Thursday, September 26, 2013

Kenapa penganut Kristian atau agama lain tak boleh guna 'Allah'?

Assalamualaikum,
Kontroversi sekeliling isu permintaan orang Kristian atau Nesrani di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) gunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada nama tuhan mereka, masih panas. Ada orang agama bercakap, tapi ramai orang agama kecut, tutup mulut, membisu, takut kedudukan dunia mereka terjejas. Kemudian di bawakan kepada pengadilan di mahkamah pula - Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, untuk diputuskan oleh Hakim atau Panel Hakim.
Anih bukan? Adakah hakim yang mengadili kes ini benar-benar ada hak untuk membuat keputusan isu agama, isu akidah? Adakah hakim-hakim tersebut memilki ilmu ynag kekoh tentang Islam dan syariat agama Islam? Kerana, kefahaman mengenai Islam dan syariatnya - khususnya kefahaman terhadap al-Quran dan as-Sunnah itu wajib untuk memutuskan perkara seperti nama 'llah' itu. 

Anih! Siapa yang berhak beritau orang agama lain bahawa 'Allah' tidak boleh digunakan untuk menamakan tuhan dan tuhan-tuhan mereka? Kenapa? Insya Allah kta turunkan dalam post ini apa yang Allah (a.w) beritahu manusia tentang konsep dan hakikat tuhan dan ketuhanan yang benar itu. Jelas, tak siapapun boleh gunakan nama tuhan mereka sebagi 'Allah' kecuali mereka Islam.
Saudara, sebelum apa-apa kita lihat firman-firman berikut dulu:

Kafir Jika Tak Berimankan Allah (a.w) & Rasulallah (s.a.w)

Saudara, sesiapa yang akui dirinya tidak Islam, maka dia tergolong dalam golongan orang yang tidak menerima/yakinkan kewujudan Allah (a.w), dan kafir mereka dan dia akhirat kelak, pasti masuk neraka.
Firman Allah (a.w): ‘Wa-man lam yukmin billahi wa-rasulihi fainna ‘atadna lil-kafirina sa-‘ira.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa yang tidak beriman dengan Allah (a.w) dan (tidak beriman dengan) RasulNya, maka (mereka kafir) sesungguhnya Kami (Allah) sediakan untuk orang kafir itu neraka yang menyala-nyala apinya.) [Ayat 13, Surah al-Fath]
[Nota: Imankan Allah (a.w) bermaksud akui sepenuhnya Allah (a.w) itu sahaja tuhan manusia dan tuhan semesta alam, tuhan yang berhak disembah, dan Muhammad (s.a.w) itu adalah rasul atau utusan Allah (a.w) segala sesuatu mengenai kedudukannya beliau dikalangan para rasul/nabi dll. Sesiapa yang tidak akui Allah (a.w) tuhan yang esa yang berhak disembah dan Muhammad (s.a.w) itu Rasulallah (s.a.w), pasti diiktiraf sebagai kafir, tidak akan mendapat syurga dan pasti masuk neraka.]

Islam Mengatasi Segala Agama

Saudara, orang yang tak Islam pastilah dia tidak terima Muhammad (s.a.w) sebagai Rasulallah (s.a.w). Namun begitu, Allah (a.w) memberitahu bahawa tiada ugama yang boleh diberi status tertinggi, terulung dan termulia, kecuali Islam.
Firman Allah (a.w): ‘Hual-lazi arsala rasulahu bil-huda wa-dinil haqqi li-yutahhiraru ‘alad-dini kullihi..’ (Yang bermaksud: Dialah (Allah) yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk (atau hidayah) dan agama yang haq (Islam) agar memenangkan (i.e. Islam mengatasi) terhadap agama kesemuanya (i.e. semua agama)) [Ayat 28, Surah al-Fath]
Firman Allah (a.w): ‘Hual-lazi arsala rasulahu bil-huda wa-dinil haqqi li-yutahhiraru ‘alad-dini kullihi, wa-lau karihal musyrikuna’ (Yang bermaksud: Dialah (Allah) yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang haq (i.e. yang benar) agar memenangkan (i.e. mengatasi) terhadap agama kesemuanya (i.e. semua agama), walaupun dibenci oleh orang musyrik) [Ayat 9, Surah Sof]
[Nota: Allah (a.w) menetapkan bahawa Islam tidak sama dengan agama-agama lain, maka Islam sebagai agama dan panduan hidup manusia – semua bangsa dan keturunan dan semua zaman - tidak boleh disama-tarafkan dengan lain-lain agama. Malah Islam sewajibnya mengalahkan lain-lain agama, kerana Islam adalah agama ciptaan Allah (a.w) untuk manusia. Lain-lain agama, termasuklah agama Yahudi dan agama Nesrani adalah agama ciptaan manusia. Kalaupun masih wujud agama yang didasarkan kepada ajaran Kitab Taurat dan Kitab Injil, tetap mereka yang menganuti agama sedemikian diwajibkan berpindah menganuti agama Islam apabila al-Quran diturunkan Allah (a.w). Kerana syariat agama Allah (a.w) sebelumnya sudah dimansuhkan (superceded) oleh Islam yang panduannya al-Quran dan as-Sunnah. Islam ditetapkan oleh Allah (a.w) sebagai agama bagi semua manusia dan semua zaman. Syariat Islam berdasarkan al-Quran menggantikan syariat agama Allah (a.w) berdasarkan Kitab Injil sebagaimana Kitab Injil menggantikan syariat agama Allah (a.w) yang didasarkan kepada Kitab Taurat].
Saudara, kemudian, kita teliti pula ayat-ayat berikut yang menjelaskan mengapa dan kenapa orang yang bukan Islam tak boleh panggil tuhan mereka 'Allah'.

Dusta dan Batilnya Agama Kristian dll

(a)  Tuhan itu Esa bukan Tiga Serangkai/Mempercayai Trinity adalah Kafir 

Allah (a.w) menidakkan hakikat tersebut dalam firmanNya ini:
Firman Allah (a.w): ‘Laqad kafarallazin qalu innallaha hua Masihubu Maryam; …' (Yang bermaksud: ‘Nescaya sungguh-sungguh telah kafir orang-orang yang berkata: ‘Sesungguhnya tuhan ‘Allah’ itu adalah al-Masih anak Maryam (i.e. Nabi Isa); ..’) [Ayat 72, Surah al-Maidah]
Allah (a.w) beritahu manusia bahawa Allah (a.w) itu esa - takda sesiapaun yang serupa atau menyerupaiNya.
Firman Allah (a.w): ‘Laqad kafaral-lazina qalu innallaha thalithu thalathatin, ma-ma min ilahin illa ilahun wahidun; …’ (Yang bermaksud: Nescaya sungguh-sungguh telah kafir orang-orang yang berkata: ‘Sesungguhnya ‘Allah’ itu tiga dari yang tiga (Trinity).’ Dan tidak ada dari tuhan (yakni, sesembahan atau yang berhak disembah sebagai tuhan) kecualilah tuhan (Allah) yang esa; …) [Ayat 73, Surah al-Maidah]
[Nota: Dua firman Allah (a.w) ini memberitahu manusia bahawa ‘Allah’ itu tuhan yang esa, dan Nabi Isa (a.s) itu bukan tuhan dan dia juga bukan anak tuhan dan tuhan itu bukanlah Tiga Serangkai yang diyakini oleh segolongan umat Kristian.]

(b) Pengakuan Isa (a.s)

Firman Allah (a.w): ‘… wa-qalal Masihu ya-bani Israila (-a’) u’budullaha rabbi wa-rabbukum.’; innahu man (-ai) yusyrika billahi faqada harramallahu ‘alaihil jannata wa-makwahun naru ...’ (Yang bermaksud: Dan telah berkata Isa: ‘Wahai Bani Israil! Mengabdikanlah kepada (i.e. beribadahlah, yakni sembahlah) Allah, (Allah itu) Tuhanku dan Tuhan kamu sekelian’. Sesungguhnya ingatlah sesiapa yang syirik/ mensyirikkan Allah (a.w) (yakni, menduakan atau menigakan atau mengatakan tuhan itu lebih dari satu) maka sungguh-sungguh diharamkan oleh Allah (a.w) baginya syurga dan tempat tinggalnya adalah dalam neraka; …) [Ayat 72, Surah al-Maidah]
Kita wajib lihat hadith ini dengan merujuk juga kepada hadit berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abdullah (r.a) yang berkata Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesiapa yang mati tetapi tetap menduakan Allah (a.w) (= syirik), akan masuk neraka. Dan, aku berkata: ‘Sesiapa yang mati dan dia tidak syirik, akan masuk syurga.’ – Hadith Bukhari. ‘Menduakan Allah’ bererti mengakui ada tuhan atau sifat-sifat atau kuasa ketuhanan dalam makhluk atau sesuatu makhluk atau tempat atau benda, maka dia menduakan Allah (a.w). Kepercayaan sedemikian itu termasuklah syirik khaufi spt mempercayai tahyul, mengamalkan sesuatu yang kurafat, termasuk menyakini kata-kata ahli sihir, bomoh dan dukun dan seumpamnya, adalah membatalkan aqidah dan ketauhidan.]
Firman Allah (a.w): ‘Wa-iz qalallahu ya-‘isab-nal maryama a-anta qulta linnasi (-it) at-takhizuni wa-ummiya ilahaini min dunillahi; qala subhanaka ma yakunu li an aqula ma laisa li bil-haqqi; in kuntu qultuhu faqad ‘alimtahu; taklami fi nafsi wa-a ‘alamu ma fi nafsika; innaka ‘alimul ghuyubi.’ (Yang bermaksud: Dan, (ingatlah) ketika Allah (a.w) berfirman (yakni, bertanya kepada Isa (bertanyakan kepada beliau)): ‘Wahai Isa anak Maryam! Adakah engkau berkata engkau kepada manusia (yakni, umatmu): ‘Mengambillah (yakni, jadikanlah) aku dan ibuku sebagai dua tuhan dari selain Allah?’ Berkata (Isa): ‘Maha suci Engkau (Allah)! Tidak ada aku (yakni, wajar) bahawa berkata aku apa-apa yang tiada bagiku yang haq (kebenaran). Jika berkata aku (sedemikian) maka sungguh-sungguh mengetahui Engkau apa-apa yang aku katakan; mengetahui Engkau (Allah) apa-apa dalam diriku dan tidak tahu aku apa-apa dalam diriMu; sesungguhnya Engkau (Allah) mengetahui apa-apa yang ghaib (i.e. tidak diketahui oleh sesiapapun)). [Ayat 116, Surah al-Maidah]
Dan firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Ma qultu lahum illa ma amartani bihi ani’budu-llaha rabbi wa-rabbukum; wa-kuntu ‘alahim syahida ma dumtu fihim; falamma tawaffani kunta anta raqiba ‘alaihim; wa-anta ‘ala kulli syai-in syahidan ma dumtu fihim ...’ (Yang bermaksud: (Isa menyambung katatanya) ‘Tidak berkata aku kepada mereka (i.e. umatku) kecuali apa-apa yang diperintahkan (oleh Engkau) atas aku dengannya (i.e. yang hendak aku katakan dan kerjakan) (iaitu): ‘Supaya mengabdikan diri kepada (yakni, beribadah atau sembahlah) Allah (a.w), tuhanku dan tuhan kamu sekelian, dan adapun aku atas mereka menjadi saksi apa-apa yang selama aku di kalangan mereka; maka ketika telah mewafatkan Engkau akan daku (yakni, mengangkat aku ke langit) adalah Engkau, Allah, Engkaulah zat yang mengawasi mereka; dan Engkau atas segala sesuatu menjadi saksi.) [Ayat 117, Surah al-Maidah]
[Nota: Dalam urusan agama itu wujud penyaksian. Pertama, manusia mengakui dengan syhadah mereka bahawa Allah (a.w) itu tuhan mereka. Ini adalah ikrar dalam alam ruoh ketika Allah (a.w) minta penyaksian manusia sebelum mereka diwujudkan secara fisikal apakal dilahirkan ke dunia. Kedua, para nabi itu menyaksikan umat-umtanya yang mengikuti syariat agama Allah (a.w) yang disampaikan oleh mereka dalam zamannya. Ketiga, Rasulallah (s.a.w) adalah orang yang menyaksikan umatnya yang menerima Islam yang dibawakan atau disampaikan olehnya kepada manusia, zamannya dan zaman-zaman setelah kewafatannya. Ini dimungkinkan oleh sistem jema’ah yang menjadi asas atau pra-syarat agama Allah (a.w) semenjak zaman Adam (a.s) lagi. Keempat, selain penyaksan beliau terhadap umatnya, umat Islam, Rasulallah (s.a.w) juga merupakan penyaksian terhadap tanggngjawab membawakan agama Allah (a.w) oleh para nabi yang terdahulu, kerana Rasulallah (s.a.w) diberikan al-Quran dan serta al-hikmah yang memberitahu Rasulallah (s.a.w) apa-apa yang berlaku mengenai risalah agama Islam dalam zaman-zaman sebelum Rasulallah (s.a.w). Kelima, Islam mensyaratkan melalui sistem jema’ah dan keimaman dalam syariat agama Islam bahawa setiap anggota jema’ah (= umat Islam) yang menerima syariat agama Islam yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) disaksikan oleh imam-imam yang menguruskan syariat agama Islam dalam jema’ah masing-masing zaman mereka, dan penyaksian Imam adalah diakui sebagai penyaksian Rasulallah (s.a.w). Kerana Imam itu adalah naungan umat Islam di bumi zaman mereka, sebagaimana Rasulallah (s.a.w) secara langsung adalah naungan umat Islam zaman beliau. Kerana itulah Islam itu mewajibkan umatnya anuti Islam secara berjema’ah yang formal. Di akhirat kelak manusia akan dibangkitkan berbaris atau berkumpul di hadapan Allah (a.w) di belakang para imam mereka masing-masing – Ayat 71, Surah al-Isra’.]

(c) Mengatakan Isa Tuhan Kafir

Saudara, dalam firman di bawah ini jelas Allah (a.w) menghukumkan bahawa kafir sesiapa yang mengatakan dan mempercayai bahawa Isa (a.s) adalah tuhan.
Firman Allah (aw): ‘Laqad kafaral-lazina qalu innallaha hua masihub Maryam; …’ (Yang bermaksud: Sungguh-sungguh telah kafir orang yang berkata: ‘Sesungguhnya Allah itu adalah Dia, al-Masih Isa anak lelaki Maryam …) [Ayat 72, Surah al-Maidah]
Jka, Allah (a.w) hukumi kafir orang-orang sedemikian - penganut agama Kristian - maka mana mungkin mereka boleh gunakan nama 'Allah', kerana Allah (a.w) adalah esa.

(d) Mempercayai Trinity adalah Kafir

Saudara, Allah (a.w) dalam firman berikut menghukumi bahawa sesiapa yang mengatakan 'Trinity of Gid' juga kahir tidak boleh menggunakan nama 'Allah' untuk merujuk kepada tuhan mereka.
Firman Allah (a.w): ‘Laqad kafarallazin qalu innallaha thalithu thalathatin, wa-ma min ilahin illa ilahun wahidun; …’ (Yang bermaksud: Nescaya sungguh-sungguh kafir orang-orang yang berkata:’Sesungguhnya tuhan Allah itu adalah satu dari yang tiga; dan tiadalah dari sesembahan (i.e. yang berhak disembah itu) kecuali tuhan yang esa; …) [Ayat 73, Surah al-Maidah] 
Jelaslah, siapa saja yang bukan Islam dan tidak berhak menggunakan 'Allah' sebagai merujuk kepada tuhan mereka, kecualilah mereka Islam. Sememangnya tuhan itu adalah esa, dan Allah (a.w) adalah tuhan yang esa itu, tuhan semua manusia, namun jika mereka namakan tuhan selain yang esa itu 'Allah' dan mereka tidak Islam, kerana pengabdian manusia hanya diterima oleh Allah (a.w) jika mereka Islam. Dan, Allah (a.w) hanya akui dan menerima pengabdian manusia jika mereka Islam. Kerana orang Islam sahaja yang akui keesaan Allah (a.w), akui Muhammad (s.a.w) adalah Utusan Allah, dan al-Quran adalah panduan hidup manusia sejagat.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment