Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi perbincangan/penelitian kita tentang 'kemurniaan agama Islam' itu amat utama diberi perhatian dalam kita beramal dan beribadah kepada Allah (a.w).
Saudara, kita sambung lagi perbincangan/penelitian kita tentang 'kemurniaan agama Islam' itu amat utama diberi perhatian dalam kita beramal dan beribadah kepada Allah (a.w).
Memurnikan agama dan berdoa
Saudara, Allah (a.w) memebritahu manusia - manusia semuanya, yang Islam ataupun yang tidak, bangsa dan keturunan apapun, yang lahir zaman manapun, supaya faham bahawa manusia itu dijadikan atau diberi peluang hidup di dunia ini semata-mata untuk mngabdikan diri/menyembah Allah (a.w) sebagai tuhan - Ayat 56, Surah az-Zariat. Maka, tugas pertama manusia itu adalah menyembah Allah (a.w) tuhan yang memberi peluang kepadanya hidup di dunia.
Kemudian, Allah (a.w) memebritahu manusia, kalau menyembah Allah (a.w) tanpa menganuti agama Allah (a.w), maka segala amalan dan ibadahnya, dan segala kebaikan yang dikerajakannya adalah tak berguna - meaningless - tak diterima Allah (a.w), maka tidak menjalankan tanggung jawab sebagai hamba yang diberi peluang hidup di dunia. Justeru itu, kalau tak Islam pasti masuk neraka, takkan dapat syurga, kecualilah kalau boleh masuk ke lubang jarum seekor unta.
Kalau dia Islam, tapi tak berman - maksudnya, tak yakinkan akhirat, tak yakinkan as-Sunnah, maka amalannya juga tak dterima, kerana dia menolak Rasulallah (s.a.w) dan menolak as-Sunnah. Samalah seperti seorang kafir. Kalau Islam dan dia beriman, maka dia wajib terima segala sesuatu dalam al-Quran dan segala sesuatu dalam as-Sunnah. Sangsikan al-Quran dan as-Sunnah jatuh kafir.
Maka dengan itu, seorang yang Islam dan beriman itu wajib faham bahawa amalan dan ibadah yang benar yang diterima Allah (a.w) wajib lulus dua ujian, iaitu: pertama, menepati as-Sunnah; dan kedua, dia berjema'ah dalam Islam. Maka barulah amalan dan ibadahnya murni seprti yang diperintahkan dalam ayat berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Fad’ullaha mukhlisina lahud-dina wa-lau karihal kafiruna.’ (Yang bermaksud: Maka menyembahlah (atau, berdoalah) kepada Allah (a.w) dengan memukhliskan (i.e. memurnikan) agama sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir/kufur.) [Ayat 14, Surah al-Ghafir]
Dalam menyembah Allah (a.w) - kerjakan amal dan ibadah - jika tidak menepati dua pra -syarat itu, tidak diterima Allah (a.w).
Perintah Allah (a.w) agama Islam itu wajib dimurnikan
Saudara, dalam Islam itu wajib orang Islam yang beriman itu sentiasa dasar hidupnya 'dengarkan nasihat, taatkan perintah'. Kalau al-Quran kata begini, maka wajib didengarkan, dan diterima. Kalau as-Sunnah kata begitu, maka setelah mendengarkan ketetapan tersebut, ambil pakai dan terima dan amalkan sekuat mampu. Tidak boleh diketepikan.
