Assalamualaikum,
saudara hari ini - dan untuk beberpa post yang akan datang - kita bincangkan bebrapa hakikat yang amat fundamental difahami oleh orang Islam. Jika tidak kita akan rugi di akhirat!
saudara hari ini - dan untuk beberpa post yang akan datang - kita bincangkan bebrapa hakikat yang amat fundamental difahami oleh orang Islam. Jika tidak kita akan rugi di akhirat!
Agama yang murni
Firman Allah (a.w): ‘Inna anzalna ilaikal-kitaba bil-haqqi fa’budillaha mukhlisan lahud-dina @ ala lillahid-dinul-khalisu … al-ayat.’ (Yang bermaksud: ‘Sesungguhnya Aku (Allah) menurunkan Aku (Allah) atas/kepada engkau (Muhammad) Kitab (yakni, al-Quran) dengan kebenaran, maka mengabdikanlah diri (yakni, beribadahlah) kepada Allah (a.w) dengan memukhliskan (yakni, memurnikan) bagiNya (Allah) agamanya; ingatlah bagi Allah (a.w) itu agama yang mukhlis (i.e. murni) … sehingga akhir ayat.) [Ayat 2 dan 3, Surah az-Zumar]
[Nota: Kemurniaan agama Islam itu wajib diteliti dan difahami dalam dimensi-dimensi berikut, supaya tidaklah rugi di akhirat kelak: Pertama, panduan yang haq mengenai Islam itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. Maka jika dicemari oleh sesuatu yang tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah, yakni tidak ada contoh yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) maka agama Islam itu tidak murni lagi, sudah tercemar. Kedua, semua bentuk amalan dan ibadah dan kaedah serta cara mengamalkan dan mengibadahkan sesuatu ibadah/amalan yang ditetapkan bagi umat Islam itu hendaklah murni, yakni tercemar, tidak ditokok tambah ataupun dikurangkan atau diubahsuai supaya berbeza atau berlainan dari atau tidak sejajar dengan apa yang dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Juteru itu, semua amalan dan ibadah dalam Islam itu murni jika tidak dicapuradukkan dengan ketetapan atau pandangan manusia, tidak kira siapa saja yang membuat perubahan tersebut, apa kedudukan mereka, kalau menyimpang dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, selagi itulah agama Islam itu tidak murni dan sudah dicemar. Segala amalan dan ibadah yang tercemar itu tidak diterima Allah (a.w). Ketiga, agama dan syariat Islam itu kekal murni apabila dianuti secara berjema’ah. Syariat Islam itu tercemar dari segi bentuk aqidah dan penghayatannya jika penganutnya tidak berjema’ah. Segala amalan dan ibadah yang dikerjakan tanpa pelakunya berada dan mengikuti dan menetapi jema’ah tidak diterima Allah (a.w). Dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa kalau umat Islam itu berjema’ah maka sah Islamnya. janganlah jadi orang yang disebutkan dalam firman berikut. Amalan mereka walaupun secocok dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, namun kerana tercemar, tidak berjema’ah, tidak diterima. Inilah ketetapan Rasulallah (s.a.w) berikut: Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man ‘amila lillahi fil-jama’ati fa-asoba qabilallahu minhu, wa-in akhto-a ghafara lahu; wa-man ‘amila yab taghil-firqata fa-asoba lam yataqabbalillahu minhu, wa-in akhto-a fal-yatabauwa-a maq’adahu minan-nari.’ (Yang bermaksud: Sesiapa yang beramal kerana Allah (a.w) di dalam jema’ah lantas amalannya benar (sejajar dengan ketetpan al-Quran dan as-Sunnah), maka Allah (a.w) menerima darinya (amalannya) dan jika keliru/terilap maka Allah (a.w) mengampuninya; dan sesiapa yang beramal dalam firqah (i.e. tidak berjema’ah) lantas amalannya benar, maka Allah (a.w) tidak menerima darinya dan jika keliru/tersilap maka supaya bertempat dia tempat duduknya di neraka) – Hadith at-Tobrani.
Apabila sah Islam seseorang itu maka setiap amalan dan ibadah yang dikerjakan kalau terkeliru atau tersalah, maka dimaafkan, dan jika betul amalan dan ibadah tersebut, maka mendapat ganjaran pahala mengerjakannya. Jika diamalkan oleh seseorang yang tidak berjema’ah, kalau amalan dan ibadahnya betul tetap dikira salah dan tidak terima Allah (a.w), dan kalau salah pula dikerjakan, pasti disiksa dalam neraka. Keempat, kemurniaan syariat agama Islam itu kekal jika semua amalan dan ibadah yang dikerjakan oleh umatnya adalah brdasarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Allah (a.w) melarang umat Islam mengamalkan sesuatu amalan dan ibadah tanpa ilmu. Maksudnya, umat Islam wajib belajar dan tahu serta faham tentang sesuatu amalan dan ibadah itu sebelum mengamalkannya. Kelima, syariat agama Islam itu murni dalam pelaksanaannya jika sesuatu amalan dan ibadah itu diniatkan ‘…wa-yarjuna rahmatahu, wa-yahafuna ‘azabahu;’ (Yang bermaksud: … semata-mata untuk mendapatkan kerahmatan Allah (a.w) (i.e. untuk mendapatkan syurga) dan takutkan siksaan Allah (a.w) (i.e. siksaan neraka)) – Ayat 57, Surah al-Isra’. Keenam, syariat agama Islam itu kekal murni selagi tidak dicemari oleh sebarang pembaharuan atau penambahan supaya kononnya menjadikan apa yang diamalkan dan diibadahkan itu kelihatan ‘lebih baik’ dari bentuk dan sifat aslinya. Pandangan sedemikian itu adalah batil, kerana, syariat agama Islam itu sudah sempurna sebelum Rasulallah (s.a.w) diwafatkan. Inilah maksud (dalil) firman Allah (a.w) pada Ayat 3, Surah al-Maidah: ‘Al-yauma akmaltu lakum dinakum … wa-raditum Islama dina; …’ (Yang bermaksud: Pada hri ini Aku (Allah (a.w)) telahpun sempurnakan agama kalian … dan Aku (Allah (a.w)) ridha Islam sebagai agama anutan kalian…’ – Ayat 3, Surah al-Maidah
Oleh kerana itulah wajib bagi seseorang yang akui dirinya Islam dan beriman, mengaji/belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah secara betul supaya terpandu dalam beramal dan beribadah dan dalam menjalani kehidupan dunia sebagai orang Islam yang beriman. Terpandu dan faham. Tidaklah ikut cakap-cakap orang-orang yang akui diri mereka ‘alim’ atau dinobatkan oleh orang /masyarakat sebagai ‘alim, walhal jahil ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Islam saja tak cukup. Iman yang lebih utama, supaya tidak tergolong dari kalangan orang yang disebutkan dalam firman Allah (a.w) berikut: Allah (a.w) berfirman: ‘Wa qadimna ma ‘amilu min ‘amalin faja’alna haba-an mansyuran.’ [Yang bermaksud: Dan Kami (Allah (a.w)) periksa amal mereka, kemudian Aku (Allah (a.w) jadikannya (yakni, amalannya) bagaikan debu yang berhamburan (atau beterbangan)’ (yakni, tidak diterima seumpama habuk dan debu sahaja segala apa yang diamalkan) – Ayat 23, Surah al-Furqan
Dan, kemudian Allah (a.w) menggambarkan pula dalam ayat 2, 3 dan 4, Surah al-Ghasiyah, dengan firman Allah (a.w) yang berikut: Firman Allah (a.w): ‘Wujuhuy yaumaizin khasyi’ah @Amilatun nasibah @ Tasla naran hamiah.’ [Yang bermaksud: Beberapa wajah manusia pada hari itu (di akhirat ketika berhimpun di padang makhsyar di hapan Allah (a.w) untuk dihisab) tunduk merasa hina dan rendah diri @ Dahulu (ketika di dunia) mereka telah beramal dengan bersusah payah (secara istiqamah, pagi petang, siang malam) @ Akhirnya (kerana batal dan batil amalannya, tak diterima amalan dan ibadahnya) masuk ke neraka yang sangat panas.] [Ayat 2-4, Surah al-Ghasyiah]
Saudara, oleh yang demikian hendaklah kita berwaspada. Yang utma kita fahami adalah Islam itu agama yang dicipta Allah (a.w) untuk manusia bagi membolehkan mereka mengambdikan diri/menyembah Allah (a.w), menepati ketetapan Allah (a.w) dan sejajar dengan apa yang ditunjukkan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w). Islam sahaja agama yang boleh menyelmatkan musia di ahirat kelak. Kalau tak Islam pasti masuk neraka. Allah (a.w) printahkan Nabi Muhammad (s.a.w), sebagai Rasul atau Utusan Allah (a.w) - ajarkan manusia bagaimana melaksanakan Islam dalam sinario kehidupan duniawi mereka, supaya dalam masa yang sama, dapat menyediakan bekalan akhirat. Allah (a.w) memberitahu bahawa kalau Islam dan beriman, hendaklah beramal dan beribadah berdasrkan contoh Rasulallah (s.a.w) dan hendaklah berjema'ah. Kalau tak berjema'ah, maka segala amalan dan ibadah tidak diambil kira.
Dalam post ini kita faham apakah maksud kemurniaan agama itu? Pengajaran pertama dalam beramal dan beribadah - atau mengabdikan diri kepada Allah (a.w) - wajib utamakan kemurniaan Islam. Kalau tak dimurnikan bahawa bagi kebajikan akhirat kita.
No comments:
Post a Comment