Assalamualaikum,
Saudara, meneruskan perbincangan kita mengenai isu supaya kita Islam benar-benar Islam itu, kita wajib lihat konsep dan hakikat 'hidayah.'. Umumnya 'hidayah' adalah petunjuk jalan mendapatkan kejayaan akhirat. Hidayah itu bukan suat yang boleh dicari atau didapati, tapi adalah kurniaan Allah (a.w). Allah (a.w) yang memberikan hidayah kepada mana-mana hambaNya yang Dia kehendaki. Namun, hidayah itu manusia boleh cuba cari kalau dia menyempatkan masa belajar agamanya dan bandingkan dengan agama Islam. Kalau seseorang yang bukan Islam itu meninggalkan agama asalnya (= agama nenek moyangnya) dan masuk Islam dan menerima Islam, maka dia sudah mendapat sebahagian daripada idayah Allah (a.w) itu. Sebahagian lagi akan diperolehinya apabila dia mengilmukan dirinya - belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah dengan berpandukan al-Quran dan kitab-kitab hadith, maka dia mendapat sebahagian lagi hidayah Allah (a.w). Kemudian, setelah dia berilmu, maka dia beramal dengan ilmunya, maka dia mendapat sebahagian lagi hidayah Allah (a.w). Kemudian bila dia akur dengan Ayat 13, Surah an-Nisa', maka dia telah mendapat hidayah yag penuh, kerana dia akan beramal sekuat mampunya memenuhi apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah atau dilarang.

Ilmu dan Hidayah
Ilmu itu menunjukkan kepada manusia bagaimana hendak mematuhi perintah Allah (a.w) dalam Ayat 56, Surah az-Zariat: ‘Wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa li-ya’buduni.’ (Yang bermaksud: Dan, tidaklah Aku (Allah) jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri mereka kepadaKu). Bagimana hendak mengabdikan diri (i.e. beribadah dan beramal sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah (a.w)? Tiada siapa boleh berkomunikasi dngan Allah (a.w) yang maha agung. Jadi? Allah (a.w) melantik seorang manusia sebagai UtusanNya (Rasul) untuk menyampaikan perintahNya dan mengajarkan manusia bagaimana hendak melaksanakan perintah tersebut.
Islam adalah agama yang dicipta oleh Allah (a.w) sebagai wajah untuk mengabdikan diri kepada Allah (a.w). Nabi Muhammad (s.a.w), sebagai Utusan Allah (a.w) – Rasulallah (s.a.w) – sahaja yang sempurna ilmunya mengenai Islam dan egala sesuatu mengenai Islam. Justeru itu, ilmu itu utama dipelajari untuk mengetahui secara betul Islam dan ketetapannya. Maka as-Sunnah itu utama kerana hanya melalui as-Sunnah manusia itu tahu bagaimana memahami al-Quran dan bagaimana mengabdikan diri kepada Allah (a.w) sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah (a.w) kepada Rasulallah (s.a.w) semasa hayatnya. Ilmu menunjuk kepada cara dan kaedah serta bentuk-bentuk amalan dan ibadah yang dibuat oleh Rasulallah (s.a.w) untuk panduan kita yang Islam. Selain hakikat bahawa menuntut ilmu itu wajib kepada setiap yang Islam, menunut ilmu mendatangkan berbagai pahala yang tidak termampu kita dapati melalui amalan dan ibadahsepanjang hidup kita.
Kita acapkali sentuh tentang konsep ‘hidayah’ (atau disebut juga sebagai ‘petunjuk’). Hidayah itu penting. Kerana hanya dengan hidayahlah seseorang manusia itu faham bahawa tujuan manusia itu diberi kesempatan hidup di dunia adalah kerana untuk mengabdikan diri (i.e. beribadah) kepada Pencitanya, Allah (a.w) – Ayat 56, Surah az-Zariat. Kerana hidayahlah manusia itu faham bahawa Allah (a.w) itu Tuhan manusia, Nabi Muhammad (s.a.w) itu, Utusan Allah (a.w) kepada semua manusia, semua bangsa dan semua zaman. Kerana, hidayahlah manusia menganuti agama Islam, agama yang diterima atau diredhai oleh Allah (a.w), kerana agama Islam itu dicipta oleh Allah (a.w) sebagai wadah manusia mengabdikan diri kepada Allah (a.w). Kerana hidayahlah, seseorang yang Islam itu tahu dan faham bahawa Islam itu berpaksikan tiga tunjak – iaitu al-Quran dan as-Sunnah dan dijema’ahkan.
Hidayah itu menunjukkan kepada manusia dan umat Islam bahawa mereka wajib ilmukan diri mereka. Kerana, hanya dengan ilmu mereka berjaya mencari ‘siratul mustaqim’ dan berada di atas jalan tersebut sepanjang hayat mereka, maka berjaya mendapat syurga – Ayat 13, Surah an-Nisa’. Kerana hidayahlah seseorang yang Islam itu mendalami ilmu mengenai syariat Islam supaya pasti dia bahawa: pertama, dia faham Islam, syariatnya dan tuntutannya dan bagaimana menepati tuntutan tersebut – Ayat 13, Surah an-Nisa’ dan Ayat 7, Surah al-Haysr; kedua, dia faham panduan Islam itu adalah al-Quran dan as-Sunnah semata-mata; ketiga, disamping berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, dia juga faham bahawa Islam itu mensyaratkan dia berjema’ah dan kalau dia tidak berjema’ah maka belum sah Islamnya – Ayat 103, Surah ali-Imran, Ayat 59, Surah an-Nisa’ dan hadith; keempat, dia wajib beramal dan beribadah hanya berdasarkan ilmu dan bukan secara taklid atau dalam kejahilan atau ikut kata-kata sianu atau sifolan atau baca buku dan kitab itu dan ini atau layari internet atau lawan web – Ayat 36, Surah al-Isra’; kelima, dia beramal dengan niat yang betul, niat yang mengesahkan segala amalan dan ibadahnya – Ayat 56, Surah al-Isra; keenam, dia faham bahawa ilmu yang benar mengenai Islam dan tuntutannya itu adalah al-Quran dan as-Sunnah semata-mata; ketujuh, dia faham bahawa bukan sahaja ilmu itu penting untuk kefahaman agamanya, dia faham bahawa belajar ilmu itu suatu kewajipan dan mendatangkan pula pahala yang banay, berbagai dan meperolehi pahala yang tidak mungkin dapat dikumpul olehnya sepanjang hayatnya kalaupun dia seorang yang alim dan ahli ibadah; kedelapan, dia faham bahawa mengamalkan sesuatu amalan dan ibadah yang dicemari oleh bid’ah, membatalkan bukan sahaja ahala tetapi aqidahnya;kesembilan, ilmulah yang memberinya kefahaman bahawa mengamalkan sesuatu amalan dan ibadah tanpa didasari ilmu adalah sisa-sia sahaja tidak diberi pahala, tidak diterima oleh Allah (a.w).
Kerana hidayahlah seseorang Islam itu menyempatkan masa hidupnya untuk mengaji atau belajar ilmu, dan sentiasalah menyemak asas amalan dan ibadahnya supaya sejajar dengan as-Sunnah. Kerana hidayahlah seorang iman itu benar-benar faham bagaimana sesuatu perintah Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu hendak dipatuhi atau diamalkan atau dikerjakan dengan betul.
Hidayah adalah kurniaan Allah (a.w). Diberikan kepada sesiapa yang Dia (Allah (a.w)) inginkan mendapat hidayah. Hidayah tidak otomatik. Tapi, seseorang yang mencari hidayah, maka pasti Allah (a.w) berikan. Dengan itulah terdapat orang yang lahir tidak Islam, ketika dewasa masuk Islam dan menjadi seorang Islam yang alim dan warak pula. Tanpa hidayah seorang Islam itu tidak akan menyempatkan dirinya belajar ilmu, dan berpuasa hati dengan beramal dan beribadah berdasarkan kata-kata sianu dan sifola atau membaca buku dan kitab itu dan ini atau melayari laman web untuk mencari jalan mudah mendapat ilmu. Walaupun mendapat ilmu yang sama dengan ilmu yang diperolehi melalui system dan kaedah pengilmuan Islam yang benar, tetap amalan dan ibadahnya tidak diterima Allah (a.w). Kerana, ilmu dan amalan hendaklah secocok dengan ketetapan Allah (a.w) dan RasulaNya, iaitu belajar secara mangkul, musnad dan muttasil.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment