Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan perbincangan kita tentang utamanya ilmu dan utamanya kita menyempatkan masa dalam hidup kita belajar ilmu secara yang betul, supaya kita boleh beramal dan mengerjakan ibadah secara yang tepat, menepati ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan menepati ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah).Kita wajib sentiasa ingat bahawa beramal dan mengerjakan pelbagai ibadah dan amalan menyimpang dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah batil - sis-sia, kelihatan hebat di dunia tapi kosong pahalanya untuk kahirat kita. Oleh itu berwaspadalah.
Saudara, dalam post sebelum ini ita janji nak tengok hadith-hadith berikut yang memberikan kita keterangan mengapa utamanya belajar ilmu.

Syaitan dan Orang yang Berilmu
Saudara, hadith di bawah ini telah kita sebutkan dalam post yang lalu. Kali ini kita ulangi dan perjelaskan lagi, supaya kita benar-benar faham mesejnya.
Diriwayatkan hadth daripada ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Faqqihun wahidun asyaddu ‘ala syaitani min alfi ‘abidin.’ (Yang bermaksud: Seseorang yang faqih (yakni, faham) satu ilmu mengenai agamanya lebih memberatkan atas syaitan daripada seribu (1,000) ahli ibadah (yang mengerjakan ibadah secara istiqamah tetapi tidak berilmu atau berilmu, tetapi tidak faham).’ [Hadith ibnu Majah]
[Nota: Hadith di atas menyebutkan bahawa sesiapa yang faqih tentang ilmu, khususnya ilmu as-Sunnah, maka sulit bagi syaitan untuk mempengaruhinya, berbanding dengan 1,000 orang Islam yang istiqamah beramal dan beribadah tetapi jahil dalam ilmu. Maksudnya, dia seorang yang kuat beramal, tapi amalannya dan ibadahnya lari dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka batil amalan dan ibadahnya! Ramai orang yang istiqamah beramal dan beribadah, tapi jahil ilmu. Dia tak pernah belajar al-Quran dan as-Sunnah. Kalau dia jahil as-Sunnah sudah pasti amalan dan ibadahnya menyimpan dari yang benar.
Di dalam hadith yang agak panjang berikut ada beberapa mesej yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada kita sebagai panduan kita setiap masa, iaitu hadith berikut: Diriwayatkan hadith daripada Kathir bin Qais berkata: ‘Adapun aku duduk di sisi Abu Darda’ di dalam sebuah masjid di Damsyik. Maka datang seorang lelaki, maka berkata dia: ‘Wahai Abu Darda’! Aku datang kepada engkau dari Madinah, Madinah Rasulallah (s.a.w), kerana sepotong hadith yang sampai kepada aku bahawasanya engkau yang menceritakan akan hadith dari Nabi (s.a.w)’. Berkata Abu Darda’ (r.a): ‘Maka apakah tidak datang engkau kerana hendak berniaga?’ Berkata dia: ‘Tidak!’ Berkata Abu Darda’ (r.a): Dan tidak datang engkau dengan urusan selainnya?’ Berkata dia: ‘Tidak!’ Berkata Abu Darda’ (r.a): ‘Maka sesungguhnya aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man salaka toriqan yaltamisu fihi ‘ilman sahhallahu lahu toriqan ilal-jannati. Wa-innal malaikata la-tado’a ajnihataha ridon li-tolibil-‘ilmi. Wa-inna tolibal ‘ilmi yastaghfirulahu man fis-sama-i wal-ardhi. Hatta hitani fil-ma-i. Wa-inna faddalal-‘ilmi ‘ala ‘abidi ka-fadlil-qamara ‘ala sairil kawakib. Innal ‘ulama’a warathatul-anbiya-i, innal anbiaya-a lam yurathu dinaran wa-la dirhaman, innama warrathul-‘ilma. Fa-mana akhazahu. akhaza bi-hazzin wa-firin.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa berjalan pada satu jalan kerana mencari di dalamnya (yakni, dalam perjalanan itu) satu ilmu (iaitu, ilmu al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidupnya dalam Islam), maka memudahkan Allah (a.w) baginya jalan menuju ke syurga. Dan sesungguhnya para malaikat nescaya meletakkan (yakni, menghamparkan) sayap mereka, dan ridha (yakni, suka mereka) pada orang yang menuntut ilmu. Dan, sesungguhnya menuntut (yakni, mencari) ilmu (mengenai Islam dan syariatnya berasaskan al-Quran dan as-Sunnah) meminta ampun baginya (yakni, bagi orang yang mencari itu) orang-orang di dalam beberapa langit dan bumi (yakni, para malaikat), sehinggakan ikan-ikan di dalam airpun (berdo’a untuknya). Dan, sesungguhnya kefadhalan orang-orang yang ‘alim atas hamba-hamba seumpama bulan yang dikelilingi oleh bintang-bintang. Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan tidak (juga mewariskan) dirham (yakni, wang ringgit atau kekayaan). Sesungguhnya para nabi (yakni, orang berilmu) mewariskan ilmu. Maka, barangsiapa mengambil akan ilmu, mengambil dan menjaga dia akan sempurna (akan agamanya, yakni, syurgalah tempatnya).’ [Hadith ibnu Majah & Hadith Abu Daud]
[Nota: Apabila ridha para malaikat, maka mereka akan mendo’akan kebaikan bagi mereka yang menyempatkan masanya untuk belajar ilmu. Do’a malaikat yang duduk hampir dengan Allah (a.w) dan yang sentiasa taatkan Allah (a.w) pastilah mustajab dan diterima Allah (a.w) dengan mudahnya. Ramai para ulam’ dan ilmuwan Islam yang sering merujuk kepada kalimah ini kerana berbangga dengan pengiktirafan yang diberikan kepada mereka. Mereka akui mereka adalah wakil para nabi di dunia dalam Islam. Namun, mereke tersilap. Mereka adalah wakil atau pewaris para nabi dalam konteks mereka tahu dan faham tentang ilmu al-Quran dan as-Sunnah maka dengan itu mereka memandu manusia dan mengajarkan ilmu kepada manusia supaya mereka dapat beramal dan beribadah menepati ketetapan Allah (a.w) sebagaimana para rasul dan nabi menngajarkan umat mereka menepati ketetapan Allah (a.w). Mereka tidak diberi lesen untuk bebas membuat segala sesuatu, termasuk mengajarkan sesuatu yang tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah!
Apakah mesej di dalam sabda Rasulallah (s.a.w) di dalam hadith di atas itu? Cuba kita teliti lebih terperinci mesej-mesej tersebut:
Pertama, barangsiapa bermusafir atau berjalan ke suatu tempat kerana mencari ilmu mengenai agamanya (i.e. ilmu al-Quran dan as-Sunnah), maka memudahkah oleh Allah (a.w) dia mencari dan mendapatkan ‘siratul mustaqim’ jalan ke syurga;
Kedua, para malaikat akan tunduk dengan menundukkan sayapnya menghormati orang yang berjalan kerana mencari ilmu tentang agamanya supaya membolehkan dia lebih baik beramal dan beribadah dan mematuhi perntah Allah (a.w);
Ketiga, para malaikat kasihkan seseorang yang berjalan atau menjelajah kerana mencari ilmu, kerana itu melambangkan orang iman yang ingin mempersungguh beramal dan beribadah, menyediakan bekalan akhirat yang betul-betul diterima Allah (a.w), dan perbuatan sedemikian juga melambangkan ketaatan kepada perintah Allah (a.w), maka sentiasalah dia mendo’akan kepada Allah (a.w) kesejahteraan orang tersebut;
Keempat, para malaikat yang berada di langit dan di bumi akan mendo’akan orang itu meminta ampun terhadapnya daripada Allah (a.w) agar Alla (a.w) ampuni segala dosa-dosanya (dan do’a para malaikat tidak ada perantaraan dengan Allah (a.w), yakni do’a mereka dikabulkan Allah (a.w) kerana malaikat adalah makhlok yang taat dan sentiasa berhampiran dengan Allah (a.w));
Kelima, semua ikan di air mendo’akan mereka yang berusaha mengembara atau berjalan kerana mencari ilmu (makhluk selain manusia sentiasalah taatkan Allah (a.w));
Keenam, mertabat orang yang alim (yakni, berilmu) itu berbanding dengan orang-orang lain adalah seumpama bulan dibandingkan dengan bintang-bintang yang bertaburan di langit, yakni tinggi makamnya di sisi Allah (a.w);
Ketujuh, Ulama’ (yakni, orang yang berilmu) adalah pewaris para nabi (Lihat penjelasan di bawah apa maksud sabda Nabi (s.a.w) itu);
Kedelapan, para nabi tidak mewariskan dunia kepada umatnya tetapi mewariskan ilmu kepada umatnya supaya dengan ilmu itu umatnya berjaya di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak; dan
Kesembilan, barangsiapa mencari, mempelajari dan mengambil (yakni, mengamalkan) ilmu, maka dia menjaga dirinya dan menjaga tempatnya (yakni, telah membuat ‘reservation’ tempat tinggalnya) di syurga. Kita sering mendengar para ulama’ dengan bangganya merujuk kepada kalimah ‘ulama’ adalah 'pewaris para nabi’. Kalimah ini terdapat juga di dalam al-Quran. Tetapi mereka keliru dengan maksudnya. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham (i.e. wang ringgit atau kekayaan), tetapi nabi mewariskan ilmu mengenai Islam. Maka adalah menjad Kalimah-kaimah ini ‘Sesungguhnya ulama’ (yakni, orang yang berilmu) adalah pewaris para nabi’ sering dilaung-laungkan oleh para ulama’ dengan bangganya kerana mereka menganggap diri mereka pewaris para nabi. Tetapi, wajib diingat bahawa yang dimaksudkan dengan ulama’ adalah orang yang berilmu dan faqih dia tentang ilmu mengenai syariat Islam itu, iaitu Ilmu al-Quran dan Ilmu al-Hadith. Apakah ilmu dalam Islam? Disebutkan di dalam sepotong hadith lain, yang kita telah rujuk sebelum ini, iaitu ilmu yang wajib dipelajari dan difahami dan dijadikan panduan orang iman sepanjang hayatnya adalah tiga: (i) ilmu al-Quran, (ii) ilmu al-Hadith atau as-Sunnah dan (iii) ilmu faraid. Bukan sebarang ilmu. Juga sebagai pewaris para anbia’ ulama’ hendaklah menyampai dan mengembangkan ilmu mengenai Islam dan syariatnya, yakni al-Quran dan as-Sunnah, dan bukan disimpannya.

Juga, bukanlah dia mengajar dan mengembangkan ilmu dengan tujuan mendapat sesuatu keuntungan keduniaan – nama, tempat, pengaruh dan wang ringgit, kerana di dalam hadith disebutkan para anbia’ tidak menyampaikan dan mengembangkan ilmu kerana dinar dan dirham (yakni, keduniaan).
Di dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa ‘para ulama’ adalah pewaris para nabi’ menunjukkan keistimewaan kedudukan para ulama’. Yang dimaksudkan di dalam hadith ini adalah para ulama’ yang faqih dan faham ilmu al-Quran dan as-Sunnah, bukanlah sebarang ulama’. Kerana ulama’ yang faqih dan faham dengan dua sumber ilu tersebut akan berperanan dan berkewajipan meneruskan perjuangan Rasulallah (s.a.w) mengembangkan nur Islam berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah dan bukanlah memandai-mandai mengadakan sesuatu ketetapan mengenai sesuatu bentuk amalan atau ibadah, cara dan kaedah mengamalkannya, yang tidak terdapat dalam al-Quran atau yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) melalui as-Sunnah atau al-Hadith.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment