Assalamualaikum,
Saudara, Islam mengutamakan supaya umatnya faham dengan agamanya dan syariatnya dan tuntutannya dan akibat tindaktanduknya sepanjang hidupnya. Kefahaman hanyalah dengan dasar ilmu.
Saudara, Islam mengutamakan supaya umatnya faham dengan agamanya dan syariatnya dan tuntutannya dan akibat tindaktanduknya sepanjang hidupnya. Kefahaman hanyalah dengan dasar ilmu.
Ilmu apa yang diwajibkan?
Saudara, ketetapan Islam itu simple sahaja, kalau manusia itu ingin faham. Contohnya, dalam hadith berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Al-ilmu thalathatun, wama siwa zalika fahua fadlun: Ayatun muhkamatun, au sunnatun qaimatun au faridatu ‘adilatun.’ (Yang bermaksud: Ilmu yang wajib dipelajari itu ada tiga, dan apa-apa yang selainnya (yakni, lain-lain ilmu itu) baik (untuk dunia): (yang wajib dipelajari) iaitu (pertama) ayat-ayat yang menghukum (yakni, al-Quran); (kedua) sunnah yang tegak (yakni, as-sunnah atau al-Hadith); dan (ketiga) hukum faraid yang adil.)[Hadith Abu Daud, Kitab Faraid]
[Nota: Ilmu (mengenai Islam, syariatnya dan ketetapannya serta panduan untuk mencari dan mendapatkan kejayaan akhirat) itu ada tiga; iaitu, pertama, al-Quran; dan kedua, as-Sunnah, dan ketiga, ilmu faraid. Sebenarnya, ilmu faraid bukan trasing dari al-Quran dan as-Sunnah, kerana apakala kita mengaji atau mempelajari al-Quran dan as-Sunnah, pasti kita tahu segala sesuatu mengenai Islam dan tuntutannya dan kita juga tahu ketetapan Islam mengenai faraid (=pembahagian harta warisan). Tanpa menguasai ilmu al-Quran dan as-Sunnah, sudah pasti manusia itu hidup di dunia tanpa panduan yang membolehkan mereka bukan sahaja berjaya di dunia tetapi, lebih utama, berjaya dan selamat di akhirat. Kejayaan dunia adalah kejayaan dan keseronokan yang amat sedikit berbanding dengan kejayaan akhirat. Ini seringkali diberitahu oleh Allah (a.w) dalam al-Quran. Contohnya: kejayaan dunia seseorang itu hanya untuk tempoh umurnya saja, tamat bila sampai ajalnya. Setiap sesuatu di dunia tak kekal – harta, kedudukan, kemulian, kecantikan,istana yang megah, dll.
Malah dalam pertimbangan duniapun, kelebihan manusia kini tak seberapa. Tiada manusia yang sekacak Nabi Yusuf (a.s), yang memiliki kecantikan lelaki ½ jumlah kecantian manusia lelaki yang dijadikan Allah (a.w) zaman Adam (a.s) hingga lelaki terakhir sebelum terjadinya kiamat. Tiada manusia yang menjadi raja tetapi tidakpun memakan sumber perbendaharaan negaranya, kerana dia menyara diri dan keluarganya dengan titik peluhnya sendiri, kecuali Nabi Daud (a.s). Tiada manusia atau raja yang paling kaya di dunia selain Nabi Sulaiman (a.s). Tiada manusia yang boleh terbang untuk ke sana ke mari, kecuali Nabi Sulaiman (a.s). Tiada manusia yang naik ke langit sampai ke kemuncak langit, di atas lapisan ke-7, di Sijratul Muntaha, kecuali Rasulallah (s.a.w). Tiada seorangpun orang biasa yang dapat menandingi kekayaan Qarun, zaman Musa (a.s). Tiada seorangpun yang bercakap-cakap dengan Allah (a.w) kecualilah Musa (a.s). Tiada siapapun mampu berlaku adil terhadap isterinya yang ramai, kecuali Nabi Daud (a.s). Di akhirat segala-galanya tiada bandingannya. Terdapat di akhirat - dalam syurga - yang tidak terfikir oleh otak dan hati manusia, tidak pernah dilihat di dunia, dan tidak pernah terdengar oleh telinga manusia. Kecantikan wanita-wanita syurga tiada bandingannya dengan wanita-wanta tercantik di dunia ... dll lagi.
Allah (a.w) perintahkan manusia – tak kira apa jua agama yang mereka pilih semasa hidupnya, bangsa asal usul mereka, zaman bila mereka hidup dan di manapun di permukaan bumi ini mereka bermestautin – adalah ‘wa-ma khalqtul jinna wal-insa illa liya’budini‘ (Yang bermaksud: ‘Tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan/cipta jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaKu) – Ayat 57, Surah az-Zariat. ‘Mengabdikan diri’ bermaksud melaksanakan apa-apa yang diperintah oleh Allah (a.w) dilaksanakan – yang wajib dan yang sunat – dan meninggalkan apa yang Allah (a.w) tegah atau larang dibuat. ‘Mengabdikan diri’ itu merujuk kepada suruhan Allah (a.w) mengerjakan amalan dan ibadah yang ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan yang disampaikan oleh UtusanNya, Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Maka dengan itulah Allah (a.w) memberitahu kita, manusia, bahawa ‘Sesiapa yang mentaati Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah), pasti dimasukkan ke dalam syurga’ – Ayat 13, Surah an-Nisa’. Justeru itulah sesiapa yang ingkar atau menolak ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), dan melanggar ketetapan Allah (a.w), pasti masuk neraka – Ayat 14, Surah an-Nisa’. Dua ayat ini adalah kunci kejayaan atau kegagalan di akhirat. Al-Quran (dan juga as-Sunnah) memberi umat Islam mengenai setiap amalan dan ibadah yang diwajibkan dan yang diharuskan (yakni, disunatkan) – apakah betul atau tak sempurna, malah menyimpang dari apa yang diperintahkan tentang amalan dan ibadah, termasuklah bentuk-bentuk amalan dan ibadah serta cara dan kaedah mengamal atau mengibadahkannya.
Hanya dengan mempelajari dan memahami ilmu al-Quran, manusia itu tahu bahawa Allah (a.w) itu tuhan manusia semua zaman – dari zaman manusia pertama, Adam (a.s) sehinggalah manusia terakhir yang akan dilahirkan sebelum terjadinya kiamat. Ilmu itu memberitahu manusia bahawa al-Quran itu adalah kitab Allah (a.w) untuk panduan manusia – semua bangsa dan keturunan dan semua zaman, bukannya kitab untuk orang Islam. Ilmu itu memberitahu manusia bahawa al-Quran adalah kitab panduan hidup di dunia serta panduan mengabdikan/memperhambakan diri mereka kepada Allah (a.w, tuhan mereka dan tuhan nenek moyang mereka; serta, lebih penting, panduan untuk berjaya di akhirat.
Al-Quran adalah ditujukan kepada semua bangsa dan manusia yang hidup semua zaman. Dan, Nabi Muhammad (s.a.w) itu – sebagaimana para rasul dan nabi sebelum beliau, antaranya Nuh (a.s), Hud (a.s), Musa (a.s), Zakarya (a.s), Yahya (as.), Daud (a.s), Sulaiman (a.s), Ayub (a.s), Lut (a.s), Ibrahim (a.s), Yaakub (a.s), Yusuf (a.s), Ismail (a.s), Isa (a.s), contohnya - adalah utusan Allah (a.w) terkhir, mengajarkan manusia agamanya dan membimbing mereka bagaimana nak selamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga. Ilmu itu juga memberitahu manusia bahawa hanya Islam agama yang boleh menyelamatkan manusia dari azab dan siksaan kubur dan neraka. Ilmu itu memberitahu manusia bahawa kalau dia tidak terima agama Allah (a.w), i.e. Islam, walau bagaimana mulianya mereka di dunia dan walau bagaimana unggulnya mereka dalam membantu manusia sebagai orang yang paling dermawan di dunia, takda gunanya. Tetap, mereka ahli neraka. Dengan itu juga orang Yahudi yang kekal mengikuti agama saduran kitab Taurat dan ajaran Nabi Musa (a.s), adalah batil. Dengan itu itu juga penganut agama Kristian faham bahawa yang mereka katakan Jesus itu anak Tuhan adalah pembohongan paderi-paderi mereka yang terdahulu. Mereka tidak akan menyatakan Tuhan tiga serangkai. Kerana, Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran Isa (a.s) itu dijadikan Allah (a.w) tanpa berbapa, sebagaimana Adam (a.s) dijadikan Allah (a.w) tanpa berbapa dan beribu, iaitu dari tanah liat yang diadun.
Melalui ilmu juga manusia diberitahu bahawa sembahlah Allah (a.w) sebagai Tuhan dan janganlah menyembah selain Allah (a.w) sebagai tuhan. Dan, janganlah jadikan patung atau berhala sebagai sembahan atau tuhan perantaraan antara manusia dengan tuhan yang maha agung, yakni Allah (a.w). Adalah suatu kebatilan jika manusia itu meyakini ada kuasa ketuhanan selain Allah (a.w). Adalah suatu kesalahan pengengkaran yang amat besar, apakala manusia itu menyembah manusia (Spt kaum Qibti, menyembah Firaun sebagai tuhan mereka), menyembah bahan-bahan dan makhluk. Umat Nabi Ibrahim (a.s), termasuk bapanya sendiri, Azza, menyembah berhala. Orang China dan India dan banyak bangsa lain lagi juga menyembah sebagaimana umat kafir Nabi Ibrahim (a.s) sembah dan percayakan tuhan berhala.
Melalui ilmu juga orang Islam faham bahawa terdapat 5 golongan atau kefahaman umat Islam. Tapi, ilmu al-Quran dan as-Sunnah memberitahu hanya satu golongan orang Islam atau fahaman atau yang amalkan syariat Islam yang akan berjaya di akhirat, iaitu mereka yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan mereka anuti Islam atau Islam itu diamalkan secara berjema’ah. Golongan lain atau fahaman lain dalam Islam adalah tidak sah keIslamannya dan batil serta batal segala amalan mereka. Aqidah mereka rosak dan keIslamannya batal sama sekali dan segala amalannya ditolak atau tidak diterima Allah (a.w). Berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, fahaman dan pegangan Islam mereka, jika berlainan dari preskripsi al-Quran dan as-Sunnah, mereka tergolong dalam golongan-golongan berikut: pertama, orang yang sesat – kerana mengabdikan diri – beramal dan beribdah – dan mengambil hukum dari sumber selain al-Quran dan as-Sunnah; kedua, orang yang munafiq – berpura-pura dalam Islam, mereka berikrar Islam (secara lahiriah) tetapi bersekongkol dengan syaitan dan musuh Islam untuk merosakkan Islam dan umat Islam; ketiga, orang yang fasiq – tahu dia perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w), tetapi tidak dibuatnya atau akur dengannya; dan keempat, golongan yang menzalimi diri mereka – tahu apa yang disuruh dan apa yang dilarang atau ditegah, tapi dia lakukan yang ditegah dan tidak kerjakan apa yang disuruh. Semua golongan ini akan menjadi penghuni neraka – apakah sekejap atau selama-lamanya, bergantung kepada aqidah dan amalan serta ketaqwaan mereka.
Selain para rasul dan para nabi, beberapa sahabat Rasulallah (s.a.w) dan beberapa individu yang istimewa (spt khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin dan beberpa sahabat yang berbai’at di bawah pokok dengan Rasulallah (s.a.w), dan beberapa wanita iman, spt Siti Khadijah, Aisyah, Asiah, Fatimah), berjaya mendapat syurga, yang dijanjikan Allah (a.w). Hanya satu golongan iman, selain yang disebutkan sebelum ini, yang tidak termasuk dalam senarai di atas (yakni, senarai orang yang akan masuk neraka). Siapa? Iaitu golongan yang benar dan menepati ketetapan Allah (a.w), iaitu orang yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, amalkan Islamnya secara berjema’ah dan sentiasalah berusaha untuk memperbaiki dirinya (fastabiqul khairat = berlumba-lumba membuat kebaikan) sebagai orang Islam dan orang iman di dunia dan lebih-lebih lagi menyediakan diri untuk akhirat. Golongan inilah yang disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) golongan yang satu daripada 73 golongan atau fahaman Islam, yang menjalani kehidupan Islam berdasarkan ketetapan Rasulallah (a.w) ‘ma ana ‘alahi wa-ashabi’ (Yang bermaksud; apa-apa yang aku (Nabi) berpegang dengannya dan apa-apa yang para sahabatku berpegang dengannya) dan mereka berjema’ah.
Ada tiga perkara menjadi isi atau mesej al-Quran (dan juga as-Sunnah), iaitu pertama, perintah menyuruh manusia berbuat sesuatu seperti beribadah – solat, pusasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji dan menginfaqkkan sebahagian harta dan kekayaan demi membela agama Allah (a.w), yakni agama Islam; kedua, larangan atau tegahan supaya jauhi atau jangan lakukan sesuatu sama sekali; dan ketiga, cerita-cerita mengenai peristiwa-peristiwa alam ghaib (zaman silam dan yang belum berlaku tapi akan berlaku), para rasul dan nabi sebelum Nabi Muhammad (s.a.w), pemerintah atau kepimpinan manusia zaman silam, masyarakat lampau dengan pembesar-pembesar mereka, atau personality tertentu (spt Ashabul Kahfi, Luqman), serta lain-lain peristiwa yang lalu sebagai pedoman serta iktibar dan pengajaran kepada manusia zaman-zaman akan datang. Termasuk dalam cerita tersebut adalah cerita-cerita mengenai keadaan dalam alam kubur, siksaan neraka dan kenikmatan syurga dan manusia yang mendapat syurga atau neraka, cerita mengenai manusia yang paling dibenci dan dimurkai Allah (a.w) dan manusia yang disayangi Allah (a.w), cerita tentang penyesalan manusia ketika dibangkitkan di akhirat dan yang menjadi ahli syurga dan ahli neraka. Tentang 4 jenis sungai dalam syurga, dll. Aqidah Islam mewajibkan manusia itu mempercayainya dan beriman dengannya, serta berusaha menjadikannya tauladan.
Manusia yang tidak akur dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah tergolong sebagai orang yang syirik atau kafir, maka mereka diberitahu dalam al-Quran dan as-Sunnah, adalah ahli neraka. Walau bagaimanapun baiknya serta hebatnya mereka ketika di dunia, tiada gunanya untuk kehidupan akhirat mereka. Mereka dapat neraka dan tidak akan masuk syurga. Walau bagaimanapun waraknya mereka dalam agama yang mereka anuti, tetapi jika tidak terima Islam, pastilah mereka ahli neraka dan tidak sekali-kali akan dapat masuk syurga.]
Ada tiga perkara menjadi isi atau mesej al-Quran (dan juga as-Sunnah), iaitu pertama, perintah menyuruh manusia berbuat sesuatu seperti beribadah – solat, pusasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji dan menginfaqkkan sebahagian harta dan kekayaan demi membela agama Allah (a.w), yakni agama Islam; kedua, larangan atau tegahan supaya jauhi atau jangan lakukan sesuatu sama sekali; dan ketiga, cerita-cerita mengenai peristiwa-peristiwa alam ghaib (zaman silam dan yang belum berlaku tapi akan berlaku), para rasul dan nabi sebelum Nabi Muhammad (s.a.w), pemerintah atau kepimpinan manusia zaman silam, masyarakat lampau dengan pembesar-pembesar mereka, atau personality tertentu (spt Ashabul Kahfi, Luqman), serta lain-lain peristiwa yang lalu sebagai pedoman serta iktibar dan pengajaran kepada manusia zaman-zaman akan datang. Termasuk dalam cerita tersebut adalah cerita-cerita mengenai keadaan dalam alam kubur, siksaan neraka dan kenikmatan syurga dan manusia yang mendapat syurga atau neraka, cerita mengenai manusia yang paling dibenci dan dimurkai Allah (a.w) dan manusia yang disayangi Allah (a.w), cerita tentang penyesalan manusia ketika dibangkitkan di akhirat dan yang menjadi ahli syurga dan ahli neraka. Tentang 4 jenis sungai dalam syurga, dll. Aqidah Islam mewajibkan manusia itu mempercayainya dan beriman dengannya, serta berusaha menjadikannya tauladan.
Manusia yang tidak akur dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah tergolong sebagai orang yang syirik atau kafir, maka mereka diberitahu dalam al-Quran dan as-Sunnah, adalah ahli neraka. Walau bagaimanapun baiknya serta hebatnya mereka ketika di dunia, tiada gunanya untuk kehidupan akhirat mereka. Mereka dapat neraka dan tidak akan masuk syurga. Walau bagaimanapun waraknya mereka dalam agama yang mereka anuti, tetapi jika tidak terima Islam, pastilah mereka ahli neraka dan tidak sekali-kali akan dapat masuk syurga.]
Jazakallahu khaira
No comments:
Post a Comment