Firman Allah (a.w): ‘Wa-ma umiru illa li-ya’budullaha mukhlisina lahud-dina hunafa-a wa-yuqimus solata wa-yu’tuz-zakatan wa-zalika dinula-qaimah.’ (Yang bermaksud: Dan tidaklah diperintahkan kecuali supaya mengabdikan diri kepada Allah (a.w) orang yang memurnikan kepada Allah (a.w) pada agama dengan condong (i.e. benar mencintai agama Allah (a.w)) dan menetapilah/mengerjakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan demikian itulah (yakni, cintakan agama Allah (a.w), menetapai solat dan mengeluarkan zakat itu) agama yang bernar/lurus/tegak.) [Ayat 5, Surah al-Baiyinah]
Jelasnya, dua elemen memrnikan agama Allah (a.w) itu adalah disuruh solat, maka solatlah. Bila disuruh solat ikut cara Rasulallah (s.a.w), maka solatkan ikut cara dan kaedah Rasulallah (s.a.w) bersolat. Jangan ikut orang lain. Bila disuruh keluarkan zakat dan menginfaq sebahagian harta, maka keluarkan zakat dan menginfaqlah. Dan dalam melaksanakan tuntutan tersebut, dia akan mencari ilmu dan memahmi ilmunya, apakah yang diperlukan untuk benar setiap suatu yang kita amalkan.
[Nota: Sifat contoh orang yang betul-betul cintakan agama Allah (a.w) adalah Nabi Ibrahim. Dia akur apabila diperintahkan Allah (a.w) untuk berdakwah menyampaikan syaraiat agama Allah (a.w) dengan meninggalkan istrinya Siti Sarah sedang sarat mengandungkan Islam, akur dengan perintah Allah (a.w) supaya menyembeliah anaknya Islam walaupun bertahun-tahun tidak dapat berjumpa denga anakany. Tetap, dia akur dengan perintah Allah (a.w) tanpa soal.]

Tiada Pahala/tidak diterima kalau bukan kerana Allah (a.w)
Saudara, satu ciri kemurniaan agama Islam yang fundamental adalah niat ketika mengerjakan sesuatu amalan dan ibadah itu. Dalam perkara ini, Allah (a.w) peringatkan supaya diniatkan bukan kerana 'ikhlas' tetapi kerana mencari keridhaan dan kerahmatan Allah (a.w), dan takutkan siksaan Allah (a.w). Kerana, Allah (a.w) yang suruh. Kita berterima kasih/bersyukur diberi peluang hidup dan diberi pelbagi nimat dan kita diperingatkan siksaan kalau tak patuh dan akur perintah Allah (a.w). Maka wajib niatnya juga sesuai.
Firman Allah (a.w): ‘Wa-ma li-ahadin ‘indahu ni’matin tujza illab-tigha-a wajhil rabbihil-‘ala.’ (Yang bermaksud: Dan tidak ada bagi seseorang di sisinya kenikmatan (i.e. mendapat nikmat) tidak dibalas kecuali mencari wajah Allah (a.w)(i.e. kerana Allah (a.w).) [Ayat 19 & 20, Surah al-Lail]
[Nota: Segala amalan dan ibadah hendaklah dikerjakan kerana mencari wajah Allah (a.w), yakni keridhaan Allah (a.w) semata bukan untuk lain tujuan. NIat yang benar itu diberitahu oleh Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah al-Isra': 'wa-yarjuna rahmatahu, wa-yahafuna 'azabahu' (Yang bermaksud: kerana mencari kerahamatan Allah (a.w) (i.e. syurga) dan takutkan siksaan Allah (a.w) (i.e. neraka). Itulah niat yang murni. Bukan kerana keikhlasan. Masakan saudara ikhlas beramal, kalau saudara tidak diberi pilihan, malah dipaksa pula? Segala sesuatu yang disuruh dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah kewajipan, maka tidak ada pilihan. Tapi, kerana Allah (.w) kurniakan kepada kita begitu banyak nikmat yang tidak terhitung oleh kita, kata kita menysukuri Allah (a.w) yang memberikan kepada kita begitu banyak dan berbagainya nikmat, maka balasannya dengan mengerjakan apa-apa yang disuruh dan tinggalkan apa-apa yang ditegah/dilarang. Kalau kita kerjakan pula rewardnya amat besar, tiada bandingannya di dunia, i.e. syurga.

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment