Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan lagi perbincangan kita mengenai tajuk ini. Kerana, ia amat penting. Kefahaman kita mengenainya akan menentukan apakah kita berjaya di dunia menyediakan bekalan untuk akhirat? Atau, kita terkandas, kerna di akhirat kelak kita dapati Kitab Catatan Amalan kita kosong atau sedikit mengandungi pahala dan begitu banyak dosa. Maka kalaupun kita kekal Islam, kita masuk neraka dulu - gagal ketika meniti 'Titian' yang dibentangkan di atas neraka, di padang makhsyar kelak, terjatuh ke dalam neraka, untuk dibersihkan, sebelum diberi peluang masuk syurga. Syurga tidak otomatik walaupun kita Islam. Yang otomatik adalah neraka pasti kalau tak Islam. Dan, neraka juga pasti kalau Islam tapi tidak diakui atau diterima Islam seseorang oleh Allah (a.w), wal iya zubillah.
Saudara, kita teruskan lagi perbincangan kita mengenai tajuk ini. Kerana, ia amat penting. Kefahaman kita mengenainya akan menentukan apakah kita berjaya di dunia menyediakan bekalan untuk akhirat? Atau, kita terkandas, kerna di akhirat kelak kita dapati Kitab Catatan Amalan kita kosong atau sedikit mengandungi pahala dan begitu banyak dosa. Maka kalaupun kita kekal Islam, kita masuk neraka dulu - gagal ketika meniti 'Titian' yang dibentangkan di atas neraka, di padang makhsyar kelak, terjatuh ke dalam neraka, untuk dibersihkan, sebelum diberi peluang masuk syurga. Syurga tidak otomatik walaupun kita Islam. Yang otomatik adalah neraka pasti kalau tak Islam. Dan, neraka juga pasti kalau Islam tapi tidak diakui atau diterima Islam seseorang oleh Allah (a.w), wal iya zubillah.
Siapa yang dapat Petunjuk?
Diriwayatkan hadith daripada Marwan bin Junahi, hadith daripada Yunus ibnu Maisarah bin Halbasin, bahawasanya diceritakan kepada aku (kata Marwan) hadith oleh Maisarah, yang berkata: ‘Aku mendengar Mu’awiyah bin Abi Sufyan menceritakan hadith daripada Rasulallah (s.a.w) bahawasanya bersabda: ‘Al-Khairu ‘adatun, was-syarru la-jajatun. Wa-man yuridillahu bihi khairan yufaqqahu fid-dini.’ (Yang bermaksud: Kebaikan itu pada adat, dan keburukan pada kekecohan (atau kekacauan). Dan, barangsiapa dikehendaki Allah (a.w) dengannya (i.e. untuknya) kebaikan (baginya di dunia dan di akhirat) maka (memberi) kefahaman kepadanya (oleh Allah (a.w) di dalam agamanya).’ [Hadith ibnu Majah]
[Nota: Hadith di atas itu memberi kita tahu perkara yang sama dengan sepotong hadith yang lain, iaitu:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man yuridillahu bihi khairan yufaqqihhu fid-dini.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa mengkehendaki oleh Allah (a.w) dengannya (i.e. untuknya) kebaikan (di dunia dan di akhirat) (maka) memberi kafahaman (Allah (a.w)) di dalam ilmu mengenai agamanya.’ [Hadith ibnu Majah, Kitab Mukaddimah]
Apakah maksud kefahaman beragama? Antaranya, pertama, Islam adalah agama yang dicipta oleh Allah (a.w) untuk semua manusia, semua bangsa dan yang hidup semua zaman semenjak manusia pertama Adam (a.s) sehinggalah Nabi Isa (a.s) diturunkan semula ke dunia kelak untuk memerangi Dajjal. Syariat agama Islam itu ditentukan oleh Allah (a.w) mengikut zaman-zaman yang diutusukan para rasul dan nabi dan diberikan panduan dan bimbingan oleh Allah (a.w) melalui wahyu atau dibawakan perintah Allah (a.w) oleh Jibril (a.s). Kini Islam itu sudah disempurnakan dengan terutusnya Rasul terakhir (penamat), Muhammad (s.a.w). Kedua, agama Islam itu panduannya adalah kitab-kitab Allah (a.w) yang ditirunkan kepada umat Islam zama rasul atau nabi yang diutuskan. Kini, fahaman Islam itu disempurnakan dengan perlantikan Muhammad (s.a.w) sebagai Rasul terakhir dan kitab panduannya adalah al-Quran dan penjelasannya adalah al-Hikmah atau as-Sunnah. Justeru itu, panduan umat Islam dewasa ini dan sampailah terjadinya kiamat dunia adalah al-Quran dan as-Sunnah. Maka sesiapa yang patuh 100% kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah pasti diberi oleh Allah (a.w) syurga – Ayat 13, Surah an-Nisa’. Ketiga, as-Sunnah itu, sebagaimana al-Quran, adalah ketetapan yang mutlak dipatuhi oleh setiap orang yang akui dirinya Islam, kerana itulah perintah Allah (a.w) – Ayat 80, Surah an-Nisa’ dan Ayat 7, Surah al-Haysr, antara lain. Keempat, syariat Islam itu berpaksikan tiga perkara, iaitu al-Quran, as-Sunnah dan berjema’ah. Justeru itu, erti sebenar ‘ahlus sunnah wal-jama’ah’ adalah orang Islam itu ikuti panduan al-Quran dan as-Sunnah dan dia berjema’ah dalam menganuti Islam.
Jelaslah, sesiapa yang faham tentang syariat Islam itu, sesungguhnya Allah (a.w) mengasihinya dengan memberikan dia kafahaman mengenai agamanya. Demikianlah juga sebaliknya. Ramai orang yang belajar ilmu mengenai agamanya, tetapi kekal jahil dia atau kurang faham dia. Atau, keliru dia apabila dipengaruhi oleh kata-kata atau ajaran orang yang belum layak diberi taraf ‘ulama’ (= orang berilmu), kalau mereka kekal berfahaman bahawa syariat Islam itu boleh diubahsuai mengikut zaman dan keadaan, termasuklah orang yang yakin wujudnya ‘bid’ah hasanah’. Termasuklah, kekeliruan tentang hakikat ‘berjema’ah’ dalam Islam. Maka dengan itulah Ayat 103, Surah ali-Imran dan Ayat 59, Surah an-Nisa’, sebagai contoh, ditafsirkan secara keliru tanpa merujuk kepada ketetapan dan penjelasan as-Sunnah. Ramai orang yang berilmu tetapi kekal dia melakukan pelbagai amalan bercorak atau bersifat ‘bid’ah’ walaupun dia tahu mengamalkan dan mengajarkan ‘bid’ah’ membatalkan semua bentuk dan jenis amalan dan ibadah. Semua amalan dan ibadahnya tidak diterima Allah (a.w). Ramai orang yang dinobatkan oleh masyarakat berilmu, atau, merasa dirinya berilmu, kerana dia ada ijazah Ph D dalam bidang/disiplin agama Islam, tetapi kekal dia tak faham Islam dan mengutamakan dunianya dalam segala sesuatu.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita melalui sepotong hadith - yang akan kita teliti dalam post yang berikutnya - bahawa seseorang yang faqih (yakni, benar-benar faham) akan satu dimensi daripada ilmu mengenai agamanya, maka berat bagi syaitan untuk mempengaruhinya. Malah lebih sukar bagi syaitan mempengaruhi daripada memengaruhi 1,000 hamba yang beribadah (tapi tanpa ilmu atau dengan ilmu yang batil). Begitulah, teguhnya keimanan seseorang itu hanya dengan sebahagian ilmu sahaja.
Dalam pos yang lalu kita telahpun teliti betapa berjayanya syaitan dalam mempengaruhi Adam (a.s), melalui Hawa, isterinya, memutarbelitkan fakta dan perintah Allah (a.w) sehingga terusir kedua-duanya dari syurga, dan turun menetap di dunia. Kemudian, kita juga sudah lihat betapa ikrar syaitan kepada Allah (a.w) ketika dia diusir dari syurga turun ke dunia lebih awal dari Adam (a.s) dan Hawa diturunkan ke dunia. Syaitan atau iblis ini - yang diberi kesempatan oleh Allah (a.w) hidup sampai kiamat dunia menyebut bahawa dia akan mempengaruhi manusia sampai kiamat dunia supaya ingkar dan syirik, dan kufur terhadap Allah (a.w), supaya seramai yang mungkin umat Islam masuk neraka bersama-samanya. Iblis/kepala syaitan ini (bapa kepada golongan jin sekarang) akan dibantu oleh rakyat jin dan juga manusia. Jin itu umurnya panjang-panjang, tak macam manusia. Maka program dan strategi mereka lebih mantap lagi rapi, dari strategi manusia. Maka hanya sedikit sahajalah umat Islam yang berjaya dapat syurga dari zaman Adam (a.s) sampai terjadinya kiamat dunia hanya 1 daripada 1,000 yang Islam dapat syurga, dan di kalangan umat Muhammad (s.a.w) 1 dari 73 golongan sahaja yang berjaya mendapat syurga.
Fikirkanlah, apakah saudara termasuk dalam golongan yang berjaya? Belum tentu. Lihatlah kefahaman saudara tentang Islam dahulu. Masih ada masa untuk bertaubat dan bersedia....]
No comments:
Post a Comment