Sunday, September 22, 2013

Peringatan kepada saudara Islam yang iman

Assalamualaikum,
Saudara, sejak belog ini wujud, begitu banyak sudah kita belajar ilmu mengenai Islam - ilmu yang, kalau kita berpegang padanya, pasti amalan kita itu benr dan diterima Allah (a.w). Segala amalan dan ibadah yang tidak didasari oleh asas ilmu dan panduan yang haq, pasti batal dan batil. Ilmu dan panduan hidup mukmin (= orang iman) yang haq adalah al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, dalam post ini kita berhenti sebentar untuk melihat kembali apakah amalan dan ibadah kita - amalan dan ibadah yang kita telah kerjakan semenjak kita aqil baligh itu sejajar atau tidak dengan ketetapan-ketetapan yang kita diberitahu dalam blog ini. Kalau amalan dan ibadah seorang yang akui diirnya Islam itu menyimpang dari ketetapan as-Sunnah (lebih-lebih menyimpang dari ketetapan al-Quran), maka rugilah kita. Jika begitu, wajarlah kita membuat perubahan dan memperbetulkan segala amalan dan ibadah kita, supaya kelak di akhirat kesemuanya diterima Allah (a.w), dan kita taklah rugi.
Saudara, kita menjadi Islam sebaik sahaja kita bersyahadah dengan syarat kita bersyahadah penuh keyakinan hati - dengan dua kalimah syahadah tersebut. (Asyhadu an(-al) lailaha illallah, wa-asyhadu anna Muhammadar-rasulallah'), maka kita Islam. Kerana kita yakin bahawa Allah (a.w) itu wujud dan Allah (a.w) itu adalah tuhan yang esa dan tuhan manusia, maka kita akan lambat laun masuk syurga kelak di akhirat. Maksudnya, kita yang Islam ini sudah diberikan tiket untuk masuk syurga, dengan syarat kita tidaklah kafir atau syirik atau murtad ketika sampai ajal kita. Orang yang tidak Islam, pasti takkan dapat syurga, walau bagaimana baiknya dia ketika di dunia! Orang Islam, walau bagaimana jahat sekalipun dia di dunia, akan masuk syurga juga setelah dibersihkan dirinya dari semua dosanya. Dosa itu terhapus bila ditaubatkan dan Allah (a.w) menerima taubat kita, kecuali beberapa dosa yang tidak boleh ditaubatkan, spt dosa syirik.
Saudara, sebelum kita mulakan semula sistem dan proses pembelajaran kita semula mengenai Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah seterusnya, kita lihat rumusan berikut. Rumusan ini adalah essence apa-apa yang telah kita lihat dan fahami dalam blog ini setakat ini.
Pertama, sahnya Islam seseorang itu jika menepati 2 syarat dalam aqidah dan muamalahnya, iaitu: pertama, pegang as-Sunnah dalam menjalani kehidupan dunia dan menjadikan as-Sunnah panduan amalan dan ibadah serta panduan hidup sebagai orang iman – ‘ma ana ‘alaihi wa-ashabi’; dan kedua, berjema’ah secara formal dalam menganuti Islam – ‘wa-hiya jama’ati’.
Kedua, semua amalan dan ibadah yang tidak menepati bentuk, kaedah dan cara beramal dan beribadah sebagaimana yang ditunjukkan/dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) pasti batal dan batil – ‘sollu kama ra-aitumuni yusalli’ (ibadah solat), ‘khuzu ‘anni manasikakum’ (urusan haji dan umrah), ‘man ‘amala ‘amilan laisa fihi minni fa-hua raddun’ (amalan-amalan selainnya). Kerana amalan dan ibadah tersebut sudah tercemar, tidak lagi murni dan tidak sebagaimana yang ditetetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.
Ketiga, mengerjakan amalan dan ibadah tanpa mengaji atau belajar ilmu mengenai amalan dan ibadah tersebut – ‘wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun’ (firman Allah), ‘al-ilmu qabla ’amal’ (sabda Rasulallah). Dan, sumber ilmu yang benar serta panduan amalan dan ibadah dan juga panduan hidup orang iman yang benar adalah al-Quran dan as-Sunnah. Kita diberitahu amalan dan ibadah orang yang benr Islamnya, khususunya dia berjema'ah, kalau silappun dimaafkan, dan kalau betul diterima Allah (a.w); sebaliknya amalan dan ibadah orang yang tidak berjema'ah, kalau betul tidak diterima dan kalau salah msuk neraka. Itulah bezanya antara Islam yang benr dan yang tak benar.
Keempat, menambah kepada dan mengubah rukun-rukun yang ditetapkan dalam sesuatu amalan dan ibadah, seperti dalam solat (atau spt umrah dan haji), membatalkan dan membatilkan solat (umah dan haji) itu. Malah membatalkan segala amalan dan ibadah selainnya. Dan, menjadi penyebab terkeluar dari Islam tanpa disedari.
Kelima, mengerjakan amalan dan ibadah tanpa memurnikan niat, maka amalan dan ibadah itu ditolak, tidak diterima Allah (a.w) – ‘wa-yarjuna rahmatahu, wa-yahafuna ‘azabahu’ (niat yang murni). Semua amalan dan ibadah yang dikerjakan kerana selain niat tersebut adalah batal dan batil. Spt menginfaq atau bersedekah dengan mengheab-hebahkannya tidak diterima Allah (a.w) kerana riak, menunjuk-nunjuk dll niat pelakunya.
Keenam, bagi lelaki Islam, solatnya tidak diterima jika dia melabuhkan pakaian bawahnya (seluar, jubbah atau kain) melebihi dua bukulalinya/matakakinya ketika bersolat. Malah seorang lelaki Islam yang secara tabi-‘i (kelaziman) memakai pakaian bawah yang labuh sehingga menutup bukulali/matakakinya, dikira sombong atau menyombongkan diri, tidak masuk syurga di akhirat kelak. (Nota: Wanita Islam yang beriman wajib menutup aurat, melabuhkan dan melonggarkan pakaiannya, tidak memakai pakaian yang menarik minta lelaki melihat kepadanya, memakai bau-bauan yang boleh dihidu baunya oleh orang lain, ketat atau transparent atau 'wet-look' pakaiannya, pakai gelang kaki, akan masuk neraka).
Ketujuh, lelaki Islam yang memakai baju atau pakaian yang diperbuat dari sutera – halus ataupun kasar – tidak akan masuk syurga (yakni, diharamkan masuk syurga) (kerana pakaian ahli syurga itu adalah sutera). [Nota: Wanita Islam yang beriman boleh memakai sutera, tidak dihadkan mahal atau murah, tebal atau nipis).
Kedelapan, minum arak tidak mendapat syurga (kerana antara minuman ahli syurga itu adalah arak). (Nota: 10 kategori orang Islam yang iman yang terlibat dengan arak tak masuk syurga: peminum, penjual, pembawa, penghidang, pemerah, pengangkut, penanam, pemeroses, pekerja dan pelayan).
Insya Allah, kita akan teruskan nanti pengajian kita dalam blog ini. Segala ketetapan yang dimuatkan dalam blog ini adalah 'as is' tanpa memasukkan sebarang pendapat dan pandagan peribadi. Ilmu yang dimuatkan adalah sahih dan murni, kalau diamalkan insya Allah pasti diterima Allah (a.w), kerana kesemua yang diberitahu adalah sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kalau blog lain, saudata akan dapati mereka mungkin merujuk kepada al-Quran dan al-Hadith, tapi mereka juga memuatkan pendapat dan pandangan manusia - tokoh ulama' as-Syafiiyah dan seumpamanya dan kepintaran mindanya sendiri. Dalam blog ini, ketetapan yang disampaikan hanyalah ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) yang dipelajari secara berguru dari guru yang faham dengan berdepan - guru buka al-Quran dan penulis buka al-Quran, guru buka kitab hadith penulis buka kitab hadith. Guru itu pula mendapatkan ilmunya dari sistem dan proses yang serupa - sampai sanadnya kepada Rasulallah (s.a.w). Itulah sistem pembelajaran dan pengajian yang haq (= benar) sebagaimana Rasulallah (s.a.w) diajarkan oleh Jibril (a.s) ketika Jibril (a.s) mengajarkan beliau atau mengulang kaji ilmu degan beliau.
Saudara, sesiapa yang ingin mengaji atau belajar melalui sistem dan kaedah ini bolehlah bagi nama dan alamat dan no hp untuk dihubungi dan diberitahu dimana saudara boleh belajar/mengaji, insya Allah. Kalau tidak menyempatkan diri belajar, maka mendapat dosalah setiap saat. Dan, beramal tanpa ilmu, batallah amalan dan ibadah. Kitab Catatan Amalan yang akan dihisab kelah di padang makhsyar kosong semata-mata, tiada pahala, yang ada senarai dosa sahaja, wal iya zubillah. Berwaspadalah. Setiap dosa itu perlu dibersihkan dalam neraka dahulu ...

Jazakallah khairah

No comments:

Post a Comment