.w), yakni agama Islam; kedua, larangan atau tegahan supaya dijauhi atau jangan lakukan sesuatu yang ditegah atau dilarang; dan ketiga, cerita-cerita mengenai masyarakat atau peristiwa yang lalu sebagai pedoman dan iktibar serta pengajaran. Termasuk dalam cerita terebut adalah cerita-cerita mengenai keadaan dalam alam kubur, neraka dan syurga dan siapa manusia yang mendapat syurga atau neraka.]

Jazakumullahu khairah
No comments:
Post a Comment